Bajet Kecantikan! Pilihan Pembersih Solekan Mampu Milik Terbaik di Drugstore Malaysia

Bajet Kecantikan! Pilihan Pembersih Solekan Mampu Milik Terbaik di Drugstore Malaysia
Kesihatan dan kecantikan


Penggunaan produk solekan membantu untuk memperkasakan wanita menerusi penampilan imej yang lebih menawan dan berkeyakinan. Fungsi alat solek sendiri mampu menutup kesan cela pada wajah, ada banyak kaedah solekan yang boleh dipraktikkan supaya bersesuaian dengan penampilan, suasana dan busana. Tidak kira apapun tujuannya, pemakaian alat solek sudah menjadi antara kemestian untuk wanita tampil sempurna di khalayak umum.

Seharian dengan solekan sudah tentu kita mahu cara yang paling mudah untuk bersihkannya. Oleh itu, usah abaikan kaedah penjagaan wajah selepas seharian mengenakan solekan. Tidak mahu banyak ragam dan peraturan, cukup sekadar mampu menghapuskan kesan maskara, gincu dan pembayang mata yang tebal. Ramai wanita sanggup berbelanja tinggi untuk kecantikan, namun sebenarnya masih ada produk kecantikan bajet yang memberi kesan yang cukup baik seperti produk kecantikan mewah. Atas inisiatif membantu memperkasakan wanita, ini 5 jenama produk kecantikan terkenal yang ingin merealisasi impian itu menerusi pembersih solekan terbaik dengan harga mampu milik di Malaysia 2022. Dapatkan segera pembersih solekan ini di Watsons, Guardian, Caring Pharmacy, Big Pharmacy dan drugstore yang berhampiran!

Bajet Kecantikan! 5 Pilihan Pembersih Solekan Mampu Milik Terbaik di Drugstore Malaysia

Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water

Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water adalah pembersih solekan yang dicadangkan tanpa merengsa. Bukan sekadar membersihkan kesan solekan dengan mudah, Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water turut membantu merawat keadaan kulit tertentu dan mencegah bintik-bintik hitam. Memiliki tekstur cecair yang likat tetapi agak ringan dan tidak melekit, Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water menambahkan lagi lapisan kelembapan pada kulit selepas lapisan solekan disingkirkan.

Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water dirumus dengan prebiotik semulajadi dari Perancis dan air beras dari Korea berfungsi untuk menguatkan fungsi penghalang kulit (skin barrier), melarutkan dan menanggalkan semua jenis solekan dan kekotoran dengan berkesan hanya dengan sekali sapuan tanpa menggosok. Berdasarkan teknologi sains dan kepakaran biologi, Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water terbukti secara saintifik dapat menghapuskan bahan pencemar (PM2.5). Ia bebas Paraben, Minyak Mineral, Alkohol, Pewarna, Pewangi, Propilena dan SLES/SLS diuji secara Dermatologi.

Kelebihan Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Diuji secara Dermatologi
  • Menghilangkan kesan solekan hanya dengan sekali sapuan
  • Bebas Paraben, Alkohol, Pewarna, SLES/SLS

Kekurangan Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water

  • Tutup dengan rapat penutup untuk elak tertumpah

Spesifikasi Aiken Prebiotic Hydra Plus Micellar Water

Saiz 300ML
Kandungan Water, Propanediol, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Olive Oil PEG-7 Esters, Betaine, Sodium PCA, Glycerin, Disodium EDTA, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Sodium Hyaluronate, Citric Acid, Butylene Glycol, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Polymnia Sonchifolia Root Juice, Aspergillus Ferment, Maltodextrin, Lactobacillus, Phenoxyethanol, Chlorphenesin.
Harga RM15.08

NIVEA Face Care Micellar Water Make Up Clear Pearl White

NIVEA Face Care Micellar Water Make Up Clear Pearl White
NIVEA Face Care Micellar Water Make Up Clear Pearl White diperkaya dengan ekstrak mutiara dan likuoris untuk mencerahkan serta melicinkan kulit. Ia berkesan dapat menanggalkan solekan kalis air dengan cara yang paling lembut tanpa meninggalkan sisa minyak. NIVEA Face Care Micellar Water Make Up Clear Pearl White sesuai untuk kulit sensitif dan kawasan sekitar mata untuk kegunaan harian tanpa bahan penyebab kerengsaan, dan penyumbatan 5 spesies (minyak wangi sintetik, alkohol, paraben, silikon).
Bukan hanya terbukti menanggalkan kesan solekan dengan cemerlang, NIVEA Face Care Micellar Water Make Up Clear Pearl White juga membantu jenis kulit kusam mengembalikan semula oksigen dan kelembapan selepas menanggalkan solek untuk membolehkan kulit bernafas semula. Selepas beberapa siri penggunaan NIVEA Face Care Micellar Water Make Up Clear Pearl White, pengguna akan mendapati kulit wajah kelihatan semakin licin dan berseri.

