5 Gel Mandian Haruman Eksklusif untuk Badan Segar dan Kulit yang Lebih Sihat
Kalau nak badan kekal berbau segar dan wangi sepanjang hari, pakai perfume sahaja tidak mencukupi. Langkah pertama adalah membersihkan diri atau mandi dengan gel mandian haruman pilihan anda.
Gel mandian bukan sahaja berfungsi untuk membersihkan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman mandian yang menyegarkan dengan pelbagai pilihan haruman yang menenangkan. Pemilihan gel mandian yang betul boleh membantu mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari sambil memastikan kulit kekal lembap dan sihat.
Di bawah ini, kami kongsikan lima pilihan gel mandian dengan haruman eksklusif yang direka untuk memberikan kesegaran dan kelembapan berpanjangan.
Aera Moisturising Calendula Body Wash (Bergamot & Patchouli Scent)
Produk ini merupakan salah satu produk mandian mewah yang mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti Calendula, yang terkenal dengan sifatnya menenangkan dan melembapkan. Aera Moisturising Calendula Body Wash dihasilkan untuk memberi keselesaan kulit sambil memberikan aroma yang menenangkan dari bergamot dan patchouli. Menariknya, kandungan semulajadi yang ada pada mandian ini dikatakan mampu membantu masalah jerawat pada badan, kulit kusam serta kulit yang terlalu kering. Ia mempunya perlindungan anti-penuaan dengan Asid Askorbik (Vitamin C) yang bertindak melindungi kulit daripada kerosakan dan menggalakkan penghasilan kolagen, menggalakkan kulit yang muda dan berseri.
Kelebihan Aera Moisturising Calendula Body Wash (Bergamot & Patchouli Scent):
- Melembapkan kulit dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif atau mudah kering.
- Aroma bergamot dan patchouli yang menenangkan
- Bahan semulajadi yang lebih selamat untuk digunakan pada kulit yang sensitif
- Formulasi lembut sesuai untuk semua jenis kulit
- Mengandungi AHA,BHA, PHA
Kekurangan Aera Moisturising Calendula Body Wash (Bergamot & Patchouli Scent):
- Produk mungkin tidak mudah didapati di semua kedai fizikal atau memerlukan pembelian dalam talian, yang mungkin menambah kos penghantaran
Info Aera Moisturising Calendula Body Wash (Bergamot & Patchouli Scent):
Negara pengeluar: | Malaysia |
---|---|
Saiz: | 480ml |
Kandungan: | Aqua, SLES, Ammonium Lauryl Sulfate, Kondensat Gula Poliamino, Disodium Cocoamphodiacetate, Ekstrak Bunga Bellis Perennis (Daisy), Ekstrak Bunga Calendula Officinalis, Ekstrak Buah Prunus Persica (Peach), Glycyrrhiza Glabra (Likuoris) Ekstrak Akar Panthenol, Asid Hidrolik Asid, Gluconolactone, Asid Laktik, Asid Salisilik, Natrium Klorida, Disodium Edta, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, Pewangi |
Harga: | RM 39 |
CLEF Tea Core Oolong Tea & Rose
CLEF Tea Core Oolong Tea & Rose adalah produk mandian yang menggabungkan kebaikan teh Oolong dan mawar. Produk ini didatangkan dengan formula semulajadi yang menjanjikan kesegaran dan penjagaan kulit yang lebih sihat. Kalau nak tahu, Teh Oolong ni terkenal dengan kandungan antioksidannya yang tinggi, yang membantu melawan radikal bebas dan melindungi kulit dari penuaan pramatang. Ini membantu memperbaiki tekstur kulit dan menjadikannya lebih cerah dan berseri. Gabungan teh oolong dan mawar membantu mengekalkan kelembapan kulit, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Hasilnya, kulit akan terasa lebih segar dan tidak kering selepas mandi.
