Masak Dengan Style: 5 Pilihan Terbaik ‘Cast Iron’ Di Malaysia Untuk Anda

Masak Dengan Style: 5 Pilihan Terbaik ‘Cast Iron’ Di Malaysia Untuk Anda
Peralatan rumah


Cast Iron atau besi aloi ini adalah logam besi dengan campuran karbon menjadikannya lebih kukuh, tahan karat, dan tidak mudah rapuh. Jika mahu dinamakan satu jenis alatan memasak yang boleh lakukan apa sahaja, jawapannya adalah cast iron!

Alatan ini sesuai untuk gorengan biasa di dapur memasak sehingalah untuk dimasukkan ke dalam ketuhar dengan suhu yang sangat panas.

Sesetengah masakan lebih sesuai dimasak menggunakan cast iron berbanding kuali atau periuk biasa kerana ia mampu menahan suhu yang tetap untuk menggoreng dan sebagainya. Lebih penting lagi, memasak menggunakan cast iron dikatakan lebih selamat berbanding kuali jenis non stick dan sebagainya kerana sesetengah alatan seperti itu mengeluarkan bahan kimia yang tidak bagus untuk kesihatan. Untuk yang baru ingin berjinak-jinak dengan cast iron, jom lihat pilihan di bawah ini.

Grater Cast Iron Set of 3 Pre-Seasoned Cast Iron Skillets Frying Pans

Grater Cast Iron Set of 3 Pre-Seasoned Cast Iron Skillets Frying Pans
Set ini direka dengan reka bentuk klasik dan menawarkan pelbagai fungsi yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis masakan dan resipi. Menariknya, set ini mempunyai kuasa membakar yang tiada tandingan kerana kehebatannya dalam mengendalikan tenaga haba walau dengan suhu yang tinggi. Sebagai alat memasak semua-dalam-1, produk ini boleh digunakan untuk membakar stik, membakar pai atau memanggang sayur-sayuran dan disiapkan di dalam ketuhar. Set kuali cast iron ini bebas daripada PTFE (polytetrafluoroethylene).

Kelebihan Grater Cast Iron Set of 3 Pre-Seasoned Cast Iron Skillets Frying Pans:

  • Bebas PTFE
  • Didatangkan dengan 3 produk bentuk berbeza
  • Saiz yang sesuai untuk masakan dan kegunaan harian
  • Tidak terlalu berat

Kekurangan Grater Cast Iron Set of 3 Pre-Seasoned Cast Iron Skillets Frying Pans:

  • Tiada pilihan warna

Spesifikasi Grater Cast Iron Set of 3 Pre-Seasoned Cast Iron Skillets Frying Pans:

Berat: 3.67KG untuk 3 produk
Kapasiti: 16cm – 0.4L/ 20cm – 0.8L/ 26cm-1.5L
Harga: RM 169

Le Creuset Round French Oven

Le Creuset Round French Oven
Jenama popular ini sememangnya terkenal di serata dunia dengan pelbagai pilihan alatan memasak dan warna yang ceria. Sama seperti produk lainnya, Le Creuset Round French Oven juga didatangkan dengan pilihan warna-warna menarik, tidak seperti kebanyakkan produk cast iron yang lain. Ia mampu meningkatkan proses memasak dengan mengagihkan haba secara sama rata dan mengunci jumlah kelembapan yang optimum. Dengan pemegang ergonomik dan enamel dalaman termaju yang tahan lasak dan pembersihan dengan mudah, alatan ini menggabungkan inovasi terkini dalam keselesaan dan fungsi.

Kelebihan Le Creuset Round French Oven:

  • Pelbagai pilihan saiz dan warna
  • Sesuai untuk masakan bersup atau berkuah dan membakar
  • Saiz yang sesuai untuk masakan dan kegunaan harian
  • Tidak terlalu berat

Kekurangan Le Creuset Round French Oven:

  • Harga sangat mahal

Spesifikasi Le Creuset Round French Oven:

Berat: Bermula 1.kg – 5.15kg
Kapasiti: 14cm – 0.9L hingga 26cm – 5.3L
Harga: Sehingga RM 2,880 mengikut saiz

La Gourmet Nitrigan 36 x 10cm Cast Iron Wok with Induction

La Gourmet Nitrigan 36 x 10cm Cast Iron Wok with Induction
La gourmet menggunakan Teknologi Cast Cast Revolutionary Press yang terkini menjadikan kuali cast iron mereka 30% lebih ringan daripada biasa. Ia juga menggunakan Teknologi Special Nitriding dalam pembuatannya. Produk ini adalah bebas plumbum dan cadmium dan diuji oleh SGS Laboratories untuk memastikan kualitinya berada di tahap terbaik.

