Bersihkan Udara Di Rumah Dengan 5 Pilihan ‘Air Purifier’ Paling Best
Penggunaan air purifier atau pembersih udara bukanlah sesuatu yang asing, malah boleh dikatakan penting untuk setiap rumah mempunyainya sebagai langkah berjaga-jaga dalam menjaga kesihatan diri. Antara fungsi utama air purifier ini adalah untuk menyaring zarah-zarah halus udara agar anda dapat udara yang lebih bersih dan berkualiti.
Zarah-zarah udara seperti habuk, asap dan debunga wujud dalam udara namun ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tahap kualiti udara akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat pencemaran udara seperti jerebu dan asap kenderaan. Sedihnya, pencemaran ini bukan hanya berlaku di luar rumah sahaja ya, ia juga berlaku di dalam rumah tanpa anda sedari.
Kualiti udara yang tidak bersih di rumah mampu mengundang kepada pelbagai penyakit seperti alergi, selesema dan sebagainya. Risau kan? Lebih-lebih lagi untuk anda yang mempunyai anak-anak kecil atau bayi di rumah.
Nak beli air purifier pun jangan sebarangan! Kerana anda perlu pastikan yang produk dibeli mempunyai teknologi penapisan udara yang baik dan beberapa kriteria penting lain. Jom lihat antara pilihan terbaik air purifier yang ada di Malaysia.
Dyson Purifier Cool TP09
Dengan teknologi terkini pengesan formaldehid, penapisan HEPA H13 standard 1 tertutup sepenuhnya serta unjuran aliran udara 20 peratus lebih senyap, Dyson adalah antara pilihan air purifier terbaik patut ada di rumah anda. Untuk yang tidak tahu, formaldehid adalah pencemaran tanpa warna yang berpunca daripada perabut atau produk kayu yang jika dibiarkan boleh menyebabkan ahli rumah terdedah dengan pembebasan berterusan bahan kimia di udara. HEPA H13 yang tertutup sepenuhnya pula memastikan ia dapat menghalang titik kebocoran yang boleh menyebabkan udara kotor memasuki udara. Menariknya, air purifier keluaran Dyson ini mampu menangkap virus H1N1 dengan 99.95 peratus zarah sekecil 0.1 mikron12 seperti allergen, bakteria, debunga dan spora.
Kelebihan
- Direka 20 peratus lebih senyap
- Pengesan formaldehid
- Penapisan HEPA H13
- Menangkap virus H1N1 dengan 99.95 peratus zarah sekecil 0.1 mikron 12
- Direka untuk ruang sebenar dalam rumah
- Dilengkapi teknologi voice control
Kekurangan
- Antara produk termahal
Spesifikasi
Berat : | 4.85kg |
---|---|
Tahap kebisingan : | – |
Liputan ruang : | 27m² |
Jenis penapis : | HEPA H13 |
Harga : | RM 3,199 |
XIAOMI Air Purifier 3H
Produk penapis udara ini menggunakan True HEPA Class 13 filter dengan paparan skrin sentuh OLED. Anda boleh mengawal air purifier ini dengan menggunakan aplikasi Mi Home yang sesuai dengan produk XIAOMI yang lain atau ia juga boleh digunakan bersama Google Assistant. Fungsi karbon aktifnya mampu menghilangkan formaldehid, bau yang tidak menyenangkan seperti asap rokok. Produk ini mempunyai kombinasi kipas Centrifugal bagi meningkatkan jumlah output udara bersih dengan 6 mod pilihan terbaik.
Kelebihan
- Penapis True HEPA Class 13
- Boleh dikawal menggunakan aplikasi Mi Home atau Google Assistant
- Paparan skrin sentuh OLED
- 6 mod pilihan terbaik
- Mempunyai 4 saiz berbeza
- Sesuai untuk individu mempunyai alergi
- Menapis bakteria, allergen dan debunga
- APP+AI smart voice control
Kekurangan
- Liputan ruang tidak begitu luas
Spesifikasi
Berat : | 4.85kg |
---|---|
Tahap kebisingan : | 32dB(A) |
Liputan ruang : | 240mm X 520mm |
Jenis penapis : | True HEPA Class 13 filter |
Harga : | RM 549 |
Philips Air Cleaner AC2887/30
Penapis udara ini mampu menyaring zarah dalam lingkungan nanometer dengan penapis HEPA NanoProtect serta memantau kualiti udara di dalam rumah pada masa sebenar. Antara ciri utama pembersih udara Philips ini adalah kemampuan untuk memantau, bertindak balas serta membersihkan udara secara automatik dengan rekaan aerodinamik yang dapat meningkatkan tahap aliran udara dengan terbaik. Produk ini juga menjimatkan kadar penggunaan elektrik anda. Menarik lagi, ia dikatakan mampu menangkap aerosol termasuk yang mungkin mengandungi virus pernafasan. Diuji secara bebas oleh kumpulan kesihatan untuk membuang sehingga 99.9% virus dan aerosol dari udara. Juga diuji untuk coronavirus.
