Malaysia Boleh! 12 Jenama Fesyen Popular Diasas Oleh Selebriti & Individu Berpengaruh Malaysia 2022
Malaysia ada segala-galanya! Dalam dunia fesyen, jangan sekali-kali memandang rendah keupayaan anak tempatan kerana sebenarnya kita ada banyak jenama yang setanding produk terkemuka. Banyak label fesyen keluaran Malaysia dijamin kualitinya setanding produk bertaraf antarabangsa dan mempunyai keistimewaan tersendiri untuk dipasarkan dalam dan juga luar negara.
Tidak kurang, ada juga segelintir rakyat yang salah faham dan menyangka produk tempatan adalah produk import. Mungkin kerana nama jenama yang digunakan lebih komersial, jadi ramai menganggap jenama-jenama ini produk luar negara. Hakikatnya setengah-setengah label fesyen popular ini adalah sentuhan dan diasaskan oleh selebriti tanah air dan individu berpengaruh di Malaysia. Ini 12 jenama fesyen popular diasas oleh selebriti dan individu berpengaruh malaysia 2022. Check it out!
Maarimaia
Jenama pakaian dan aksesori popular Maarimaia terkenal dengan hiasan 3D yang dijahit tangan, kombinasi warna menarik, lengan bersaiz besar yang dramatik dan perincian geometri dipasangkan dengan siluet berstruktur. Maarimaia sememangnya menyerlah dengan reka bentuknya yang unik.
Koleksi label jenama Malaysia ini diasaskan oleh seorang wanita berdikari, bernama May Tan yang memberi penghormatan kepada warisan dan menghargai kepelbagaian tekstil yang digunakan. Jenama Maarimaia telah dilancarkan sejak 2016 selepas pengasasnya menamatkan pengajiannya di Istituto Marangoni di London.
May Tan mula mengembara dan bekerja di Eropah untuk satu tempoh masa sebelum kembali ke Malaysia dan akhirnya memulakan labelnya sendiri. Maarimaia berkonsep genre baharu untuk wanita bebas, dengan tumpuan pada penggunaan bahan-bahan yang elegan, minat untuk perincian dan kemodenan abadi. Maarimaia 100 peratus direka dan dihasilkan di Malaysia oleh sekumpulan tukang jahit berpengalaman. Setiap potongan kain melalui ujian pensampelan dan kesesuaian yang ketat, untuk memastikan ia selesa serta berkualiti.
Kelebihan Maarimaia
- Terkenal dengan rekaan unik
- Pakaian selesa menggunakan tekstil berkualiti
- Produk melalui ujian kualiti yang ketat
- 100 peratus direka dan dihasilkan di Malaysia
Kekurangan Maarimaia
- Koleksi terhad
- Temujanji diperlukan untuk mendapatkan produk rekaan khas
Spesifikasi Maarimaia
Pasaran | https://maarimaia.com/ https://www.instagram.com/maarimaiaofficial/ |
---|---|
Item | Pakaian dan aksesoris |
Harga | bermula RM150 – RM2,000 |
Lokasi | Lot UGF19, Level UG, Bangsar Village II, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur |
Nelissa Hilman
Jenama Nelissa Hilman telah bertapak sejak tahun 2011 dan memiliki pengikut ‘sepatu’ wanita tersendiri selama 11 tahun dalam industri. Nelissa Hilman antara jenama menghidupkan industri kasut tempatan. Pengasasnya Nelissa Hilman Cheow, wanita lulusan jurutera kimia meneroka bidang ini selepas melihat banyak projek berkait dengan pentas peragaan dan pertunjukan fesyen berjaya berada dilapangan tersebut.
Sentiasa meraikan wanita, jenama kasut tempatan, Nelissa Hilman membawakan lebih banyak himpunan sepatu indah buat mereka yang mementingkan keselesaan dalam gaya. Meneliti pilihan sepatu yang ditawarkan kepada pelanggannya tidak kira di butik, mahupun di atas talian, jenama ini menjadi tumpuan wanita yang sukakan rekaan ringkas, tidak bertumit dan jenis mudah disarung. Setiap koleksi sepatu Nelissa Hilman adalah buatan tangan, manakala koleksi bertumit pula dihasilkan daripada kulit asli berkualiti tinggi. Di Nelissa Hilman semua sepatu dijual pada harga sepadan rekaan dan kualiti.