Kelebihan CLEF Tea Core Oolong Tea & Rose:
- Antioksidan
- Membersih dengan lembut
- Menyegarkan dan melembabkan kulit
- Bauan kekal lama pada kulit
Kekurangan CLEF Tea Core Oolong Tea & Rose:
- Bagi sesetengah pengguna, kesan kelembapan dan penjagaan kulit mungkin hanya ketara untuk jangka masa pendek, dan penggunaan berterusan diperlukan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Info CLEF Tea Core Oolong Tea & Rose:
Negara pengeluar: | China |
---|---|
Saiz: | 500ml |
Kandungan: | Air, Sodium Laureth Sulfate, Sodium Lauryl Sulfate, Acrylates Copolymer, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Cocamidopropyl Betaine, Natrium C1416 Olefin Sulfonate, Pewangi, Saccharomyces/Xylinum/Tapaian Teh Hitam, Serbuk Daun Camellia Sinensis, Serbuk Daun Camellia Sinensis, Tremellose Tremella Fuciformis) , Serine, Glisin, Asid Glutamik, Prolin, Penapaian Saccharomyces, Natrium PCA, Hidrolisat Kanji Terhidrogenasi, Maltooligosyl Glucoside, Cocamide DEA, Triethanolamine, Gliserin, Ethylhexylglycerin, Minyak Zaitun PEG7 Ester, Sodium Klorida, Natrium Klorida Glukosa, Natrium Klorida 40 Hydrogenated Castor Oil, Phenoxyethanol, Disodium EDTA, Chlorphenesin, Benzalkonium Chloride, 1,2Hexanediol, Hydroxyacetophenone, Asid Laktik, Butilena Glikol. |
Harga: | RM 69 |
Haan Body Wash Purifying Verbena
Formulasi Haan Body Wash Purifying Verbena mengandungi kompleks prebiotik dan 87% bahan semulajadi termasuk Aloe Vera, jadi ia boleh menyegarkan dan melembapkan badan anda sepanjang hari. Harumannya yang diperbuat daripada nota sitrus, bunga dan kayu yang akan membuatkan anda berasa segar sentiasa. Haan Body Wash Purifying Verbena adalah produk mandian yang menonjolkan ciri pembersihan mendalam dari bahan semulajadi seperti verbena, tumbuhan herba yang sering digunakan dalam produk penjagaan kulit kerana sifat pembersihan dan kesegarannya.
Kelebihan Haan Body Wash Purifying Verbena:
- Memberikan rasa segar sepanjang hari dan sesuai digunakan sebagai mandian pagi
- Formula yang lembut
- Sesuai untuk pelbagai jenis kulit
- Menggunakan bahan semulajadi seperti verbena
Kekurangan Haan Body Wash Purifying Verbena:
- Produk ini mungkin lebih mudah didapati dalam talian daripada di kedai-kedai fizikal, yang boleh menyusahkan sesetengah pengguna.
Info Haan Body Wash Purifying Verbena:
Negara pengeluar: | Sepanyol |
---|---|
Saiz: | 450ml |
Kandungan: | Aqua, Cocamidopropyl Betaine, Natrium C14-16 Olefin Sulfonat, Betaine, Jus Daun Aloe Barbadensis, Natrium Cocoamphoacetate, Benzyl Alkohol, Natrium Klorida, Minyak Wangi, Natrium Benzoat, Asid Sitrik, Inulin, Kalium Sorbat, Natrium Hidroksida, Limonene, Limonkorbik |
Harga: | RM 89.90 |
Plant Origins Citrus Breeze Body Wash
Plant Origins Citrus Breeze Body Wash adalah produk mandian yang menampilkan aroma sitrus dan direka untuk memberi kesegaran pada kulit. Produk ini menggabungkan bahan-bahan semulajadi yang melembapkan sambil memberikan pengalaman mandi yang menyegarkan. Aroma sitrus yang ada di dalam produk ini sangat kuat dan segar menjadikannya sesuai untuk kulit yang sensitif dan tidak menyebabkan iritasi. Selain membersihkan, mandian ini turut membantu mengekalkan kelembapan kulit, menjadikan kulit terasa lebih lembut dan tidak kering selepas digunakan. Formula lembutnya sesuai untuk penggunaan harian.
