5 Penghawa Dingin (1.5HP) Terbaik Untuk Kekal Sejuk & Selesa, Siang Atau Malam 2022
Cuaca panas memang sudah sinonim dengan negara kita sepanjang tahun. Namun cuaca panas akibat perubahan monsun yang sedang melanda Malaysia ketika ini membuatkan ramai berada dalam keadaan tidak selesa hingga terpaksa bergantung kepada alat pendingin hawa untuk menyejukkan ruang. Bukan itu sahaja, cuaca panas juga boleh menjejaskan kesihatan seperti demam, sakit kepala atau menyebabkan kulit naik ruam.
Memasang penghawa dingin dalam kediaman ketika musim panas untuk kekal sejuk dan selesa tidak kira siang atau malam memang sangat menyenangkan. Memiliki penghawa dingin sudah menjadi salah satu keutamaan masa kini malah boleh dikatakan hampir setiap kediaman memiliki sekurang-kurang satu unit alat berkenaan. Oleh itu, alat penghawa dingin itu sendiri dilihat bukan lagi kemewahan tapi bagaikan keperluan tiap kediaman pada masa kini ekoran suhu yang semakin meningkat. Secara asas, ruangan yang lebih besar memerlukan penyaman udara dengan kapasiti kuasa kuda (HP) yang lebih tinggi. 1.5HP paling berbaloi untuk ruang sederhana dan ini antara 5 penghawa dingin (1.5HP) terbaik untuk kekal sejuk samada siang atau malam tahun 2022 ini.
Samsung WindFree™ Premium Plus Air Conditioner 1.5HP
Samsung WindFree™ Premium Plus Air Conditioner 1.5HP penghawa dingin buatan Korea Selatan dapat menjimatkan penggunaan elektrik sehingga 77 peratus ketika beroperasi dalam mod WindFree, berbanding mod Fast Cooling. Teknologi WindFree Cooling, menyebarkan udara melalui 23,000 lubang udara mikro secara senyap dan tenang. Oleh itu pengguna boleh kekal segar dan selesa walaupun selepas berjam-jam.
Samsung WindFree™ Premium Plus Air Conditioner 1.5HP dilengkapi dengan teknologi Digital Inverter Boost yang cekap mengawal penggunaan tenaga tinggi, pada masa sama dapat mengekalkan suhu konsisten. Samsung WindFree™ Premium Plus Air Conditioner 1.5HP juga menggunakan AI Auto Cooling 3, teknologi yang mengoptimumkan mod berbeza secara automatik. Ia berfungsi menganalisis keadaan ruang tamu dan corak penggunaan tenaga yang diamalkan pengguna. AI Auto Cooling 3 berupaya menukar mod dengan segera bagi mengekalkan suhu paling optimum tanpa perlu pengguna menyentuh alat kawalan jauh.
Kelebihan produk
- Jimat penggunaan elektrik
- Teknologi WindFree Cooling senyap dan tenang
- Digital Inverter Boost mengekalkan suhu konsisten
- AI Auto Cooling 3 kawal corak penggunaan tenaga tanpa guna remote
Kekurangan produk
- Stok terhad di pasaran
Spesifikasi produk
Saiz | 880mm x 290mm x 375mm |
---|---|
Berat | 10.2kg |
Tempoh Jaminan | 1 Tahun |
Harga | RM2299.00 |
Panasonic X-Premium Inverter CS-XU13XKH-1 (1.5HP)
Ketika era endemik ini, Panasonic X-Premium Inverter CS-XU13XKH-1 (1.5HP) yang dilengkapi dengan teknologi nanoe™️X adalah pilihan terbaik. Teknologi nanoe™️X pada penghawa dingin ini terbukti mampu meningkatkan kualiti udara dan memelihara persekitaran dengan membasmi bakteria dan virus, bahan penyebab alergi, debunga serta dapat menembusi jauh ke dalam permukaan perabot.
Teknologi nanoe™️X juga disahkan berkesan menyekat 99.99 peratus SARS-CoV-2. Kemampuan terkini pada Panasonic X-Premium Inverter CS-XU13XKH-1 (1.5HP) diyakini mampu menjadi alternatif baharu, memastikan keselamatan diri dan keluarga terus terjamin biarpun di rumah sendiri.