Kelebihan Nelissa Hilman
- Harga berpatutan
- Material dan jenis item berkualiti
- Rekaan terkini
- Keselesaan dalam gaya
Kekurangan Nelissa Hilman
- Produk terhad
Spesifikasi Nelissa Hilman
Pasaran | https://www.nelissahilman.com/ https://www.instagram.com/nelissahilman/ |
---|---|
Item | Kasut, tote beg dan aksesori |
Harga | RM19.60 – RM341.60 |
Lokasi | UG-20 Bangsar Village II, 59100 Kuala Lumpur |
Jimmy Choo
Label Jimmy Choo, sinonim dengan jenama kasut mewah yang mencecah harga puluhan ribu ringgit sepasang dan pernah dipakai oleh selebriti berprofil tinggi antarabangsa dan kerabat diraja Britain. Datuk Jimmy Choo, seorang ‘tukang kasut’ anak jati kelahiran Pulau Pinang melakar sejarah sebagai pereka kasut terkenal seantero dunia. Anak Malaysia ini membangunkan empayar Jimmy Choo yang diasaskan di kota London sebaik beliau menamatkan pengajiannya. Pada April 2017, Datuk Jimmy Choo telah membuat keputusan menjual jenamanya itu kepada Michael Kors pada harga AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion). Jenama Jimmy Choo mempunyai rangkaian di seluruh dunia termasuk Asia, Asia Barat, benua Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika. Kini jenama Jimmy Choo bukan hanya dikenali sebagai pengeluarkan label kasut mewah malah menghasilkan beg, aksesori, busana pengantin, wangian, dan kosmetik berkualiti.
Kelebihan produk :
- Berkualiti tinggi
- Label antarabangsa
- Sedia menerima tempahan mengikut rekaan idaman
- Rekaan moden dan terkini
Kekurangan produk:
- Harga tinggi di pasaran
- Setiap rekaan adalah terhad dan tidak banyak di pasaran
Spesifikasi produk
Item: | Kasut, beg, aksesori, busana pengantin, wangian, dan kosmetik berkualiti. |
---|---|
Harga: | RM120 – RM30,000 |
Lokasi: | PAVILION Lot.2.55, Level 2, Pavilion KL, 168 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur |
BONIA
Jenama BONIA rupa-rupanya jenama tempatan yang diinspirasikan dari Itali terkenal dengan barangan fesyen berasaskan kulit. BONIA diasaskan oleh anak Malaysia bernama Chiang Sang Sem sejak tahun 1974. BONIA menjadi pilihan individu yang gemar akan fesyen mewah dan berjenama bukan sahaja di lebih 700 outlet kedai Malaysia, malah di 70 butik seluruh benua Asia. Kulit adalah material yang menjadi kebanggaan label BONIA untuk menghasilkan beg tangan mewah berstatus antarabangsa. Menyuntik elemen kreatif pada rekaan dan pertukangan beg kulit, jenama itu menggabungkan sisi moden dengan gaya orang muda untuk menghasilkan koleksi anggun dan glamour. BONIA turut memiliki lesen untuk mengedarkan jenama-jenama lain seperti Santa Barbara Polo & Racquet Club, Austin Reed, Valentino Rudy, Jeep, The Savile Row Company, Braun Buffel, Pierre Cardin, Bruno Magli, Enrico Coveri, Renoma Cafe Gallery dan Renoma
Kelebihan produk :
- Menghasilkan rekaan anggun sesuai untuk wanita bekerjaya
- Fesyen mewah
- Kulit berkualiti tinggi
- Pilihan beg moden dan glamor dengan rekaan serta warna cukup ceria
Spesifikasi produk
Item: | Kasut, beg, jam tangan & aksesori |
---|---|
Harga: | RM179 – RM3888 |
Lokasi: | Suria KLCC, 206B, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur |
Jovian
