5 Cadangan Ketuhar Untuk Membakar Kek & Pastri Di Rumah
Dalam proses membuat kek atau pastri, bukan sahaja kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi jenis ketuhar juga memainkan peranan yang amat penting. Ada bakat membuat dan membakar kek dan pastri sendiri sememangnya dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang, apatah lagi ketika tibanya hari istimewa seperti sambutan hari jadi insan tersayang. Dengan resipi yang mudah, bagi anda yang tidak pernah menggunakan ketuhar sebelum ini juga pasti mampu menghasilkan kek dan pastri lazat tanpa perlu gusar dengan hasilnya. Tiada lagi alasan anda tidak tahu memasak kerana teknologi dalam pembuatan setiap produk menjadikan makanan lebih lazat dan kekal berkhasiat.
Apa yang penting anda perlu mengenali ketuhar sendiri kerana setiap ketuhar mempunya fungsi berbeza menyebabkan cara atau masa memasak mungkin tidak sama antara satu sama lain. Ketuhar yang terbaik, tidak semestinya berjenama terkenal, apa yang penting kualiti ketuhar tersebut. Jika anda membeli ketuhar untuk tujuan membuat kek dan pastri di rumah, ketuhar jenis konvensional dan ketuhar kipas merupakan ketuhar yang paling sesuai. Ini 5 cadangan jenama ketuhar untuk membakar kek dan pastri di rumah terbaik untuk anda.
Panasonic Compact Electric Oven 38L NB-H3801
Panasonic antara jenama peneraju kelengkapan elektronik menjadi kepercayaan ramai terutama di Malaysia. Menerusi peralatan memasak Panasonic seperti ketuhar Panasonic Compact Electric Oven 38L NB-H3801 bukan saja memudahkan tugasan anda, bahkan kerja membakar kek dan pastri boleh disediakan dalam tempoh singkat. Bukan itu sahaja malah Panasonic Compact Electric Oven 38L NB-H3801 berfungsi menghasilkan hidangan lain menerusi kaedah bakar, panggang, kukus, menggoreng dan fermentasi dengan cukup elegan. Ia dilengkapi dengan elemen pemanas keluli tahan karat 6 fungsi (Pemanas bawah/Pemanas atas/ Pemanas Bawah & Atas/ Perolakan/ Putar/ Penapaian), panel kawalan keluli tahan karat, pemegang dan pemegang kaca pintu. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kawalan suhu yang boleh disesuaikan hingga 230 darjah celcius dan 120 minit pemasa! Apa yang lebih menarik, ketuhar ini mempunyai kapasiti seluas 38 liter untuk memudahkan anda membakar kek bersaiz sederhana besar. Ia mudah dibersihkan dan diguna semula manakala makanan boleh disediakan dengan cara yang sihat.
Kelebihan produk
- Ruang besar muat seekor ayam
- Memasak makanan lebih cepat
- Dilengkapi 6 fungsi pemanas
- Mudah dibersihkan
- Mudah jumpa di pasaran
Kekurangan produk
- Ada satu warna sahaja iaitu hitam
Spesifikasi produk
Saiz | 38L |
---|---|
Tempoh jaminan | 1 tahun |
Harga | RM584.00 – RM689.00 |
Electrolux EOB3434BOX Built-in PlusSteam Oven
Bagi anda yang memiliki ruang dapur besar beserta kabinet indah, Electrolux EOB3434BOX Built-in PlusSteam Oven adalah pelengkap fungsi dapur tersebut. Dengan saiz 72 liter, ketuhar ini sudah cukup besar untuk menyediakan pelbagai jenis kek dan pastri yang lazat dalam kuantiti yang banyak. Tidak semua ketuhar ada fungsi steam injection, namun dengan jenama ketuhar Electrolux EOB3434BOX Built-in PlusSteam Oven ia merupakan bonus kepada pemiliknya. Fungsi yang ada pada ketuhar ini cukup sesuai jika anda ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis. Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan permukaan roti itu.
