Idea Hadiah Hari Ibu: 5 Pesan Bunga Dalam Talian & Khidmat Penghantaran Di KL Dan PJ
Hari Ibu merupakan satu hari yang sangat penting bagi semua orang di Malaysia. Ia adalah hari yang ditetapkan untuk menghargai jasa ibu yang telah berkorban sepanjang hidup membesarkan anak-anaknya. Oleh itu, pada hari ini, kami harus mengambil kesempatan untuk menunjukkan kasih sayang dan menghargai ibu dan isteri kami dengan memberi hadiah yang sesuai dan bermakna.
Salah satu hadiah yang sangat popular pada Hari Ibu adalah pesan bunga dalam talian dengan khidmat penghantaran. Dengan cara ini, kami boleh memilih bunga yang paling sesuai untuk ibu dan isteri, dan menghantarnya secara terus kepada rumah atau tempat kerja. Namun, sebelum memilih bunga, terdapat beberapa tips yang perlu diambil kira seperti memilih bunga yang mempunyai makna tersendiri, memilih bunga yang segar dan memilih bunga yang mempunyai warna yang cerah dan menarik.Antara jambangan popular yang dicadangkan untuk diberikan kepada ibu tersayang sempena Hari Ibu adalah seperti ros merah, bunga matahari, bunga lili putih atau bunga daisi. Ros merah melambangkan sifat cinta yang tidak berbelah bahagi dan kecantikan.
Dengan memberikan hadiah yang berunsurkan bunga, ia akan menjadi surprise yang menyenangkan bagi isteri dan ibu kami dan akan mengukuhkan lagi moment yang indah pada hari itu. Pastinya peniaga bunga dalam talian ini akan membantu dan mencadangkan jambangan bunga sesuai sempena Hari Ibu nanti.
LVLY Malaysia
LVLY Malaysia merupakan jenama butik bunga ekslusif terkemuka berasal daripada Australia, kini sudah bertapak di Malaysia. LVLY merupakan kerjasama antara pengasas bersama Hannah Spilva dan Verity Tuck. LVLY Malaysia menawarkan pakej harga jambangan Hari Ibu bermula serendah RM119 sahaja. LVLY Malaysia menjalankan khidmat penghantaran bunga dalam talian membantu mendapatkan bunga impian pelanggan.
Untuk sentuhan jambangan bunga moden yang minimalis serta ekslusif untuk ibu tercinta, anda pasti mahu menempah dari LVLY Malaysia kerana di sini menyediakan hanya bunga segar premium sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menempah jambangan bunga bersama kotak hadia LVLY dan juga balang bunga ikonik LVLY bebas karbon bercitarasa mewah. Menjalankan perniagaan setiap hari, dengan setiap pembelian di LVLY Malaysia penghantaran buat masa ini hanya sekitar Lembah Klang sahaja. Buat tempahan sebelum jam 5 petang untuk khidmat penghantaran hari yang sama.
Kelebihan LVLY Malaysia:
- Butik bunga ekslusif berasal darI Australia
- Penggunaan bunga segar premium
- Menggunakan pendekatan bebas karbon
- Penghantaran tempahan pada hari yang sama
Kekurangan LVLY Malaysia:
- Penghantaran hanya sekitar Kuala Lumpur dan kawasan terpilih di Selangor sahaja
Spesifikasi LVLY Malaysia:
Lokasi: | 1 Mont Kiara, Unit 19-1, Premier Suite, Menara, 1, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Penghantaran: | Buat pesanan sebelum pukul 5pm, terima pada hari yang sama. |
Harga Pakej: | Pakej Hari Ibu bermula pada harga RM119.00 – RM159.00 |
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web atau Instagram mereka.
