Jom Check Out 5 Lokasi ‘Instagrammable’ Di Sekitar Lembah Klang Ini

Jom Check Out 5 Lokasi ‘Instagrammable’ Di Sekitar Lembah Klang Ini
Makanan dan minuman


Ha, anda yang dah klik artikel ni mesti dah lama tidak post gambar di Instagram kan? Sebenarnya kan banyak je lokasi menarik di sekitar Lembah Klang ni yang sesuai dijadikan port untuk bergambar dan pastinya menepati ‘piawaian’ untuk di post ke Instagram anda. Jangan risau, jika lokasi dah cantik, anda tidak memerlukan teknik fotografi yang banyak pun. Gambar pasti cantik! Jom lihat 5 lokasi paling ‘onz’, paling ‘instagrammable’ khas untuk feed IG anda!

Tsutaya Books (Pavilion Bukit Jalil)

Tsutaya Books (Pavilion Bukit Jalil)
Eh, ini bukan di Jepun, tapi dalam negara kita! Ramai menggelarnya sebagai ‘gedung buku tercantik di dunia’ kerana susun atur dan dekorasi buku-bukunya yang gah dan sungguh estetik. Tsutaya Books di Pavilion Bukit Jalil ingin menjadikan lokasi ini lebih daripada sekadar tempat membeli buku.

Ruang seluas 31,000 kaki persegi ini merangkumi kedai buku, kafe, barangan khusus dan kawasan aktiviti. Secara asasnya, kedai ini akan menjadi destinasi pilihan gaya hidup, jadi rakan dan keluarga anda yang tidak membaca buku juga masih akan berminat untuk berkunjung ke sini bersama anda.

Sebab memang cantik! Ia baru sahaja dilancarkan pada awal Julai lalu dan kedai buku satu tingkat ini menempatkan lebih 240,000 buah buku yang dipilih dan disusun khas, alat tulis serta barangan hiasan

Kelebihan Tsutaya Books (Pavilion Bukit Jalil)

  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Terdapat ruangan kanak-kanak
  • Ruangan luas
  • Dekorasi menarik
  • Seakan di Jepun
  • Lebih 240,000 buah buku

Kekurangan Tsutaya Books (Pavilion Bukit Jalil)

  • Dekorasi terhad dengan latar belakang buku-buku sahaja

Spesifikasi Tsutaya Books (Pavilion Bukit Jalil)

Lokasi Pavilion, Bukit Jalil
Waktu operasi 10 pagi – 10 malam (Isnin- Jumaat)
Instagram/Facebook https://www.instagram.com/bukitjalil.tsutayabooks/?hl=en

Nu Sentral Overhead Bridge

Nu Sentral Overhead Bridge
Di antara semua tempat Instagrammable di Kuala Lumpur, tempat ini boleh dikatakan antara yang paling unik. Disambungkan ke KL Sentral, hab pengangkutan awam, Nu Sentral ialah pusat beli-belah yang sesuai untuk Instagram, tetapi ia bukan pusat beli-belah yang anda patut ambil gambar.

Eskalator terkenal mereka itulah yang menjadikannya tempat Instagrammable yang hebat. Anda boleh menggunakan lokasi hotspot Instagram ini sebagai latar belakang bandar terbaik. Gambar OOTD akan kelihatan hebat berbanding seni bina yang anggun dan pada waktu petang, banyak cahaya semula jadi datang melalui panel, menghasilkan bayang-bayang di seluruh lantai. Anda boleh bergambar di eskalator, tetapi berhati-hati dan perhatikan langkah anda!

Nu Sentral boleh diakses terus melalui KL Sentral, tetapi jika anda mahukan eskalator untuk diri sendiri semasa anda mengambil gambar anda, datang sahaja pada waktu luar puncak. Setelah anda selesai, anda boleh melihat pusat membeli-belah dan kedai-kedai selepas itu!

Kelebihan Nu Sentral Overhead Bridge

  • Dekorasi unik
  • Menonjolkan seni bina anggun
  • Banyak cahaya semula jadi

Kekurangan Nu Sentral Overhead Bridge

  • Kurang sesuai untuk bergambar jika di waktu puncak
  • Sedikit bahaya jika tidak berhati-hati

Spesifikasi Nu Sentral Overhead Bridge

Lokasi NuSentral, KL Sentral
Waktu operasi 10 pagi- 10 malam
Instagram/Facebook https://www.instagram.com/nusentral/?hl=en

Astaka Morocco (The Moroccan Pavilion)

Astaka Morocco (The Moroccan Pavilion)
Jika anda mahukan feel-feel seakan di Morocco tetapi tidak mahu berbelanja lebih hingga ke luar negara, datanglah ke Astaka Morocco di Putrajaya. Ia terletak di dalam Taman Botani Putrajaya, dan mempunyai latar belakang tasik dan seni bina Maghribi yang indah.

Pada asalnya dibina untuk memperingati hubungan negara dengan Maghribi, reka bentuk rumit Pavilion menampilkan hasil kerja mahir artis Maghribi. Setiap galeri di sini dimodelkan secara individu mengikut bandar-bandar utama Maghribi.