Dengan jaminan selama 1 tahun, ketuhar ini mempunyai elemen pemanasan diperbuat daripada keluli tahan karat agar tahan lebih lama selain menggunakan teknologi UltraFan Plus untuk memasak makanan anda secara sekata. Electrolux EOB3434BOX Built-in PlusSteam Oven datang dengan 8 fungsi kerja pemanasan iaitu Bottom heat, defrost, fast grilling, Conventional Cooking, Pizza setting, Moist Fan Baking, True Fan Cooking, dan Turbo Grilling. Paling menarik, ketuhar ini juga dilengkapi dengan Aqua Clean yang membantu membersihkan, mengeluarkan sisa lemak dan zarah makanan dari ketuhar dengan mudah.
Kelebihan produk
- Mempunyai 8 fungsi kerja pemanasan
- Lapisan luar anti cap jari
- Mempunyai kawalan pintu ketuhar mekanikal & pemasa digital
- Gaya mewah dan elegan
Kekurangan produk
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi produk
Saiz | 72L |
---|---|
Tempoh jaminan | 1 tahun |
Harga | RM3559.00 – 4169.00 |
Mencari lebih banyak pilihan? Lawati Kacotbor Smart Appliances Store Lazmall, nikmati produk dan tawaran eksklusif.
Breville BOV450XL Mini Smart Oven
Jenama ketuhar Breville BOV450XL Mini Smart Oven mungkin sedikit asing bagi anda, namun di luar negara ia cukup terkenal berjaya meyakinkan pengguna akan kemampuannya. Bersaiz kecil namun datang dengan harga yang agak tinggi, Breville BOV450XL Mini Smart Oven menjadi pilihan peminat tersendiri yang memiliki citarasa hebat. Berkapasiti kecil dengan saiz hanya 40.6 x 36.2 x 21.6 cm, tetapi kapasiti minimum sudah cukup untuk membakar kek comel dan pastri atau memanggang makanan kegemaran anda dengan sekata! Dengan Element IQ, Breville BOV450XL Mini Smart Oven ketuhar ini mempunyai ciri-ciri pintar. Apabila ketuhar dipalamkan ke alur keluar kuasa, amaran ketuhar akan berbunyi dua kali dan skrin LCD akan menyala selama 10 minit sebelum memasuki mod tunggu dan sedia. Sesuai untuk ruang dapur kecil, Breville BOV450XL Mini Smart Oven menawarkan 8 fungsi memasak iaitu Toast, Bagel, Bake, Broil, Pizza, Roast, Cookies dan pemanasan semula.
Kelebihan produk
- Mudah dicuci
- Bersaiz mini sesuai untuk ruang dapur kecil
- Menawarkan 8 fungsi memasak
- Mempunyai elemen pintar
Kekurangan produk
- Sukar didapati di pasaran tempatan
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi produk
Saiz | 40.6 x 36.2 x 21.6 cm |
---|---|
Tempoh jaminan | 1 tahun |
Harga | RM1777.00 |
Mencari lebih banyak pilihan? Lawati Kacotbor Smart Appliances Store Lazmall, nikmati produk dan tawaran eksklusif.
The Baker Digital Oven 100L with Dough Ferment Function ESM-100DG
The Baker Digital Oven 100L with Dough Ferment Function ESM-100DG ketuhar paling ideal untuk anda yang suka membakar kek dan pastri untuk makan sendiri atau untuk jualan. Keistimewaan ketuhar ini semestinya fungsi pembuat doh yang membantu menghasilkan sajian dengan suhu yang sekata dibakar sempurna terutamanya roti, pastri dan kek. Dengan kapasitnya sebesar 100L, The Baker Digital Oven 100L with Dough Ferment Function ESM-100DG membolehkan anda membakar bahan makanan dalam satu masa dengan kuantiti yang banyak. Reka bentuk dalam berbilang lapisan dan tidak perlu dialih kedudukan setiap kek atau pastri yang dibakar kerana pemanasannya sekata menggunakan fungsi perolakan dari atas, bawah dan belakang. The Baker Digital Oven 100L with Dough Ferment Function ESM-100DG sesuai untuk ruang dapur moden yang besar dan mudah dibersihkan. Ia turut dikawal dengan panel LED elektronik digital dan mempunyai kaca dua lapisan yang menghalang kulit pengguna melecur ketika berada berhampiran luar pintu ketuhar ketika proses membakar kek dan pastri sedang berlaku
Kelebihan produk
- Fungsi 2 dalam 1 iaitu membakar dan membuat doh
- Saiz ketuhar besar
- Fungsi perolakan membantu masakan dibakar sempurna dan sekata
- Kaca dua lapisan yang menghalang kulit pengguna melecur
Kekurangan produk
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi produk
Saiz | 100L |
---|---|
Tempoh jaminan | 1 tahun |
Harga | RM668.00 |
Kitmen’s KM-K065 Large
Ada setengah-setengah pengguna perkakasan dapur sangat senang dan tertarik memiliki barang elektrik seperti ketuhar dalam warna-warna ceria dan bergaya. Jika anda salah seorang daripadanya, maka ketuhar jenama Kitmen’s KM-K065 Large paling serasi dan ideal untuk anda. Ketuhar ini juga mempunyai saiz yang agak besar iaitu 65 liter, datang dengan warna eksklusif seperti merah, kelabu dan merah jambu (Burgundy Red, Royal Grey dan Sakura Pink). Pada hari perayaan, mood membuat kek dan pastri akan lebih meriah dan bersemangat jika menggunakan ketuhar ini.
