Jika Anda Pencinta Burger, Ini 5 Pilihan Burger Terbaik Wajib Cuba Di Malaysia

Jika Anda Pencinta Burger, Ini 5 Pilihan Burger Terbaik Wajib Cuba Di Malaysia
Makanan dan minuman


Burger mempunyai hampir semua yang anda perlukan dalam hidangan seperti roti, sayur-sayuran, sos dan daging yang lazat tepat di antara kesemuanya. Apa yang menarik, ialah anda sentiasa boleh mengharapkan sesuatu yang baru dengannya walaupun bahan-bahannya mudah. Gabungan roti bun lembut, bersama sayuran segar, dan daging yang juicy ditambah dengan gabungan sos-sos menarik, sudah cukup membuatkan ramai kecur liur kan? Buat penggemar burger, anda berada di page yang tepat kerana kami akan kongsikan beberapa jenis burger terbaik yang anda wajb cuba di Malaysia!

4Fingers Megasaurus

4Fingers Megasaurus
Nama megasaurus dan macam nama dinosaur kan? Adakah burger ini bentuknya seakan dinosaur? Ha, khas buat peminat 4Fingers, anda pasti gembira dengan menu terbaru ini. Burger Megasaurus 4Fingers, dibuat dengan sos istimewa mereka yang disapukan pada roti dan patty ayam yang juicy serta bahan-bahan segar. Ianya Mega BESAR dan penuh dengan perisa, digandingkan dengan mayo telur, keju & kimslaw yang lazat! Pilihan burger yang dikategorikan sebagai Jawbreakers ini terdiri daripada pilihan Monster Tower, Cheee-Zilla dan Chicky Crisp! Harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal iaitu dari RM 19.90 hinggalah ke RM 23.90.

Sebab you wajib cuba 4Fingers Megasaurus

  • Patty ayam tebal dan besar
  • Ayam yang juicy
  • Gabungan sos menarik

Kekurangan 4Fingers Megasaurus

  • Cawangan 4Fingers tidak mudah didapati di kawasan terpencil di kampung

Info 4Fingers Megasaurus

Nama restoran 4Fingers
Nama burger Monster Tower, Chees-Zilla, Chicky Crisp
Harga RM 19.90 – RM 23.90
Laman web Klik 4Fingers

My BurgerLab Beautiful Mess

My BurgerLab Beautiful Mess
Diinspirasikan daripada Burger Protobello Shake Shack, My Burgerlab Beautiful Mess ini datang dengan resipi burger yang sempurna. Untuk mendapatkan sebuah resipi burger yang asli dan tersendiri, burger ini telah melalui beberapa siri pembaharuan sehingga terjadinya resipi yang ada ketika ini. Ia adalah gabungan padu antara roti arang dengan patty daging lembu yang dihiasi dengan keju cheddar, juga dilengkapkan dengan strip Protobello yang digoreng, disiram dengan rasa manis-manis masam sos honey mustard dan telur sunny side up yang cair dan pecah di mulut. Dari segi saiznya, burger ini juga agak besar dan turut berada di dalam kategori burger yang jawbreakers sesuai dengan harganya.

Sebab you wajib cuba My BurgerLab Beautiful Mess

  • Gabungan patty lembu dan strip Protobello goreng yang unik
  • Saiz burger yang besar
  • Kategori burger Jawbreaker

Kekurangan My BurgerLab Beautiful Mess

  • Harga yang mahal dan premium

Info My BurgerLab Beautiful Mess

Nama restoran My Burgerlab
Nama burger My Burgerlab Beautiful Mess
Harga RM 24.90
Laman web Klik My BurgerLab

Five Guys Cheeseburger

Five Guys Cheeseburger
Buat pencinta Cheeseburger, sila berikan perhatian penuh kepada Cheeseburger daripada rangkaian francais Five Guys ini. Five Guys merupakan restoran kasual gaya Amerika Syarikat yang terkenal dalam menghasilkan burger yang sangat juicy. Buat mereka yang obses dengan keju, Cheeseburger dari Five Guys ini didatangkan dengan keunikan American Cheese yang dicairkan dan diletakkan di tengah-tengah patty untuk memberikan variasi campuran rasa patty dan keju. Yang menariknya, anda boleh memilih toppings anda sendiri, diantaranya ialah cili jalapeno, cendawan panggang, hot sauce dan barbeque sauce. Cukup untuk menjadi sebuah hidangan lengkap untuk anda. Mempunyai saiz yang sederhana, burger ini tidaklah dikategorikan sebagai jawbreaker, lebih mudah untuk anda yang mempunyai saiz mulut kecil dan tidak makan dengan kadar yang banyak.