Kelebihan NIVEA Face Care Micellar Water Make Up Clear Pearl White

  • Diperkaya dengan ekstrak mutiara dan likuoris
  • Untuk kulit sensitif dan sekitar mata
  • Bebas paraben tanpa bahan penyebab kerengsaan
  • Membekalkan oksigen dan kelembapan kulit

Kekurangan NIVEA Face Care Micellar Water Make Up Clear Pearl White

  • Elak terkena mata akan menyebabkan ketidakselesaan

Spesifikasi NIVEA Face Care Micellar Water Make Up Clear Pearl White

Saiz 200ML
Kandungan Aqua, Poloxamer 184, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Glyceryl Glucoside, Hydrolyzed Pearl, Glycerin, Sorbitol, PEG-7 Glycerin Cocoate, Decyl Glucoside, Disodium Cocoyl Glutamate,1,2-Hexamediol, Polyquaternium-10, Citric Acid, Sodium Chloride, Sodium Acetate, Propylene Glycol, Trisodium EDTA, Phenoxyethanol
Harga RM16.49

BIORE Perfect Cleansing Water – Oil Clear

BIORE Perfect Cleansing Water - Oil Clear
BIORE Perfect Cleansing Water – Oil Clear diformulasikan dengan Japan Brightening Micellar, White Tea Extract dan kolagen berfungsi untuk menanggalkan kesan sisa solekan dengan cepat, menghaluskan dan menghidratkan kulit menjadi bersih dan lembut hanya dengan satu sapuan. Kandungan pH BIORE Perfect Cleansing Water – Oil Clear sesuai untuk kulit yang asli bertindak memulihkan kelembapan kulit muka.
BIORE Perfect Cleansing Water – Oil Clear adalah water-based pembersih solekan dan bebas minyak tanpa perlu dibilas dapat menanggalkan sel kulit mati, kotoran hingga ke sebum. Kotoran dan minyak yang terperangkap dalam pori secara menyeluruh dapat disingkirkan dengan mudah tanpa perlu digosok kuat.
Apabila gunakan BIORE Perfect Cleansing Water – Oil Clear di bahagian mata, pembersih solekan ini langsung tidak memedihkan mata malah sifatnya yang lembut dapat menghidratkan kulit di sekitar mata. BIORE Perfect Cleansing Water – Oil Clear juga datang dalam pek isian semula mesra alam yang diperbuat daripada 69% kurang plastik. Satu langkah yang mudah untuk hidup ke arah kelestarian alam!

Kelebihan BIORE Perfect Cleansing Water – Oil Clear

  • Diformulasikan dengan Japan Brightening Micellar
  • Bebas minyak tanpa perlu dibilas
  • Langsung tidak memedihkan mata
  • Ada pek isian semula

Kekurangan BIORE Perfect Cleansing Water – Oil Clear

  • Rupa pembungkusan hampir sama dengan produk BIORE lain

Spesifikasi BIORE Perfect Cleansing Water – Oil Clear

Saiz 90ML
Kandungan Water (Aqua), Dipropylene Glycol, PEG-12 Laurate, Butylene Glycol, PEG/PPG/Polybutylene Glycol-8/5/3 Glycerin, PEG-8, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, Sodium Citrate, Sodium Methyl Stearoyl Taurate, Citric Acid, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Methylparaben, o-Cymen-5-ol
Harga RM10.97

Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue

Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue
Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue adalah micellar water nombor satu terlaris di Malaysia juga di dunia. Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue merupakan inovasi pembersih wajah dengan kandungan molekul Micelles yang berkuasa menghilangkan kotoran dan minyak seperti magnet, tanpa perlu dibilas. Teksturnya sangat ringan seperti air, lembut membersihkan kotoran dan solekan dari wajah, mata dan bibir, tanpa menimbulkan iritasi.

