5 Pisau Dapur Wajib Ada Di Malaysia. Kerja Dapur Jadi Lebih Lancar & Teratur

5 Pisau Dapur Wajib Ada Di Malaysia. Kerja Dapur Jadi Lebih Lancar & Teratur
Peralatan dapur


Pisau adalah antara peralatan dapur terpenting yang perlu ada di setiap dapur di Malaysia dan paling banyak digunakan. Pisau dapur fungsinya lebih kurang sama iaitu untuk memotong, tetapi setiap daripada jenis pisau mempunyai ‘khidmat’ tertentu yang tersendiri. Pisau dapur ada bermacam jenis dan bentuk. Seelok-eloknya setiap pemilik perlu arif menggunakan pisau dengan cara yang betul mengikut fungsi sesuatu bilah pisau. Ada pisau kerjanya khas untuk memotong sayuran, buah-buahan, roti, daging atau bahan makanan lain.

Memilih pisau dapur yang betul dan tepat dapat membantu proses memasak lebih lancar, teratur dan cepat malah dapat menghasilkan sajian yang menarik. Lagi tajam, lagi mudah kerja memasak. Menggunakan pisau dengan cara yang betul adalah penting supaya kerja-kerja dapur dapat dilakukan dengan mudah. Antara lima jenama pisau dapur wajib ada di Malaysia seperti AICOOK KFH001 German High Carbon S.Steel X50Cr15 Premium set, ZWILLING® Now Knife Block 5pcs Set, DALSTRONG Paring Knife Set 3 Piece, Elianware Fruit Multipurpose Stainless Steel Kitchen Knife Knives, dan Samaria Cutlery Profine Basic Stainless Steel Knife Set 6pcs.

AICOOK KFH001 German High Carbon S.Steel X50Cr15 Premium Set

AICOOK KFH001 German High Carbon S.Steel X50Cr15 Premium Set
AICOOK KFH001 German High Carbon S.Steel X50Cr15 Premium set merupakan pisau jenis keluli tahan karat keluaran a.o. German manufacturers. Pisau ini mempunyai rintangan karat yang tinggi dan ciri pemotongan adalah sempurna. Mempunyai pemegang pisau ergonomik, pisau ini sempurna pada tangan anda juga mengelakkan jari daripada terluka. X50Cr15 pada pisau ini mempunyai maksud tersendiri iaitu X adalah tahan karat, 50 untuk 0.50% karbon dan 15 untuk 15% Chrome. Set pisau dapur AICOOK KFH001 German High Carbon S.Steel X50Cr15 Premium set ini datang dalam enam item yang berbeza memenuhi keperluan pemotongan anda di dapur iaitu 7′ Chopper Knife , 7′ Chef’s Knife, 5′ Paring Knife , 7.5′ Shear , 8′ Sharpening Knife dan blok penyimpan berdiri. Sebelum penggunaan kali pertama, sila bersihkan pisau dan elakkan sentuhan terus dengan tepi bilah.

Kelebihan produk :

  • Pemegang ergonomik
  • Salutan bilah anti-karat
  • Rintangan haus yang tinggi
  • Tempoh jaminan sehingga 2 tahun

Kekurangan produk:

  • Tidak boleh dibasuh menggunakan pencuci pinggan

Spesifikasi produk

Material: Diperbuat daripada keluli tahan karat tinggi karbon X50Cr15
Negara Keluaran: Jerman
Harga: RM199.00 -RM399.00

Mencari lebih banyak perkakas dapur lain? Beli sekarang di Pensonic Flagship Store dan nikmati diskaun eksklusif!

