Kerja Mencuci Pakaian Lebih Mudah Dengan 12 Pilihan Terbaik Mesin Basuh 2022 Di Malaysia

Kerja Mencuci Pakaian Lebih Mudah Dengan 12 Pilihan Terbaik Mesin Basuh 2022 Di Malaysia
Peralatan rumah


Khas untuk anda yang baru pertama kali nak membeli mesin basuh atau sedang berkira-kira nak tukar mesin basuh lama kepada yang baru, ini info berguna untuk anda. Yela, mesin basuh ni dikira pelaburan jangka masa panjang. Bukan macam beli baju boleh tukar setiap hari kan?

Banyak faktor perlu diambil kira sebelum membeli mesin basuh yang baru. Contohnya, dari segi fungsinya, harga, saiz dan juga jenama terbaik. Sesetengah jenama memang terkenal dengan keluaran barangan elektrik yang bagus dan mempunyai pengguna setia. Jom kita lihat 12 pilihan mesin basuh terbaik di Malaysia tahun ini.

Beko WTE12745X0D

Beko WTE12745X0D
Tidak perlu berulang kali menuang pencuci ke dalam mesin kerana mesin basuh Beko WTE12745X0D ini mempunyai fungsi AutoDose yang mampu mengeluarkan pencuci dengan kadar yang diperlukan secara automatic untuk setiap program. Ianya juga tidak menggunakan tenaga elektrik yang tinggi dengan fungsi ProSmart. Sungguh menjimatkan! Menarik lagi, cucian sebanyak 2 kg mampu dibersihkan hanya dalam tempoh 14 minit.

Kelebihan Beko WTE12745X0D

  • Tidak perlu mengisi pencuci dan pelembut pakaian berulang kali dengan Auto-Dose
  • Pakaian 2kg mampu dibersihkan dalam tempoh 14 minit
  • Berfungsi lebih senyap
  • Menjimatkan elektrik

Kekurangan Beko WTE12745X0D

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Beko WTE12745X0D

Jenis Front Loader
Kapasiti basuhan 12kg
Harga RM 3,999

Elba 2-in-1 Washer Dryer (10kg) EWDC-J1061IN(GD)

Elba 2-in-1 Washer Dryer (10kg) EWDC-J1061IN(GD)
Sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga besar kerana kapasiti basuhannya adalah 10kg dan 6kg untuk pengeringan. Ianya memudahkan kerja kerana anda tidak lagi perlu menjemur kain di ampaian dengan fungsi dryer yang ada. Jangan risau dengan penggunaan elektrik kerana terdapat motor inverter dengan dram volum 64L. Paparan LED pada mesin ini juga memudahkan anda untuk mengendalikannya. Selain itu, fungsi seperti kawalan air automatic, auto restart, overflow safety, kawalan overheating juga menjadikannya pembelian berbaloi.

Kelebihan Elba 2-in-1 Washer Dryer (10kg) EWDC-J1061IN(GD)

  • Kapasiti pengeringan 6kg
  • Teknologi inverter
  • Fungsi membersih diri
  • Cucian pantas
  • Auto restart, overflow safety
  • Kawalan overheating
  • XXL Reka bentuk pintu lebih besar 492mm

Kekurangan Elba 2-in-1 Washer Dryer (10kg) EWDC-J1061IN(GD)

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Elba 2-in-1 Washer Dryer (10kg) EWDC-J1061IN(GD)

Jenis Front Loader
Kapasiti basuhan 12kg
Harga RM 2,899

LG T2109VS2M Smart Inverter

LG T2109VS2M Smart Inverter

Menariknya mengenai LG T2109VS2M Smart Inverter ini adalah teknologi BMC Motor Protection yang diperkenalkan LG untuk mengurangkan bunyi dan getaran pusingan mesin basuh. Nak basuh tengah-tengah malam pun tak risau akan bunyi bising mesin basuh tu. Selain itu, system Punch+3 yang ada pada mesin basuh ini membantu aliran air keluar ketika mencuci dari empat bahagian. Pakaian atau fabrik dapat dicuci dengan lebih bersih dengan teknik cucian ini.

Kelebihan

  • Fungsi Auto Restart jika berlaku ‘blackout’ atau ketiadaan elektrik secara mengejut
  • BMC Motor Protection mengurangkan bunyi bising dan gegaran mesin
  • Smart Motion adalah 3 gerakan dicipta dari Smart Inverter untuk mendapat kesan basuhan optima
  • Fungsi Smart Diagnosis untuk membantu mencari punca jika berlaku kerosakan

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk cucian karpet

Spesifikasi

Jenis : Top Loader
Kapasiti basuhan : 9KG
Harga : RM 1,099 – RM 1,039

Panasonic NA-S106FX1LM (Washer Dryer)

Panasonic NA-S106FX1LM (Washer Dryer)

Teknologi Inverter 3Di menjaga cucian anda dengan memaksimumkan prestasi pencucian dan mengoptimumkan penggunaan. Menjimatkan masa anda supaya anda dapat memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting dalam kehidupan. Cuci dan keringkan pakaian dengan menggunakan 1 mesin sahaja.

