Pelaburan Gaya: 5 Lokasi Kedai Emas Di Lembah Klang Untuk ‘Pemburu’ Gelang Tangan 916 Terkini

Pelaburan Gaya: 5 Lokasi Kedai Emas Di Lembah Klang Untuk ‘Pemburu’ Gelang Tangan 916 Terkini
Fesyen


Bagi wanita, mencantikkan diri dengan barang perhiasan adalah amalan umum yang dilakukan semua masyarakat di dunia. Mengenakan barangan kemas atau perhiasan didorong oleh trend selain menjadi keperluan untuk menonjolkan personaliti individu. Pembelian barangan kemas biasanya dibeli mereka yang berusia 25 tahun ke atas dan ia dianggap sebagai satu pelaburan jangka masa panjang ketika ini. Malah mempunyai barang kemas seperti cop siri 916 dianggap satu pelaburan gaya yang akan menguntungkan kelak. Emas adalah satu aset yang terbukti menguntungkan dan untuk pembeli dan peminatnya, pelaburan untuk barangan emas patut diteruskan kerana selain dipakai sebagai perhiasan ia mempunyai nilai pelaburan terbaik.Lebih-lebih lagi emas adalah pelindung nilai terhadap inflasi. Malaysia adalah negara yang terbaik untuk membeli barangan kemas kerana tiada sebarang cukai terhadap barang kemas berbanding dengan banyak negara lain.

Dalam mengayakan aksesori barangan kemas, si pemakai juga perlu bijak mengenakan antara busana dan aksesori itu supaya tidak kelihatan keterlaluan. Tip penting membeli barang kemas terutama mereka yang suka memburu gelang tangan 916 adalah sesuatu yang seimbang dan sesuai dengan bentuk anggota badan selain mengambil kira karakter individu. Begitu juga untuk peraturan atau urutan aksesori yang mana jika mengenakan gelang tangan emas dan jam tangan, elak mengenakan pada tangan yang sama. Mencari gelang tangan 916 terkini sebagai aksesori dan pelaburan gaya akan datang? Jom kunjungi lima lokasi kedai emas yang terletak di Lembah Klang ini.

Emas Seri Nur

Emas Seri Nur
Jika rajin membelek sosial media untuk mencuci mata melihat gelang tangan terkini seperti di tiktok, telegram, Instagram dan facebook pasti anda mengenali jenama kedai Emas Seri Nur. Emas Seri Nur memiliki lebih 100,000 pengikut setia tersendiri untuk membeli barang kemas dari premis mereka kerana rajin membuat promosi melalui medium-medium ini. Selain menawarkan pembelian secara atas talian, pelanggan juga boleh mengunjungi Emas Seri Nur yang terletak di Seksyen 2, Kajang Selangor. Premis yang besar, selesa disamping layanan mesra staf yang peramah membuatkan sesi memilih dan membeli barang kemas seperti gelang tangan 916 menjadi lebih lancar. Emas Seri Nur menawarkan barang kemas berkualiti dan rekaan tersendiri seperti Koleksi Premium Gelang Tangan Seri Nur pada harga terbaik untuk pelanggannya. Di sini juga turut menawarkan khidmat membeli emas lama, pertukangan emas, tempahan barang kemas buatan khas, menyadur emas, membaiki dan memasang batu. Jika gelang tangan anda dibeli di Emas Seri Nur, anda berpeluang untuk mencuci barang tersebut akan datang secara percuma dengan servis pantas selama 15 minit sahaja.

Kelebihan Emas Seri Nur:

  • Barang kemas berkualiti
  • Ada potongan harga
  • Rekaan tersendiri
  • Layanan kakitangan yang mesra dan peramah

Kekurangan Emas Seri Nur:

  • Parkir terhad

Spesifikasi Emas Seri Nur:

Info: https://www.instagram.com/emas.serinur.official/
https://www.facebook.com/emasserinur/
Alamat A-G-11, Jalan Prima Saujana 2, 1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 2, 43000 Kajang, Selangor
Hubungi 03-8740 1454
Masa beroperasi Buka setiap hari dari jam 10am hingga 6pm

