Dengan Bajet di Bawah RM 4000, Ini 5 Telefon Pintar ‘Latest’ 2024 Anda Boleh Miliki
Malaysia kini menjadi destinasi utama untuk peranti telefon pintar terkini, di mana peminat teknologi sentiasa mencari yang terbaik di pasaran. Termasuk anda yang sedang membaca ini kan? Dalam artikel ini, anda akan menemui sendiri pilihan terkini telefon pintar di bawah bajet RM4000. Adakah anda mencari fungsi kamera yang terbaik, perisian terbaik untuk gaming, atau sesuai untuk kegunaan harian anda? Senarai ini pasti akan membantu anda membuat pilihan yang tepat!
HUAWEI Pura 70 (bermula dari RM3,699)
Jenama Huawei kini sudah setanding jenama-jenama OG yang telah lama berada di pasaran. Keluaran terbaru Huawei ini mengetengahkan fungsi kamera utama 50-megapixel bersaiz 1 inci bersama lensa sudut lebar 40 megapixel dan lensa telephoto. Siri HUAWEI Pura 70 menampilkan paparan HUAWEI X-True, memberikan warna yang terang dan jelas dengan setiap model menawarkan reka bentuk skrin yang unik. Ia juga dilengkapi dengan Li-Po 4900 mAh dengan ketebalan peranti 8 mm, seberat 207g, dan menggunakan HarmonyOS 4.2.
Kelebihan HUAWEI Pura 70:
- Menyokong Huawei SuperCharge 100W di mana tempoh pengecasan penuh dalam waktu singkat
- Dilengkapi paparan OLED LTPO 120Hz
- Menawarkan skrin dengan kecerahan sehingga 2500 nits dengan HDR Vivid dan Zreal
- Ketahanan 20 kali lebih lasak
- Crystal Armor Kunlun untuk tahan calar
Kekurangan HUAWEI Pura 70:
- Tidak berhubungan dengan Google, namun pengguna boleh memuat turun aplikasi menggunakan AppGallery
Spesifikasi HUAWEI Pura 70:
Chipset: | Kirin 9010 (7 nm) |
---|---|
Storage: | 256GB 12GB RAM, 512GB 12GB RAM, 1TB 12GB RAM |
OS: | HarmonyOS 4.2 |
Kamera utama: | Triple: 50 MP, f/1.4-4.0, 25mm (wide), 1/1.3″, PDAF, Laser AF, OIS + 12 MP, f/3.4, 125mm (periscope telephoto), PDAF, OIS, 5x optical zoom + 13 MP, f/2.2, 13mm (ultrawide) |
Bateri: | Jenis Li-Po 4900 mAh, non-removable battery 66W wired 50W wireless 7.5W reverse wireless 5W reverse wired |
Berat: | 207g |
Warna : | Black, White, Blue, Rose Red |
Harga: | bermula dari RM3,699 |
One Plus 12R (bermula dari RM3,199)
Telefon ini menampilkan Snapdragon 8 Gen 2 yang merupakan flagship pada tahun lepas, namun masih menawarkan prestasi terbaik untuk telefon pada tahun ini. Ini juga merupakan model OnePlus R pertama yang dilancar untuk pasaran Malaysia kerana model-model sebelum ini dikhususkan untuk pasaran India. One Plus 12R juga hanya ditawarkan dalam satu sahaja varian memori untuk pasaran Malaysia iaitu RAM 16GB dan storan dalaman 256GB.
Kelebihan One Plus 12R:
- Skrin AMOLED LTPO4 6.78 inci, resolusi 1264,2780, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 4,500 nits, menyokong HDR10+ dan Dolby Vision, dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2
- Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2
- RAM 16GB
- Storan dalaman UFS 3.1 256GB
- Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
- Kamera swafoto 16MP
- Bateri 5,500mAh
- Pengecasan pantas 100W SUPERVOOC
- Sistem operasi Android 14 dengan OxygenOS 14
- Pembesar suara stereo
- Pengimbas cap jari optikal dalam skrin
Kekurangan One Plus 12R:
- Hanya tiga kemas kini perisian utama
Spesifikasi One Plus 12R:
Chipset: | Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm) |
---|---|
Storage: | 16GB RAM, 256GB ROM |
OS: | Android 14, OxygenOS 14 |
Kamera utama: | Triple: 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF, Laser AF, OIS + 8 MP, f/2.2, 16mm, 112˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro) |
Bateri: | 5500 mAh, non-removable battery 100W wired, 1-100% in 26 min (advertised) |
Berat: | 207g |
Warna : | Cool Blue, Iron Gray |
Harga: | bermula dari RM 3,199 |
Realme 12 Pro+ (bermula dari RM1799)
Realme 12 pro+ telah dilancarkan di Malaysia pada 29 Februari lepas dan sehingga kini ia berjaya diterima baik oleh pelanggan. Antara tarikan utamanya adalah ciri kamera utama yang dilengkapi dengan kamera periskop. Lensa periskop meningkatkan keupayaan zum seperti yang dilihat dalam Samsung S24 Ultra yang menyediakan zum optik sehingga 10X, membolehkan pengguna menangkap subjek jauh dengan kejelasan dan kualiti imej gred profesional. Realme meletakkan model ini di samping pesaing utama seperti iPhone 15 Pro dan Xiaomi 13 Ultra, memenuhi gaya telefon pintar jarak pertengahan yang memfokuskan pada kiraan megapiksel.
