5 Pilihan ‘Reed Diffuser’ Untuk Bauan Rumah Lebih Tenang Dan Mendamaikan Minda

5 Pilihan ‘Reed Diffuser’ Untuk Bauan Rumah Lebih Tenang Dan Mendamaikan Minda
Lain-lain


Bauan dikatakan mampu membantu dalam mengatasi masalah stress harian. Sebab itulah jika dilihat, kini ramai menggunakan pewangi khas untuk rumah agar sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke ruangan rumah dapat menghirup bauan tersebut sebagai terapi. Terdapat pelbagai jenis bauan terjual di pasaran dan reed diffuser kini semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Reed diffuser adalah salah satu jenis diffuser yang menggunakan stik kayu atau rotan untuk menyebarkan wangi aroma terapi ke seluruh ruangan. Anda tidak perlu risau akan bil elektrik kerana ianya tidak menggunakan tenaga elektrik malah tiada pembakaran diperlukan seperti lilin, dan itu adalah lebih selamat.

Hanya stik kayu diperlukan untuk penyebaran bauan tersebut, mudah bukan? Jom lihat beberapa pilihan reed diffuser yang ada di pasaran sekarang.

Catherine & Mott’s Orange Peel Reed Diffuser

Catherine & Mott's Orange Peel Reed Diffuser
Jika Anda menyukai aroma ringan dan menyegarkan, Catherine & Mott’s Orange Peel Reed Diffuser adalah pilihan terbaik. Ia menghasilkan bauan citrus yang mampu membangkitkan tenaga dan menambahkan aroma manis di ruangan rumah. Minda anda juga akan terasa segar dan ia mampu memberikan kesan positif kepada emosi yang terganggu.

Kelebihan

  • Bebas alkohol
  • Bauan daripada Perancis
  • Bauan tahan lama
  • Botol kaca sesuai dijadikan hiasan

Kekurangan

  • Tempoh penggunaan agak pendek

Spesifikasi

Isi kandungan: 100ml
Tempoh penggunaan: 3 ke 6 minggu
Harga: RM 49

Jo Malone Red Roses Scent Surround Diffuser

Jo Malone Red Roses Scent Surround Diffuser
Penuhi udara dengan semburan bunga mawar yang segar. Campuran bunga ros yang indah dengan sedikit lemon pastinya memberikan impak atau kesan positif pada individu. Sesuai juga untuk anda yang mahukan kesan relaksasi, bauan floral adalah yang terbaik. Ia tersedia dengan 10 buluh rotan untuk mengeluarkan bau secara berterusan. Untuk kesan optimum gunakan kesemua 10 secara serentak.

Kelebihan

  • Tanpa paraben
  • Bauan floral segar
  • Bauan tahan lama
  • Botol kaca sesuai dijadikan hiasan
  • Jenama premium terkenal

Kekurangan

  • Harga sangat mahal

Spesifikasi

Isi kandungan: 165ml
Tempoh penggunaan: 3 ke 4 bulan
Harga: RM 415

Pristine Aroma Shangri-La Inspired Reed Diffuser

Pristine Aroma Shangri-La Inspired Reed Diffuser
Diinspirasikan oleh bauan dari Hotel “Shangri-la” yang bertaraf dunia. Ia mempunyai gabungan unik Galbanum, Amber, Sandalwood, Lavender dan sentuhan bedak talkum. Bau tahan lama Pristine membantu menjadikan rumah anda berasa bersih dan segar. Setiap kotak Penyebar Aroma Reed mempunyai 5 stik buluh dan satu botol minyak wangi sesuai untuk setiap sudut rumah.

Kelebihan

  • Tanpa paraben
  • Gabungan bauan unik inspirasi daripada hotel terkemuka
  • Bauan tahan lama
  • Jenama premium terkenal

Kekurangan

  • Hanya 5 stik diberikan
  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Isi kandungan: 180ml
Tempoh penggunaan: 3 ke 4 bulan
Harga: RM 159.90

HOOGA Black Series Reed Diffuser : Bergamot Leaves & Eucalyptus

HOOGA Black Series Reed Diffuser : Bergamot Leaves & Eucalyptus
Jenama HOOGA ni agak terkenal di Malaysia. Aroma wangi daripada HOOGA Black Series Reed Diffuser semestinya membuatkan ruang kediaman anda terasa lebih menyenangkan. Terdapat dalam koleksi lima aroma berlainan, anda boleh memilih wangian yang bersesuaian citarasa anda. Bauan Bergamot Leaves & Eucalyptus adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan mood harian anda di samping memberi bauan segar sepanjang masa.

Kelebihan

  • Jenama terkenal
  • Botol cantik sesuai dijadikan hiasan
  • Bauan tahan lama
  • Sesuai dijadikan hadiah

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk ruangan terlalu besar

Spesifikasi

Isi kandungan: 200ml
Tempoh penggunaan: 3 ke 4 bulan
Harga: RM 49.90

Lovely Lace Scents Teddy Dream Reed Diffuser

Lovely Lace Scents Teddy Dream Reed Diffuser
Kalau di shopping mall, dari jauh dah bau wangi tau kedai Lovely Lace ni. Ianya agak terkenal di Malaysia dan terdapat pelbagai jenis bauan dijual di sini. Bauan ini adalah 100% bauan asli dari Jerman. Teddy Dream merupakan bauan popular di Lovely Lace kerana ianya lembut dan manis juga mampu memberi efek rileks dan tenang kepada individu. Baunya tidak terlalu kuat sehingga memeningkan kepala.

Kelebihan

  • Bauan lembut dan manis
  • Jenama terkenal
  • Botol cantik sesuai dijadikan hiasan
  • Bauan tahan lama
  • Sesuai dijadikan hadiah

Kekurangan

  • Hanya dijual di kedai Lovely Lace sahaja

Spesifikasi

Isi kandungan: 200ml
Tempoh penggunaan: 1 ke 2 bulan
Harga: RM 69.90

Anda mungkin memerlukan reed diffuser lebih daripada satu botol untuk ruangan yang lebih luas agar aromanya lebih tersebar. Jika botol reed diffuser anda agak lebar dan luas, letakkan lebih banyak stik diffuser untuk bauan yang lebih kuat.

Elakkan meletak botol reed diffuser di kawasan terlalu tinggi atau mudah dicapai kanak-kanak. Memandangkan kebanyakkan botolnya adalah daripada kaca, anda pasti tidak mahu ianya terbazir begitu sahaja sekiranya terjatuh dan pecah.



Related posts