5 Laptop Bajet Bawah RM2000 Untuk Pelajar. Pasti Mampu Milik!

5 Laptop Bajet Bawah RM2000 Untuk Pelajar. Pasti Mampu Milik!
Peralatan mudah alih dan aksesori


Laptop merupakan antara barang keperluan wajib untuk pelajar yang belajar di pusat pengajian tinggi untuk menyelesaikan pelbagai tugasan yang diberikan mengikut pengajian tertentu. Bukan itu sahaja, malah demi memenuhi keperluan pelajar sekolah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) ketika pandemik, gajet berupa laptop juga menjadi keperluan penting ketika ini. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada awal tahun lalu, permintaan terhadap peranti berteknologi canggih seperti komputer riba meningkat mendadak. Ia berikutan hampir keseluruhan sesi kuliah dan proses PdPR terpaksa dilaksana secara dalam talian di rumah.

Namun begitu, faktor kewangan mendorong orang ramai memilih komputer riba dengan tawaran harga rendah dan berpatutan. Tidak semua golongan pelajar datang dari keluarga berpendapatan tinggi. Disebabkan itu, dipasaran sentiasa ada permintaan untuk produk segmen laptop terutamanya yang bersifat ‘mesra poket’ atau mampu milik untuk pelajar ini boleh meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan baik. Hari ini terdapat banyak jenama laptop yang menawarkan spesifikasi baik untuk tugasan rutin di kampus atau sekolah pada harga bajet bawah RM2000. Walaupun komputer riba dengan julat harga bawah RM2000 kebiasaannya hadir dengan spesifikasi sederhana, tetapi ia cukup untuk memenuhi keperluan tugasan harian pengguna dalam norma baharu. Nah, ini antara 5 jenama laptop yang dicadangkan untuk kalian yang bergelar pelajar!

Infinix INBook X1 Intel i3 (RM1899.00)

Infinix INBook X1 Intel i3 (RM1899.00)
Infinix merupakan jenama buatan Hong Kong yang terkenal dengan produk seperti telefon pintar dan earphone wireless sejak 2013. Laptop jenama Infinix INBook X1 Intel i3 agak baru berada di pasaran Malaysia. Jenamanya masih kurang familiar, namun begitu laptop ini menjadi rebutan dan laku di pasaran kerana ditawarkan pada harga mampu milik. Infinix INBook X1 Intel i3 menawarkan laptop dengan spesifikasi processor Intel® Core™ i3-1005G1 dengan RAM 8GB dengan harga bawah RM2000. Sistem operasinya menggunakan Windows 10 Home Edition. Kebiasaannya laptop dengan spesifikasi begini sukar ditemui dengan harga yang rendah kecuali laptop terpakai. Kerangka laptop Infinix INBook X1 Intel i3 diperbuat daripada logam penuh serta nipis dan ringan seberat 1.48kg. Skrinnya boleh dibuka sehingga 180° darjah dan bateri tahan lamanya.

Kelebihan produk

  • Nipis dan ringan
  • Kerangka diperbuat daripada logam penuh
  • Menggunakan spesifikasi processor Intel® Core™ i3-1005G1 dengan RAM 8GB
  • Bateri tahan lama

Kekurangan produk

  • Tidak banyak dijual di pasaran
  • Stok terhad

Spesifikasi produk

Skrin 14 inci
Memori 8GB RAM
Harga RM1899.00

JOI Book 155 Pro (RM1699.00)