ZWILLING® Now Knife Block 5pcs Set

ZWILLING® Now Knife Block 5pcs Set
ZWILLING® Now Knife Block 5pcs Set berwarna Granada yang ceria merupakan jenama pisau popular dipercayai di seluruh dunia. Sekiranya anda ingin keselesaan pisau yang digunakan oleh chef profesional, pisau ini adalah pisau dapur terbaik yang perlu dimiliki. Reka bentuknya juga bergaya dapat memberikan kesan moden kepada dapur anda. Jenama ZWILLING® hadir dengan pelbagai pisau yang multipurpose. Boleh digunakan untuk mencincang, menghiris, memotong sayuran, buah-buahan dan juga daging. Setiap bilah ZWILLING® Now Knife Block 5pcs Set dihasilkan dengan keluli tahan karat formula khas Zwilling, bilah yang dikeraskan dengan ais FRIODUR. Formula ini akan memberikan setiap bilah pisau mempunyai ketajaman yang tahan lama dan anti-karat. Pemegang sintetik tidak licin bertekstur anatomi dan ergonomik, memastikan penggunaan yang selesa dan selamat. ZWILLING® Now Knife Block 5pcs Set ini datang dalam lima item yang berbeza memenuhi keperluan pemotongan anda di dapur iaitu 1 Cleaver, 1 Chinese Chef’s Knife, 1 Vegetable Knife, 1 Santoku Knife, dan blok penyimpan berdiri.

Kelebihan produk :

  • Reka bentuk yang seimbang
  • Logam pisau berkualiti
  • Warna yang ceria dan bergaya
  • Pemegang unik ergonomik.

Kekurangan produk:

  • Harga tinggi dipasaran

Spesifikasi produk

Material: Keluli tahan karat formula khas Zwilling, bilah yang dikeraskan dengan ais FRIODUR
Negara Keluaran: Jerman
Harga: RM588.00 – RM598.00

DALSTRONG Paring Knife Set 3 Piece

DALSTRONG Paring Knife Set 3 Piece
DALSTRONG merupakan jenama pisau dapur pilihan lebih 75,000 orang chef profesional dan tukang masak di dunia dek kerana kualitinya. DALSTRONG Paring Knife Set 3 Piece, pisau dapur yang mempunyai reka bentuk tahan lasak diperbuat daripada bahan premium. Tampil dengan tiga set pisau yang tajam dengan pemegang mewah G10 Garolite berwarna hitam mempunyai cengkaman selesa untuk tangan, stabil dan tidak tergelincir berfungsi untuk mengupas, menghiris, dan memotong. Pisau dapur terbaik buatan Jerman ini mempunyai tahap ketajaman yang lebih tinggi dengan bentuk lurus berparuh burung dan bilah bergerigi dapat digunakan untuk memotong segala jenis makanan dengan mudah dan lancar. Dengan penjagaan yang betul, pisau DALSTRONG Paring Knife Set 3 Piece ini dijamin dapat bertahan seumur hidup.

Kelebihan produk :

  • Jenama dipercayai chef professional dan tukang masak dunia
  • Pisau lebih berat mudah kerja memotong daging
  • Pemegang G10 Garolite meningkatkan kecekapan pengendalian pisau
  • Bilah keluli tahan karat German premium karbon tinggi

Kekurangan produk:

  • Sukar didapati di pasaran tempatan

Spesifikasi produk

Material: Keluli Jerman ThyssenKrupp tinggi karbon
Negara Keluaran: Jerman
Harga: RM560.00

Adakah anda sedang mencari peralatan dapur dengan harga yang lebih berpatutan? Beli sekarang di Pensonic Flagship Store dan nikmati diskaun eksklusif!

Elianware Fruit Multipurpose Stainless Steel Kitchen Knife Knives (23cm)

Elianware Fruit Multipurpose Stainless Steel Kitchen Knife Knives (23cm)
Bagi peminat buah-buahan, pisau jenama Elianware Fruit Multipurpose Stainless Steel Kitchen Knife Knives ini semestinya menjadi keperluan anda. Pisau ini sepanjang 23cm, meruncing dan berlekuk memudahkan untuk mengupas buah-buahan. Muncungnya yang tirus juga akan memudahkan penyingkiran biji buah dengan betul. Perlu diingat bahwa pisau ini hanya sesuai untuk buah-buahan berkulit nipis seperti epal, betik dan sebagainya. Mempunyai pemegang argomatik selesa dipegang sehingga dapat mengurangkan ketegangan pada pergelangan tangan.