Kelebihan

  • 99.99% membasmi bakteria dengan UV lights dan Ag Ions
  • Active foam system membantu menghasilkan buih yang boleh menyerap jauh ke dasar fabrik untuk membersihkan kotoran
  • Auto Tub Care membersihkan tub mesin basuh agar tiada kulat atau bau busuk
  • AI Smart wash mampu mengenalpasti jenis fabrik dan proses pencucian yang sesuai
  • Masa pencucian yang pantas
  • Cuci dan keringkan pakaian dengan 1 mesin

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Jenis : Front Loader
Kapasiti basuhan : 10KG cucian, 6KG pengeringan
Harga : RM 4,375

Samsung Top Load Washer with Activ dualwash™

Samsung Top Load Washer with Activ dualwash

Bila dah berkeluarga, jumlah pakaian yang perlu dibasuh kadang-kala banyak. Mesin basuh Samsung Top Load Washer with Activ dualwash™ ini mampu membersihkan pakaian sehingga 16kg. Ianya bersaiz besar dan dengan teknologi Wobble dapat mengelakkan pakaian terikat antara satu sama lain ketika proses pencucian sekaligus dapat menjaga kualiti pakaian. Mesin basuh jenis ini juga tidak mengeluarkan bunyi yang bising dan jimat tenaga elektrik.

Kelebihan

  • Kawalan sentuh LED
  • Activ dualwash ™ dengan water jet yang kuat
  • Kapasiti besar
  • Magic Filter menapis kotoran seperti bebenang baju
  • Jimat tenaga elektrik
  • Tidak bising

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Jenis : Top Loader
Kapasiti basuhan : 16 kg
Harga : RM 3,350

Toshiba TW-BH85S2M

Toshiba TW-BH85S2M

Mesin basuh ini sesuai untuk anda yang berkeluarga kecil kerana saiz muatannya 7.5 kg. Ianya dilengkapi dengan teknologi Real Interver menjadikannya jimat tenaga dan lebih senyap. Apa yang menarik, cucian anda mampu siap dengan hanya 15 minit dengan program Quick Wash. Teknologi The GREATWAVES yang ada pada mesin ini menjaga pakaian dengan lebih baik.

Kelebihan

  • Jimat tenaga elektrik
  • Tidak bising
  • The GREATWAVES membantu menjaga warna pakaian
  • Cucian siap dalam msa 15 minit dengan Quick wash

Kekurangan

  • Cucian agak terhad kerana saiz kapasiti tidak besar

Spesifikasi

Jenis : Front Loader
Kapasiti basuhan : 7.5 kg
Harga : RM 1,188

Sharp ESX159

Sharp ESX159

Sesuai untuk anda yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil kerana ianya dilengkapi dengan fungsi child lock untuk melindungi anak anda daripada sebarang kemalangan yang tidak diingini. Fungsi lain seperti Sharp Intelligent Waterfall dikatakan mampu membersihkan pakaian tanpa kesan sabun pada permukaan pakaian. Kapasiti basuhan sehingga 15kg juga membolehkan anda membasuh pakaian dalam kuantiti yang banyak.

Kelebihan

  • Fungsi Child lock untuk keselamatan
  • Tub clean untuk membersihkan kotoran
  • Fungsi quick wash untuk yang kesuntukan masa
  • Boleh lakukan cucian banyak
  • Power off memory

Kekurangan

  • Non inverter

Spesifikasi

Jenis : Top Loader
Kapasiti basuhan : 15 kg
Harga : RM 1,500 – RM 1,600

Elba EWDC-J1061IN(GD) Washer & Dryer

Elba EWDC-J1061IN(GD) Washer & Dryer

Salah satu tarikan utama pada mesin basuh pengering ini adalah rekaan pintunya yang besar dan luas. Ianya bonus untuk memudahkan kerja memasukkan dan mengeluarkan pakaian daripada mesin. Mesin basuh ini dilengkapi dengan pengering sendiri. Dengan 16 program cucian, anda mampu mencuci pakaian tanpa risau kualiti fabrik rosak.