JOI Book 155 Pro (RM1699.00)
Terkenal dengan pelbagai pilihan peranti berkualiti dan mampu milik, SNS Network tampil menawarkan model JOI Book 155 Pro yang menjadi rebutan ramai kerana harga yang berpatutan. JOI Book 155 Pro direka tipis dengan ketebalan hanya 13.5 mm dan ringan iaitu seberat 1.43 kg, membolehkan ia mudah dibawa ke mana saja. Kemasan luarannya pula diperbuat daripada logam aluminium, menjadikan peranti ini tampak lebih elegan dan menyerlahkan lagi ciri modennya. Hadir dengan paparan skrin penuh bersaiz 14 inci, beresolusi tinggi 1920 x 1080 piksel, dan menggunakan panel IPS, JOI Book 155 Pro menjanjikan paparan warna terang dan jelas. Dikuasakan pemproses Intel® Celeron® N4120, JOI Book 155 Pro mampu menawarkan kuasa pemprosesan yang efisien untuk kegunaan harian. Bagi meningkatkan pengalaman penggunaan, model JOI Book 155 Pro turut disertakan papan kekunci berlampu, memudahkan pengguna membuat tugasan di malam hari.

Kelebihan produk

  • Direka tipis dengan ketebalan hanya 13.5 mm
  • Mempunyai berat 1.43 kg mudah dibawa ke mana saja
  • Skrin penuh bersaiz 14 inci, beresolusi tinggi 1920 x 1080 piksel
  • Papan kekunci berlampu

Kekurangan produk

  • Stok terhad

Spesifikasi produk

Skrin 14 inci
Memori 4GB DDR
Harga RM1699.00

Dell Inspiron 15 3502 (RM1950.00)

Dell Inspiron 15 3502 (RM1950.00)
Spesifikasi Dell Inspiron 15 3502 dikuasakan pemproses Intel Celeron Processor N4020 sesuai untuk kegunaan biasa seperti pembentangan kertas kerja, kelas dalam talian atau menonton video, sudah tentu hasilnya lebih dari memuaskan. Spesifikasi seumpama ini sesuai menampung tugasan asas untuk mengakses internet, pembelajaran dalam talian, dan banyak lagi. Selain itu, rekaan papan kekunci model Dell Inspiron 15 3502 ini juga ditambah baik, membolehkan golongan pelajar terutamanya menaip dengan lebih mudah dan selesa. Pad sesentuhnya juga dilebarkan berbanding model sebelum memberi nilai tambah untuk Dell Inspiron 15 3502.
Dell Inspiron 15 3502 dilengkapi RAM 4GB DDR, storan 256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive dan disertakan slot SSD tambahan. Storan sebesar ini cukup untuk memberi kelancaran bagi sebuah komputer riba dengan kegunaan biasa. Pengguna juga tidak perlu risau kerana Dell Inspiron 15 3502 turut menyokong Wi-Fi, berupaya meningkatkan kestabilan dan capaian internet lebih pantas.

Kelebihan produk

  • Dikuasakan pemproses Intel Celeron Processor N4020
  • Rekaan papan kekuncinya mudah untuk menaip dengan selesa
  • Dilengkapi RAM 4GB DDR, storan 256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
  • Menyokong Wi-Fi

Kekurangan produk

  • Reka bentuk biasa

Spesifikasi produk

Skrin 13.55 inci
Memori 4GB DDR4
Harga RM1950.00

HP 15S-EQ1017AU (RM1678.00)

HP 15S-EQ1017AU (RM1678.00)
Menyentuh aspek spesifikasinya, HP 15S-EQ1017AU menggunakan pemproses AMD Athlon™ Silver 3050U Processor bersama-sama padanan memori (RAM) 4GB dengan binaan DDR4-2400 SDRAM serta skrin paparan bersaiz 15.6 inci. Resolusi HP 15S-EQ1017AU adalah 1366 x 768 dan diagonal HD SVA BrightView micro-edge WLED-backlit. Ia memberi keselesaan kepada mata pengguna biarpun untuk penggunaan tempoh masa skrin yang panjang. HP 15S-EQ1017AU penuhi segala keperluan lengkap dengan padanan kad grafik AMD Radeon™ Graphics dan hadir dalam dua warna iaitu Gold dan Silver.
Laptop ini juga didatangkan dengan sokongan sambungan Internet Tanpa Wayar (WiFi) bagi mengelakkan kelengahan serta kestabilan kelajuan sambungan terutamanya ketika sidang video. HP 15S-EQ1017AU turut mempunyai daya ketahanan baik dengan kerangka aloi aluminium serta tidak mudah tercalar. Sebagai pelajar cenderung untuk memiliki peranti yang nipis serta ringan untuk memudahkan pengguna membawa ke mana saja peranti ini. HP 15S-EQ1017AU hanya mempunyai berat 1.69 kg sekali gus sesuai untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Kelebihan produk

