Rambut Lebih Sihat Dan Lembut Dengan 5 Pilihan Minyak Rambut Paling ‘Onz’ 2022
Tidak kira apa tekstur atau jenis rambut anda, sedikit minyak mungkin diperlukan untuk memastikan rambut kelihatan sihat dan berasa terhidrat. Minyak rambut terbaik juga boleh menambah kilauan dan kelembutan, serta melindungi lapisan rambut agar ia lebih terjaga.
Serum rambut dan minyak rambut mungkin seakan sama namun keduanya mempunyai fungsi berbeza. Walaupun serum rambut mempunyai formula yang bertindak seperti produk penggayaan dan menambahkan kilauan pada rambut anda, minyak rambut juga tidak kurangnya berfungsi sebagai pelindung haba sambil menghidratkan rambut.
Khas untuk anda yang sedang mencari-cari minyak rambut, jom lihat beberapa jenis produk minyak rambut terbaik di pasaran.
Kerastase Elixir Ultime Hydrating Hair Oil
Ia merupakan campuran empat minyak berharga dengan kemasan yang ringan dan faedah penggayaan serba boleh untuk meningkatkan penghidratan, kekuatan dan kilauan rambut sambil mengurangkan kekusutan. Kombinasi campurannya adalah daripada minyak terbaik seperti Jagung, Argan, Pracaxi, dan Camellia. Kerastase Elixir Ultime Hydrating Hair Oil sesuai dengan mana-mana jenis rambut dan produk yang paling serba boleh di rak anda.
Gunakannya sebagai serum blow dry, kilauan kemasan kering, perapi, mask booster atau malah sebagai minyak wangi rambut. Setiap aplikasi mempunyai kesan yang sedikit berbeza.
Kelebihan
- Botol pump yang menarik
- Mudah dibawa
- Diperkaya dengan minyak tumbuhan berharga
- Sesuai untuk semua jenis rambut
- Pelbagai cara kegunaan
- Melembutkan, menguatkan rambut
- Bauan menarik
Kekurangan
- Tidak sesuai digunakan terus di kulit kepala
Spesifikasi
Saiz | 100ml |
---|---|
Kandungan istimewa | minyak marula, minyak camellia, minyak argan, minyak jagung dan minyak pracaxi |
Harga | RM 129 |
Olaplex No 7 Bonding Oil
Teknologi ini di rumus dengan biji anggur dan minyak teh hijau untuk menawarkan khasiat dan meningkatkan keanjalan rambut anda. Olaplex No 7 Bonding Oil direka khas untuk membaiki, menguatkan dan menghidrat semua jenis rambut. Ia meningkatkan kilauan, kelembutan dan keceriaan warna secara mendadak, sambil meminimumkan rambut kusut dan perlindungan haba sehingga 230°C. Minyak ini berfungsi pada semua jenis dan tekstur rambut.
Kelebihan
- Perlindungan UV
- Tekstur ringan
- Perlindungan Haba sehingga 230°C
- Menyahkusut
- Menyuburkan rambut dengan antioksidan yang sangat pekat
- Mudah dibawa
- Sesuai untuk semua jenis rambut
- Pelbagai cara kegunaan
- Melembutkan, menguatkan rambut
- Bebas paraben
Kekurangan
- Harga agak mahal
Spesifikasi
Saiz | 30ml |
---|---|
Kandungan istimewa | Dimethicone, Isohexadecane, C13-14 Isoparaffin, Coco-Caprylate, Phenyl Trimethicone, Bis-Aminopropyl Diglycol Dimaleate, Propanediol, Zea Mays (Corn) Oil, Beta-Carotene, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Moringa Oleifera Seed Oil, Punica Granatum Seed Oil, Water (Aqua/Eau), Morinda Citrifolia Fruit Powder, Fragrance (Parfum), Hexyl Cinnamal, Eclipta Prostrata Extract, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Limonene, Tocopherol, Citral, Linalool, Melia Azadirachta Leaf Extract, Citronellol, Pseudozyma Epicola/Camellia Sinensis Seed Oil Ferment Extract Filtrate |
Harga | RM 140 |
Briogeo Don’t Despair, Repair! Strengthening Treatment Oil
Briogeo Don’t Despair, Repair merupakan minyak rambut bebas silikon yang menguatkan dan diperkaya dengan ceramides untuk kemasan rambut yang licin dan berkilat. Ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut kering dan rosak. Minyak rambut ini bertekstur ringan dan dikatakan mampu membaiki sehingga 88% kerosakan hanya selepas dua kali penggunaan. Minyak ini juga mengandungi teknologi pembaikan yang terbukti secara klinikal melindungi lapisan luar rambut yang telah terdedah dengan pencemaran di sekitar juga rawatan yang merosakkan seperti pewarnaan, perming atau rebonding.