Kelebihan

  • 16 program cucian
  • Jimat tenaga elektrik
  • Rekaan pintu luas bersaiz XXL
  • Fungsi self-cleaning
  • Fungsi Child lock

Kekurangan

  • Tidak boleh membuka pintu sewaktu mesin sedang bergerak
  • Muatan cucian tidak banyak

Spesifikasi

Jenis : Front Loader
Kapasiti basuhan : 10 kg cucian, 6kg pengering
Harga : RM 2,459 – RM 2, 644

LG TwinWash F2721HTWV + Mini T2735NTWV

LG TwinWash F2721HTWV + Mini T2735NTWV

Ha, jangan tak tahu mesin basuh pun ada ‘twin’ juga tau! TwinWash ini merupakan tarikan utama mesin basuh keluaran LG ini kerana anda boleh lakukan cucian serentak di mesin basuh utama dan mesin basuh mini. Anda boleh gunakan mesin basuh mini untuk membasuh pakaian bayi atau pakaian dalam anda. Bestnya, mesin basuh ini dilengkapi dengan pengering. Mudah sungguh kerja anda lepas ni!

Kelebihan

  • Fungsi untuk menambah pakaian
  • Cucian serentak antara mesin basuh utama dan mini
  • Mempunyai cucian wap
  • 15 program basuhan
  • Jimat tenaga elektrik
  • Jimat air dengan mod cucian EcoHybrid
  • Pantau dan lakukan cucian dengan menggunakan smartphone

Kekurangan

  • Harga terlalu mahal

Spesifikasi

Jenis : Front Loader
Kapasiti basuhan : 10 kg cucian, 6kg pengering
Harga : RM 2,459 – RM 2, 644

Electrolux UltimateCare™ EWF1023BDWA

Electrolux UltimateCare™ EWF1023BDWA

Antara keistimewaan utamanya adalah sistem Vapour Refresh yang mengeluarkan wap ketika cucian bertujuan untuk nyah bau busuk serta menyingkirkan 99.9% bakteria serta kuman. Model keluaran Electrolux ini juga dilengkapi dengan sistem senyap, penjimatan tenaga elektrik serta anti kedutan. Teknologinya mampu membasuh segala jenis pakaian terutama fabrik berbulu tanpa merosakkannya.

Kelebihan

  • Jimat tenaga elektrik
  • Berfungsi dengan senyap
  • Teknologi vapour refresh
  • Fungsi Child lock untuk keselamatan
  • Boleh menambah pakaian
  • Saiz pintu besar

Kekurangan

  • Tidak sesuai mencuci karpet besar dan tebal

Spesifikasi

Jenis : Front Loader
Kapasiti basuhan : 10kg
Harga : RM3,299

Hisense 7.5KG Washing Machine Top Load WTDW751S

Hisense 7.5KG Washing Machine Top Load WTDW751S

Untuk anda yang mahukan mesin basuh bersaiz sederhana, tidak terlalu besar, ini adalah pilihan yang tepat. Maklumlah, jika masih belum berkahwin dan tinggal pula seorang diri, baju pun tak berapa banyak kan? Mesin basuh jenama Hisense ini juga ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Ianya dilengkapi dengan 6 jenis pogram basuhan dengan pelbagai keistimewaan lain.

Kelebihan

  • Harga berpatutan
  • Fungsi Child lock untuk keselamatan
  • Auto power off
  • Fungsi Tub clean

Kekurangan

  • Tidak jimat elektrik
  • Kapasiti basuhan yang sedikit

Spesifikasi

Jenis : Top Loader
Kapasiti basuhan : 7.5kg
Harga : RM649 – RM 799

Haier HWM90-M826

Haier HWM90-M826

Jika anda seorang wanita yang berhijab, anda pasti jatuh hati dengan mesin basuh ni. Ini kerana mesin basuh berjenama Haier ini dilengkapi program untuk cucian tudung. Ha, jarang kita dengar mesin basuh dengan program sebegini kan? Ia juga menggunakan magic filter agar kotoran dapat dikumpul dengan baik.

Kelebihan

  • Direka khas untuk wanita berhijab
  • Kapasiti basuhan yang sedikit
  • Fungsi quick wash untuk cucian segera
  • Pintu mesin dengan tempered glass lembut

Kekurangan

  • Tidak jimat elektrik

Spesifikasi

Jenis : Top Loader
Kapasiti basuhan : 9kg
Harga : RM949

Penggunaan mesin basuh penting, terutama untuk anda yang sibuk bekerja dan perlu menguruskan hal rumah tangga dalam masa yang sama. Terdapat banyak pilihan mesin basuh dengan keistimewaan berbeza untuk kesesuaian anda. Pastikan anda membuat penilaian yang tepat sebelum membeli okay?

Perasan tak, semakin mahal harganya semakin banyak kelebihan yang ditawarkan. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, tiada salahnya membeli yang terbaik. Harga yang disertakan ini mungkin berubah mengikut masa dan tawaran tertentu.



Related posts