Untuk Peminat Kopi Segera! 7 Pilihan Paling ‘Best’ Dan Sedap Anda Perlu Cuba

Untuk Peminat Kopi Segera! 7 Pilihan Paling ‘Best’ Dan Sedap Anda Perlu Cuba
Makanan dan minuman


Kopi boleh dikategorikan sebagai minuman kegemaran global kerana penggemarnya adalah dari seluruh pelosok dunia. Tidak peliklah, setiap negara ada tarikan dan keunikan minuman kopi mereka tersendiri. Lambakkan kedai kopi di Malaysia juga menunjukkan betapa ramainya rakyat Malaysia yang menggemari minuman ini.

Bukan sahaja di kedai, pelbagai jenis kopi segera juga terjual di pasaran khas untuk anda yang mahukan minuman kopi dengan kadar cepat dan mudah. Yang mana masih keliru jenama kopi segera yang manakah terbaik, jom cuba pilihan ini.

Alicafé Signature French Roast

Alicafé Signature French Roast

Nikmati rasa kopi sebenar Alicafe Signature French Roast, tanpa perisa tambahan. Dengan campuran biji Arabica dan Robusta, anda akan menikmati pengalaman yang luar biasa dengan setiap tegukan. Kopi 3 dalam 1 ini dipanggang dengan teknik Frenchy, supaya anda boleh menikmati setiap hirupan kopi anda. Penyediaan yang mudah membolehkan anda menikmati kopi ini di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang anda mahukan. Khas untuk anda yang gemar rasa asli kopi, ini adalah pilihan baik kerana ianya tiada perisa tambahan.

Kelebihan Alicafé Signature French Roast:

  • Rasa yang kaya dan berani
  • Mudah dan senang disediakan
  • Kopi dipanggang dengan teknik Frenchy
  • Tiada perisa tambahan

Kekurangan Alicafé Signature French Roast:

  • Sukar didapati di kedai runcit biasa

Spesifikasi Alicafé Signature French Roast:

Jenama: Alicafé
Bahan Utama: Biji kopi Arabica dan Robusta
Jumlah paket: 30+2
Isi kandungan per paket: 25g
Harga: RM 65.50

Kapal Api Kopi Gula Melaka 3in1 Coffee Mix

Kapal Api Kopi Gula Melaka 3in1 Coffee Mix

Eh jarang betul kita dengar orang bancuh kopi dengan gula Melaka kan? Gula Melaka sememangnya terkenal dengan rasa yang lebih berlemak dan kemanisannya yang tidak sama seperti gula pasir biasa. Gabungan gula Melaka dengan kopi pastinya akan memberikan kelainan dari segi rasa dan aromanya. Apa yang menarik adalah, gula Melaka ini kaya dengan vitamin B1, B2, B3, B6, C, mineral, potassium, magnesium dan tinggi dengan antioksidan.

Kelebihan Kapal Api Kopi Gula Melaka 3in1 Coffee Mix:

  • Aroma gula Melaka asli
  • Gula Melaka mempunyai banyak kelebihan dan dilengkapi pelbagai jenis vitamin
  • Jenama popular
  • Rasa lebih Kaw

Kekurangan Kapal Api Kopi Gula Melaka 3in1 Coffee Mix:

  • Tidak semua menggemari rasa gula melaka

Spesifikasi Kapal Api Kopi Gula Melaka 3in1 Coffee Mix:

Jenama: Kapal Api
Bahan Utama: Gula Melaka, dan Kopi
Jumlah paket: 18
Isi kandungan per paket: 27g
Harga: RM 10.90

Nescafe Latte Caramel Coffee

Nescafe Latte Caramel Coffee

Rasanya jenama Nescafe ni terkenal bukan sahaja dalam kalangan penggemar kopi, malah yang tidak minat kopi pun mesti pernah dengar nama Nescafe ni kan? Ia merupakan antara jenama kopi terkenal di serata dunia kerana menawarkan pelbagai pilihan produk berunsurkan kopi. Perisa Latte Caramel Coffee ini adalah antara yang diminati ramai. Ia adalah kopi putih berperisa caramel bersama susu dan tiada rasa pahit selepas anda menikmatinya. Kopinya berasal dari Brazil dan sehingga kini setiap produknya dihasilkan dengan gabungan kacang kopi yang berkualiti tinggi

Kelebihan

  • Tiada rasa pahit
  • Pelbagai perisa lain
  • Gabungan kacang kopi berkualiti tinggi
  • Jenama terkenal di seluruh dunia

Kekurangan

  • Tidak semua menggemari rasa karamel

Spesifikasi

Jenama Nescafe
Bahan utama Karamel, kopi putih
Jumlah paket 20
Isi Kandungan per paket 25g
Harga RM 11.90

OldTown White Coffee (Hazelnut)

OldTown White Coffee (Hazelnut)

Khas buat penggemar kopi putih, produk berjenama OldTown adalah pilihan terbaik untuk anda cuba. Campuran kopi putih 3 dalam satu ini diperbuat daripada kacang kopi Liberika, Robusta dan Arabica yang berkualiti tinggi. Kesemua kopi tersebut diproses dengan suhu yang sempurna dan prosedur pembuatan kopi sebenar. Jenama OldTown ini lebih terkenal di Ipoh Perak kemudian berkembang ke serata Malaysia. Kopi berperisa Hazelnut ini sungguh enak diserikan dengan aroma kopi putih pastinya menjadi kegemaran ramai.

