Pelihara Kesegaran Makanan Anda. Ini 5 Peti Sejuk Berbilang Pintu Terbaik Disyorkan!

Pelihara Kesegaran Makanan Anda. Ini 5 Peti Sejuk Berbilang Pintu Terbaik Disyorkan!
Peralatan rumah


Bahan mentah busuk terlalu awal atau makanan basi penyebab utama masalah bakteria. Bakteria wujud di mana sahaja samada di dalam air serta di permukaan makanan yang kita makan. Ia membiak dengan pantas apabila mempunyai sumber makanan mencukupi, kelembapan dan suhu yang baik. Malah, peningkatan mendadak bilangan segelintir bakteria mampu mencecah tahap terkena penyakit serius seperti sakit perut dan muntah-muntah. Mikroorganisma ini membiak paling pesat dalam julat suhu antara 4.4 hingga 60 Celsius menyebabkan makanan membusuk hingga menjejaskan bau, rasa dan tekstur.

Pendingin atau peti sejuk yang mempunyai suhu bawah 4.4 Celsius akan melindungi kebanyakan makanan. Maka fungsi peti sejuk itu sendiri merupakan penyelesaian bagi masalah pembaziran makanan ini dek kerana kesegaran makanan telah diragut. Peti sejuk sudah dianggap sebagai keperluan utama mesti ada di setiap rumah. Jika anda mempunyai keluarga yang besar atau memiliki ruang luas, pilihlah peti sejuk jenis berbilang pintu bagi memelihara kesegaran makanan sekaligus kesihatan pengguna juga terjamin. Antara 5 peti sejuk berbilang pintu terbaik disyorkan adalah seperti berikut:

Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator RS62T5F01B4/ME

Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator RS62T5F01B4/ME
Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator RS62T5F01B4/ME siri peti sejuk premium menghubungkan pelbagai peranti dengan hanya menggunakan WiFi menjamin kesegaran makanan berpanjangan. Peti sejuk pintar ini membawa transformasi digital kepada perkakasan rumah yang disuntik dengan teknologi terkini. Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator RS62T5F01B4/ME dilengkapi tiga lensa kamera 2 megapiksel bagi mengambil gambar setiap kali menyimpan barang.

Antara keupayaannya termasuk paparan komunikasi yang menggunakan skrin sentuh 21.5 inci dengan definisi tinggi (HD) penuh. Ia membolehkan untuk menulis nota ringkas, kalendar dan gambar. Pilihan resipi juga dapat diakses dengan chef kegemaran apabila ia turut diprogramkan dengan kandungan resipi mengikut cita rasa masing-masing dan adalah aplikasi yang mudah terutamanya mereka yang ingin menjimatkan penggunaan kertas. Dengan hanya sambungan WiFi, pengguna juga menonton drama ataupun filem daripada televisyen yang berada di ruang tamu ataupun untuk mendengar musik ketika memasak ataupun makan di dapur.

Kelebihan produk

  • Siri premium menggunakan WiFi
  • Dilengkapi dengan tiga lensa kamera 2 megapiksel
  • Papan skrin sentuh 21.5 inci dengan HD
  • Boleh mendengar muzik atau menonton filem

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Saiz 660L
Tempoh Jaminan 10 Tahun
Harga RM6989.00

HITACHI R-WB850P5M French Bottom Freezer 4 Door 700L Refrigerator

HITACHI R-WB850P5M French Bottom Freezer 4 Door 700L Refrigerator
HITACHI R-WB850P5M French Bottom Freezer 4 Door 700L Refrigerator memiliki teknologi ‘Ruang Sayuran Aero-Care’ yang menjamin tempoh kesegaran makanan terutama sayuran kekal selama 7 hari. Fungsi ‘Pendinginan Dwikipas’ menjadi fokus utama model ini berfungsi mengalirkan udara pada bahagian atas manakala satu lagi berperanan untuk menyejukkan bahagian tengah dan bawah peti ais. Modal ini menampilkan beberapa inovasi terbaru iaitu Super Energy Saving, Stabilizer Free, Powerful Cooling dan Long Cool Keeper. Ciri Super Energy Saving membolehkan peti ais ini mengawal jumlah dan bahagian pengaliran udara disalurkan, sekali gus memastikan tiada pembaziran tenaga elektrik digunakan sepanjang tempoh penggunaan. HITACHI R-WB850P5M French Bottom Freezer 4 Door 700L Refrigerator berupaya kekal sejuk selama tempoh 15 jam sekiranya ketiadaan sumber tenaga elektrik. Bahagian luar peti ais berbilang pintu ini menampilkan ciri teknlogi skrin sentuh membolehkan anda menukar tetapan dengan sentuhan mudah.