Jenama Jovian merupakan antara label terkemuka dalam industri fesyen tempatan membawa pengalaman 15 tahun dalam segmen pakaian, runcit dan kemudian bertukar ke e-dagang. Pemilik dan pengasas jenama Jovian merupakan pereka fesyen terkenal dan juga personaliti televisyen iaitu Datuk Jovian Mandagie. Beliau juga merupakan menantu lelaki kepada Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9 selain menjadi penata gaya kepada pemimpin negara itu. Jenama ini menjadi pilihan sekeluarga tidak kira jantina dan umur. Jovian bukanlah satu jenama yang dicipta dalam sekelip mata, ia mengambil masa bertahun-tahun. Tetapi kejayaan hari ini sangat berbaloi kerana label ini cukup terkenal di Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Terkini, jenama Jovian sangat popular dalam mempromosi dan penjualan pelitup muka berkualiti, selesa dan selamat bagi mengekang wabak COVID-19
Kelebihan produk :
- Harga berpatutan
- Material dan jenis item berkualiti
- Rekaan terkini & berciri Asia
- Jenama pilihan lelaki, wanita dan kanak-kanak
Kekurangan produk:
- Pembelian produk fokus atas talian
- Jenama pelitup muka dijadikan sasaran produk tiruan
Spesifikasi produk
Item: | Pakaian, tudung, busana pengantin, eksesori dan pelitup muka berkualiti. |
---|---|
Harga: | RM20.00 – RM689 |
Lokasi: | Jovian Apparel Sdn Bhd. JM Tower 39, Jalan Plumbum P 7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor |
Christy Ng
Label Christy Ng diramalkan bakal mengikut jejak langkah pereka kasut tersohor Jimmy Choo untuk beberapa tahun lagi. Pengasasnya iaitu seorang wanita bernama Christy Ng merupakan anak tempatan yang memulakan jualan kasut buatan tangan di atas talian sejak tahun 2010. Kasut jenama ini berbeza daripada yang ada di pasaran kerana pelanggan dapat mereka khas bentuk kasut mereka sendiri di laman web. Tidak kira bagaimana anda mahu, di Christy Ng boleh merealisasikan! Hari ini, wanita dari lebih daripada 30 negara memakai kasut jenama Christy Ng dan jumlahnya semakin meningkat setiap hari. Malah harga kasut yang dijual juga mampu milik, selain itu Christy Ng gemar menampilkan ciri feminin bersama rekaannya yang minimalis dan kontemporari.
Kelebihan produk :
- Harga berpatutan dan mampu milik
- Pelanggan boleh memilih reka bentuk kasut
- Rekaan minimalis dan kontemporari
- Pembelian atas talian lebih bijak kerana terdapat banyak potongan harga menarik
Kekurangan produk:
- Rekaan dijadikan sasaran produk tiruan
- Reka bentuk produk lebih sesuai untuk golongan wanita muda
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://christyng.com https://shopee.com.my/christyng |
---|---|
Item: | Kasut, beg dan aksesori. |
Harga: | RM15 – RM199 |
Lokasi: | SETIA CITY MALL. UG-112b, Upper Ground Floor, Setia City Mall, Bandar Setia Alam, Seksyen 13, 40170 Shah Alam, Selangor |
Fashion Valet
Fashion Valet (FV), salah satu jenama fesyen dalam talian terbesar di Asia Tenggara untuk pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak; eksesori; kosmetik, beg dan kasut. Vivy Yusof merupakan pengasas Bersama FV berjaya melonjakkan label ini berada sebaris dengan nama-nama popular lain yang lebih dahulu berada di pasaran sebelum ini. Di FV mempunyai lebih 500 pereka fesyen, kebanyakannya rakyat tempatan yang menggunakan FV sebagai pangkalan dan platform untuk mempromosikan jenama serta produk sendiri. Duckscarf merupakan produk di bawah Fashion Valet dianggap sangat premium menjadi kegilaan wanita berhijab. Selain mempunyai rangkaian outlet Fashion Valet sendiri di pusat membeli-belah terkemuka Malaysia, FV lebih giat melakukan jualan menerusi pangkalan dalam talian termasuk laman sesawang syarikat. Menerusi dalam talian, kumpulan ini menghantar produk mereka ke luar negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, China, United Kingdom dan India.
