Mencari Bagasi Dan Beg Galas Terbaik? Jom Membeli-Belah Di 5 Premis Beg Terbaik Ini
Bagi yang suka melancong atau mengembara, beg sememangnya komponen penting untuk di bawa. Segelintir orang mungkin memadai dengan hanya membawa satu beg. Bagaimanapun, ada juga yang suka membawa banyak beg untuk mengisi pelbagai barangan keperluan. Pemilihan beg yang sesuai contoh seperti bagasi atau beg galas ketika travel tidak kira tujuannya sangat penting. Bagasi mempunyai binaan yang teguh dan saiz yang kompak direka untuk menangani sistem pengangkutan bagasi. Beg galas pula sesuai untuk kegunaan kembara yang singkat seperti dua hari satu malam.
Kedua-dua jenis beg ini mengambil kira destinasi yang ingin dituju, corak perjalanan, tempoh percutian serta aktiviti dilakukan. Selain itu, saiz beg juga mesti sesuai dengan keperluan sama ada percutian singkat atau lebih seminggu. Paling utama, pastikan bagasi atau beg galas anda mempunyai ketahanan yang diyakini untuk mengelakkan kejadian buruk yang tidak diingini berlaku. Berikut ialah lima premis beg terbaik yang mungkin anda pertimbangkan untuk membeli bagasi dan beg galas mengikut reka bentuk, material atau citarasa tersendiri.
TUMI
TUMI jenama gaya hidup antarabangsa popular berasal dari Amerika Syarikat sejak tahun 1975. TUMI terkenal dengan rekaan beg eksklusif menawarkan pelbagai pilihan beg mewah lagi berkualiti tinggi. Semua produk TUMI memberi tumpuan kepada ciri modular, lestari dan ketahanan. Setiap siri beg keluaran TUMI cukup terkenal dengan reka bentuk inovatif, praktikal dan bahan binaan diperbuat daripada nilon balistik yang tahan lasak serta tidak mudah rosak. TUMI hadir dengan bagasi jenis tahan lasak dan bergaya.
Setiap siri bagasi keluaran TUMI tampil bersama ciri inovatif seperti kunci yang diluluskan oleh TSA, roda bergolek licin dan bahan tahan hentaman. Bagasi paling ekslusif keluaran TUMI adalah Aero Intl Exp 4 Whl Carry on TUMI I MCLAREN dijual pada harga mencecah RM13,000. Selain bagasi, TUMI juga menawarkan rangkaian beg untuk kegunaan harian seperti beg galas, beg jinjing dan aksesori tambahan. Beg galas paling laris keluaran TUMI adalah siri Just in Case Backpack VOYAGEUR yang mempunyai pelbagai pilihan warna seperti hitam, biru, kelabu, maroon dan merah jambu. Pelanggan TUMI tidak terhad berbelanja di premis jualan malah boleh membeli-belah beg kesukaan di atas talian.
Kelebihan TUMI:
- Beg jenama ekslusif dan mewah
- Produk berkualiti tinggi
- Reka bentuk inovatif dan praktikal
- Tahan lasak
Kekurangan TUMI:
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi TUMI:
Pasaran: | https://www.tumi.my/ |
---|---|
Lokasi Utama: | Pavilion Kuala Lumpur, LOT 2.52.00 & 2.53, 168, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur |
Tempoh Jaminan: | 1 tahun hingga 5 tahun (mengikut jenis bagasi & beg galas) |
Harga: | Bermula serendah RM650.00 hingga RM13,000.00 |
Samsonite
Samsonite buatan Colorado, Amerika Syarikat sejak tahun 1910 sinonim dengan jenama beg galas dan bagasi yang tahan lama serta lasak. Semua siri beg dihasilkan Samsonite melalui beberapa peringkat ujian terperinci bagi menguji tahap ketahanannya. Setiap beg menggabungkan teknologi daripada bahan Revolusioner Curv dan koleksi-koleksi bahan lembut yang dihasilkan daripada Advanced Hybrid Technology.
Kejituan dan ketahanan Samsonite tiada tandingannya. Malah, kepelbagaian reka bentuk yang menakjubkan bagi beg jenama Samsonite memberikan pelbagai kemudahan kepada penggunaan agar dapat digayakan dengan sempurna dan bergerak lancar. Untuk gaya dan citarasa setiap beg galas atau bagasi yang menawan, Samsonite membuktikan komitmennya dengan inovasi teknologi pembuatan yang unik dan ringan dengan ciri-ciri unik seperti praktikal, fleksibel dan berprestij.