Kelebihan produk

  • Jaminan tempoh kesegaran makanan kekal selama 7 hari
  • Super Energy Saving
  • Tampil inovasi Stabilizer Free, Powerful Cooling dan Long Cool Keeper.
  • Kekal sejuk selama 15 jam sekiranya ketiadaan sumber elektrik

Kekurangan produk

  • Hadir dalam pilihan warna hitam sahaja

Spesifikasi produk

Saiz 700L
Tempoh Jaminan 10 Tahun
Harga RM4999

Electrolux NutriFresh® Black Quattro French Door Refrigerator 648L EQE6909A-B

Electrolux NutriFresh® Black Quattro French Door Refrigerator 648L EQE6909A-B
Electrolux NutriFresh® Black Quattro French Door Refrigerator 648L EQE6909A-B peti sejuk berbilang pintu membantu meminimumkan makanan menjadi basi, tercemar dan rosak. NutriFresh Inverternya berkemampuan mengekalkan kadar kelembapan lima kali lebih tinggi daripada biasa bagi membolehkan suhu lebih stabil sekaligus membantu penyimpanan makanan segar sama seperti waktu dibeli walaupun lebih tujuh hari. Electrolux NutriFresh® Black Quattro French Door Refrigerator 648L EQE6909A-B hadir dengan ruang penyimpanan yang lebih cekap dan mempunyai fungsi penyimpanan makanan tersendiri membantu pengguna mengasingkan makanan supaya kesegarannya lebih terjamin seperti bahagian untuk makanan masak, makanan mentah, sayuran dan buah-buahan. Sistem penghilang baunya juga membantu menyingkirkan 99.8 peratus bakteria yang menyebabkan bau busuk. Peti sejuk ini juga mempunya ruang membuat ais yang besar dan cukup menampung keperluan keluarga besar pada hari panas.

Kelebihan produk

  • Mengekalkan kadar kelembapan lima kali lebih tinggi
  • Makanan kekal segar lebih 7 hari
  • Sistem penghilang bau membantu menyingkirkan 99.8% bakteria
  • Ruang membuat ais yang besar

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Saiz 648L
Tempoh Jaminan 10 Tahun
Harga RM5978.00

Haier 516L 4 Door Elegance Glass Refrigerator Fridge with DC Inverter Technology HRF-IG525AM(GB)

Haier 516L 4 Door Elegance Glass Refrigerator Fridge with DC Inverter Technology HRF-IG525AM(GB)
Model Haier 516L 4 Door Elegance Glass Refrigerator Fridge with DC Inverter Technology HRF-IG525AM(GB) memenuhi keperluan pengguna yang ingin mengekalkan kesegaran makanan dalam tempoh lebih lama. Tampil dengan harga yang sangat berpatutan, Haier 516L 4 Door Elegance Glass Refrigerator Fridge with DC Inverter Technology HRF-IG525AM(GB) sesuai untuk pengguna yang mencari peti sejuk berbilang pintu pada harga bajet. Daripada segi rekaan pula, Haier 516L 4 Door Elegance Glass Refrigerator Fridge with DC Inverter Technology HRF-IG525AM(GB) menjanjikan ciri serba moden di mana ruang peti ais dihasilkan dengan perincian sudut lebih besar, dan pada masa sama makanan atau barangan mudah dicapai oleh pengguna. Dengan kapasiti ‘Compartment’ sebesar 516L, setiap bahagian dibahagikan kepada jenis makanan berbeza termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, daging, dan juga botol minuman sekaligus menjimatkan penggunaan ruang.

