5 Top Filem Terbaik Adi Putra Mesti Tonton Sepanjang Zaman

5 Top Filem Terbaik Adi Putra Mesti Tonton Sepanjang Zaman
Hiburan


Bahang filem epik naskhah tempatan ‘Mat Kilau’ sememangnya menjadi buah mulut orang ramai sejak dari tayangan rasminya beberapa minggu yang lalu. Nama aktor popular kelahiran Singapura iaitu Adi Putra (Dato’ Hj Mohamed Hadi Putera bin Halim) yang memegang watak utama sebagai Mat Kilau kembali meniti di bibir peminat filem tempatan dek penghayatan watak dan wajah tampannya. Walaupun usianya semakin meningkat, Ady Putra dikatakan semakin kacak serta sosoknya paling cocok untuk membawakan watak ikonik pahlawan melayu yang handal bersilat. Dia kembali menjadi idaman ramai penonton setelah sekian lama hanya beraksi dibelakang tabir sahaja.

Adi Putra seorang pelakon yang versatil. Dia pandai melakonkan watak seorang Romeo, gangster dan sebagainya. Buktinya, anda boleh saksikan dan tonton kembali beberapa filem terbaik Adi Putra sepanjang zaman seperti KL Gangster 1&2, Suami Aku Ustaz, Makrifat Cinta, Balistik dan terkini Mat Kilau.

KL Gangster (2011) & KL Gangster 2 (2013)

KL Gangster (2011) & KL Gangster 2 (2013)
Watak Jai lakonan Adi Putra dalam filem KL Gangster & KL Gangster 2 sememangnya hidup dan menjadi bualan ramai. Nama ‘Jai’ memang sudah sebati dalam kehidupan seharian Adi Putra sebenar sebelum ini ke mana sahaja dia pergi sebelum gelaran ‘Mat Kilau’ melekat kepadanya ketika ini.

KL Gangster & KL Gangster 2 merupakan sebuah filem aksi yang cukup dikoreograf dan adalah sebuah jalan cerita yang mudah. Filem KL Gangster & KL Gangster 2, kisah dua beradik yang terjebak dalam dunia gengster, si abang iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra). Disusuli kisah pertelingkahan antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, yang merebut kawasan jagaan mereka.

Ianya boleh dikatakan satu konflik realiti yang wujud dalam golongan masyarakat kota. Lakonan yang ditonjolkan oleh setiap pendokong watak dilihat menjadi. Keberkesanan watak yang ditonjolkan berjaya mengesankan penonton dan membuatkan cerita ini menarik untuk ditonton. KL Gangster & KL Gangster 2 bukan sahaja memberi pengajaran, malah menyampaikan tentang perkara yang mungkin orang luar tidak tahu tentang gangster. Anda peminat cerita aksi? Kedua-dua filem KL Gangster & KL Gangster 2 ini wajib ditonton.

Spesifikasi KL Gangster (2011) & KL Gangster 2 (2013)

Genre Aksi

Durasi (KL Gangster): 81 minit
(KL Gangster 2): 110 minit

Tayangan (KL Gangster): 9 Jun 2011
(KL Gangster 2): 3 Oktober 2013

Pelakon Aaron Aziz (Malek), Adi Putra (Jai), Rosyam Nor (Tailong), Syamsul Yusof (Shark), Soffi Jikan (Ajib), Zizan Razak (Fadil), Ridzuan Hashim (King), Adam Corrie (Dragon)

KL Gangster (2011) & KL Gangster 2 (2013) Trailer

(KL Gangster)

(KL Gangster 2)

Aku Terima Nikahnya (2012)

Aku Terima Nikahnya (2012)
Lakonan kisah cinta dan aksi romantik juga sudah sinonim dengan pelakon Adi Putra yang sering kali dipilih menjadi peneraju utama. ‘Aku Terima Nikahnya’ merupakan filem cinta lakonan Adi Putra yang mendapat perhatian ramai penonton filem tempatan. ‘Aku Terima Nikahnya’ mengisahkan perjalanan cinta tragis antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish).

Selepas diijabkabulkan pasangan ini menjalani kehidupan yang begitu bahagia kerana masing-masing saling mencintai antara satu sama lain. Namun pasangan romantis ini dilanda dugaan terbesar dalam alam perkahwinan mereka selepas Johan terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkannya mengalami Selective Amnesia (lupa ingatan).

Apabila sedar daripada koma, Johan hanya ingat kisah hidupnya hingga tarikh sambutan majlis hari jadinya yang ke-31 yang ketika itu dia belum lagi bertemu isterinya, Arlisa. Kesannya, Johan tidak mengenali Arlisa dan bermulalah konflik antara mereka. Adakah kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia dan dilupakan berbaloi? Sediakan sekotak tisu dan jom tonton keseluruhan filem ‘Aku Terima Nikahnya’!

Spesifikasi Aku Terima Nikahnya (2012)

Genre Romantik
Durasi 87 minit
Tayangan 11 Oktober 2012
Pelakon Adi Putra (Johan), Nora Danish (Arlisa)

Aku Terima Nikahnya (2012) Trailer

Langgar (2013)

Langgar (2013)
Selepas KL Gangster, lakonan Adi Putra seakan serasi untuk watak aksi. Untuk filem ‘Langgar’ terbitan Tayangan Unggul, Adi Putra dipilih sebagai watak utama yang memerlukannya melakonkan banyak aksi bertarung. ‘Langgar’ mengisahkan Nizam (Adi Putra) ingin menuntut keadilan atas kematian isteri tercinta, Aina (Nadia Heng) serta anak dalam kandungan yang dibunuh kejam sekumpulan gengster.