  • Nipis dan ringan
  • Kerangka aloi aluminium, tahan lebih lama
  • Ada 2 pilihan warna iaitu gold dan silver
  • Lengkap dengan AMD Radeon™ Graphics

Kekurangan produk

  • Stok terhad

Spesifikasi produk

Skrin 15.6 inci
Memori 4 GB DDR4-2400 SDRAM
Harga RM1678.00

Acer Aspire 3 A315-23-A4QL (RM1799.00)

Acer Aspire 3 A315-23-A4QL (RM1799.00)
Laptop jenama Acer antara yang dipercayai pengguna di Malaysia. Terdapat banyak siri laptop keluaran Acer menjadi perhatian ramai terutama pelajar. Namun untuk model mampu milik, Acer Aspire 3 A315-23-A4QL adalah disyorkan. Spesifikasi Acer Aspire 3 A315-23-A4QL hampir sama dengan laptop mampu milik yang lain namun ia ada kelebihan lain iaitu daripada segi paparan. Acer Aspire 3 A315-23-A4QL menggunakan paparan Full HD dengan skrin resolusi 1920×1080 yang lebih terang dan jelas, selain saiz skrin laptop ini lebih besar iaitu 15.6 inci.
Acer Aspire 3 A315-23-A4QL turut dilengkapi Windows 10 Pro, menambah lebih ciri keselamatan dan menawarkan pengalaman penggunaan aplikasi terbaik kepada si pemilik. Baterinya tahan sehingga 6 jam sangat sesuai untuk pelajar menyiapkan tugasan di luar. Secara keseluruhan, walaupun spesifikasinya tampak sederhana, tetapi kualiti dan prestasi komputer riba Acer Aspire 3 A315-23-A4QL ini pasti tidak mengecewakan pengguna. Walaubagaimanapun, laptop ini antara yang paling berat iaitu seberat 1.9kg.

Kelebihan produk

  • Skrin besar 15.6 inci
  • Full HD dengan skrin resolusi 1920×1080 yang lebih terang dan jelas
  • Dilengkapi Windows 10 Pro
  • Baterinya tahan hingga 6 jam

Kekurangan produk

  • Agak berat

Spesifikasi produk

Skrin 15.6 inci
Memori 4 GB
Harga RM1799.00

Pasti ada segelintir pelajar yang masih keliru untuk membuat pemilihan ketika pembelian laptop untuk kegunaan subjek tertentu, produktiviti atau tugasan rutin sama ada di kelas atau di rumah. Tambahan pula, terdapat pelbagai jenama laptop di pasaran yang menawarkan pelbagai tanda harga termasuk padanan spesifikasi sehingga pengguna tiada idea untuk membuat pemilihan. Sebelum melangkah ke kedai elektronik, paling penting dilakukan adalah mengenal pasti kegunaan laptop kalian. Setiap peringkat penggunaan adalah tidak sama. Ada yang memerlukan laptop dengan spesifikasi yang lebih baik berbanding pelajar di jurusan yang kurang menggunakan perisian berprestasi.

Pengguna dinasihatkan supaya mengetahui tempoh jaminan daripada penjual serta perlindungan bagi laptop jenama yang ingin dibeli sama ada ia boleh dilakukan di mana-mana cawangan atau sebaliknya. Selain itu, pastikan anda mengetahui jenis kerosakan yang dilindungi supaya lebih berhati-hati, berwaspada dan mengetahui hak jika berlaku sesuatu. Ini penting kerana sebagai seorang pelajar, pasti anda ingin barang keperluan anda ini boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.



Related posts