10 Syampu Anti Kelemumur Terbaik 2021, Berkesan Hilangkan Kepingan ‘Salji’ Di Kepala

10 Syampu Anti Kelemumur Terbaik 2021, Berkesan Hilangkan Kepingan ‘Salji’ Di Kepala
Kesihatan dan kecantikan


Memastikan rambut sentiasa berada dalam keadaan bersih dan segar baik lelaki atau perempuan, sangat penting agar tampil lebih yakin dalam apa jua keadaan. Cabaran dalam penjagaan rambut bagi setiap orang adalah berbeza. Jika tidak mengamalkan penjagaan rambut dengan betul, rambut akan rosak sehingga kelemumur menjadi berkuping seakan ‘salji’. Masalah kelemumur disebabkan sebum atau minyak yang pada asalnya berfungsi sebagai pelembap pada rambut dan kulit kepala. Namun bagi sesetengah daripada kita, sebum ini dihasilkan secara berlebihan menyebabkan kulit kepala berminyak. Apabila sebum ini bercampur dengan kotoran dan sel kulit mati, ia menjadi kelemumur.

Apabila ini berlaku, ia menyebabkan individu itu malu dan tiada keyakinan diri. Jika setakat kelemumur halus selepas seharian tidak mencuci rambut itu boleh dikatakan sebagai normal. Namun ada yang sehingga berkuping-kuping bak salji memutih dan berbau, itu sesuatu yang serius. Oleh itu, cuba atasi masalah kelemumur anda dengan menggunakan syampu anti kelemumur terbaik pilihan ramai di Malaysia seperti di bawah.

Head & Shoulders Supreme Moisture Anti-Dandruff Shampoo

Head & Shoulders Supreme Moisture Anti-Dandruff Shampoo
Head & Shoulders Supreme Moisture Anti-Dandruff Shampoo diformulasi bersama minyak Argan berkualiti dengan ekstrak madu sesuai untuk kegunaan harian. Argan, merupakan sejenis tumbuhan popular di negara Maghribi, mempunyai khasiat semula jadi sebagai pelembapan rambut dan kulit kepala. Rangkaian syampu di bawah jenama P&G ini juga mengandungi teknologi Zinc Pyrithione (ZPT) yang merawat kelemumur pada sumber dan mencegah daripada berulang.

Tahukah kalian syampu ini adalah produk anti kelemumur jenama nombor satu di dunia? Ia terbukti secara klinikal tau! Selain itu, Head & Shoulders Supreme Moisture Anti-Dandruff Shampoo berkesan untuk mengurangkan minyak di kulit kepala yang akan mengakibatkan rambut gugur. Ianya memberi sensasi dingin pada kulit dan rambut anda akan berasa lembut, mudah diurus serta nyaman sepanjang hari.

Kelebihan produk

  • Jenama anti kelemumur dipercayai seluruh dunia
  • Elak rambut gugur & putus
  • Kulit kepala terasa sejuk dan segar
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk

  • Penggunaan yang berkesan perlukan perapi tambahan
  • Tidak sesuai untuk kegunaan kanak-kanak kerana memedihkan mata

Spesifikasi produk

Isipadu 330ML & 480ML
Cadangan penggunaan Sesuai untuk kegunaan harian
Harga RM23.89- RM33.90

Himalaya Anti-Dandruff Shampoo

Himalaya Anti-Dandruff Shampoo
Jenama Himalaya dipercayai ramai kerana dihasilkan menggunakan bahan semula jadi. Himalaya diformulasi dengan 100 peratus kandungan tumbuhan dan herba serta bahan bebas paraben. Untuk rambut berkelemumur dan kulit kepala sensitif, penggunaan syampu Himalaya Anti-Dandruff sangat dicadangkan. Kegunaan harian syampu ini sememangnya membantu mengurangkan kepingan ‘salji’ di kulit kepala, kegatalan, dan mencegah kelemumur dari muncul kembali.