Lebih mengagumkan, Panasonic X-Premium Inverter CS-XU13XKH-1 (1.5HP) mampu menghilangkan bau yang kuat dan mengekalkan kelembapan kulit serta rambut. Panasonic X-Premium Inverter CS-XU13XKH-1 (1.5HP) menggunakan bahan pendingin R32 yang mesra alam dan penjimatan tenaga sesuai untuk setiap ruangan di rumah, premis perniagaan, dewan orang ramai atau pejabat.
Kelebihan produk
- Teknologi nanoe™️X meningkatkan kualiti udara
- Berkesan menyekat 99.99% wabak Covid19
- Membasmi bakteria, virus, bahan penyebab alergi, dan debunga
- Jimat tenaga
- Bahan pendingin R32 yang mesra alam
Kekurangan produk
- Stok terhad di pasaran
Spesifikasi produk
Saiz | 295mm x 870mm x 229mm |
---|---|
Berat | 10kg |
Tempoh Jaminan | 12 Bulan |
Harga | RM2199.00 |
Daikin (WiFi) R32 Inverter Air Conditioner – 1.5HP FTKF35B
Teknologi inverter dalam perkakasan elektrik bukan sesuatu yang baharu dan menjadi pilihan pengguna bijak kerana memberi penjimatan kepada tenaga elektrik seperti Daikin (WiFi) R32 Inverter Air Conditioner – 1.5HP FTKF35B. ‘Daikin Your Air Specialist’ tampil memperkenalkan teknologi baharu lebih pintar untuk pendingin hawa inverter lebih premium dan bijak. Daikin (WiFi) R32 Inverter Air Conditioner – 1.5HP FTKF35B menampilkan beberapa ciri utama menggunakan teknologi pintar, iaitu Econo Mode berfungsi sebagai pengesan haba kehadiran orang di dalam bilik dan seterusnya mengawal aliran udara supaya suhu menjadi cepat sejuk.
Ciri Smart Clean mempunyai teknologi penapisan (Green Tea Filter) untuk memastikan udara bersih dan sejuk. Green Tea Filter yang diekstrak daripada teh hijau berfungsi secara efektif untuk menangkap dan menyahaktifkan bakteria, virus dan menghapuskan bau di permukaan penapis itu. Ciri lain yang ada pada Daikin (WiFi) R32 Inverter Air Conditioner – 1.5HP FTKF35B ialah Smart Control iaitu pengguna boleh mengawal pendingin hawa menerusi aplikasi Go Daikin. Aplikasi ini juga membantu pengguna sekiranya terlupa menutup suis penghawa dingin melalui telefon bimbit.
Kelebihan produk
- Harga berpatutan
- Penjimatan kepada tenaga elektrik
- Econo Mode mengawal aliran udara supaya suhu menjadi cepat sejuk
- Green Tea Filter berfungsi secara efektif untuk menangkap dan menyahaktifkan bakteria
- Smart Control mengawal pendingin hawa menerusi aplikasi Go Daikin
Kekurangan produk
- Kebanyakkan model penghawa dingin Daikin kelihatan sama
Spesifikasi produk
Saiz | 288mm x 770mm x 234mm |
---|---|
Berat | 9kg |
Tempoh Jaminan | 12 Bulan |
Harga | RM1699.00 |
Mitsubishi Heavy Industries R32 Non-Inverter CXP Series (1.5HP)
Jenama Mitsubishi memang tidak asing dan mempunyai peminat tersendiri kerana dikatakan menawarkan produk bermutu, berkualiti dan tahan lama. Mitsubishi Heavy Industries R32 Non-Inverter CXP Series (1.5HP) mempunyai prestasi yang mantap dengan kelas kecekapan tenaga A dan paling penting menggunakan teknologi yang dapat mengelakkan penipisan lapisan ozon. Rangkaian penghawa dingin siri Mitsubishi Heavy Industries R32 Non-Inverter CXP Series (1.5HP) mampu menyejukkan udara sambil menapis debu agar anda sekeluarga sentiasa selesa.
