Dah Ready Nak Upgrade Kereta? Ini 5 Pilihan Menarik Ada di Malaysia 2024

Kereta dan motosikal


Dalam pasaran kereta Malaysia, terdapat pelbagai pilihan untuk memenuhi gaya hidup yang berbeza. Untuk mereka yang mencari kereta baru terkini, SUV atau kenderaan elektrik (EV) mungkin menjadi pilihan yang menarik. Dengan teknologi terkini, reka bentuk yang futuristik dan ciri-ciri moden, kereta-kereta baru tidak hanya menawarkan kelajuan dan kuasa, tetapi juga mesra alam.

Pilihan yang berbeza mengikut bajet yang berbeza membolehkan setiap individu memilih kereta yang sesuai dengan keperluan mereka sendiri. Bagi mereka yang memerlukan kereta untuk keluarga, SUV menyediakan ruang yang mencukupi dan keselesaan untuk semua penumpang. Kerajaan juga memberikan insentif khas untuk meningkatkan penggunaan kereta elektrik, termasuk pelepasan cukai import dan cukai ekais yang penuh sehingga akhir tahun 2025. Dengan kedatangan kereta baru yang dijangka tidak lama lagi, ujian pandu juga menjadi penting untuk memastikan kereta tersebut memenuhi jangkaan anda.

Proton S70

Proton S70
Siapa yang tak kenal dengan jenama Proton. Sebuah jenama tempatan yang masih relevan dan kekal bersaing setanding dengan jenama-jenama luar. Kebelakangan ini, Proton telah menunjukkan perubahan yang positif dengan mengeluarkan model-model dengan reka bentuk yang sangat kompetitif. Sensasi terbaru dari Proton ialah model S70. Sebuah model sedan yang dengan kapasiti 4 orang yang mampu mencuri perhatian jika diletakkan sebaris dengan jenama-jenama luar di segmen C.

Dilancarkan pada November 2023, model ini adalah pengganti kepada Proton Preve. Ia dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini, enjin turbo 1.5L dan transmisi 7-kelajuan DCT. Rekaan dalaman Proton S70 ini pula sangat eksklusif dan premium dengan penggunaan tekstur kulit pada beberapa bahagian seperti tempat duduk, sesuai dengan permintaan terkini di pasaran Malaysia.

Turut dilengkapi dengan paparan skrin infotainmen termasuk digital instrumen kluster pada dashboard serta stereng yang lengkap dengan butang kawalan pelbagai fungsi. Canggih juga ya teknologi pada Proton S70 ini. Bagi menonjolkan lagi ciri-ciri moden dan terkini, headlamp dan daytime running lamp pada kereta ini dilengkapi dengan lampu LED putih. Sangat bergaya lagi-lagi apabila dipandu pada waktu malam.
Terdapat 7 pilihan warna untuk anda melalui empat varian yang ditawarkan. Terdapat sunroof juga tetapi hanya untuk varian 1.5T Flagship X sahaja. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh berkunjung ke showroom Proton yang berdekatan.

Kelebihan Proton S70:

  • Jenama tempatan
  • Bentuk yang menarik
  • Lampu LED
  • Enjin Turbo 1.5 L
  • Transmisi 7-kelajuan DCT

Kekurangan Proton S70:

  • Penggunaan minyak yang sangat kuat
  • Persaingan dengan jenama-jenama luar yang sengit

Spesifikasi Proton S70:

Enjin 1.5L
Varian: 4 Varian – 1.5T Executive, 1.5T Premium, 1.5T Flagship, 1.5T Flagship T.
Warna: Snow White, Armour Silver, Space Grey, Passion Red, Marine Blue, Teal Bayou Green, Quartz Black
Harga: Bermula RM 73,800

Hyundai Tucson

Hyundai Tucson
Jika anda peminat SUV, pastinya Hyundai Tucson ini sesuai dengan keperluan anda. Ditawarkan dalam enjin petrol di Malaysia, SUV dari Hyundai ini mempunyai keseluruhan empat varian. Model ini mempunyai keluasan yang selesa untuk 5 penumpang termasuk pemandu dengan panjang 4480 mm dan lebar 1850 mm. Kapasiti enjin bagi model ini adalah 1.6L dan 2.0L dengan transmisi automatik dan dual clutch bergantung kepada varian.

Terdapat tiga varian pada model suv ini iaitu 2.0 lite (automatik), 1.6T Plus (Dual Clutch), 1.6T Max (Dual Clutch) dengan harga bermula RM 158,888.00. Dari segi keselamatan, kereta ini menampilkan kawalan keselamatan yang tinggi. Ia dilengkapi dengan ABS, Vehicle Stability Control System, Crash Sensor, airbag, lane departure warning, ISOfix dan pelbagai lagi. Mod pemanduan pula terbahagi kepada empat iaitu Eco, Normal, Sport dan Smart.