Kelebihan produk:
- Material berkualiti
- Harga berpatutan
- Pembelian atas talian lebih bijak kerana terdapat banyak potongan harga menarik
- Corak dan rekaan ekslusif
Kekurangan produk:
- Rekaan dijadikan sasaran produk tiruan
- Sasaran khalayak golongan berkerjaya
Spesifikasi produk
Item: | Kasut, beg, aksesori, busana pengantin, wangian, dan kosmetik berkualiti. |
---|---|
Harga: | RM15-RM2500 |
Lokasi: | FashionValet IOI City Mall Lot G-60, Ground Floor, Wilayah Persekutuan Putrajaya |
Fazbulous by Fazura
Pernah mendapat pendidikan dalam bidang fesyen, selebiriti terkenal negara Nur Fazura mendedikasikan jenama Fazbulous ini untuk peminat-peminatnya yang sering bertanya tentang apa sahaja yang digayakannya. Di Fazbulous menawarkan fesyen pakaian lelaki dan wanita, tudung, beg dan kosmetik yang merujuk Fazura sebagai ‘pakaian couture’ direka oleh beliau sendiri dengan kerjasama pereka Rizman Ruzaini. Di Fazbulous memberi kebebasan kepada si pemakai untuk menyuai padan tudung, baju atau skirt dengan rona serta gaya diminati. Konsep suai padan sangat menarik justeru, jenama berkenaan memberi pilihan yang pelbagai kepada pelanggan untuk tampil lebih versatil. Produk paling laris ketika ini ialah tudung bawal yang berharga RM25 habis dijual, terbaru beg tangan keluaran aktres cantik ini pula turut ‘sold out’. Beg tangan pelbagai warna jenama Fazbulous yang berharga RM139 itu telah habis dijual selepas beberapa jam dilancarkan di laman sesawang rasmi jenama berkenaan.
Kelebihan produk :
- Harga berpatutan
- Design cantik
- Mempunyai ejen di setiap negeri untuk memasarkan produk
- Produk berkualiti dan dipercayai
Kekurangan produk:
- Produk ‘viral’ cepat habis
- Terdapat produk untuk lelaki tetapi kurang dikenali
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://www.fazbulous.com https://shopee.com.my/fazuraofficialstore |
---|---|
Item: | Pakaian, tudung, beg, wangian dan kosmetik. |
Harga: | RM23– RM180 |
Lokasi: | Fazbulous. Encorp Strand Mall 36G Ground Floor Strand Mall, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Telekung Siti Khadijah
Jenama Siti Khadijah (SK) hasil kerja keras sejak tahun 2009. Pemilik dan pengasasnya Pazdilah Enda Sulaiman berjaya meletakkan koleksi telekung setanding dengan busana Muslimah lain dengan mengutamakan kualiti dan keselesaan. Siapa sangka sehelai kain yang dipakai untuk solat, boleh menjadi bisnes besar yang berjaya dalam hidup seorang suri rumah biasa bahkan berjaya menembusi pasaran Indonesia terutama di Bandung dan Jakarta dengan penghasilan telekung yang cantik dan berkualiti. Telekung Siti Khadijah telah didaftarkan di bawah reka bentuk industri Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO). Sesuai dengan taglinenya, ‘Lambang Cinta Abadi’ telekung Siti Khadijah sering menjadi pilihan untuk hadiah detik detik istimewa, juga untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan.
Kelebihan produk :
- Harga berpatutan dan mampu milik
- Kualiti ekslusif dan premium
- Material produk sesuai dengan cuaca di Malaysia
- Terdapat dalam set hadiah atau hantaran
Kekurangan produk:
- Rekaan dijadikan sasaran produk tiruan
- Jenama ini hanya dikenali ramai dengan penghasilan telekung sahaja
Spesifikasi produk
Item: | Telekung, tudung, pakaian muslimah, kasut, sejadah dan aksesori berkualiti. |
---|---|
Harga: | RM10 – RM318 |
Lokasi: | SK Suria KLCC. Lot 258, Level 2, Suria KLCC, Kuala Lumpur. |
Naelofar
Jenama yang diasaskan ikon fesyen, selebriti popular, usahawan dan pengacara terkenal tanah air, Neelofa menjadi contoh dalam industri Muslimah Fesyen. Sebelum ini, jenama Naelofar hanya memfokuskan jualan hijab mengikut permintaan pasaran kini label ini tampil dengan imej serta nuansa jenama yang baharu dan pelbagai. Melalui jenama Naelofar, Neelofa berharap supaya imej jenama tersebut dapat memberi inspirasi kepada semua golongan wanita. Wanita yang menggayakan Naelofar adalah wanita yang berani, berfikiran terbuka dan mampu berdiri sebaris dengan kelompok wanita lain. Bertemakan konsep segar, fesyen jenama Naelofar menjadi kegilaan bagi wanita Muslimah dan bertudung yang suka bergaya.