Terkini, Samsonite memperkenalkan koleksi Eco untuk pasaran Asia seperti Spark SNG Eco, OCTO Eco, Eco dan Marcus Eco. Koleksi bagasi dan beg galas itu diperbuat daripada Recyclex iaitu teknologi fabrik inovatif dan maju menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik jenis polyethylene terephthalate. American Tourister adalah jenama pengeluaran beg mampu milik di bawah Samsonite.
Kelebihan Samsonite:
- Kukuh dan ringan
- Tahan lasak dan bergaya
- Miliki ciri inovatif seperti kunci yang diluluskan TSA
- Jenama paling dipercayai dan diiktiraf
Kekurangan Samsonite:
- Reka bentuk seakan sama
Spesifikasi Samsonite:
Pasaran: |
https://www.samsonite.com.my/ https://www.instagram.com/samsonitemalaysia/?hl=en |
---|---|
Lokasi Utama: | Samsonite KLCC, Lot 2.39, Second Floor, 50088 Kuala Lumpur |
Tempoh Jaminan: | 1 tahun hingga 2 tahun (mengikut jenis bagasi & beg galas) |
Harga: | Bermula serendah RM279.00 hingga RM4,399.00 |
Universal Traveller
Universal Traveller, jenama pengeluar bagasi dan beg galas mampu milik popular di Malaysia. Jenama Universal Traveller sebelum ini sinonim sebagai pusat sehenti untuk memiliki pelbagai barangan untuk percutian musim sejuk. Kini, jenama ini terus berkembang sebagai pakar dalam bagasi dan pelbagai jenis beg untuk travel. Untuk bagasi, Universal Traveller menawarkan pelbagai pilihan termasuk beg sisi keras dan sisi lembut, bagasi tangan dan set bagasi. Antara siri bagasi popular seperti URBANlite CONTI, LEDGE, RUBIK, RAYER dan TRAPEZ.
Setiap siri datang dengan saiz dan warna pelbagai, ringan, mudah dibawa dan muat untuk diletakkan dalam kereta, van atau pesawat. Bagasi jenama Universal Traveller menggunakan kualiti material ABS yang dijamin lebih ringan, fleksibel, mudah dikendalikan dan tahan calar. Bukan itu sahaja, malah setiap beg jenama Universal Traveller dilengkapi dengan sistem kunci keselamatan bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian kecurian atau barang hilang dengan mudah.
Kelebihan Universal Traveller:
- Terdapat pelbagai saiz dan warna
- Ringan dan mudah dikendalikan
- Dilengkapi sistem kunci keselamatan
- Harga mampu milik
Kekurangan Universal Traveller:
- Jenama menjadi sasaran produk tiruan
Spesifikasi Universal Traveller:
Pasaran: |
https://universaltraveller.com/my https://www.facebook.com/UniversalTravellerMalaysia/ |
---|---|
Lokasi Utama: | Mid Valley Megamall, Lot S-037 & 038, 2nd Floor, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur |
Tempoh Jaminan: | 21 hari hingga 3 tahun (mengikut jenis bagasi & beg galas) |
Harga: | Bermula serendah RM49.00 hingga RM569.00 |
The Travel Store
The Travel Store merupakan premis beg terkemuka yang terdapat di Malaysia terkenal dengan tagline ‘Setiap Perjalanan Bermula Di Sini’. The Travel Store memilki enam cawangan lain di sekitar Lembah Klang seperti di Melawati Mall, Sunway Putra Mall, The Starling Mall, Suria KLCC, Subang Square dan HQ Kepong.
Uniknya di The Travel Store, pelanggan boleh mencari pelbagai saiz bagasi dan bermacam reka bentuk beg galas dari jenama LOJEL, Hush Puppies, VERAGE, eminent dan Echolac hanya di bawah satu bumbung. Untuk mendapatkan harga yang menarik dan lebih potongan harga untuk setiap pembelian, pelanggan di galakkan untuk menjadi sebahagian daripada ahli.
Paling menarik, jika setiap item beg atau bagasi kalian rosak atau berada dalam keadaan tidak baik, pelanggan boleh terus ke kaunter khidmat pelanggan The Travel Store untuk servis baik pulih. Pelanggan The Travel Store tidak terhad berbelanja di premis jualan malah boleh membeli-belah beg kesukaan di atas talian.