Kelebihan produk :

  • Harga murah dan berpatutan
  • Tajam dan tidak menghakis,
  • Tidak bertoksik & tidak berbau
  • Rintangan haus yang tinggi

Kekurangan produk:

  • Mudah tumpul

Spesifikasi produk

Material: Keluli Tahan Karat
Negara Keluaran: Malaysia
Harga: RM6.90 – RM7.90

Samaria Cutlery Profine Basic Stainless Steel Knife Set 6pcs

Samaria Cutlery Profine Basic Stainless Steel Knife Set 6pcs
Samaria Cutlery Profine Basic Stainless Steel Knife Set 6pcs pisau dapur paling sesuai digunakan suri rumah tangga untuk kerja seharian di dapur. Pisau dapur ini begitu sempurna dengan bilah hujung runcing dan bahagian pemotong yang tajam selain cukup ergonomik sehingga selesa dipegang untuk jangka masa yang panjang. Dari bilah ke pemegangnya, pisau ini 100% diperbuat daripada logam direka untuk mengoptimumkan keseimbangan sehingga pemilik dapat mengawal sudut pisau dengan lebih baik. Pisau jenis ini sesuai untuk mengupas kentang, buah-buahan, sayur-sayuran dan menjalankan tugas rumit kecil seperti mengupas kulit udang dan menghias serta membentuk buah-buahan dengan tepat dan sempurna. Samaria Cutlery Profine Basic Stainless Steel Knife Set 6pcs ini datang dalam enam item yang berbeza memenuhi keperluan pemotongan anda di dapur iaitu Acrylic Stand 9’, Chopper Knife 6.5’, Large Cook Knife 8’, Utility Knife 5’, Paring Knife 3.5’,dan gunting dapur 7’.

Kelebihan produk :

  • Harga berpatutan dengan kelebihan set 6 item
  • Berbentuk ergonomik
  • Pemegang keluli tahan karat yang sesuai dengan bentuk tangan
  • Dari bilah ke pemegangnya, pisau ini 100% diperbuat daripada logam

Kekurangan produk:

  • Bahan berasid dan air masin mudah menghakis bilah
  • Simpan di tempat lembap akan menyebabkan pisau ini mudah karat

Spesifikasi produk

Material: Keluli tahan karat AISI 420
Negara Keluaran: China
Harga: RM139.00

Mencari lebih banyak perkakas dapur lain? Beli sekarang di Pensonic Flagship Store dan nikmati diskaun eksklusif!

Berada di dapur hampir setiap hari, sudah pasti terdapat seribu macam kerumitan yang terpaksa dihadapi, terutama sekali apabila mengendalikan peralatan memasak. Dengan menggunakan jenis pisau yang betul berdasarkan kegunaannya, kerja di dapur akan jadi lebih mudah dan pantas. Bahkan, usia dan jangka hayat pisau anda juga lebih bertahan lama. Menggunakan pisau yang sesuai dengan fungsinya juga akan membuatkan pisau dapur anda lebih tahan lama seperti pisau khas untuk buah, roti, sayur dan daging.

Tidak cukup membeli pisau dapur dengan kualiti yang baik, anda juga perlu tahu bagaimana menjaga pisau agar tahan lama dan tidak cepat tumpul. Salah satu cara untuk memilih pisau yang tepat adalah dengan memilih pisau yang berbahan anti karat seperti jenis material keluli tahan karat. Ingat! untuk menjaga ketajamannya, pisau perlu selalu diasah. Pisau memotong daging harus kerap diasah berbanding pisau memotong sayur atau buah-buahan. Selepas mencuci, untuk mengekalkan jangka hayat pisau anda, sila lap dengan segera dengan tuala kering bersih yang lembut atau tuala kertas sehingga ia tidak meninggalkan kesan cap jari dan kesan air.



Related posts