Bukan itu sahaja, Mitsubishi Heavy Industries R32 Non-Inverter CXP Series (1.5HP) terdiri daripada beberapa penapis yang mampu memproses dan mencegah bakteria, hama dan juga bau busuk. Mitsubishi Heavy Industries R32 Non-Inverter CXP Series (1.5HP) beroperasi dengan senyap dan menghasilkan udara sejuk bersih berkualiti dan paling penting tidak mengeringkan kulit.
Kelebihan produk
- Jenama dipercayai
- Mesra alam, dapat mengelakkan penipisan lapisan ozon
- Menyejukkan udara sambil menapis debu dan mencegah bakteria
- Beroperasi dengan senyap
Kekurangan produk
- Stok terhad di pasaran
Spesifikasi produk
Saiz | 285mm x 805mm x 194mm |
---|---|
Berat | 8.4kg |
Tempoh Jaminan | 1 Tahun |
Harga | RM1249.00 |
Sharp 1.5HP R32 Air Conditioner – AHA12XCD
Jenama Sharp juga begitu komited bagi memastikan mutu udara dalam kediaman atau bangunan yang lebih baik melalui penggunaan produk penghawa dingin Sharp 1.5HP R32 Air Conditioner – AHA12XCD. Sharp 1.5HP R32 Air Conditioner – AHA12XCD memanfaatkan teknologinya bagi memberikan udara sejuk yang bersih melalui kawalan suhu serendah 14 darjah celsius, kawalan kelembapan dan pembersih udara. Mod Eco bagi Sharp 1.5HP R32 Air Conditioner – AHA12XCD dilengkapi dengan teknologi berkesan menghilangkan bau yang kuat dan menghilangkan zarah debu bagi menghasilkan suasana dan ruang yang lebih selesa.
Sharp 1.5HP R32 Air Conditioner – AHA12XCD memberi fokus kepada keselesaan pengguna, penghawa dingin ini juga menitikberatkan kebersihan udara selain turut mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Malah dengan sistem mod self-cleaning, hayat penggunaan penghawa dingin ini juga mampu bertahan lama di samping memberikan udara sejuk yang bersih sepanjang masa. Sharp 1.5HP R32 Air Conditioner – AHA12XCD hadir dengan paparan suhu digital pada pemuka penghawa dingin ini selain mempunyai fungsi tetapan mod suhu sesuai untuk ruang bayi.
Kelebihan produk
- Memberikan udara yang sejuk bersih serendah 14 darjah celsius
- Teknologi berkesan menghilangkan bau yang kuat dan
- Menghilangkan zarah debu
- LCD Wireless Remote Control
Kekurangan produk
- Stok terhad di pasaran
Spesifikasi produk
Saiz | 849mm × 289mm × 215mm |
---|---|
Berat | 10.5kg |
Tempoh Jaminan | 12 Bulan |
Harga | RM1250.00 |
Dalam keadaan sedar atau tidak, kebanyakan penghawa dingin memberi kesan negatif kepada alam sekitar iaitu peningkatan suhu persekitaran akibat daripada udara sejuk yang ditukar kepada haba panas. Keadaan itu juga memberi kesan buruk kepada bumi sehingga mempercepatkan proses pemanasan global termasuk fenomena pemanasan kawasan bandar. Fenomena itu berlaku apabila kawasan bandar yang merangkumi segmen industri, pejabat dan kediaman memiliki unit penghawa dingin sekali gus mewujudkan gelombang haba panas.Oleh sebab itu, jika boleh cuba dapatkan penghawa dingin untuk kediaman anda jenis mesra alam yang banyak terdapat di pasaran. Selalunya penghawa dingin seperti ini memiliki teknologi terkini untuk mengubah penukaran udara sejuk serta lembap tanpa memberi kesan kepada bumi.
Ingin menjimatkan bil elektrik akibat penggunaan penghawa dingin? Pastikan ruang letak penghawa dingin sentiasa tertutup untuk memastikan ruang kekal sejuk. Bukan sahaja mengekalkan suhu sejuk tetapi membuatkan penghawa dingin tidak perlu bekerja keras untuk merendahkan suhu bilik. Jika perlu bekerja keras, bermakna lebih banyak tenaga digunakan sekaligus meningkatkan bil elektrik kediaman.