Khas Untuk Penggemar Kopi, Ini 10 Pilihan Mesin Espresso Terbaik
Kalau dah namanya peminat tegar minuman kopi, tak sah kalau tak hirup secawan kopi sebelum memulakan hari anda kan? Tak kira panas atau sejuk, siang atau malam, kopi bagaikan tiada hadnya. Lihat sahajalah, kini semakin banyak kafe-kafe hipster yang rata-ratanya menjual pelbagai jenis minuman berunsurkan kopi sebagai menu tarikan utama. Sekali dua ke kafe-kafe ni tidaklah terasa sangat, namun jika berhari-hari anda mungkin mengeluh kerana harga minuman berunsurkan kopi ni bukan murah tau.
Pernah terfikir untuk beli mesin kopi sendiri dan nikmati kopi tanpa had dalam kehidupan anda? Berbaloi atau tidak membeli mesin kopi sendiri bergantung kepada apa yang anda cari daripada meminum kopi itu sendiri. Ini kerana ada yang mencari rasa unik setiap biji kopi dan ada juga yang mahu menikmati kadar kafein tertentu. Dan untuk mendapatkan rasa yang tepat dengan citarasa anda, pemilihan mesin kopi perlulah betul.
Khas buat penggemar kopi khususnya espresso, ini pilihan mesin terbaik untuk anda:
Khas Untuk Penggemar Kopi, Ini 10 Pilihan Mesin Espresso Terbaik 2021
Nespresso Lattissima Touch
Mesin kopi ini menawarkan kemudahan luar biasa untuk anda nikmati pelbagai resipi kopi dan susu di rumah sendiri dengan hanya pada butang sentuhannya. Terdapat 6 butang resipi pada satu sentuhan, ianya cepat dalam penyediaan. Fungsi perkhidmatan pencucian intuitif memastikan mesin dalam keadaan yang terbaik dan memberikan kopi yang berkualiti dari semasa ke semasa. Tekanan maksimum mesin ini adalah 19 bar.
Kelebihan produk:
- Kepanasan laju.
- Mod penjimatan tenaga.
- Pam tekanan tinggi.
- Resipi susu satu sentuhan.
- Tekanan maksimum mesin 19 bar.
Kekurangan produk:
- Harga di pasaran agak tinggi.
Spesifikasi
Berat : | 4.5 Kilogram |
---|---|
Tangki air : | 0.9 Liter |
Bekas susu segar boleh alih : | 0.35 Liter |
Dimensi : | 17.3cm x 32cm x 25.8 cm |
Tekanan maksimum : | 19 bar |
Harga : | RM 1599 |
NESCAFE Dolce Gusto Mini Me
Ada yang jatuh cinta tatkala melihat reka bentuk mesin kopi ini yang begitu moden dan cantik. Saiznya yang tidak begitu besar sesuai diletakkan di mana sahaja kerana ia tidak memakan ruang yang banyak. Mesin kopi ini sangat mudah untuk digunakan dan sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas namun tetap nampak bergaya. Tekanan maksimum mesin ini adalah 15 bar.
Kelebihan produk :
- Cara penggunaannya sangat mudah
- Mudah dibersihkan
- Terdapat pelbagai jenis perisa kopi untuk dinikmati
- Harga mampu milik
Kekurangan produk:
- Hanya boleh digunakan untuk kapsul Nescafe Dolce Gusto sahaja
Spesifikasi:
Berat : | 2.5 Kilogram |
---|---|
Tangki air : | 0.8 Liter |
Dimensi : | 24 cm x 16.31cm |
Tekanan maksimum : | 15 bar |
Harga : | RM 560 |
Morphy Richards 172002 Accent Coffee Maker Espresso
Penggemar espresso sudah pasti inginkan kopi yang diekstrak dengan baik kan? Dengan had tekanan pam sehingga 15 bar, yang merupakan faktor terpenting dalam mengekstrak kopi, hasilnya bagaikan tiada beza dengan espresso mahal yang anda beli di kedai. Mesin ini juga mempunyai hos untuk ‘steam’ susu jika anda terasa ingin minum kopi bersusu seperti latte dan cappuccino.
