Kekal Jelita Dan ‘Up To Date’ Dengan 5 Produk Kecantikan Dengan Warna Pantone 2022

Kekal Jelita Dan ‘Up To Date’ Dengan 5 Produk Kecantikan Dengan Warna Pantone 2022
Fesyen


Warna Pantone ialah kod warna yang mewakili warna tertentu. Anda boleh berkomunikasi tentang warna dengan menentukan kod Pantone. Pada asasnya ia adalah bahasa standard untuk warna dan anda mungkin menggunakannya sebagai rujukan. Secara amnya, Pantone ialah ‘Sistem Padanan Warna’ standard di mana nombor kod digunakan untuk mengenal pasti setiap warna.

Khas untuk anda yang gemar bermain dengan tona warna yang pelbagai, Very Peri adalah warna tema untuk tahun 2022. Warna seakan biru-ungu yang terang menunjukkan kebahagiaan dan harapan pada tahun yang akan datang. Warna Very Peri juga menggambarkan kegembiraan, sesuatu yang dinamik mampu mendorong tahap kreativiti serta ekspresi imaginasi.
Jom lihat 5 produk kecantikan yang hadir dengan tema warna Very Peri!

Gucci Rouge a Levres Mat Lipstick in 711 Jenny Purple

Gucci Rouge a Levres Mat Lipstick in 711 Jenny Purple
Ia merupakan warna edisi terhad yang diperkenalkan dalam koleksi Rouge à Lèvres Mat dengan kemasan matte yang tahan lama. Dirumus khas dengan pigmen yang kaya dan lilin pembentuk gel, gincu memberikan warna cerah dengan rasa lembut dan baldu. Produk ini dicipta Alessandro Michele, dan merupakan antara rangkaian warna yang eksklusif diilhamkan dari filem Hollywood. Ia adalah palet warna yang berani menggambarkan suasana eksentrik dan bersemangat bebas dari koleksi House.

Kelebihan

  • Edisi terhad
  • Kemasan matte
  • Melembabkan bibir
  • Warna eksklusif
  • Bauan floral dan buahan lembut

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Jenis produk Gincu bibir
Jenama Gucci
Harga RM 180++

Link: https://www.gucci.com/

Tatcha, Luminous Dewy Sheet Mask

Tatcha, Luminous Dewy Sheet Mask
Face mask ini mampu membantu melembabkan kulit wajah dan pelbagai khasiat lain. Diinspirasikan oleh teknik kecantikan Jepun klasik, formula ini mengandungi teh hijau, beras, dan alga yang cepat aktif apabila bersentuhan dengan sel kulit. Kulit wajah anda pasti terasa lebih sihat dan segar serta lebih terlindung daripada tanda-tanda penuaan.

Kelebihan

  • Sesuai untuk kulit jenis kombinasi, kering, berminyak dan normal
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Menghilangkan kesan kedutan
  • Membuat warna kulit wajah lebih sekata
  • Bebas paraben

Kekurangan

  • Tidak dijual di kedai menjual produk kecantikan biasa
  • Harga agak mahal untuk sekeping

Spesifikasi

Jenis produk Face mask
Jenama Tatcha
Harga RM 60/sheet

Link: https://www.sephora.my/

Nails.INC It’s Cool To Be Kind

Nails.INC It’s Cool To Be Kind
Produk untuk kuku ini hadir dengan rona ungu berkrim dengan kemasan berkilat menawarkan formula mesra vegan yang bebas daripada bahan berbahaya, toksik dan lembut pada jari anda. Rona ini diberi nama It’s Cool To Be Kind adalah warna terkini dan ia mampu bertahan lama, breathable serta cepat kering.

Kelebihan

  • Bertahan lama
  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya
  • Vegan-friendly
  • Tidak menghalang aliran udara pada kuku
  • Cepat kering

Kekurangan

  • Tidak dijual di kedai menjual produk kecantikan biasa

Spesifikasi

Jenis produk Pewarna kuku
Jenama Nails.INC, Nailpure
Harga RM 85++

Link: https://www.nailsinc.com/

Gel Mandian L’erbolario Accordo Viola

Gel Mandian L'erbolario Accordo Viola
Gel mandian L’erbolario Accordo Viola ini mampu memberi kelembapan serta meninggalkan rasa lembut pada kulit si pemakai. Baunya yang lembut pasti menenangkan minda ketika mandi. Ia dilengkapi dengan asid amino oat dan juga protein daripada beras yang kaya dengan pelbagai kebaikan pada kulit.

Kelebihan

  • Bauan lembut bunga
  • Tiada paraben
  • 96% kandungan semula jadi
  • Ekstrak Bunga violet
  • Melembutkan kulit

Kekurangan

  • Tidak dijual di kedai menjual produk kecantikan biasa
  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Jenis produk Gel mandian
Jenama L’erbolario
Harga RM 120/ 300ml

Link: https://www.erbolario.com.my/

Overose Aesthetic Purple Candle

Overose Aesthetic Purple Candle
Lilin beraroma ini adalah gabungan wangi mawar putih dengan kelembutan susu badam. Sedikit suntikan bauan vanila dan amber pastinya membuatkan anda lebih tenang. Lilin dari Aesthetic ini didatangkan dengan warna lembut ungu monokromatik dan diformulasikan dengan minyak pati terpilih. Setiap lilin ini mampu memberi aroma sehingga 60 jam.

Kelebihan

  • Bauan lembut bunga
  • Minyak pati semulajadi
  • Ekstrak bunga-bungaan, vanilla, susu almond, amber
  • Mampu membakar sehingga 60 jam

Kekurangan

  • Tidak dijual di kedai biasa
  • Harga mahal

Spesifikasi

Jenis produk Lilin beraroma
Jenama Aesthetic
Harga RM 240++

Link: https://www.sephora.com/

Dari produk gincu bibir, sehinggalah ke bauan lilin dengan tema warna Very Peri khas untuk anda bereksperimentasi di tahun 2022. Selamat mencuba!

Trend warna baru ini disinonimkan dengan tenaga dan kegembiraan, selain menghadirkan suasana hangat dan bahagia. Moga warna ini mampu memberikan kebaikan dan manfaat kepada si pengguna.



Related posts