5 Lokasi Terbaik Untuk Menikmati ‘Dessert Durian’ di Lembah Klang

5 Lokasi Terbaik Untuk Menikmati ‘Dessert Durian’ di Lembah Klang
Makanan dan minuman


Bergelar “Raja Buah-buahan”, buah berduri ini digemari ramai rakyat Malaysia. Sesetengah mungkin tidak menyukainya, namun anda yang sedang membaca artikel ini pasti merupakan salah seorang daripada ‘hantu durian’ di luar sana kan? Makan durian dikopek dari buahnya mungkin terlalu mainstream, jom kita usha lokasi menarik yang menawarkan pelbagai menu menarik berasaskan durian di sekitar Lembah Klang.

Durion Dessert Café, Dataran Perniagaan Cheras

Durion Dessert Café, Dataran Perniagaan Cheras
Penggemar durian harus berkunjung ke café ini untuk merasai keenakkan pelbagai menu dengan suntikan durian termasuk roti choux dan polo yang disumbat dengan kenikmatan isi durian Musang King. Café ini juga menghidangkan pelbagai jenis menu menarik seperti pasta, chicken chop dan burger di mana roti burger itu berperisa durian.

Kelebihan Durion Dessert Café

  • Konsep dekorasi café menarik
  • Menu unik berunsurkan durian
  • Harga berpatutan
  • Setiap makanan dihidangkan dengan menarik
  • Bungkusan bawa pulang yang kemas dan eksklusif

Kekurangan Durion Dessert Café

  • Kurang dikenali kerana baru dibuka tahun ini

Spesifikasi Durion Dessert Café

Alamat 195-1, Jalan Dataran Cheras 9, Dataran Perniagaan Cheras
No tel 012 -226 6880
Instagram/ Facebook https://www.facebook.com/durion.official/

Duke Fine Durian, Fahrenheit 88

Duke Fine Durian, Fahrenheit 88
Terletak di Fahrenheit 88 di tengah-tengah Bukit Bintang, Duke Fine Durian membawakan sentuhan kemewahan kepada buah ikonik Malaysia iaitu durian. Menu kafe ini kebanyakannya diinspirasikan daripada buah durian. Antara menu istimewa di sini adalah Durian Oyaki (Japanese English Muffin dengan durian, Durian Charcoal, Croissant Durian dan banyak lagi.

Kelebihan Duke Fine Durian

  • Lokasi strategik di tengah bandar Kuala Lumpur
  • Menu unik berunsurkan durian
  • Durian segar
  • Setiap makanan dihidangkan dengan menarik
  • Dekorasi kafe dengan tema durian

Kekurangan Duke Fine Durian

  • Sukar untuk parking kenderaan

Spesifikasi Duke Fine Durian

Alamat Fahrenheit 88, G-43(01) & G-43 (02, 179, Jln Bukit Bintang
No tel 014-369 8984
Instagram/ Facebook @duke.finedurian & https://www.facebook.com/duke.finedurian/

KLCG Bakery, Dataran Merdeka

KLCG Bakery, Dataran Merdeka
KLCG Bakery ini terletak di hadapan tapak bersejarah, Dataran Merdeka. Sebaik melangkah masuk, pengunjung dapat melihat hiasan dalaman yang modern dan fresh, beserta tingkap-tingkap yang berwarna-warni memberikan tenaga baru kepada bangunan lama ini. Anda juga boleh melihat sendiri pembuatan pastry-pastri mereka kerana mereka menggunakan konsep open space dan studio baking bercermin 360°.

Antara pastri signature mereka ialah roti croissant dari Perancis. Menggunakan butter Perancis tradisional, Charentes-Poitou, roti croissant mereka terkenal dengan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Cronuts mereka juga datang dalam perasa buahan seperti peach, mangga dan pastinya menjadi idaman ramai, durian.

Kelebihan KLCG Bakery

  • Kafe dengan konsep menarik
  • Terkenal dengan pelbagai jenis pastri segar
  • Lokasi strategi di tengah bandar Kuala Lumpur
  • Menu unik berunsurkan durian

Kekurangan KLCG Bakery

  • Harga sesetengah menu agak mahal

Spesifikasi KLCG Bakery

Alamat 27, Jln Raja, Dataran Merdeka
No tel 012-389 3907
Instagram/ Facebook https://www.instagram.com/klcgconfectionerybakery/?hl=en

Le Bread Days, Seksyen 19

Le Bread Days, Seksyen 19
Lokasi ini sangat terkenal dengan keenakkan croissant berperisa kuning telur masin mereka dan tidak ketinggalan croissant durian. Pastri yang berasal dari Austria ini gebu di dalam dan garing di luar menjadi kesukaan ramai. Anda pasti tidak kecewa kerana mereka tidak kedekut dengan isi durian yang pastinya segar dan berkualiti tinggi.

Kelebihan Le Bread Days

  • Terkenal dengan croissant segar
  • Kafe dengan konsep menarik
  • Menu unik berunsurkan durian

Kekurangan Le Bread Days

  • Kafe agak kecil dan kedudukan meja agak rapat

Spesifikasi Le Bread Days

Alamat 68, Jalan SS 2/72, Seksyen 19
No tel 03-7932 0868
Instagram/ Facebook https://www.facebook.com/lebreaddaysss2

Durianity, Bandar Puchong Jaya

Durianity, Bandar Puchong Jaya
Boleh dikatakan Durianity ini adalah satu-satunya kafe bertemakan durian di seluruh Puchong. Apa yang menarik tentang kafe ini ialah ia bukan sahaja menyajikan buah durian segar, malah anda akan dapat merasai keunikan menu menarik seperti piza, smoothie, nasi lemak, krim puff, krep dan kek; yang kesemuanya sudah tentu berperisa durian!

Kelebihan Durianity

  • Menu berunsurkan durian yang pelbagai
  • Durian segar
  • Pilihan durian berkualiti seperti Musang King

Kekurangan Durianity

  • Harga agak mahal dan berbeza mengikut jenis durian

Spesifikasi Durianity

Alamat ioi boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya
No tel 03-8070 3536
Instagram/ Facebook https://www.facebook.com/durianity/

Durian pastinya mempunyai rasa enaknya tersendiri dan kini pelbagai menu berunsurkan durian telah dicipta oleh chef-chef hebat. Ia secara tidak langsung memberi peluang untuk orang ramai merasai keenakkan durian dalam bentuk yang berbeza.

Selidik terlebih dahulu status halal setiap kafe kerana setengahnya tidak mempunyai tanda Halal. Selamat menjamu selera!



Related posts