Kelebihan produk:
- Cara penggunaannya sangat mudah
- Mudah dibersihkan
- Mempunyai hos untuk ‘steam’ susu
- Harga mampu milik
Kekurangan produk:
- Harga pasaran agak mahal
Spesifikasi:
Tangki air : | 1.25 Liter |
---|---|
Dimensi : | 288cm x 315cm x 220 cm |
Tekanan maksimum : | 15 bar |
Harga : | RM 699 |
Gemilai Steam Pump Espresso Maker CRM3601
Membancuh kopi hampir semudah meminumnya! Mesin Espresso Gemilai Steam Pump yang bergaya ini bukan sahaja mampu memberikan rasa espresso yang kaya tetapi mempunyai jet wap tekanan tinggi. Jadikan hari anda lebih baik dengan kopi lazat hari ini!
Kelebihan produk:
- Hanya menggunakan butang sentuh
- Tekanan maksimum sehingga 15 bar
- Mudah untuk digunakan
- Dilengkapi dengan pam ULKA diimport dari Itali
- Mesin semi automatik
Kekurangan produk:
- Mesin agak berat iaitu 6.4kg
- Sebahagian mesin diperbuat daripada plastik.
Spesifikasi:
Berat : | 6.4 Kilogram |
---|---|
Tangki air : | 1.7 Liter |
Dimensi : | 25.7cm x 28.6 cm x 31.5 cm |
Tekanan maksimum : | 15 bar |
Harga : | RM 699 |
Eupa TSK-1826B4 One-Touch Electronic Button Espresso Machine
Apa yang menarik mengenai mesin ini adalah ianya mesin automatik dan pastinya sesuai digunakan untuk seluruh ahli keluarga anda. Mesin ini beroperasi secara automatik sepenuhnya dari segi pengekstrakan kopi. Anda hanya perlu tekan butang khas untuk menyediakan espresso shot tanpa perlu mengubah tekanan suhu dan sebagainya. Untuk anda yang mahukan campuran susu, stimkan sahaja susu menggunakan mesin ini untuk dapatkan tekstur susu yang digemari. Tekanan maksimum mesin ini adalah 15 bar.
Kelebihan produk:
- Cara penggunaan yang sangat mudah
- Tekanan maksimum sehingga 15 bar
- Mudah untuk dibersihkan
- Mempunyai ‘steam system’ untuk menghasilkan tekstur susu yang menarik
- Tekanan air yang betul
Kekurangan produk:
- Mesin agak berat iaitu 4.1kg
Spesifikasi:
Berat : | 4.1 Kilogram |
---|---|
Tangki air : | 1.2 Liter |
Dimensi : | 29mm x 230mm x 303 mm |
Tekanan maksimum : | 15 bar |
Harga : | RM 1599 |
BSboss Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure Pump Driven Espresso
Zaman pandemik ni, kita seharusnya lebih bijak dalam berbelanja. Untuk anda yang benar-benar inginkan harga mesin kopi yang murah namun mahukan barangan yang berkualiti, ini adalah pilihan yang bijak. Bsboss adalah antara mesin espresso yang menawarkan harga mampu milik. Dengan tekanan sehingga 20 bar, mesin ini juga dilengkapi dengan ‘steamer’ susu bersama dua kawalan suhu berbeza.
Kelebihan produk:
- Harga berpatutan
- Mudah untuk digunakan
- Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
- Tekanan sehingga 20 bar
- 2 kawalan suhu berbeza
Kekurangan produk:
- Hampir keseluruhan produk diperbuat daripada plastik.
Spesifikasi
Tangki air : | 1.5 Liter |
---|---|
Dimensi : | 18 cm x 25 cm x 30 cm |
Tekanan maksimum : | 20 bar |
Harga : | RM 284.18 |
Petrus PE3320 20bar Semi-Automatic Espresso Coffee Machine
Khas untuk anda yang gemarkan konsep hipster, ini mungkin adalah mesin kopi impian anda! Lihat sahajalah reka bentuk retro yang cantik. Mesin Kopi Espresso Semi-Automatik Petrus PE3320 ini mempunyai tekanan sehingga 20 bar dengan harga yang berpatutan.
Kelebihan produk:
- Reka bentuk retro menarik
- Sangat ringan
- Sesuai untuk anda yang baru berjinak dengan mesin kopi
- Tekanan sehingga 20 bar
- Harga berpatutan
Kekurangan produk:
- Hampir keseluruhan bahagian mesin ini diperbuat daripada plastik.