Kelebihan produk

  • Kandungan bahan semula jadi untuk merawat akar rambut
  • Bebas paraben
  • Sesuai untuk kulit kepala sensitif
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk

  • Kesan efektif mengambil masa
  • Penggunaan yang berkesan perlukan krim tambahan

Spesifikasi produk

Isipadu 200ML
Cadangan penggunaan Cuci rambut dengan syampu kemudian bilas. Sapukan krim Himalaya Anti-Dandruff seketika dan kemudian bilas dengan air bersih.
Harga RM13.50

Pantene Pro-V Anti-Dandruff

Pantene Pro-V Anti-Dandruff
Pantene Pro-V Anti-Dandruff mengandungi khasiat Japanese Rice Oil Essence, membantu menguatkan dan mengembalikan sinar rambut. Formula Pro-Vitamin pula memulihkan rambut yang rosak hingga ke akar akibat kelemumur. Perbezaannya dapat dirasai pada cucian kali pertama, kelemumur akan berkurang dan kulit kepala terasa bersih. Syampu Pantene Pro-V Anti-Dandruff tidak hanya membantu untuk menghilangkan kelemumur, tetapi juga memberi sinar pada warna rambut anda.

Kelebihan produk

  • Rambut lembut berkilat pada basuhan pertama
  • Hilang kegatalan pada kulit kepala
  • Rambut berbau harum untuk tempoh yang lama
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana memedihkan mata
  • Penggunaan yang berkesan perlukan perapi tambahan

Spesifikasi produk

Isipadu 70ML, 340ML, 750ML
Cadangan penggunaan Sesuai untuk kegunaan harian. Bilas rambut selepas syampu dan perapi dengan air sejuk.
Harga RM4.28 – RM31.26

Sebamed Anti-Dandruff

Sebamed Anti-Dandruff
Jika anda mengalami masalah kulit sensitif dan berkelemumur, dicadangkan menggunakan produk dari jenama Sebamed. Sebamed Anti-Dandruff mengandungi Piroctone Olamine sesuai dan selamat untuk kegunaan sekeluarga dan juga kanak-kanak selain bebas daripada paraben dan alkali. Syampu ini akan memastikan pH kulit kepala neutral mengelakkan ketidakselesaan dan gatal. Diuji secara klinikal, pakar dermatologi mengesahkan penggunaan Sebamed Anti-Dandruff selama 14 hari secara berterusan akan menghilangkan 50 peratus masalah kelemumur.

Kelebihan produk

  • Seimbangkan pH pada kulit kepala
  • Sesuai untuk kanak-kanak
  • Diuji secara klinikal dan dipercayai
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Kekurangan produk

  • Harga mahal
  • Sukar didapati di kedai biasa kecuali farmasi

Spesifikasi produk

Isipadu 200ML, 1000ML
Cadangan penggunaan Sesuai untuk kegunaan harian.
Harga RM27.90 – RM93.90

Rejoice Anti-Dandruff 3 In 1

Rejoice Anti-Dandruff 3 In 1
Jenama Rejoice adalah salah satu jenama yang terkenal dan dipercayai kebanyakkan penduduk di Malaysia sejak berpuluh tahun. Rejoice Anti-Dandruff 3 In 1 berkesan menghilangkan kelemumur dan menyegarkan kulit kepala dengan hanya satu cucian. Dengan formula 3 dalam 1 dan kandungan Menthol mampu memberi sensasi segar dan menyejukkan kulit kepala daripada kegatalan berpanjangan. Rambut juga lebih lembut dan mudah dikendalikan sehingga 48 jam dengan wangian tahan lama.

Kelebihan produk

  • Berbau harum dan tahan lama
  • Harga murah dan berpatutan
  • Mengandung mentol untuk kesegaran kulit kepala
  • Produk mudah didapati

Kekurangan produk

  • Penggunaan yang berkesan perlukan perapi tambahan
  • Kandungan menthol tidak sesuai untuk kulit kepala sensitif

Spesifikasi produk

Isipadu 70ML, 170ML, 340ML, 600ML & 900ML
Cadangan penggunaan Basahkan rambut. Sapukan syampu dan urut kulit kepala dengan lembut. Bilas sehingga bersih.
Harga RM2.49 – RM22.71

Sunsilk Hijab Anti-dandruff

Sunsilk Hijab Anti-dandruff
Sunsilk Hijab Anti-dandruff produk penjagaan rambut yang direka khusus untuk mereka yang bertudung. Menggunakan teknologi Fragrance Release Pearl, rambut si pemakai hijab akan kekal segar sepanjang hari. Diperkaya dengan ekstrak Fig dan akar Ginseng, syampu ini melindungi rambut sesuai dengan cuaca di negara kita. Menawarkan kesegaran serta keharuman berpanjangan dengan penggunaan bahan semula jadi Sunsilk berhasrat memberi kekuatan kepada wanita agar tampil bergaya dan memiliki rambut yang segar dan sihat walaupun berhijab.