Dan untuk infotainmen pula, model SUV dilengkapi dengan skrin sesentuh dengan saiz 8 inci untuk kedua-dua Apple Carplay dan Android Auto yang boleh dikawal dengan kawalan suara. SUV ini didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu Black, White Pearl, Gray, Red Pearl dan Bronze. Reka bentuk SUV ini sangat menekankan bentuk moden yang lain daripada tipikal sebuah SUV lama, ditambah pula dengan tambahan lampu LED pada headlamp dan juga taillight. Untuk peminat SUV diluar sana, apa kata jika anda beralih pada jenama Hyundai pula, pasti sangat berbaloi.

Kelebihan Hyundai Tucson:

  • Kapasiti 5 Penumpang
  • Kawalan keselamatan yang tinggi
  • Infotainmen untuk kedua-dua Apple Carplay dan Android Auto
  • Empat mod pemanduan
  • Lima warna pilihan

Kekurangan Hyundai Tucson:

  • Jenama yang kurang kelihatan di jalan raya
  • Harga yang sangat tinggi untuk varian permulaan

Spesifikasi Hyundai Tucson:

Kapasiti Enjin 1.5L dan 2.0L
Varian: 3 Varian – 2.0 lite (automatik), 1.6T Plus (Dual Clutch), 1.6T Max (Dual Clutch)
Warna: Black, White Pearl, Gray, Red Pearl dan Bronze
Harga: Bermula RM 158,888.00

Smart #1

Smart #1
Nampaknya penggunaan kereta elektrik atau dikenali sebagai EV akan terus rancak dengan kehadiran model-model baharu dengan reka bentuk yang sangat menarik dan futuristik. Smart #1 adalah salah satu kenderaan EV yang baru dilancarkan dan dijangka akan mula memenuhi jalan raya pada tahun 2024. Model ini ialah sebuah kenderaan EV kompak yang dijual menerusi syarikat Pro-Net, sebuah syarikat subsidiari Proton. Nama Smart berasal daripada “Swatch Mercedes ART”.

Model ini didatangkan dengan 3 varian iaitu Pro Single-Motor, Premium Single-Motor dan Brabus Dual-Motor. Dengan harga bermula dengan RM 189,000.00, pastinya ia adalah sebuah pembelian yang berbaloi untuk penggunaan jangka masa panjang. Dengan panjang 4,270 mm, lebar 1,822 mm dan ketinggian 1.636 mm, ia sebenarnya agak luas walaupun kelihatan kompak.

Dari segi luaran pula, bentuk lengkung di sekelilingnya menampakkan lagi imej dan model ini sebagai sebuah kenderaan EV, sama dengan model-model daripada jenama-jenama lain. Ciri-ciri lain pada luarannya yang menarik ialah lampu depan CyberSparks LED+Matrix dan gril hadapan yang bercahaya. Dari segi dalamannya pula, model ini menampilkan penggunaan warna yang terang, sangat minimalis tetapi tetap menonjolkan sisi-sisi moden dan futuristik. Buat anda yang terfikir untuk bertukar kepada kenderaan EV, Smart #1 ini adalah pilihan yang sangat baik.

Kelebihan Smart #1:

  • Luas walaupun mempunyai bentuk yang kompak
  • Reka bentuk yang moden dan futuristik
  • Reka bentuk dalaman yang minimalis tetapi moden
  • Berbaloi untuk penggunaan jangka masa panjang

Kekurangan Smart #1:

  • Penggunaan kendaraan EV masih rendah di Malaysia
  • Kurang sesuai untuk perjalanan jauh
  • Harga agak tinggi untuk varian yang paling rendah

Spesifikasi Smart #1:

Kapasiti Enjin Kenderaan Elektrik
Varian: 3 Varian – Pro Single-Motor, Premium Single-Motor dan Brabus Dual-Motor.
Warna: Radiant Red, Eclipse Black, Radiant Red, Cyber Silver, Atom Grey – Matte.
Harga: Bermula RM 189,000.00

Volvo EX90

Volvo EX90
Bakal dilancarkan pada bulan Februari ini, Volvo EX90 adalah sebuah SUV 7 tempat duduk dengan perjalanan yang boleh menjangkau sejauh 482 KM untuk satu caj penuh. Diinspirasikan daripada bentuk model CX90, model ini adalah penambahbaikan supaya kelihatan lebih bergaya tetapi masih mengekalkan elemen-elemen lama seperti lampu LED ERL serta lampu belakang LED yang diberikan sentuhan baru.