Kelebihan
- Penapis HEPA NanoProtect
- Diuji untuk coronavirus
- Penapis aktif karbon
- Menangkap 99.97% partikel 0.003 mikron
- Sistem pengaliran udara terbaik
- Mampu membersihkan ruang 20 m² dalam tempoh 9 minit
- Jimat penggunaan elektrik
Kekurangan
- Agak berat
Spesifikasi
Berat : | 7.7kg |
---|---|
Tahap kebisingan : | 55dB (7) |
Liputan ruang : | 25 – 79 m² |
Jenis penapis : | HEPA & Active Carbon filter |
Harga : | RM 1,249 |
Sharp Plasmacluster Air Purifier FP-J30L
Produk keluaran Sharp ini mempunyai daya sedutan yang kuat berbanding model lain. Penapis udara ini mempunyai mod penyingkiran jerebu dan tidak mengeluarkan gas ozon. Teknologi plasmacluster Ion adalah teknologi pembersihan daripada Sharp yang mampu membersihkan udara dengan memancarkan ion positif dan negatif. Teknologi ion kluster plasma berketumpatan tinggi ini juga dilengkapi dengan penapis HEPA & Karbon sejati agar udara dapat dibersihkan dengan lebih berkesan.
Kelebihan
- Tidak mengeluarkan gas ozon
- Sistem pengaliran udara terbaik
- Mod penyingkiran jerebu
- Teknologi plasmacluster Ion
- Penapis HEPA & Karbon sejati
Kekurangan
- Liputan ruang yang agak kecil
Spesifikasi
Berat : | 4kg |
---|---|
Tahap kebisingan : | 22-44dB |
Liputan ruang : | 16-23m |
Jenis penapis : | HEPA & plasmacluster Ion |
Harga : | RM 388 |
SK Magic All Clean Virus Fit
Ini adalah antara penapis udara terbaik dalam senarai ini dan paling mahal. Ini kerana teknologi majunya mampu menghilangkan cetakan, bakteria & virus termasuk virus yang paling ditakuti kini Covid-19 serta varian Delta serta pencemaran udara lain. SK Magic All Clean Virus Fit telah diiktiraf sebagai peralatan kesihatan dan alat perubatan oleh USFDA. Peralatannya mudah dibersihkan dan ditanggalkan tanpa memerlukan alat tambahan. Sistem Sterilisasi Teras UV Arc mampu mensterilkan virus yang dibawa masuk memastikan anda sekeluarga selamat dari ancaman bahaya.
Kelebihan
- Kuasa pembersihan udara 99.999%
- Kuasa sedutan udara 360 darjah
- Penapisan antibakteria dan antivirus berganda
- Mudah ditanggalkan untuk tujuan pembersihan
- Sistem Sterilisasi Teras UV Arc
- Diiktiraf USFDA
- Mampu menapis virus seperti Covid-19
Kekurangan
- Harga terlalu mahal
- Agak berat
Spesifikasi
Berat : | 12kg |
---|---|
Tahap kebisingan : | – |
Liputan ruang : | 66.0 m² |
Jenis penapis : | All-in-one Care Filter (12 bulan) |
Harga : | RM 4,700 |
Musim pandemik memaksa kebanyakkan kita meluangkan lebih masa untuk berada di dalam rumah kerana ia lebih selamat dan dapat mengurangkan tahap jangkitan. Namun sejauh manakah kita pasti akan tahap kebersihan udara di dalam rumah kita? Buatlah pilihan yang bijak dengan memilih penapis udara yang berkualiti tinggi dan berbaloi untuk anda dan keluarga anda.
Lambakkan jenama produk penapis udara terjual di Malaysia memeningkan pengguna untuk memilih yang terbaik. Lakukan kajian terlebih dahulu kerana membeli penapis udara di rumah boleh dikira sebagai pelaburan jangka masa panjang. Jadikannya berbaloi.