Kelebihan produk

  • Rambut berbau harum walaupun bertudung
  • Menggunakan campuran bahan semula jadi
  • Harga murah dipasaran
  • Kulit kepala rasa ringan dan tidak gatal

Kekurangan produk

  • Kesan efektif mengambil masa
  • Penggunaan yang berkesan perlukan perapi tambahan

Spesifikasi produk

Isipadu 320ML & 650ML
Cadangan penggunaan Sesuai untuk kegunaan setiap hari. Bilas rambut selepas syampu dan perapi dengan air sejuk.
Harga RM11.83 – RM19.58

CLEAR Superfresh Apple Anti-dandruff & CLEAR Men Cool Sport Menthol Anti-dandruff

CLEAR Superfresh Apple Anti-dandruff & CLEAR Men Cool Sport Menthol Anti-dandruff
CLEAR memahami bahawa setiap individu memerlukan penjagaan kulit kepala yang berbeza, maka dengan itu jenama ini telah menghasilkan formulasi-formulasi untuk memenuhi keperluan rambut dan kulit kepala yang berbeza.

CLEAR Superfresh Apple Anti-dandruff diformulasi khas untuk memenuhi keperluan hijabista, penyelesaian untuk penjagaan kulit kepala serta kesegaran tanpa kelemumur. CLEAR Superfresh Apple Anti-dandruff syampu anti-kelemumur mengandungi wangian epal segar dan Nutrium 10 CLEAR iaitu pelbagai ramuan nutrien, vitamin dan mineral yang menutrisi kulit kepala untuk perlindungan terus-menerus dan menghalang kemunculan semula kelemumur.

Dicipta untuk lelaki, CLEAR Men Cool Sport Menthol Anti-dandruff menawarkan penyelesaian untuk penjagaan kulit kepala serta kesegaran berganda formulasi Extra Lipid Booster Technology dan menthol menghilangkan kelemumur, minvak, serta kegatalan. Rambut pasti terasa segar dan harum berkekalan sehingga 24 jam selepas cucian walaupun aktif dengan aktiviti harian.

Kelebihan produk

  • Jenama anti kelemumur dipercayai untuk lelaki dan wanita
  • Mengandung menthol untuk kesegaran kulit kepala
  • Mengandungi pelbagai ramuan nutrien, vitamin dan mineral
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai buat pengguna berkulit sensitif
  • Tidak sesuai untuk kegunaan kanak-kanak kerana memedihkan mata

Spesifikasi produk

Isipadu 170ml, 330ml & 650ml
Cadangan penggunaan Bilas rambut selepas syampu dan perapi dengan air sejuk.
Harga RM7.90 – RM25.90

Aveda Scalp Benefits Balancing Shampoo

Aveda Scalp Benefits Balancing Shampoo
Aveda Scalp Benefits Balancing Shampoo jenama yang dipercayai ramai individu ternama, selebriti terkenal, dan salun rambut untuk mengatasi masalah kelemumur kerana telah diuji keberkesanannya oleh pakar dermatologi. Diformulasi dengan campuran semula jadi burdock root, echinacea dan sage, produk rawatan rambut ini direka khusus untuk membantu melawan dan mengawal kelemumur selain membantu menyihatkan setiap helaian rambut dengan cepat dan berkesan. Aveda Scalp Benefits Balancing Shampoo mempunyai aroma wangian tersendiri iaitu campuran vetiver, rosemary, kulit kayu manis, pati bunga segar dan tumbuhan asli yang lain.

Melawan dan mengawal kelemumur.