Kelebihan produk :
- Design cantik dan terkini
- Produk tampak eksklusif
- Harga berpatutan
- Mempunyai ejen di setiap negeri untuk memasarkan produk
Kekurangan produk:
- Produk tiruan sering menyasarkan jenama ini
- Produk viral cepat habis
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://naelofar.com https://shopee.com.my/naelofar |
---|---|
Item: | Tudung, telekung, sejadah, beg, aksesori, wangian, dan kosmetik berkualiti. |
Harga: | RM59-RM299 |
Lokasi: | Naelofar. One Utama G-341, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama Petaling Jaya Selangor |
Fipper
Dalam industri fesyen, kasut tidak ketinggalan mengalami revolusi hingga ia dianggap sebagai satu keperluan untuk gaya seseorang. Seperti pakaian, kasut sama penting sebagai perlindungan kepada kaki ketika berjalan, malah aspek keselesaan kepada kaki si pemakai amat perlu dititikberatkan. Di Malaysia pemakaian sepatu jenis selipar menjadi pilihan ramai untuk bersantai dek faktor cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Fipper jenama selipar menjadi kebanggan rakyat Malaysia setanding jenama popular luar. Fipper diasaskan oleh Jack Lim sejak tahun 2008, dengan pembukaan kedai pertama di Sungei Wang Plaza sekitar tahun 2010. Getah semulajadi menjadi pilihan untuk rekaan selipar berkualiti jenama Fipper dan warna-warna unik serta rekaan kreatif menjadi pilihan ramai. Fipper mempunyai lebih 50 outlet kedai di seluruh Malaysia dan 8 buah outlet kedai di Bali, Indonesia.
Kelebihan produk :
- Terdapat 3 koleksi untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak
- Material dan getah semula jadi berkualiti
- Ada pelbagai pilihan design dan warna
- Selesa dan tahan lama
Kekurangan produk:
- Lain outlet, lain jenis produk yang ada
- Produk tiruan sering menyasarkan jenama ini
Spesifikasi produk
Item: | Selipar dan t-shirt |
---|---|
Harga: | RM17.90– RM69.90 |
Lokasi: | Pavilion KL. TL1.101.00, Bukit Bintang, Kuala Lumpur |
Asly by Yaya Zahir
Selain menjadi hos TV dan influencer, Yaya Zahir juga merupakan pengasas Asly, Asly Beauty, dan jenama biskut, Oh My Dough sejak tahun 2018. Yaya Zahir terus melangkah jauh dengan jenama Asly mencipta fenomena tersendiri. Sesuai dengan gaya personalitinya, setiap produk terhasil penuh dengan keunikan. Label fesyennya terkenal dengan kemeja-T yang besar pakaian inspirasi gaya jalanan rakyat di Korea Selatan dan menampakkan sisi keselesaan untuk semua saiz tubuh.
Kelebihan produk :
- Harga berpatutan
- Material dan bahan digunakan berkualiti
- Penggunaan kain kapas yang selesa
- Sesuai untuk semua saiz tubuh badan
Kekurangan produk:
- Setiap rekaan adalah terhad dan tidak banyak di pasaran
- Pembelian produk fokus atas talian
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://aslyofficial.com/ https://www.instagram.com/asly.official/?hl=ms |
---|---|
Item: | Pakaian dan aksesori |
Harga: | RM12– RM139 |
Lokasi: | Asly. 14B, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur |
Industri fesyen sentiasa menyajikan trend terkini dan segar daripada pelbagai label dan jenama yang pastinya menambat hati dan mencuri perhatian, tidak kira lelaki atau wanita. Sebagai sebuah industri yang semakin berkembang di Malaysia, kreativiti menjadi tunjang utama bagi sesebuah jenama untuk dikenali seterusnya menjadi pilihan ramai orang dan kekal relevan sepanjang zaman.
Sebagai pengguna bijak, sokonglah label fesyen tempatan dan tidak menjadikan jenama yang diasas oleh anak Malaysia ini sebagai pilihan sampingan. Sebagai rakyat Malaysia, sokongan anda amat diperlukan untuk memastikan pengeluar dan pengusaha tempatan tidak terus berada ditakuk lama. Selain itu, setiap perbelanjaan kita juga dapat membantu memastikan ekonomi untuk industri fesyen negara kekal berdaya saing.