Jom Chill di 5 Kafe ‘instagramable’ di Lembah Klang November 2022
Selain pilihan makanan dan minuman yang lazat, tular serta mengikut perkembangan semasa, kebanyakan kafe-kafe tempatan sudah mula menawarkan suasana dan mood ketika menjamu hidangan dengan pilihan konsep hiasan dalaman, cat, dan perabot yang pelbagai. Selain memberi ruang kepada pelanggan untuk chill menikmati suasana, ia juga membuka ruang dan peluang untuk pengusaha kafe mendapat liputan yang lebih meluas terutamanya melalui media sosial yang dimuat naik oleh pelanggan mereka sendiri.
Jika anda seorang yang suka lepak di kafe dan obses dengan “OOTD”, kafe-kafe yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan ini sememangnya “instagrammable” dan perlu anda kunjungi. Jadi, khas buat anda diluar sana, jom kita tengok 5 kafe yang “ instagrammable” di Lembah Klang bagi bulan November 2022.
Ditto Cafe
Tenang dan sejuk mata memandang. Terletak di Bukit Damansara, Kafe yang berkonsepkan “coffee bar” ini mempunyai vibe dan mood chill yang sangat ketara. Kafe ini menawarkan konsep minimalis dengan hiasan dalaman berwarna pastel serta perabot yang diperbuat dari marmar dan batu granit.
Penggunaan material perabot ni selain daripada cantik, ia juga sejuk, nampak ringkas tetapi sangat menonjolkan vibe yang tenang. Terdapat juga sudut untuk anda bergambar dimana disediakan kerusi-kerusi marmar dan batu granit yang unik dengan karpet yang juga berwarna pastel. Sesuai untuk anda ber”OOTD” sambil menghirup kopi segar yang di bru khas untuk anda. Jadi, buat pemburu kafein dan pencinta media sosial, Ditto Cafe adalah salah satu kafe yang menawarkan semua ini.
Sebab anda mesti lepak di Ditto Cafe
- Konsep minimalis dan pemilihan warna pastel yang menenangkan
- Perabot marmar dan batu granit yang sejuk
- Sudut bergambar dan melepak yang menarik
Sebab anda mungkin skip Ditto Cafe
- Selain kopi, tidak banyak menu makanan yang ditawarkan
Info Ditto Cafe
Konsep kafe | Minimalis |
---|---|
Alamat | 128A, Jalan Kasah, Medan Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur. |
Waktu Operasi | 8 pagi – 5 petang ( Isnin –Jumaat), 10 pagi – 6 petang (Sabtu & Ahad) |
Link IG | https://www.instagram.com/ditto.my/?hl=en |
Monster A Garden Cafe
Segala-galanya dalam satu kafe. Monster A Garden Cafe menampilkan banyak elemen-elemen campuran yang menjadi salah sebuah keunikannya. Daripada pintu masuk, anda akan disambut dengan elemen alam semulajadi dimana mata anda akan tertumpu kepada pelbagai pokok-pokok dan daun yang menghijau.
Terdapat juga kerusi dan meja yang bermaterialkan kayu dan juga kanvas yang membangkitkan mood “camping” dimana trend ini juga mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ketika ini. Dari segi bangunannya, cat putih dan hijau muda dipilih bagi mengimbangi kehijauan pokok-pokok dan daun-daun tersebut.
Apabila anda masuk ke dalam kafe ini, lebih banyak elemen-elemen menarik yang ditonjolkan. Terutama sekali buat penggemar seni, kraftangan dan fotografi. Banyak susunan barang-barangan seni, kraftangan dan fotografi lama yang dijadikan hiasan pada dalaman kafe ini sekaligus meluaskan sudut-sudut bergambar untuk instagram anda.
Sebab anda mesti lepak di Monster A Garden Cafe
- Campuran konsep yang pelbagai menjadikan ianya unik
- Hiasan seni, kraftangan dan fotografi
- Pokok dan daun-daun menaikkan mood alam semulajadi
Sebab anda mungkin skip Monster A Garden Cafe
- Menu lebih tertumpu kepada kopi dan pastri.
Info Monster A Garden Cafe
Konsep kafe | Campuran minimalis, alam semulajadi, seni, kraftangan dan fotografi |
---|---|
Alamat | 40, Jalan 1/77A, Off Jalan Imbi, Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 11 pagi – 7.30 petang ( Isnin –Jumaat), 10 pagi – 6.30 petang (Sabtu & Ahad) |
Link IG | https://www.instagram.com/monster.a.garden.cafe.kl/?hl=en |
Jodonia Coffee & Bakery
Rasai nuansa Perancis yang terletak tidak jauh di Bandar Puteri, Puchong. Jodonia Coffee & Bakery merupakan sebuah kafe yang sangat teliti dalam menampilkan elemen dan nuansa tersebut, daripada sebesar-besar papan tanda sehingga sekecil-kecil sudu dan garpu. Daripada pandangan pertama sahaja, Kafe ini mampu menarik perhatian anda secara total.
Ini kerana, kafe ini menggunakan cermin dan grill besi berkonsepkan industrial sebagai dinding di bahagian sekelilingnya untuk memberikan gambaran hiasan dalamannya yang sangat eksklusif. Meja marmar dan kerusi moden yang disediakan menjadikan ianya nampak lebih mewah. Selain itu, warna pastel dan warna biru di bahagian dalamannya tampak sempurna dan seragam lebih-lebih lagi jika di dalam foto.