MS Jewels

MS Jewels
Set perhiasan diri daripada emas seperti gelang tangan antara aksesori pelengkap untuk menambah seri serta keanggunan kaum hawa. Mahu tambah koleksi gelang tnagan 916 terkini untuk digayakan? Tidak perlu susah bersesak di kedai kerana jenama barangan kemas terkemuka di Malaysia, MS Jewels beroperasi menerusi dalam talian. Rekaan cantik dan seni pembuatan berkualiti tinggi daripada barisan perekanya menanti untuk disambar. Bukan hanya mudah malah murah pula. MS Jewels mampu menawarkan harga emas yang padu dan kos mutu kerja jauh lebih murah melalui cara ini kerana ia menjual kemudahan dalam talian terus dari pengilang emas kepada pengguna. Selain itu, menerusi pengilangnya, MS Gold Crafts yang ditubuhkan sejak tahun 1995, MS Jewels berupaya menawarkan seleksi gelang tangan emas pada harga berpatutan dengan menitikberatkan soal kualiti kepada semua pelanggan mereka.

Kelebihan MS Jewels:

  • Beroperasi secara atas talian
  • Rekaan menarik dan terkini
  • Harga lebih murah kerana tiada kos sampingan
  • Kualiti bermutu terus dari kilang

Kekurangan MS Jewels:

  • Tiada premis fizikal khas, kecuali dengan temujanji

Spesifikasi MS Jewels:

Info https://msjewels.com.my/
https://www.instagram.com/msjewelsofficial/
Alamat No.7-2, Jalan 2/131A, Project Jaya Industrial Estate, Batu, 6, Jln Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur
Hubungi 019-213 8656
Masa beroperasi Buka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 9am hingga 5pm. Ahad tutup

Tomei Gold & Jewellery

Tomei Gold & Jewellery
Tomei Gold & Jewellery jenama barang kemas yang gah sejak tahun 1968, kini bukan sahaja memilki cawangan di Malaysia, tetapi di Vietnam dan China. Untuk peminat gelang tangan 916, koleksi Tomei Lusso Itali, Tomei Dual dan Tomei Puteri gabungan emas putih dan emas kuning mendapat permintaan serta minat pelanggan. Ada pelbagai gelang tangan lain menampilkan tema klasik dengan gabungan rekaan dan tata rias moden seperti dalam koleksi Nostalgia Tomei 2023. Antara koleksi baharu lain keluaran Tomei Gold & Jewellery pada tahun ini ialah Koleksi Anastasia, Cutting Edge, Orked, Melur, Seroja, Dahlia dan Chomel untuk emas kuning, dan Koleksi Le Lumiere, Camellia, Rose dan Gardenia untuk koleksi bertatahkan berlian serta permata. Selain itu, Tomei Gold & Jewellery menerima barangan kemas permata selain emas dan berlian untuk tukar beli barangan kemas lama kepada baru dengan harga yang kompetitif. Selain bertapak di Pavillion KL, Tomei Gold & Jewellery mempunyai beberapa cawangan lain yang terpilih untuk dikunjungi. Setiap cawangan mempunyai konsep premis yang ekslusif dengan ruang menunggu atau ruang rehat yang mewah dan selesa.

Kelebihan Tomei Gold & Jewellery:

  • Rekaan tersendiri dan unik
  • Rekaan sesuai semua lapisan usia
  • Ada banyak cawangan di Lembah Klang
  • Dipasaran ke Vietnam dan China
  • Boleh beli secara online atau platform e-dagang

Kekurangan Tomei Gold & Jewellery:

  • Harga upah dan pembelian adalah berasingan

Spesifikasi Tomei Gold & Jewellery:

Info https://etomei.com/
https://www.instagram.com/mytomei/
Alamat Lot 2 . 59 . 00, 168, Pavillion, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Hubungi 03-8074 8021
Masa beroperasi Buka setiap hari dari jam 10am hingga 10pm

SK Jewellery

SK Jewellery
SK Jewellery menawarkan barangan kemas yang unggul memikat menerusi koleksi gelang tangan yang dihasilkan daripada emas kuning 916 seperti SK916 Boa Bell, dan SK Oro Amare. Bersedialah untuk pilihan rekaan gelang tangan yang dicipta dengan kehalusan seni pertukangan dan corak rekaan menjanjikan keindahan, keharmonian serta kesempurnaan tiada tandingan. Gandingan loket atau buah loket SK Jewellery serba menawan pasti memancarkan keindahan dan kehebatan seni rekaan. SK Jewellery menawarkan barang kemas mempunyai ketulenan bermutu tinggi, tersendiri berserta rekaan unik dan memukau. Selain menjual barang kemas, SK Jewellery turut menawarkan khidmat membeli emas lama, tempahan barang kemas buatan khas, mencuci dan menyadur emas. Tidak hanya bertapak di kebanyakkan pusat membeli-belah terkemuka, SK Jewellery mempunyai beberapa cawangan lain yang terpilih untuk dikunjungi di Malaysia.