Kelebihan

  • Pilihan perisa unik seperti hazelnut, gula tebu semulajadi
  • Diperbuat dari kacang kopi terbaik
  • Isi kandungan setiap paket lebih berat

Kekurangan

  • Jenama ini pernah viral dengan tuduhan palsu

Spesifikasi

Jenama OldTown White Coffee
Bahan utama kopi putih, hazelnut
Jumlah paket 15
Isi Kandungan per paket 40g
Harga RM 15.60

Kopiko 3inONE KAW

Kopiko 3inONE KAW

Dahulu jenama Kopiko ni terkenal dengan gula-gula berperisa kopi, jangan tidak tahu ia juga mempunyai produk kopi segeranya sendiri. Kopiko adalah jenama Indonesia dan produknya mula memasuki Malaysia pada tahun 2001. Istimewa kopi segera ini adalah ia mempunyai kandungan asid yang rendah sesuai untuk penggemar kopi yang perutnya sensitif.

Kelebihan

  • Kandungan asid rendah
  • Kopi dipanggang pada suhu terkawal
  • Diperbuat dari kacang kopi terbaik
  • Jumlah paket lebih banyak dengan harga yang murah

Kekurangan

  • Jarang dijual di kedai runcit biasa

Spesifikasi

Jenama Kopiko
Bahan utama Kopi Low Acid
Jumlah paket 24
Isi Kandungan per paket 20g
Harga RM 9.90

PappaRich Stevia White Coffee

PappaRich Stevia White Coffee

Tidak menggunakan gula, kopi jenama PappaRich ini dihasilkan dengan ekstrak stevia yang merupakan pengganti gula semulajadi lebih baik daripada gula putih. Kandungan kalorinya juga rendah berbanding jenama kopi lain yang menggunakan gula putih. Kopi segera ini diperbuat daripada ekstrak kacang Robusta terpilih dan tenusu daripada New Zealand.

Kelebihan

  • Menggunakan stevia pengganti gula putih
  • Sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Rendah kalori
  • Diperbuat dari kacang kopi Robusta terbaik
  • Bahan tenusu daripada New Zealand

Kekurangan

  • Jenama kopi segera keluaran PappaRich masih baru

Spesifikasi

Jenama PapaRich
Bahan utama Stevia, Kopi Robusta
Jumlah paket 12
Isi Kandungan per paket 30g
Harga RM 16 ++

Moccona Latte

Moccona Latte

Ia adalah jenama kopi buatan Belanda dan boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaneka bermula Oktober ini. Jenama kopi adalah yang paling digemari di Australia dan ia diperbuat daripada dua jenis biji kopi terbaik di dunia iaitu Arabica dan Robusta. Enam perisa uniknya adalah, Moccona Classic Medium Roast, Moccona Classic Dark Roast, Moccona Classic Decaffeinated, Moccona Espresso Style, Moccona Indulgence dan Moccona Hazelnut. Sekarang anda juga boleh menikmati kopi gaya kafe pada bila-bila masa kerana Moccona kini turut tersedia dalam format kotak yang mengandungi 10 bungkusan x 16g, dengan 3 rasa iaitu kapucino, latte, dan flat white.

Kelebihan

  • Jenama terkenal di Australia
  • Dibuat daripada susu New Zealand dan bebas gluten.
  • Diperbuat daripada biji kopi terbaik Arabica dan Robusta

Kekurangan

  • Harganya dianggap tinggi.

Spesifikasi

Jenama Moccona
Bahan utama Arabica, Robusta
Jumlah paket 10
Isi Kandungan per paket 16g
Harga RM 28.90

Produk berunsurkan kopi segera kini semakin mendapat tempat di hati pengguna kerana ianya mudah disediakan. Sesuai juga untuk anda yang sibuk dan memerlukan minuman berunsurkan kopi sebagai minuman kegemaran. Pilihan ini diharap dapat membantu anda dalam memilih kopi segera terbaik bagi memulakan hari anda.

Setiap individu mempunyai citarasa berbeza untuk pilihan kopi mereka. Walaupun rasanya sedap, namun pengambilan minuman segera tanpa kawalan atau secara berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan.



Related posts