Kelebihan
- Membaiki kerosakan rambut, hujung bercabang dan pecah
- Meningkatkan kilauan, menghidrat, dan menyuburkan
- Diproses dan diperoleh secara semula jadi,
- Dirumus 6*free™, dan dibuat dengan NOVA Complex® proprietari
- Menguatkan, menyuburkan dan melindungi
- Bebas paraben
Kekurangan
- Harga mahal
Spesifikasi
Saiz | 30ml |
---|---|
Kandungan istimewa | Caprylic/Capric Triglyceride*, Hydrogenated Castor Oil/Sebacic Acid Copolymer*, Ethyl Macadamiate*, Rose Flower Oil*, Ceramide NP, Squalane*, Rose Extract*, Fragaria Ananassa (Strawberry) Seed Oil*, Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil*, Undaria Pinnatifida Extract*, Panthenol, Rosa Canina Fruit Oil*, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Prunus Domestica Seed Oil*, Tocopheryl Acetate, Dicaprylyl Ether*, 1,2-Hexanediol, Dicaprylyl Carbonate*, Malic Acid, Tocopherol, Fragrance (Parfum) |
Harga | RM 149 |
Ouai Hair Oil
Minyak rambut Ouai ini dirumus dengan galangal Afrika, minyak ama, dan minyak borage Asia untuk mengekalkan warna daripada pudar dan melindungi rambut daripada kerosakan haba. Khas untuk anda yang mempunyai rambut mudah kusut dan tidak teratur, anda pasti menyukai produk ini. Ia juga mampu merawat rambut anda dengan campuran istimewanya dan ia mempunyai tekstur yang ringan. Harumannya disuntik dengan bauan violet, gardenia, ylang ylang dan kasturi putih yang menggoda untuk wangian bunga yang canggih dan feminin.
Kelebihan
- Melindungi daripada haba
- Membaiki kerosakan rambut, hujung bercabang dan pecah
- Meningkatkan kilauan, menghidrat, dan menyuburkan
- Menguatkan, menyuburkan dan melindungi
- Bebas paraben
Kekurangan
- Mengandungi pewangi tambahan
Spesifikasi
Saiz | 45ml |
---|---|
Kandungan istimewa | Minyak Ama, minyak borage, minyak biji baobab, ekstrak akar galangal Afrika |
Harga | RM 128 |
Gisou Honey Infused Hair Oil
Minyak rambut pelbagai guna yang diselitkan dengan ramuan istimewa madu Mirsalehi bertujuan untuk menyuburkan, melembapkan, melembutkan dan melicinkan agar rambut lebih sihat. Madu ini juga merupakan pelembap semulajadi yang menghidrat dan menyuburkan secara mendalam untuk memulihkan keseimbangan kelembapan semula jadi rambut untuk rambut yang lebih kuat, kelihatan berkilat. Gunakan minyak Gisou Honey Infused Hair Oil sebagai produk pra-penggayaan dan kemasan, sebagai tambahan kepada hair mask, dan juga sebagai rawatan semalaman.
Kelebihan
- Membina semula dan membaiki rambut yang kering dan rosak
- Menyuburkan dan melembapkan secara mendalam
- Rambut keriting lebih rapi dan lebih terurus
- Membaiki hujung bercabang dan pecah
- Meningkatkan kilauan, menghidrat
- Bebas paraben
Kekurangan
- Sukar didapati di pasaran
Spesifikasi
Saiz | 45ml |
---|---|
Kandungan istimewa | Madu Mirsalehi |
Harga | RM 128 |
Tiada lagi rambut kejung, kering dan tidak terurus jika anda mulakan rawatan dari sekarang! Penjagaan rambut lebih teliti penting terutama untuk anda yang suka mewarnakan rambut dan mendedahkan rambut kepada haba secara kerap. Diharapkan pilihan ini mampu membantu menjadikan rambut anda lebih cantik, bersinar dan lebih sihat.
Elakkan menggunakan minyak dengan kuantiti berlebihan kerana ia mampu membuatkan kulit kepala dan rambut tidak selesa. Penggunaan minyak rambut ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti anda.