Kelebihan Plant Origins Citrus Breeze Body Wash:
- Menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mesra kulit, bebas dari bahan kimia berbahaya
- Formula yang lembut
- Menjaga keseimbangan semulajadi kulit dan mengelakkan kekeringan atau iritasi
- Sesuai untuk kegunaan harian
Kekurangan Plant Origins Citrus Breeze Body Wash:
- Tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari
Info Plant Origins Citrus Breeze Body Wash:
Negara pengeluar: | Malaysia |
---|---|
Saiz: | 500ml |
Kandungan: | Aqua, Ammonium Laureth Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate , Cocamidopropyl Betaine, Gliserin, Aloe barbadensis Jus Daun, Cocamide MEA, Decyl Glucoside, Butylene Glycol, Polysorbate 20, Citrus limon (Lemon) Peel Oil, Citrus aurantium Oil dulcis) Citrus paradisi (Grapefruit Merah Jambu) Minyak Kulit, Ekstrak Centella asiatica, Ekstrak Akar Polygonum cuspidatum, Ekstrak Akar Scutellaria baicalensis, Ekstrak Daun Camellia sinensis, Ekstrak Akar Glycyrrhiza glabra (Licorice), Ekstrak Bunga Chamomilla recutita (Matricaria) officinalis (Rosseminalis) Ekstrak, Tocopheryl Acetate, Menthol, Natrium Klorida, Tetrasodium EDTA, Asid Sitrik, Natrium Benzoat. |
Harga: | RM 45 |
Yukazan Relax Zen Essential Oil Body Wash
Jika anda penggemar minyak pati atau essential oils, ini adalah untuk anda. Yukazan Relax Zen menggunakan minyak pati untuk memberikan kesan relaksasi semasa mandi. Ia membantu menenangkan minda dan tubuh, menjadikannya pilihan yang baik untuk digunakan pada waktu malam selepas hari yang sibuk atau melegakan tekanan. Selain menawarkan kesan aromaterapi, Yukazan Relax Zen juga melembapkan kulit secara mendalam. Formulanya tidak akan menyebabkan kulit kering, malah memberikan kelembapan tambahan yang membantu kulit kekal lembut dan sihat.
Kelebihan Yukazan Relax Zen Essential Oil Body Wash:
- Formulanya tidak akan menyebabkan kulit kering
- Antioksidan
- Diuji secara dermatologi
- Bebas paraben dan alkohol
Kekurangan Yukazan Relax Zen Essential Oil Body Wash:
- Walaupun ramai yang menyukai kesan menenangkan minyak pati, ada yang mungkin mendapati aroma tersebut terlalu kuat atau tidak sesuai dengan mereka
Info Yukazan Relax Zen Essential Oil Body Wash:
Negara pengeluar: | Jepun |
---|---|
Saiz: | 500ml |
Kandungan: | Aqua, Ammonium Laureth Sulfate, Minyak Bunga Cananga Odorata (Bluebell), Gliserin, Cocamidopropyl Betaine, PEG-150 Distearate, Hydroxypropyl Methylcellulose, Natrium Klorida, Asid Benzoik, Asid Sorbik, Ceramide NP, Butylene Glycol, Ekstrak Bunga Prunus, Yenesiastna Ekstrak Buah Rubus Idaeus (Raspberi), Ekstrak Batang Dendrobium Nobile |
Harga: | RM 44.90 |
Jangan pandang enteng, pemilihan gel mandian yang tepat bukan sahaja memberikan kesegaran, tetapi juga menjaga kesihatan kulit anda. Dengan haruman eksklusif dan formulasi yang melembapkan, lima pilihan gel mandian ini mampu memberikan pengalaman mandian yang menyegarkan dan menenangkan setiap hari. Pastikan anda memilih gel mandian yang sesuai dengan jenis kulit anda untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Memilih wangian mandi terbaik untuk kulit memerlukan pertimbangan terhadap jenis kulit, keperluan penjagaan harian, dan aroma yang paling sesuai dengan personaliti serta gaya hidup. Dari mandian dengan khasiat pelembap semulajadi hingga produk yang menawarkan kesan aromaterapi yang menenangkan, setiap pilihan memberikan kelebihan tersendiri.