Nook Flowers
Nook Flowers menawarkan pelbagai pilihan jambangan bunga penuh estetik sempena sambutan Hari Ibu tahun ini. Di Nook Flowers bukan sahaja merangkumi pelbagai jenis bunga dan warna elegan, malah popular kerana memiliki reka bentuk dan cara pembungkusan yang sangat kreatif. Keanggunan yang bersahaja dan sentuhan gaya bohemian serta vintaj adalah nada untuk semua ciptaan Nook Flowers. Palet warna bunga-bungaan dipilih dengan teliti dan dalam gaya Nook sebenar oleh pengasasnya Brenda James juga para pasukan berpengalaman. Terfikir untuk mendapatkan sesuatu yang lain selain bunga untuk Hari Ibu? Jangan risau, di Nook Flowers juga menawarkan pelbagai pilihan sampingan seperti buku, pokok hidup dan pasu comel yang menarik. Nook Flowers menerima tempahan daripada pelanggan melalui laman web mereka pada hari berkerja sahaja. Namun, walk-in juga diterima hanya dengan temujanji lebih awal. Pada hari Jumaat, Nook Flowers akan mengadakan pakej jualan istimewa dengan gubahan bunga serendah RM50 sahaja. Pesanan dan penghantaran melalui Nook Flowers buat masa ini hanya sekitar kawasan Lembah Klang yang terpilih sahaja.
Kelebihan Nook Flowers:
- Terdapat pilihan sampingan seperti buku dan pasu
- Sentuhan gaya bohemian serta vintaj
- Pembungkusan yang sangat kreatif
- Pakej promosi istimewa pada hari Jumaat
Kekurangan Nook Flowers:
- Walk-in hanya melalui temu janji sahaja dibenarkan
Spesifikasi Nook Flowers:
Lokasi: | 2-G-1, Remis 2, Pantai Panorama, Jalan 1/112h, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Penghantaran: | Isnin hingga Jumaat (10am – 5pm) |
Harga Pakej: | Bermula serendah RM50.00 (Tempahan hari Jumaat) |
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web atau Instagram mereka.
Renna Florist
Renna Florist menyediakan khidmat gubahan dan penghantaran bunga untuk merealisasikan kejutan daripada anda terutama buat ibu tersayang sempena sambutan Hari Ibu ini. Selain menyediakan pakej tempahan atas talian, anda juga boleh terus ke premis fizikal Renna Florist yang terletak di Taman Melawati. Perkhidmatan gubahan bunga di Renna Florist hadir dengan pelbagai pilihan rekaan bunga yang menarik serendah RM30 disamping pakej bersama pilihan kek, coklat, belon atau kad ucapan. Renna Florist pernah tular sebelum ini di dek kerana hasil gubahan bunga yang begitu cantik dan moden malah ditawarkan pada harga yang sangat rendah. Ia menjadi rebutan dan pilihan ramai pelanggan di kawasan sekitar dan rata-rata berpuas hati dengan servis yang diberikan. Khidmat penghantaran Renna Florist buat masa ini hanya merangkumi beberapa lokasi sekitar kawasan Lembah Klang sahaja. Penghantaran hari yang sama turut dibuat dan akan dilakukan jika pelanggan membuat tempahan awal melalui panggilan telefon atau pesanan di aplikasi whatsapp Renna Florist.
Kelebihan Renna Florist:
- Harga berpatutan
- Gubahan bunga kreatif, cantik dan moden
- Ada kedai fizikal untuk dikunjungi
- Penghantaran pada hari sama tempahan
Kekurangan Renna Florist:
- Tiada website rasmi
Spesifikasi Renna Florist:
Lokasi: | 9153B, Lorong Pulau Pinang, Taman Melawati, 53100 Hulu Klang, Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Penghantaran: | Rabu hingga Isnin. Selasa cuti (9am – 5pm) |
Harga Pakej: | Bermula serendah RM30.00 hingga RM150.00 |
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari Facebook atau Instagram mereka.