Anda boleh mengambil gambar di bawah pintu gerbang yang cantik dan selepas itu, atau meneroka seluruh Taman Botani untuk mendapatkan lebih banyak gambar menarik. Moroccan Pavilion boleh diakses melalui KLIA Transit, tetapi disyorkan untuk pergi ke sana dengan kereta.

Kelebihan Astaka Morocco (The Moroccan Pavilion)

  • Seakan di Morocco
  • Lokasi strategik di Putrajaya
  • Reka bentuk unik dan rumit
  • Gambar di pintu gerbang yang cantik
  • Mudah untuk diakses

Kekurangan Astaka Morocco (The Moroccan Pavilion)

  • Ada bayaran masuk

Spesifikasi Astaka Morocco (The Moroccan Pavilion)

Lokasi Presint 1, 62000 Putrajaya
Waktu operasi 9 pagi – 6 petang
Instagram/Facebook https://www.instagram.com/explore/locations/239913415/malaysia/putrajaya-wilayah-persekutuan-malaysia/astaka-morocco-putrajaya/

Pintasan Saloma

Pintasan Saloma
Alang-alang dah sampai KLCC, singgahlah sebentar di Jambatan Saloma Link (atau Pintasan Saloma) untuk lebih banyak gambar. Jambatan itu terletak betul-betul di antara Lorong Raja Muda Musa 3 di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Jalan Saloma, yang terletak berhampiran KLCC di bandar yang sama.

Ia adalah salah satu tempat Instagrammable paling onz di Kuala Lumpur. Ia dilengkapi sistem pencahayaan canggih yang menonjolkan keunikan jambatan itu pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia namun kelainan konsep seni binanya inspirasi ‘Sirih Junjung’ yang sinonim dengan adat resam budaya Melayu.

Jambatan Saloma Link secara teknikalnya lebih sesak pada waktu malam, tetapi ia berbaloi untuk dikunjungi. Pada waktu siang, datang awal pagi untuk mempunyai lebih banyak ruang untuk mengambil gambar anda. Ia juga mudah diakses melalui LRT dari kedua-dua belah: Stesen LRT Kampung Baru dan Stesen LRT KLCC (berjalan melepasi Public Bank dan ke Jalan Saloma).

Kelebihan Pintasan Saloma

  • Seakan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia
  • Lebih cantik pada waktu malam
  • Berdekatan dengan KLCC
  • Mudah untuk diakses

Kekurangan Pintasan Saloma

  • Agak sesak pada waktu cuti

Spesifikasi Pintasan Saloma

Lokasi Saloma, Between and Lorong, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru
Waktu operasi Semasa waktu malam jambatan ini tidak boleh diakses (dari pukul 01:00 pagi hingga 05:00 pagi dari Isnin hingga Sabtu dan pukul 0:30 tengah malam hingga 05:00 pagi pada hari Ahad dan hari cuti umum)
Instagram/Facebook https://www.instagram.com/explore/tags/salomalinkbridge/?hl=en

The Secret Garden, Taman Putra Perdana, Precinct 1 Putrajaya

The Secret Garden, Taman Putra Perdana, Precinct 1 Putrajaya
Makin meriahlah tarikan pelancongan di Putrajaya lepas ni. Mana tidaknya, selepas Pantai Floria dan Putrajaya Steps, kini Putrajaya bakal hadir dengan tarikan terbaharu iaitu Putrajaya Secret Garden untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sana.

Ia diumumkan sendiri oleh Perbadanan Putrajaya menerusi Facebook dan Putrajaya Secret Garden ini terletak di Taman Putra Perdana Presint 1, berhadapan Hotel Pulse Grande. Anda dapat melihat keindahan taman cahaya ini pada waktu malam dan semestinya sangat sesuai untuk mereka yang gemar bergambar.

Barulah meriah gambar dengan pelbagai jenis cahaya yang ada. Jika melihat kepada gambar-gambar yang dikongsikan, memang rasa ‘vibes’ dunia Avatar tau.

Kelebihan The Secret Garden, Taman Putra Perdana

  • Taman cahaya seakan Avatar
  • Pelbagai spot menarik bergambar
  • Sesuai beriadah bersama keluarga
  • Lokasi strategik di bandar Putrajaya

Kekurangan The Secret Garden, Taman Putra Perdana

  • Hanya sesuai pada waktu malam

Spesifikasi The Secret Garden, Taman Putra Perdana

Lokasi Taman Putra Perdana, Persiaran Sultan Sallahudin Abdul Aziz Shah, Persint 1, Putrajaya
Waktu operasi
Instagram/Facebook https://www.facebook.com/putrajaya/posts/10158680227671723

Kalau nak ikutkan memang banyak lokasi Instagrammable di Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh anda pergi. Selain bergambar, banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sana. Tunggu apa lagi, kosongkan memori phone dan jom get ready berposing sakan!

Kebanyakkan lokasi menarik ini akan menjadi agak padat dengan pengunjung terutama waktu puncak. Kita masih berperang dengan pandemik Covid-19 dan pelbagai virus tidak kelihatan lain. Jadi, patuh SOP dan jaga kebersihan serta kesihatan diri masing-masing okay!



Related posts