Kelebihan The Travel Store:
- Ada 6 cawangan di Lembah Klang
- Jenama popular di bawah satu bumbung
- Harga ahli lebih berbaloi
- Ada khidmat baik pulih beg
Kekurangan The Travel Store::
- Kurang promosi
Spesifikasi The Travel Store:
Pasaran: |
https://thetravelstore.com.my/ https://www.facebook.com/thetravelstoremalaysia/ |
---|---|
Lokasi Utama: | The Starling Mall, G-018, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor |
Tempoh Jaminan: | Tertakluk mengikut jenis bagasi & beg galas |
Harga: | Bermula serendah RM49.80 hingga RM3,350.00 |
Delsey Paris
Delsey Paris ialah jenama bagasi dan beg dari Perancis sejak tahun 1946 yang inovatif dan bergaya. Jenama Delsey Paris berbangga dengan ciri kunci anti-kecurian dan reka bentuk tahan lama yang tidak menjejaskan estetikanya. Dek kerana itu jenama ini pernah menerima lebih 70 anugerah dan pengiktirafan di pelbagai peringkat antarabangsa.
Dengan tanda harga lebih tinggi pada model tertentu, setiap penghasilan beg dan bagasi Delsey Paris tidak perlu dipertikai kerana ia pakej datang bersama kualiti, ciri unik dan inovatif tersendiri. Kebanyakan pelanggan menyukai koleksi Chatelet kerana reka bentuk Perancis yang elegan menggabungkan ciri vintaj dengan sentuhan moden dan bergaya.
Kebanyakan beg keluaran Delsey Paris dibuat dengan 100 peratus polikarbonat ditambah sudut pelindung untuk mengurangkan warna beg cepat haus dan lusuh. Inovasi setiap beg yang dihasilkan Delsey Paris bukan sahaja ‘cantik’ semata-mata, tetapi lebih ringan dan mematuhi nilai mesra alam.
Kelebihan Delsey Paris:
- Reka bentuk premium dan bergaya
- Kukuh dan tahan lasak
- Pelbagai saiz dan bentuk
- Miliki ciri inovatif seperti kunci yang diluluskan TSA
Kekurangan Delsey Paris:
- Lokasi premis terhad di pasaran Malaysia
Spesifikasi Delsey Paris:
Pasaran: |
https://fr.delsey.com/ https://us.delsey.com/ |
---|---|
Lokasi Utama: | Mitsui Outlet Park, F50, First Floor, KLIA Sepang, Selangor |
Tempoh Jaminan: | Tidak dinyatakan |
Harga: | Bermula serendah RM283.70 sehingga RM2,793.10 |
Bagasi selalunya mempunyai ruang yang luas dan boleh mengisi banyak barang dan ruangan khusus untuk alatan mandi serta aksesori, malah boleh digunakan membawa perkakas elektrik bersama termasuk makanan kering. Ciri-cirinya yang beroda sesuai untuk mengangkut muatan berat, mempunyai pemegang dan permukaan luar yang keras menjadikannya sesuai kembara untuk jangka masa lama.
Bagasi juga lebih selamat kerana terdapat kod laluan yang menguncinya, selain terdapat dalam pelbagai saiz sesuai dengan barangan ingin dibawa. Manakala beg galas mempunyai banyak kemudahan daripada segi penyimpanan barang kecil dan mudah digalas ke mana-mana. Ia juga boleh menjadi tempat simpanan tambahan bagi barang-barang yang tidak dapat dimuatkan ke dalam bagasi utama. Selain itu, beg kecil ini mempunyai ruang yang selamat untuk melindungi komputer riba anda sekiranya dibawa kembara, ditambah dengan poket yang banyak untuk menyimpan kabel, peralatan, botol air dan makanan ringan. Malah, ia juga boleh dibawa masuk ke tempat duduk dalam penerbangan.
Idea yang baik adalah melakukan penyelidikan dan membaca ulasan pengguna lain terlebih dahulu sebelum anda sebelum membuat keputusan untuk membeli beg idaman untuk travel. Ini penting agar anda berpuas hati memiliki beg galas atau bagasi berkualiti tinggi dan tidak mudah rosak yang memenuhi keperluan anda.