Dengan 496 kuasa kuda, model ini mampu memecut dari 0 ke 100km sejam dalam masa 4.7 saat sahaja. Terdapat tiga varian yang ditawarkan iaitu Core, Plus dan Ultimate. Selain itu, model ini juga turut dilengkapi dengan On Board Charger atau pengecas bateri yang berkuasa 111kWh dan rekaan sistem bateri ini membolehkan EX90 mengecaj peralatan lain atau mengecaj kereta elektrik lain jika bekalan kuasa elektrik di rumah terputus.

Dari segi rekaan dalaman, dashboard EX90 mempunyai ciri-ciri minimalis dengan skrin besar 14.5 inci yang digunakan untuk mengawal ciri multimedia dan pelbagai ciri lain. Sistem multimedia ini menggunakan aplikasi berasaskan Google yang mampu mengira baki bateri dan jarak perjalanan. Selain itu, sambungan Apple Carplay dan Android Auto turut disediakan dan yang paling menarik teknologi Dolby Atmos iaitu salah satu pembesar suara yang terkenal turut ditanam di dalam perehat kepala.

Kelebihan Volvo EX90:

  • 7 tempat duduk
  • Reka bentuk yang moden dan futuristik
  • Reka bentuk dalaman yang minimalis tetapi moden
  • On board charger berkuasa besar
  • Sambungan Apple Carplay dan Android Auto
  • Pembesar suara Dolby Atmos

Kekurangan Volvo EX90:

  • Penggunaan kenderaan EV masih rendah di Malaysia
  • Kurang sesuai untuk perjalanan jauh
  • Harga agak tinggi walaupun belum dilancarkan

Spesifikasi Volvo EX90:

Kapasiti Enjin Kenderaan Elektrik
Varian: 3 Varian – Core, Plus dan Ultimate
Warna: Onyx Black, Platinum Grey, Vapour Grey, Silver Dawn, Crystal White, Sand Dune, and Denim Blue
Harga: Belum dilancarkan

Mazda CX-60

Mazda CX-60
Mazda CX-60 adalah sebuah SUV hybrid 5 tempat duduk menggunakan petrol yang bakal dilancarkan pada bulan Februari. Dengan transmisi automatik, enjin Mazda CX-60 ini mempunyai enjin berkapasiti 3.3L. Dengan panjang 4500 mm, lebar 1480 mm dan tinggi 1675 mm, SUV ini agak luas. Menonjolkan sisi minimalis, model ini mempunyai fabrik berkualiti tinggi termasuk menggunakan kulit Nappa, rekaan kayu maple, tekstur fabrik jepun serta kemasan krom yang menunjukkan ciri mewah.

Dari segi dalaman pula, ia mempunyai skrin infotainmen 12.3 inci, tuil gear elektronik kecil serta penggunaan kulit berwarna gelap yang sangat premium serta pengecas telefon tanpa wayar. Dari segi keselamatan, model ini turut mempunyai ABS, brake assist, crash sensor, airbag dan anti-theft device. Terdapat beberapa pilihan warna seperti Deep Crystal Blue, Rhodium White, Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Jet Black, Machine Grey dan Rhodium White. Model ini didatangkan dengan dua varian iaitu Elite dan Kuro.

Kelebihan Mazda CX-60:

  • 5 tempat duduk
  • Fabrik berkualiti tinggi
  • Sistem keselamatan tinggi
  • Pilihan warna yang menarik
  • Enjin berkapasiti 3.3L

Kekurangan Mazda CX-60:

  • Harga agak tinggi walaupun belum dilancarkan

Spesifikasi Mazda CX-60:

Kapasiti Enjin 3.3 L
Varian: 2 Varian – Elite dan Kuro
Warna: Deep Crystal Blue, Rhodium White, Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Jet Black, Machine Grey dan Rhodium White.
Harga: Belum dilancarkan

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam dunia automotif, banyak pengeluar kereta-kereta import dan tempatan mengeluarkan model-model kereta mengikut kelas dan segmen masing-masing. Boleh dikatakan hampir setiap bulan, pasti ada model-model baharu yang dilancarkan. Jika anda mempunyai keperluan menukar kereta baharu, tahun 2024 adalah waktunya. Untuk keluarga yang besar, SUV boleh menjadi pilihan utama anda. Dan untuk kegunaan jangka masa panjang, anda juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli kenderaan elektrik yang semakin hari semakin mendapat tempat.

Sebaiknya anda membuat pertimbangan dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan yang ada pada model kereta sebelum membuat keputusan untuk membeli. Utamakan keselamatan dahulu sebelum melihat aspek-aspek lain seperti rekabentuk, kapasiti enjin dan sebagainya.



Related posts