Untuk melengkapkan lagi nuansa Perancis pada kafe ini, terdapat juga beberapa bingkai gambar hiasan yang turut menyerlahkan dan meletakkan kafe ini berada di kelas yang lain. Buat anda yang inginkan suasana mewah, berprestij dan berkelas, Jodonia Coffee & Bakery ini sangat “instagrammable” untuk anda.
Sebab anda mesti lepak di Jodonia Coffee & Bakery
- Konsep mewah, berprestij dan berkelas.
- Cermin sebagai dinding sekeliling
- Meja bermaterialkan marmar dan kerusi moden
Sebab anda mungkin skip Jodonia Coffee & Bakery
- lalu lintas padat pada waktu tertentu
Info Jodonia Coffee & Bakery
Konsep kafe | Konsep Perancis, mewah dan berprestij |
---|---|
Alamat | Lot 16, IOI Rio, Lebuh Puteri, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor |
Waktu Operasi | 10 pagi – 10 petang ( Isnin –Jumaat), 10 pagi – 10 malam (Sabtu & Ahad) |
Link IG | https://www.instagram.com/_jodonia/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D |
Pokok KL Lalaport BBC
Sebuah tarikan terbaru di Bukit Bintang, Pokok KL Lalaport BBC mempunyai keluasan yang sangat luas dan mempunyai banyak sudut-sudut yang “instagramable”. Terletak di Tingkat 4 Lalaport Bukit Bintang, ia bersebelahan dengan outdoor rooftop garden yang mempunyai pemandangan Kuala Lumpur yang sangat menarik. Lebih menarik, anda boleh bergambar berlatarbelakangkan menara PNB Merdeka 118. Kafe ini mengetengahkan konsep moden, dengan jubin lantai kekisi dan berbatu bata, lantai konkrit, gerbang cermin di dinding, meja marmar dan juga perabot kayu ringan serta kerusi besi yang elegan. Disulam pula dengan pilihan warna pastel bernuansakan mood ketenangan yang menghiasi hampir keseluruhan kafe ini, pastinya lepak disini akan menghasilkan banyak foto-foto menarik untuk dimuat naik ke media sosial anda. Dari segi pilihan makanan, di sini terdapat banyak pilihan makanan barat dan timur mengikut kesesuaian dan selera anda.
Sebab anda mesti lepak di Pokok KL Lalaport BBC
- Pemandangan sekeliling yang menarik
- Kawasan yang sangat luas
- Mempunyai banyak sudut-sudut bergambar
Sebab anda mungkin skip Pokok KL Lalaport BBC
- Kurang privasi
- Agak susah mendapatkan tempat letak kereta pada hujung minggu dan cuti umum
Info Pokok KL Lalaport BBC
Konsep kafe | Moden minimalis |
---|---|
Alamat | Lot L4-04C, Level 4 Mitsui Shopping Park, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. |
Waktu Operasi | 10 pagi – 10 petang ( Isnin –Jumaat), 10 pagi – 10 malam (Sabtu & Ahad) |
Link IG | https://www.instagram.com/pokok.kl/?hl=en |
Ralph Lauren Cafe, Pavilion
Bayangkan, sebuah jenama yang dikenali dalam dunia fesyen dan pemakaian, turut tidak ketinggalan untuk menceburi bisnes kafe. Ini adalah sebuah nilai tambah yang menjadikan kafe ini unik dan dikenali. Ralph Lauren Cafe adalah sebuah kafe yang berkonsepkan coffee bar yang terletak bersebelahan dengan butiknya di Pavilion Bukit Bintang KL.
Pemilihan warna putih pada lantai, dinding dan meja marmar ternyata memberikan imej dan pandangan yang bersih pada kafe ini. Sedikit penambahan warna hijau gelap pada hiasan jubin dinding yang berbentuk batu bata turut menambahkan seri dan pada masa yang sama tidak mengurangkan mood tenang dan chill pada kafe ini.
Untuk mengimbangkan kedua warna ini, warna emas dipilih pada bingkai gambar dan besi kabinet. Gabungan tiga warna yang sangat elegan dan sangat cantik jika diabadikan di dalam foto dan sosial media anda. Jadi tunggu apa lagi, sila pakai pakaian terbaik anda dan chill di Ralph Lauren Cafe ini.
Sebab anda mesti lepak di Ralph Lauren Cafe, Pavilion
- Pemilihan warna yang sesuai
- Jenama yang telah dikenali melalui bidang fesyen
- Rangkaian pilihan kopi yang pelbagai
Sebab anda mungkin skip Ralph Lauren Cafe, Pavilion
- Menu lebih tertumpu kepada kopi sahaja.
Info Ralph Lauren Cafe, Pavilion
Konsep kafe | Coffee Bar |
---|---|
Alamat | Lot 3.55.00 & 3.56.00, Level 3, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 10 pagi – 10 petang ( Isnin –Jumaat), 10 pagi – 10 malam (Sabtu & Ahad) |
Link IG | https://www.instagram.com/p/Cj3M8hhLfsG/ |
Suasana, persekitaran dan susun atur kafe mampu mempengaruhi mood pelanggan ketika menjamu selera. Ini kerana kebanyakan mereka yang datang ke kafe bukan sahaja untuk mengisi perut yang lapar, tetapi lebih kepada terapi diri dan juga me time. Jadi amatlah penting buat pengusaha kafe untuk mengambil kira faktor ini sebelum memulakan perniagaan.
Sekiranya trend ini berterusan, lebih banyak lagi kafe-kafe bakal dibangunkan dengan kepelbagaian konsep, keunikan tersendiri dan lebih sudut-sudut yang “instagramable” demi memuaskan hati pelanggan.