5 Mesin Kopi Terbaik Di Malaysia Dengan Bajet Bawah RM400
Bagi kebanyakan kita, mengunjungi kafe kegemaran untuk secawan kopi adalah rutin mingguan. Bagaimanapun, pasti ada hari yang anda tidak berasa ingin keluar dari rumah. Sama ada kerana pandemik yang berterusan, faktor jarak yang jauh atau kemalasan, terdapat cara yang lebih baik untuk tetap dapatkan dos kafein anda iaitu, mesin kopi!
Khas untuk anda yang bersedia untuk pergi ke peringkat seterusnya, kami senaraikan beberapa jenis mesin kopi terbaik dengan bajet berpatutan di bawah RM 400.
Gemilai CRM2008
Mesin kopi ini berfungsi untuk membuat kopi seakan-akan mesin kopi mahal. Bentuk mesin kopi ini tidak terlalu besar sehingga tidak memakan ruang untuk digunakan sehari-hari di rumah. Anda juga mendapat filter kopi 0.25mm untuk menghasilkan rasa kopi yang enak. Mesin ini tersedia dengan milk foam maker agar kopi anda lebih menarik. Dengan kapasiti 240ml, anda boleh menghasilkan sehingga 2 ke 4 cawan kopi pada satu-satu masa.
Kelebihan Gemilai CRM2008:
- Bahagian pemanas kopi diperbuat daripada bahan besi aluminium yang tahan lama
- Mempunyai pembuat foam susu
- Dilengkapi 5 bar tekanan steam
- Filter kopi 0.25mm untuk rasa kopi lebih enak
- Mudah dibersihkan
Kekurangan Gemilai CRM2008:
- Tiada pilihan warna
Spesifikasi Gemilai CRM2008:
Berat: | 2.2kg |
---|---|
Tangki air: | 1.2 liter |
Dimensi: | 235 x 165 x 300mm |
Harga : | RM 258 |
BSboss Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure Pump Driven Espresso
Untuk anda yang benar-benar inginkan harga mesin kopi yang murah namun mahukan barangan yang berkualiti, ini adalah pilihan yang bijak. Bsboss adalah antara mesin espresso yang menawarkan harga mampu milik. Dengan tekanan sehingga 20 bar, mesin ini juga dilengkapi dengan ‘steamer’ susu bersama dua kawalan suhu berbeza.
Kelebihan BSboss Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure Pump Driven Espresso:
- Harga berpatutan
- Mudah untuk digunakan
- Tekanan sehingga 20 bar
- 2 kawalan suhu berbeza
- Perlindungan overheat
- Tangki air 1.5 liter
Kekurangan BSboss Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure Pump Driven Espresso:
- Hampir keseluruhan produk diperbuat daripada plastik.
Spesifikasi BSboss Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure Pump Driven Espresso:
Berat: | 5.1 kg |
---|---|
Tangki air: | 1.5 liter |
Dimensi: | 18 cm x 25 cm x 30 cm |
Harga : | RM 274 |
Philips LM8012/60 L’OR
Dilengkapi dengan 19 bar tekanan untuk menjamin pengekstrakan kopi yang sempurna, sama seperti kedai kopi kegemaran anda. Mesin kopi ini juga mempunyai teknologi pengecaman kapsul secara automatik mengesan saiz dan jenis kapsul. Ianya serasi dengan kapsul L’OR Espresso, L’OR Barista dan nespresso.
Kelebihan Philips LM8012/60 L’OR:
- Bancuh 2 kopi sekaligus atau 1 kopi berganda dalam satu cawan
- Tangki air boleh dibuka
- 19 tekanan bar
- Saiz sederhana tidak memakan ruang besar
Kekurangan Philips LM8012/60 L’OR:
- Tangki air kecil
Spesifikasi Philips LM8012/60 L’OR:
Berat: | 3.6 kg |
---|---|
Tangki air: | 1 liter |
Dimensi: | 280 x 180 x 400 mm |
Harga : | RM 349 |
Petrus PE3320 20bar Semi-Automatic Espresso Coffee Machine
Sesuai untuk yang baru berjinak dengan mesin kopi dan gemarkan konsep hipster, ini mungkin adalah mesin kopi impian anda! Lihat sahajalah reka bentuk retro yang cantik. Mesin Kopi Espresso Semi-Automatik Petrus PE3320 ini mempunyai tekanan sehingga 20 bar dengan harga yang berpatutan.
Kelebihan Petrus PE3320 20bar Semi-Automatic Espresso Coffee Machine:
- Reka bentuk retro menarik
- Sangat ringan
- Sesuai untuk anda yang baru berjinak dengan mesin kopi
- Tekanan sehingga 20 bar
- Harga berpatutan
Kekurangan Petrus PE3320 20bar Semi-Automatic Espresso Coffee Machine:
- Hampir keseluruhan bahagian mesin ini diperbuat daripada plastik.
- Perlu dijaga dengan berhati-hati.
Spesifikasi Petrus PE3320 20bar Semi-Automatic Espresso Coffee Machine:
Berat: | 4.5 Kilogram |
---|---|
Tangki air: | 0.8 Liter |
Dimensi: | 21.7 cm x 28.9 cm x 29.1 cm |
Harga : | RM 327.80 |
Samu Giken Drip Coffee Maker CM10WT
Samu Giken, nama yang sering semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Samu Giken Drip Coffee Maker model CM10WT mampu menghasilkan kurang daripada 5 cawan kopi. Menariknya anda juga boleh membuat teh dengan kelengkapan penapis titisannya. Mesin ini dilengkapi dengan dua cawan seramik dan satu sudu kopi supaya anda tidak perlu berbelanja lagi.
Kelebihan Samu Giken Drip Coffee Maker CM10WT:
- Ciri keselamatan pelepasan tekanan automatik apabila stim terlalu besar
- Anti-dry burning
- Harga sangat murah
- Saiz kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja
- Didatangkan dengan 2 cawan dan sudu kopi
Kekurangan Samu Giken Drip Coffee Maker CM10WT:
- Tangki air sangat kecil
Spesifikasi Samu Giken Drip Coffee Maker CM10WT:
Berat: | 2 kg |
---|---|
Tangki air: | 240ml |
Dimensi: | 210 x 159 x 225mm |
Harga : | RM 159.90 |
Membeli mesin kopi juga boleh dikategorikan sebagai pelaburan jangka panjang. Bayangkan anda berbelanja sehingga RM10 – RM20 setiap kali ke kafe, tidak termasuk kos perjalanan dan sebagainya. Memiliki sebuah mesin kopi di rumah pastinya menjimatkan!
Khas untuk penggemar kopi, mulakan dengan mesin dengan bajet rendah terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar bersedia, bolehlah upgrade mesin lebih canggih dengan bajet yang pastinya lebih keras!