Kitmen’s KM-K065 Large mempunyai pemegang ergonomik, binaan kukuh dengan kemasan licin /matte. Ketuhar ini dilengkapi dengan kipas perolakan yang membolehkan pengguna menghidupkan dan matikan ketuhar secara manual. Selain itu, Kitmen’s KM-K065 Large juga dilengkapi dengan fungsi dual pemanas dan kawalan suhu yang boleh disesuaikan dari suhu minima 30 darjah celcius hingga 230 darjah celcius. Kitmen’s KM-K065 Large sesuai untuk ruang dapur besar, menawarkan 5 fungsi memasak iaitu Fermentation/dehydrate, Defrost mode, Cooking copy mode, Pizza mode dan Toast mode.
Kelebihan produk
- Warna menarik iaitu, merah, kelabu dan merah jambu
- Mudah dibersihkan dengan menggunakan kain lembap
- Ada mod nya beku makanan
- Fungsi dual pemanas. Memasak dengan sempurna semua bahagian
Kekurangan produk
- Sukar didapati dipasaran biasa
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi produk
Saiz | 65L |
---|---|
Tempoh jaminan | 1 tahun |
Harga | RM599 |
Ketuhar konvensional dan ketuhar kipas adalah ketuhar yang sangat sesuai untuk semua jenis pembakaran kek serta pastri. Bagi ketuhar konvensional, ada sebahagiannya mempunyai kepanasan yang tidak begitu sekata. Jika anda ingin membakar sesuatu di bahagian dua tingkat serentak, anda perlu kerap memusingkan loyang supaya setiap bahagian mendapat haba secara sama rata. Apabila membakar kek, lebih baik menggunakan satu tingkat sahaja. Untuk ketuhar kipas pula lebih sesuai untuk membakar pastri kerana kipasnya akan memutar haba secara sekata jika kita membakar dua atau tiga tingkat pada satu masa. Tetapi kurang sesuai untuk membakar kek kerana kipas tersebut akan membuatkan hasil kek anda sedikit kering. Jika ada butang pilihan untuk membuka atau tutup kipas, ia adalah pilihan yang lebih baik.
Sekiranya bercadang membeli ketuhar, rujuk promoter jualan terlebih dahulu mengenai jenis suhu, cara penggunaan, saiz, kelebihan dan kelemahan setiap jenis ketuhar yang ideal untuk anda. Jika telah memiliki ketuhar idaman, ambil tahu pula cara membersihkan ketuhar agar kelengkapan dapur ini lebih tahan lebih lama. Antara tip membersihkan ketuhar ialah, isi setengah mangkuk tahan panas dengan campuran air dan perahan jus lemon. Masukkan mangkuk tadi ke dalam ketuhar lalu hidupkan ketuhar selama tiga hingga lima minit. Biarkan selama dua minit sebelum mangkuk tadi dikeluarkan semula. Kemudian bersihkan ketuhar dengan mengelap semua bahagian dengan kain bersih.