- Perlu dijaga dengan berhati-hati
Spesifikasi:
Berat : | 4.5 Kilogram |
---|---|
Tangki air : | 0.8 Liter |
Dimensi : | 21.7 cm x 28.9 cm x 29.1 cm |
Tekanan maksimum : | 20 bar |
Harga : | RM 327.80 |
Breville BES870 The Barista Express Espresso Coffee Machine
Mesin kopi separa automatik, Breville BES870 The Barista Express membolehkan anda beralih dari mod manual ke automatik pada bila-bila masa! Pembersihan lebih mudah dengan saiznya yang padat dan butang amaran ‘Clean Me’. Sesuai diletakkan di ruangan pameran dapur kerana mesin ini mempunyai reka bentuk yang cukup menarik.
Kelebihan produk:
- Anda boleh menukar mode operasi daripada manual ke automatic
- Mempunyai fungsi pembersihan sendiri
- Sesuai untuk anda yang baru berjinak dengan mesin kopi
- Material produk adalah Stainless Steel
Kekurangan produk:
- Harga yang agak mahal
- Bunyi agak bising
Spesifikasi:
Berat : | 13 Kilogram |
---|---|
Tangki air : | 2 Liter |
Dimensi : | 30.1 cm x 32.5 cm x 33.27 cm |
Tekanan maksimum : | 15 bar |
Harga : | RM 3,620 |
DeLonghi ECP3531 ECP35.31 Manual Coffee Machine
Pamerkan kemahiran barista anda dengan Mesin Kopi Manual DeLonghi ECP3531 ECP35.31! Ia mempunyai fungsi air panas, pemegang cawan keluli tahan karat dan tongkat wap boleh disesuaikan menjadi 2 tahap, yang membolehkan anda memilih antara busa berkrim untuk cappuccino atau susu panas untuk latte Caffe gaya Itali. Anda juga boleh membuat 2 espresso sekaligus!
Kelebihan produk:
- Fungsi air panas
- Mudah untuk dibersihkan
- Fungsi tutup secara automatik
- Tekanan 15 bar
- Menggunakan teknologi Thermoblock untuk memastikan kopi dengan suhu yang betul.
Kekurangan produk:
- Tidak mempunyai pengisar biji kopi
Spesifikasi:
Berat : | 4 Kilogram |
---|---|
Tangki air : | 1 Liter |
Dimensi : | 18.5 cm x 24 cm x 30.5 cm |
Tekanan maksimum : | 15 bar |
Harga : | RM 799 |
Philips Fully Automatic Espresso Machines Series 3200
Anda tidak perlu menjadi barista profesional untuk mengendalikan mesin ini! Yang diperlukan hanyalah 1 butang untuk membancuh 5 jenis kopi yang berbeza. Betul, dengan Philips Fully Automatic Espresso Machines Series 3200 anda dapat menikmati espresso, cappuccino, kopi biasa, latte macchiato dan americano sepanjang hari, setiap hari. Anda juga boleh mengisar biji kopi dengan pengisar biji kopi tersedia pada mesin ini.
Kelebihan produk:
- Nikmati 5 jenis kopi dengan mesin ini
- Butang sentuh yang mudah digunakan
- Terdapat pilihan tahap kekuatan aroma kopi
- Mudah untuk dibersihkan
Kekurangan produk
- Harga agak mahal
- Bunyi agak kuat
Spesifikasi:
Berat : | 8 Kilogram |
---|---|
Dimensi : | 24.6 cm x 37.1 cm x 43.3 cm |
Tekanan maksimum : | 15 bar |
Harga : | RM 3,599 |
Pelbagai pilihan berbeza di dalam senarai ini akan membantu anda memahami jenis mesin kopi terbaik untuk kegunaan harian. Tidak semestinya harga yang mahal menjanjikan barangan yang berkualiti. Sebagai pengguna kaji terlebih dahulu kelebihan dan kelemahan setiap produk agar anda menjadi pengguna yang bijak.
Perkara yang paling penting dalam membuat pemilihan mesin kopi terbaik adalah tujuan sebenar anda ingin membeli. Tetapkan juga bajet yang ada dan buatlah perbandingan bijak. Membeli mesin kopi adalah pelaburan jangka masa panjang untuk anda yang benar-benar mencintai minuman ini.