Kelebihan SK Jewellery:

  • Ada banyak cawangan
  • Rekaan menarik dan berfesyen
  • Kualiti emas tulen dan dijamin
  • Khidmat tempahan barang kemas buatan khas dan mencuci

Kekurangan SK Jewellery:

  • Harga sedikit mahal

Spesifikasi SK Jewellery:

Info https://www.skjewellery.com.my/
https://www.instagram.com/skjewellery/
Alamat 1 Utama Shopping Centre. Lot LG342, Lower Ground Floor, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi 03-6414 2933/ 012-923 7133
Masa beroperasi Setiap hari dari jam 10am hingga 10pm

Kedai Emas Zakaria & SONS

Kedai Emas Zakaria & SONS
Kedai Emas Zakaria & SONS merupakan milik pengasasnya Mas Z Irwan Zakaria perniagaan berasaskan emas empayar perniagaan keluarga. Kedai Emas Zakaria & SONS menawarkan pelbagai pilihan barangan termasuk gelang tangan emas 916 yang mempunyai rekaan terkini dan eksklusif. Koleksi Manisha, Koleksi Zarina, Koleksi Kendi, dan Koleksi Minimal merupakan pilihan gelang tangan emas 916 yang paling mendapat permintaan di premis ini. Berlandaskan kepada prinsip menawarkan harga emas bersesuaian dan mampu dimiliki semua golongan masyarakat, walaupun terletak di Lembah Klang tetapi Kedai Emas Zakaria & SONS mempunyai harga emas seperti di Pantai Timur. Dek kerana itu Kedai Emas Zakaria & SONS dikenali bukan saja penduduk Lembah Klang tetapi pembeli dari luar. Kedai Emas Zakaria & SONS menawarkan harga emas yang murah, lebih rendah dari ditawarkan kedai emas lain selain menyediakan perkhidmatan jualan atas talian. Selain perkhidmatan menjual emas, Kedai Emas Zakaria & SONS juga menyediakan servis untuk membaiki, mencuci, menyadur barangan emas dan mengambil tempahan mengikut reka bentuk pilihan pelanggan. Perkhidmatan tambahan juga termasuk membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.

Kelebihan Kedai Emas Zakaria & SONS:

  • Harga berpatutan dan lebih murah seperti di negeri pantai timur
  • Menggunakan khidmat pertukangan emas Melayu
  • Promosi yang kerap di sosial media
  • Menawarkan khidmat membaiki barang kemas

Kekurangan Kedai Emas Zakaria & SONS:

  • Parkir terhad

Spesifikasi Kedai Emas Zakaria & SONS:

Info https://www.instagram.com/kedai_emas_zakaria_n_sons/
Alamat A9, Ground Floor Block A, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma Kuala Lumpur, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Hubungi 03-4270 0791
Masa beroperasi Buka setiap hari dari jam 11am hingga 6pm

Setiap rekaan barangan kemas seperti gelang tangan 916 mempunyai peminatnya tersendiri dan ia bergantung kepada individu sama ada untuk disarungkan dalam bentuk lebih menonjol atau lebih tampak ringkas, namun ciri elegan masih dapat dilihat. Apabila membeli emas perhiasan, orang ramai bukan sahaja dapat menggayakannya, tetapi sekiranya dalam keadaan sukar pada masa depan, ia juga boleh dijual untuk mendapatkan tunai. Jadi, membeli emas juga sebenarnya salah satu cara orang ramai bukan sahaja untuk bergaya, tetapi membolehkannya menjadi satu aset pelaburan akan datang yang menguntungkan.

Untuk membeli emas 916 yang baik sebagai pelaburan, ada beberapa tips yang perlu diambil kira. Pertama, pastikan untuk memeriksa harga emas 916 hari ini untuk mendapatkan harga terkini. Kedua, belilah emas dari penjual yang sah untuk memastikan keaslian dan kualiti emas tersebut. Terakhir, lakukan penyelidikan mengenai harga emas sebelum membeli untuk mengelakkan dari membayar lebih mahal. Pelaburan dalam emas 916 yang tepat dapat memberikan pulangan yang baik pada masa hadapan.



Related posts