Diformulasikan agar tidak melekit pada wajah, Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue tidak berminyak, sesuai untuk kulit sensitif, berminyak dan cenderung berjerawat. Ia telah diuji secara Dermatologi dan disahkan Halal. – Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue juga boleh digunakan untuk membersihkan berus solekan. Tuangkan Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue dalam mangkuk kecil, kemudian celupkan hujung berus makeup dan buat pergerakan membulat sehingga kotoran tertanggal dan bersih. Berus solekan yang tidak bersih boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.

Kelebihan Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue

  • Diuji secara Dermatologi dan disahkan Halal.
  • Harga berpatutan
  • Molekul Micelles mampu menghilangkan kotoran dengan berkesan
  • Boleh digunakaan membersihkan berus solekan

Kekurangan Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue

  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Garnier Micellar Cleansing Water Pink/Blue

Saiz 125ML
Kandungan Aqua / Water, Hexylene Glycoglycerin, Alcohol Denat., Disodium Cocoamphodiacetate, Disodium Edta, Myrtrimonium Bromide, Poloxamer 184, Fil B185272/0
Harga RM15.90

L’Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover

L'Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover
Bukan sekadar penanggal solekan, L’Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover dengan esktrak bunga ros Perancis semulajadi membantu mengekalkan kelembapan kulit, melembutkan sambil membuang sisa kotoran kulit secara mendalam. L’Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover bertindak menanggalkan sisa kotoran sehingga ke dalam liang pori bagi memberikan kesan kesegaran kepada kulit sepanjang hari.
Solekan gincu dan pembayang mata mudah dibersihkan bertindak menanggalkan solekan paling degil pada wajah dan bibir walaupun ia kalis air, malah lembut serta sesuai untuk mata sensitif. L’Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover lembut pada kulit dan tidak meninggalkan rasa tegang. Teknologi micelar baru, molekul micellar yang unik bertindak seperti magnet untuk menanggalkan sisa solekan dan kekotoran dari kulit secara menyeluruh.

Kelebihan L’Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover

  • Membuang sisa solekan secara mendalam
  • Esktrak bunga ros Perancis semulajadi membantu mengekalkan kelembapan kulit
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Memberi kesegaran kepada kulit

Kekurangan L’Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover

  • Stok sukar diperolehi dan terhad di pasaran

Spesifikasi L’Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover

Saiz 250ML
Penggunaan Aqua / Water, Hexylene Glycol, Glycerin, Rosa Gallica Flower Extract, Sorbitol, Poloxamer 184, Disodium Cocoamphodiacetate, Disodium Edta, Propylene Glycol, BHT , Polyaminopropyl Biguanide
Harga RM25.42

Pembersih solekan kebanyakkan dihasilkan daripada micelle iaitu molekul kecil dicampur dengan air untuk membersihkan kekotoran di wajah disebabkan ia mempunyai satu komponen yang mampu memerangkap kotoran. Pada masa sama, ia berfungsi memerangkap kekotoran dalam bentuk bulatan sebelum wajah dicuci. Dalam kata mudah, pembersih solekan berfungsi seperti menyingkirkan kesan solekan lebih semula jadi dan membersihkan kotoran yang melekat pada permukaan kulit wajah.

Ia juga membantu membersihkan pori dengan lebih efektif supaya tidak tersumbat selain mengurangkan risiko pembentukan jerawat, bintik putih dan bintik hitam. Sehingga kini tiada kesan negatif penggunaan pembersih solekan kerana ia digunakan untuk mencuci solekan bukannya diletakkan di dalam pelembap atau penyegar wajah.

Pembersih solekan adalah teknologi kecantikan mudah yang tidak mendatangkan kesan mudarat, namun individu yang mempunyai kulit jenis terlalu sensitif atau kering tidak digalakkan menggunakannya. Sangat penting untuk mempunyai sekurang-kurangnya sedikit maklumat mengenai apa saja produk kecantikan yang berada di pasaran bagi mengelak menjadi mangsa kejahilan sendiri. Ambil langkah berjaga-jaga dan baca setiap kandungan produk yang ingin digunakan sebelum membeli bagi mengelak sebarang risiko tak diingini.



Related posts