Kelebihan La Gourmet Nitrigan 36 x 10cm Cast Iron Wok with Induction:

  • Bebas plumbum & kadmium
  • Diuji oleh SGS Laboratories
  • 100% masakan selamat, bersih, sihat dan berkhasiat
  • Menggunakan Teknologi Cast Cast Revolutionary Press agar ianya lebih ringan
  • Tahan karat yang tinggi

Kekurangan La Gourmet Nitrigan 36 x 10cm Cast Iron Wok with Induction:

  • Tidak sesuai untuk membakar kek kerana bentuk wok

Spesifikasi La Gourmet Nitrigan 36 x 10cm Cast Iron Wok with Induction:

Berat: 2.26kg
Kapasiti: 36cm – 6L
Harga: RM 399- RM 499

Lodge Cast Iron Combo Cooker (3.2qt/2.84L) – LCC3

Lodge Cast Iron Combo Cooker (3.2qt/2.84L) - LCC3
Lain daripada yang lain, cast iron keluaran Lodge ini sudah di pre-seasoned sebelum anda membuka kotaknya. Ha, mudah betul kerja anda tau! Umum mengetahui kuali cast iron perlu di pre-seasoned sebelum menggunakannya, dan bagi sesetengah yang tidak mahir, langkah ini mungkin merenyahkan. Namun cast iron keluaran Lodge telah siap pre-seasoned dengan 100% minyak sayuran. Kuali ini didatangkan dengan 2 jenis berlainan saiz, kombo terbaik untuk anda yang baru ingin berjinak-jinak dengan cast iron.

Kelebihan Lodge Cast Iron Combo Cooker (3.2qt/2.84L) – LCC3:

  • Sudah di pre-seasoned dengan 100% minyak sayuran asli
  • Pengekalan haba yang tiada tandingan dan juga pemanasan
  • Gunakan di dalam ketuhar, di atas dapur, di atas panggangan, atau di atas api unggun
  • Gunakan untuk membakar, menumis, membakar, memanggang, memerah, menggoreng atau memanggang
  • Sesuai untuk tempat memasak induksi

Kekurangan Lodge Cast Iron Combo Cooker (3.2qt/2.84L) – LCC3:

  • Agak berat

Spesifikasi Lodge Cast Iron Combo Cooker (3.2qt/2.84L) – LCC3:

Berat: 5.8kg
Kapasiti: 42cm
Harga: RM 555 – RM 585

ZWILLING DRAGON 5L Round, Tall Cocotte

ZWILLING DRAGON 5L Round, Tall Cocotte
Periuk cast iron keluaran Zwilling Dragon ini bersaiz 5 liter dan sangat sesuai untuk anda yang mahu memasak dengan kuantiti yang besar. Ketinggian periuk ini juga direka khas agar mengurangkan risiko percikan semasa menggoreng atau membakar. Ia didatangkan dengan penutup yang berat dan ketat bertujuan untuk mengekalkan kelembapan sekata pada makanan dan membantu masakan dimasak dengan sempurna. Menarik lagi, ia didatangkan dengan pelbagai pilihan warna menarik untuk dipilih.

Kelebihan ZWILLING DRAGON 5L Round, Tall Cocotte:

  • Saiz yang besar sesuai untuk masakan yang banyak
  • Pelbagai pilihan warna menarik
  • Pengekalan dan peredaran haba terbaik
  • Bahagian bawah enamel licin berfungsi pada semua dapur, termasuk aruhan
  • Berat berat, penutup yang ketat mengekalkan kelembapan

Kekurangan ZWILLING DRAGON 5L Round, Tall Cocotte:

  • Agak berat

Spesifikasi ZWILLING DRAGON 5L Round, Tall Cocotte:

Berat: 5.1kg
Kapasiti: 30cm- 5L
Harga: RM 707++

Antara kesilapan yang perlu dielakkan semasa memasak dengan alatan cast iron adalah elakkan meletakkan makanan sejuk pada kuali sebelum ia benar-benar panas kerana ia akan membuatkan makanan anda melekat pada kuali. Anda perlu menggunakan sedikit minyak atau mentega untuk mengurangkan makanan daripada melekat pada kuali. Elakkan terus menggerakkan makanan pada kuali, sebaliknya biarkan ia sedikit garing barulah anda terbalikkan makanan.

Penyimpanan yang betul juga amat penting agar cast iron anda tidak berkarat dan tahan lebih lama. Selepas mencucinya, panaskan di atas api sebentar sehingga ia benar-benar kering, kemudian salutkan dengan lapisan nipis minyak di bahagian dalam dan luar sebelum menyimpannya.



Related posts