Kelebihan Realme 12 Pro+:
- Keupayaan kamera yang sangat baik
- Prestasi permainan yang lancar
- Nilai yang baik untuk telefon pintar jarak pertengahan
Kekurangan Realme 12 Pro+:
- Kekurangan pengecasan tanpa wayar
Spesifikasi Realme 12 Pro+:
Chipset: | Qualcomm SM7435-AB Snapdragon 7s Gen 2 (4 nm) |
---|---|
Storage: | 16GB RAM, 256GB ROM |
OS: | Android 14, Realme UI 5.0 |
Kamera utama: | 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.56″, 1.0µm, multi-directional PDAF, OIS 64 MP, f/2.8, 71mm, (periscope telephoto), 1/2.0″, 0.7µm, PDAF, OIS, 3x optical zoom 8 MP, f/2.2, 16mm, 112˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm |
Bateri: | 5000 mAh, non-removable |
Berat: | 196g |
Warna : | Submarine Blue, Navigator Beige, Explorer Red |
Harga: | bermula dari RM 1,799 |
Samsung Galaxy S24 (bermula dari RM3,799)
Perasan tak, sekarang ni teknologi AI semakin meluas digunakan dalam kalangan kita. Teknologi AI ini juga mula diserap dalam pelbagai bidang pekerjaan malah ia juga membantu memudahkan hal-hal harian anda. Samsung boleh dikatakan yang pertama melancarkan siri terkini Galaxy yang dikuasakan oleh fungsi AI pada peranti tersebut. Antaranya, fungsi ‘live translate’ yang akan melakukan terjemahan bahasa secara langsung ketika membuat panggilan. Galaxy 24 juga mempunyai ‘chat assist’ yang menyediakan terjemahan mesej masuk secara langsung dalam masa yang betul dalam pelbagai bahasa dan membantu anda merangka mesej, juga menaip emel dengan betul.
Kelebihan Samsung Galaxy S24:
- Dilengkapi teknologi AI
- Jenama terkenal
- Storan besar yang mencukupi
- Prestasi terbaik dengan RAM 8GB
- Pilihan warna pelbagai
Kekurangan Samsung Galaxy S24:
- Reka bentuk agak biasa dan basic
Spesifikasi Samsung Galaxy S24:
Chipset: | Qualcomm SM8650-AC Snapdragon 8 Gen 3 (4 nm) – USA/Canada/China |
---|---|
Storage: | 128GB 8GB RAM, 256GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM, 512GB 8GB RAM |
OS: | Android 14, One UI 6.1 |
Kamera utama: | 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.56″, 1.0µm, dual pixel PDAF, OIS 10 MP, f/2.4, 67mm (telephoto), 1/3.94″, 1.0µm, PDAF, OIS, 3x optical zoom 12 MP, f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide), 1/2.55″ 1.4µm, Super Steady video |
Bateri: | Li-Ion 4000 mAh, non-removable |
Berat: | 168g |
Warna : | Onyx Black, Marble Grey, Cobalt Violet, Amber Yellow, Jade Green, Sandstone Orange, Sapphire Blue |
Harga: | bermula dari RM 3,799 |
Vivo V30 (bermula dari RM 1,999)
Kejohanan Euro 2024 sedang berlangsung dengan penuh bergaya! Vivo bekerjasama dengan UEFA menjadikan siri V30 sebagai telefon pintar rasmi Euro 2024. vivo V30 5G menampilkan kamera selfie kumpulan AF 50MP yang canggih, Aura Light 3.0 yang mengangkat potret anda ke tahap yang lebih tinggi dengan mengekstrak warna dari setiap foto. Algoritma canggih meneroka palet warna, menangkap suasana dan mencipta perpaduan warna yang sempurna secara bijak. Dengan Dual Color Temperature, kamera selfie 50MP AF membolehkan anda dengan mudah mengambil gambar landskap luas yang jelas dan tajam bersama keluarga dan rakan. Bateri 5000mAh, 80W FlashCharge, RAM Diperluaskan 12GB + 12GB, bermula dari RM1999, membolehkan anda dengan mudah membuat video vlog atau menikmati permainan. Tersedia dalam 2 warna – aquamarine dan bloom white untuk dipilih!
Kelebihan Vivo V30:
- Reka bentuk yang ramping (tebal 7.5mm dan berat 186 gram).
- Kamera yang berkemampuan, kamera utama 50MP f1.88, bersama dengan kamera ultra-lebar 50MP).
- Lampu Aura yang berguna.
- Paparan yang menarik.
- Mod Filem Mikro (membolehkan anda merekod klip video kecil dengan kesan, sesuai untuk berkongsi di platform sosial).
Kekurangan Vivo V30:
- Tiada slot kad microSD.
Spesifikasi Vivo V30:
Chipset: | Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 (4 nm) |
---|---|
Storage: | 256GB, 12GB RAM |
OS: | Android 14, Funtouch 14 |
Kamera utama: | Triple: 50 MP, f/1.9, 23mm (wide), 1/1.55″, 1.0µm, PDAF, OIS + 50 MP, f/2.0, 15mm, 119˚ (ultrawide), 1/2.76″, 0.64µm, AF + 2 MP, f/2.4 (market/region dependent) |
Bateri: | Li-Ion 5000 mAh, non-removable battery, 80W wired, PD, 100% in 48 min (advertised), Reverse wired |
Berat: | 186 g |
Warna : | Aquamarine, Bloom White |
Harga: | bermula dari RM 1,999 |
Sebelum anda membuat keputusan membeli, pastikan anda kaji terlebih dahulu spesifikasi setiap telefon pintar idaman. Hal ini kerana, teknologi yang ada pada peranti pintar sangat cepat berubah dan anda tidak mahu dikategorikan sebagai ketinggalan zaman.
Bandingkan dari segi prestasi, jenis skrin yang digunakan, jenis kamera yang disertakan, juga kadar jangka hayat baterinya. Ini adalah antara aspek penting perlu diambil kira sebelum membeli agar anda dapat manfaat teknologi tersebut.