Sebab you wajib cuba Five Guys Cheeseburger

  • American cheese cair di tengah-tengah patty
  • Pilihan topping yang banyak
  • Francais dari Amerika Syarikat

Kekurangan Five Guys Cheeseburger

  • Harga premium dan mahal

Info Five Guys Cheeseburger

Nama restoran Five Guys
Nama burger Five Guys Cheeseburger
Harga RM 35.90
Laman web Klik Five Guys

Kaw Kaw Burger Kahwin

Kaw Kaw Burger Kahwin
Khas buat mereka yang ‘sapot lokal’, Burger bakar kaw kaw adalah sebuah produk burger tempatan yang anda patut cuba. Menggunakan konsep warung, tiada siapa sangka produk burger disini telah tersenarai dalam senarai 50 burger terbaik di Asia. Satu pencapaian terbaik untuk produk tempatan. Yang pastinya, kesemua patty disini dibuat segar dengan cara handmade. Anda keliru? Tak tahu nak pilih yang mana? Kaw Kaw Burger Kahwin adalah satu menu yang berbaloi untuk anda. Bayangkan betapa besar dan puasnya anda makan apabila patty lembu dan ayam ‘dikahwinkan’ di dalam satu burger. Mesti sedap kan? Campuran rasa patty ayam yang digoreng dan patty lembu yang dibakar, dan dilengkapkan dengan sos mayonis yang banyak sudah cukup untuk memberikan rasa unik dan lain dari yang lain.

Sebab you wajib cuba Kaw Kaw Burger Kahwin

  • Produk tempatan
  • Gabungan patty ayam dan daging dalam satu burger
  • Patty dibuat dengan cara handmade

Kekurangan Kaw Kaw Burger Kahwin

  • Pilihan sos yang kurang

Info Kaw Kaw Burger Kahwin

Nama restoran Burger Bakar Kaw Kaw
Nama burger Kaw Kaw Burger Kahwin
Harga RM 23.00
Laman web Klik Kaw Kaw Burger

KGB Seoul Chicken

KGB Seoul Chicken
Gelombang K-Pop bukan sahaja datang dalam industri muzik semata-mata, ianya turut mempengaruhi industri makanan. KGB menawarkan KGB Seoul Chicken yang membawa rasa dari negara Korea Selatan. Dengan roti lembut, telur goreng dan juga patty ayam parm crusted yang rangup, anda tidak perlu terkejut dan pastinya teruja dengan potong-potongan kimchi dan juga mayonis kimchi yang melengkapkan hidangan burger ini. Pastinya akan memberi sebuah kelainan dari segi rasa dan pengalaman walaupun hidangan ini seakan lari sedikit daripada burger yang autentik. Manis dan masam daripada potongan kimchi juga memberikan warna pada burger ini. Anda nak cuba rasa sesuatu yang baru? KGB Seoul Chicken adalah jawapan yang tepat.

Kelebihan KGB Seoul Chicken

  • Gabungan burger ayam dan kimchi
  • Rasa unik yang tersendiri
  • Saiz hidangan sempurna, tidak terlalu besar dan terlalu kecil

Kekurangan KGB Seoul Chicken

  • Tidak ramai berminat dengan Kimchi

Info KGB Seoul Chicken

Nama restoran KGB
Nama burger KGB Seoul Chicken
Harga RM 15.90
Laman web Klik KGB

Burger bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis burger yang dijual bermula daripada warung kecil, stall atau kiosk sehinggalah ke francais-francais yang besar. Daripada burger buatan tempatan sehinggalah yang diimport. Yang paling membanggakan, ada produk burger tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan mendapat perhatian dari luar negara.

Banyak menu-menu burger juga diperkenalkan di pasaran dengan menawarkan pengalaman rasa yang menarik. Bukan sahaja burger yang autentik, ,malah burger yang diolah dengan konsep ‘fusion’ juga semakin lama semakin mendapat perhatian di kalangan peminat burger.



Related posts