Kelebihan produk

  • Harga berbaloi dan berpatutan
  • Jaminan tempoh sehingga 12 tahun
  • Perincian sudut lebih besar
  • Kesegaran makanan kekal untuk tempoh lebih lama

Kekurangan produk

  • Stok produk terhad

Spesifikasi produk

Saiz 516L
Tempoh Jaminan 12 Tahun
Harga RM2999.00

Mitsubishi Refrigerator (630L/Glass Brilliant Black) Inverter Automatic Ice Maker Multi-Door Fridge MR-LX68EM-GBK

Mitsubishi Refrigerator (630L/Glass Brilliant Black) Inverter Automatic Ice Maker Multi-Door Fridge MR-LX68EM-GBK
Bukan sekadar terkenal dengan jenama kenderaan, Mitsubishi memperkenalkan pelbagai inovasi serta pembaharuan produknya yang tampil memberi kelebihan kepada penggunanya. Mitsubishi Refrigerator (630L/Glass Brilliant Black) Inverter Automatic Ice Maker Multi-Door Fridge MR-LX68EM-GBK terbahagi kepada tiga ruang penyimpanan. Pada ruang penyimpanan berkaca mampu menampung hampir 100 kg bebanan, oleh itu pengguna boleh terus menyimpan makanan daripada periuk atau kuali untuk disejuk bekukan. Tidak seperti model peti sejuk berbilang pintu yang lain, Mitsubishi Refrigerator (630L) Inverter Automatic Ice Maker Multi-Door Fridge MR-LX68EM-GBK memiliki dua warna pilihan lain iaitu hitam atau kelabu.

Fungsi Neuro Inverter System menjadi fokus utama model ini berfungsi mengawal Neuro Fuzzy Microprocessor, inverter compressor dan kelajuan kipas secara automatik dalam keadaan optimum. Tidak lengkap sebuah peti ais berbilang pintu bersaiz besar sekiranya tiada bahagian penghasilan ais dan Mitsubishi Refrigerator (630L/Glass Brilliant Black) Inverter Automatic Ice Maker Multi-Door Fridge MR-LX68EM-GBK juga tidak berkecuali memiliki fungsi penghasilan ais secara automatik.

Kelebihan produk

  • Mempunyai tiga ruang penyimpanan
  • Hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan kelabu
  • Ruang penyimpanan berkaca mampu menampung hampir 100 kg bebanan
  • Memiliki fungsi penghasilan ais secara automatik

Kekurangan produk

  • Stok produk terhad

Spesifikasi produk

Saiz 630L
Tempoh Jaminan 10 Tahun
Harga RM4489.00

Jika anda memiliki peti sejuk berbilang pintu idaman pastikan tahu etika dan cara penggunaan selamat untuk mengelakkan penyakit berkaitan peti sejuk. Setiap pengguna peti sejuk perlu tahu kaedah penjagaan yang betul supaya tidak memberi kesan terhadap kesihatan diri dan orang sekeliling. Pendinginan untuk apa sahaja jenama peti sejuk berbilang pintu hanya memperlahankan pertumbuhan bakteria, dan makanan dalam peti sejuk masih boleh rosak jika tidak disimpan mengikut panduan yang betul. Bakteria tersebut menjadi penyebab makanan rosak, berbau dan rasa yang tidak menyenangkan. Oleh itu pastikan rujuk pakar jualan terdekat untuk memastikan fungsi sebenar peti sejuk berbilang pintu kalian, agar setiap makanan yang disimpan menjamin kesegaran dalam tempoh lama.

Lagi besar sesebuah peti ais itu, lagi banyak barang makanan yang disumbat. Oleh itu, amat penting untuk sentiasa memantau dan membersihkan peti ais daripada makanan yang sudah tamat tempoh, seterusnya mengelak bau busuk memenuhi ruang peralatan elektrik itu. Bagi memastikan peti ais segar, cuba lap dengan cuka untuk menghilangkan minyak di permukaan. Bagi mengelak bau makanan mencemarkan kesegaran peti ais, simpan semua makanan dalam bekas kedap bertutup. Jangan lupa gunakan oat kerana ia boleh menyerap sebarang bau.



Related posts