Summer Pots
Sempena Hari Ibu, apa kata buat tempahan jambangan bunga indah di Summer Pots. Summer Pots adalah sebuah platform menawarkan khidmat penghantaran bunga atas talian bukan sahaja di Lembah Klang malah seluruh Semenanjung Malaysia. Perkhidmatan penghantaran ini meliputi lebih daripada 50 daerah di dalam negeri Semenanjung Malaysia. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran kepada ibu di kampung halaman semudah di hujung jari sahaja. Penghantaran hari yang sama turut dibuat dan akan dilakukan jika pelanggan membuat tempahan awal sebelum jam 1 petang dan terhad hanya untuk Lembah Klang. Untuk negeri selain Kuala Lumpur dan Selangor, pesanan lebih awal sekurang-kurangnya 4 ke 6 hari waktu bekerja adalah diperlukan. Di Summer Pots, pelanggan boleh memesan pakej yang bukan sahaja terdiri daripada jambangan bunga yang cantik untuk ibu tersayang, tetapi juga belon bertema comel dan buah-buahan. Dari harga serendah RM75, bayaran boleh dibuat secara dalam talian dan servis penghantaran adalah bergantung kepada lokasi penerima. Khidmat cemerlang team Summer Pots telah menobatkan jenama ini sebagai antara kedai bunga atas talian terbaik dan top 5 penghantar bunga terbaik di Lembah Klang.
Kelebihan Summer Pots:
- Penghantaran seluruh Semenanjung Malaysia
- Ada tawaran pilihan sampingan seperti belon atau buah-buahan
- Penghantaran pada hari yang sama
- Menerima pelbagai pengiktirafan
Kekurangan Summer Pots:
- Kos penghantaran tinggi
Spesifikasi Summer Pots:
Lokasi: | D’Majestic Place by Swiss-Garden, No. 376, G-02 Level G, Jln Pudu, 55100 Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Penghantaran: | Isnin – Ahad (9am-5.30pm) |
Harga Pakej: | Bermula RM75.00 – RM550.00 |
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web atau Instagram mereka.
Flower Sugar
Flower Sugar antara kedai bunga atas talian yang menawarkan khidmat penghantaran bunga sepantas empat jam selepas pesanan dan terkenal di Lembah Klang. Flower Sugar menawarkan pelbagai gubahan jambangan bunga cantik untuk pelbagai tujuan seperti Hari Ibu. Inginkan sesuatu yang mewah buat ibu anda? Di Flower Sugar ada menyediakan pilihan jambangan bunga gergasi dengan kiraan ros merah sehingga 99 kuntum dengan harga sekitar RM708. Ada juga pilihan bunga bersama coklat, kek atau patung beruang mengikut bajet kalian buat ibu tersayang serendah RM38 sahaja. Untuk sentuhan jambangan bunga moden untuk ibu tercinta, di Flower Sugar menyediakan hanya bunga segar terpilih sahaja yang dihantar pembekal setiap hari. Flower Sugar menyediakan penghantaran pada hari yang sama jika pesanan ditempah sebelum pukul 3 petang. Kawasan penghantaran adalah sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong sahaja.
Kelebihan Flower Sugar:
- Tempahan siap dihantar seawal 4 jam selepas pesanan di buat
- Pilihan pelbagai bunga segar terpilih
- Penghantaran pada hari yang sama
- Tempahan waktu malam masih dilayan dengan baik oleh staf bertugas
Kekurangan Flower Sugar:
- Penghantaran sekitar kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja
Spesifikasi Flower Sugar:
Lokasi: | -1-6, Eve Suite, Jalan PJU 1A/41 47301 Petaling Jaya, Selangor |
---|---|
Waktu Penghantaran: | Penghantaran hari yang sama untuk pesanan sebelum 3pm |
Harga Pakej: | Harga bermula RM38.00 – RM708.00 |
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web atau Instagram mereka.
Jika kalian masih mempunyai ibu, sempena Hari Ibu yang bakal disambut pada 14 Mei tahun ini, cuba buat kejutan istimewa kepada ibu anda dengan menghantar jambangan bunga indah tanda kasih anda kepada ibu tersayang. Ya benar, pengorbanan ibu mengatasi segala-galanya tidak dapat ditukar dengan wang atau sebarang hadiah, namun sejambak bunga indah adalah tanda ingatan dari seorang anak kepada ibu tersayang. Pasti si ibu tersenyum girang.
Ibulah insan yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan. Ibu sentiasa meletakkan kepentingan anak dan keluarga melebihi dirinya. Oh ibu..Selamat Hari Ibu diucapkan!