Nizam diperkenalkan kepada geng Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), kawan lamanya. Geng Radzi adalah antara gengster digeruni kawan dan lawan, menjalankan perniagaan kelab malam, dadah dan pinjaman wang tanpa lesen. Setelah diuji oleh Loy (Zul Huzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menjadi sebahagian daripada geng Radzi.

Nizam sedar dia di landasan yang betul bagi membalas dendam. Seorang demi seorang yang terlibat dengan kematian isterinya dihapuskan Nizam. Dalam masa sama pelbagai konflik timbul antara geng Radzi menyebabkan hubungan mereka berantakan sesama sendiri. Adakah dendam kesumat Nizam berjaya ditunaikan? Tonton filem ‘Langgar’ untuk mengetahui kesudahan kisah aksi dan tragis ini.

Spesifikasi Langgar (2013)

Genre Aksi
Durasi 90 minit
Tayangan 11 April 2013
Pelakon Adi Putra (Nizam), Hans Isaac (Jimi), Nam Ron (Radzi), Zul Huzaimy (Loy), Khir Rahman (Mail), Bell Ngasri (Khairul), Natasha Hudson (Amanda)

Langgar (2013) Trailer

Suami Aku Ustaz (2015)

Suami Aku Ustaz (2015)
Filem Suami Aku Ustaz merupakan sebuah filem cinta arahan Ghaz Abu Bakar terbitan Karyaseni Production dibintangi oleh Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam dan Betty Rahmad. Filem yang diadaptasikan daripada novel popular pada tahun 2012 dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah.

Suami Aku Ustaz mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun, Alisa lakonan Nora Danish dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya yang juga merupakan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz lakonan Adi Putra. Dilem dalam hidup Alisa mula muncul apabila perkahwinannya itu dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakannya di sekolah iaitu Wati (Betty Rahmat) dan Johan (Izzue Islam).

Dengan perbezaan umur yang ketara, Alisa juga menghadapi konflik dalam menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya sehingga suaminya ditahan polis. Adakah perkahwinan Alisa dan Ustaz Hafiz berjaya dipertahankan? Buat peminat Adi Putra, anda masih boleh menonton filem ini di aplikasi berbayar terpilih.

Spesifikasi Suami Aku Ustaz (2015)

Genre Cinta
Durasi 90 minit
Tayangan 14 Mei 2015
Pelakon Adi Putra (Ustaz Hafiz), Nora Danish (Alisa), Izzue Islam (Johan), Betty Rahmad (Wati)

Suami Aku Ustaz (2015) Trailer

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)
Filem Mat Kilau mencipta sejarah apabila menjadi filem epik tempatan pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan pada 23 Jun 2022 lalu dipawagam. Terkini mengaut lebih RM71.27 juta selepas tiga minggu ditayangkan mengatasi rekod filem Munafik 2 dengan kutipan RM47 juta.

Filem ini mengambil inspirasi daripada kisah perjuangan Mat Kilau dan diubah mengikut kesesuaian, bukan sepenuhnya kisah benar membabitkan pahlawan tersebut menentang penjajahan British. Aktor Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Filem itu disokong bintang hebat termasuk Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau (Tok Gajah), Beto Kusyairy (Wahid), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin), Khir Rahman (Usup), dan menampilkan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem Mat Kilau dibikin dalam suasana 1892 ketika kolonial British menduduki tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadapan British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabatnya bangkit menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan menyebabkan British mengalami tekanan dan kerugian hingga berlakunya pertempuran sengit. Saksikan aksi pahlawan Melayu ini dipawangan TGV, GSC, MBO dan lain-lain yang berhampiran.

Spesifikasi Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)

Genre Aksi
Durasi 1jam 58 minit
Tayangan 23 Jun 2022
Pelakon Adi Putra (Mat Kilau), Wan Hanafi (Tok Gajah), Beto Kusyairy (Wahid), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin), Khir Rahman (Usup), dan Yayan Ruhian (Toga).

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) Trailer

Adi Putra, isteri dan anak-anak telah diiktiraf sebagai seorang warga negara Malaysia pada tahun 2018 yang lalu menerusi sebuah entri di Instagram. Dia yang dilahir di Singapura, kini bukan sahaja aktor tempatan yang menerima bayaran tertinggi tetapi turut berkecimpung dalam dunia perfileman belakang tabir, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

Dek Mat Kilau, bukan sahaja peminat wanita malah peminat lelaki Adi Putra, mula mengikuti perkembangan aktor ini dilaman sosial rasminya. Lakonannya telah memberi kesan mendalam dan mendapat respon positif orang ramai. Menjengah ke Instagramnya @adpadiputra yang memiliki 1.4 juta pengikut, ia dibanjiri dengan pelbagai komen dan respon dari warganet, rata-rata memuji lakonan Adi Putra didalam filem Mat Kilau sangat mantap serta memberi kesan mendalam kepada mereka yang telah menonton filem berkenaan. Ikuti Instagram https://www.instagram.com/adpadiputra/

Terbaharu (ketika penulisan ini disiarkan), Adi Putra akan beraksi dalam filem aksi terbaru yang akan ditayangkan pasa 25 Ogos 2022. Dia memegang watak Mejar Adnan dalam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dan diarahkan Zulkarnain Azhar dan Frank See. Filem aksi ini juga menampilkan lakonan Aiman Hakim Redza, Nas-T, Sara Ali dan ramai lagi bakal menggegarkan industri perfileman tempatan.



Related posts