Kelebihan produk

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif
  • Mengurangkan masalah kelemumur dengan pantas
  • Berbau harum
  • Diuji secara klinikal dan dipercayai

Kekurangan produk

  • Harga mahal dipasaran
  • Sukar didapati di kedai biasa kecuali salun rambut atau pembelian atas talian

Spesifikasi produk

Isipadu 250ML-1000ML
Cadangan penggunaan Sapukan pada rambut basah atau kering. Urut kulit kepala. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Harga RM120.00 – RM468.80

Selsun Blue 2 in 1 Dandruff

Selsun Blue 2 in 1 Dandruff
Selsun Blue 2 in 1 Dandruff memberi rawatan 2 dalam 1 untuk masalah kelemumur atau salju putih di atas kepala khas untuk lelaki dan wanita. Ia membersih serta merapikan rambut diformulasikan dengan Selenium Sulfide bahan paling berkesan untuk merawat kelemumur, gatal kulit kepala dan mengawal kelemumur berulang hasil kajian klinikal. Selsun Blue 2 in 1 Dandruff turut mengandungi Honeyquat 50, sumber madu untuk mengekalkan kelembapan kulit kepala dan menjadikan rambut lebih bersinar. Asid Hyaluronik dan Vitamin B5 pula sebagai bahan tambahan untuk menghidupkan kembali rambut kusam tampak sihat.

Kelebihan produk

  • Tidak perlu perapi tambahan
  • Mengandungi 1 peratus Selenium Sulfide Lotion
  • Mengurangkan rasa gatal kulit kepala
  • Mengandungi asid Hyaluronik dan Vitamin B5

Kekurangan produk

  • Sukar didapati di pasaran biasa
  • Penggunaan tidak lebih 3 kali basuhan setiap minggu
  • Jika mewarna rambut, elak guna syampu ini untuk tempoh 48 jam

Spesifikasi produk

Isipadu 120ML & 200ML
Cadangan penggunaan Urut kulit kepala dengan perlahan sehingga berbuih. Biarkan selama 2 hingga 3 minit, kemudian bilas dengan air.
Harga RM21.40 – RM31.90

Dove Nutritive Solutions Anti-Dandruff Care

Dove Nutritive Solutions Anti-Dandruff Care
Rangkaian produk penjagaan rambut anti kelemumur di bawah jenama antarabangsa Dove iaitu Dove Nutritive Solutions Anti-Dandruff Care memberikan kelegaan buat ramai yang menghidapi masalah kelemumur sejak sekian lama. Kandungan syampu Dove Nutritive Solutions Anti-Dandruff Care bukan sahaja menghilangkan kepingan ‘salji’ putih dan kegatalan kulit kepala, malah menyuburkan, menguatkan, melembapkan, membaik pulih struktur rambut rosak, dan mengurangkan keguguran rambut sehingga 10 kali lebih berkesan pada awal penggunaan. Formula zink pyrithione yang terkandung di dalam Dove Nutritive Solutions Anti-Dandruff Care berfungsi dengan cepat dan pantas menghapuskan sang kelemumur jahat!

Kelebihan produk

  • Berbau lembut dan harum
  • Hilangkan kegatalan pada kulit kepala
  • Selain masalah kelemumur, membantu masalah keguguran rambut
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk

  • Kesan efektik yang memakan masa
  • Penggunaan yang berkesan perlukan perapi tambahan

Spesifikasi produk

Isipadu 340ML & 680ML
Cadangan penggunaan Bilas rambut selepas syampu dan perapi dengan air sejuk.
Harga RM9.90- RM25.39

Penggunaan produk syampu rambut yang tidak tepat dan sesuai dengan jenis rambut menjadi penyumbang kepada masalah kulit kepala serius. Anggaplah kulit kepala sama seperti kulit wajah anda. Lakukan penjagaan kulit kepala sama seperti anda memanjakan kulit. Pastikan syampu anti kelemumur yang anda gunakan mempunyai bahan yang boleh membantu kulit kepala mengelak daripada kelemumur. Syampu perlu mempunyai agen antikulat seperti ketoconazole, pyrithione zinc, selenium sulfide yang boleh menstabilkan pertumbuhan Malassezia (sejenis yis yang biasa ditemui dalam kelemumur).

Memelihara rambut daripada kelemumur tidak sukar cuma perlu rajin. Jika anda bersikap sambil lewa dalam penjagaan rambut dan kulit kepala, ia menyebabkan kelemumur, rambut gugur dan bercabang menjadi masalah utama anda. Bagi wanita berhijab, penjagaan tambahan perlu diberikan berbanding mereka yang tidak bertudung. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu menyebabkan kelemumur yang serius. Oleh itu, walaupun bertudung dan rambut tidak dilihat ramai, bukan alasan untuk tidak menjaga kesihatan rambut dengan baik. Pilihlah syampu anti kelemumur terbaik!



Related posts