5 Drama Korea Terbaharu Mesti Tonton Januari 2023 Ini

5 Drama Korea Terbaharu Mesti Tonton Januari 2023 Ini
Gaya hidup


“Annyeonghaseyo! Saehae bok mani badeuseyo!” (Hai, Selamat Tahun Baru!)
Tahun 2023 sudah membuka tirai dan pastinya tahun baharu ini akan lebih meriah dan berbeza dari tahun terdahulu. Untuk peminat drama Korea Selatan pastinya sentiasa bersemangat untuk menonton pelbagai drama yang bakal dipertontonkan. Sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan jalan cerita setiap drama Korea baharu yang ditayangkan begitu memuaskan, mempunyai jalan cerita unik, mencabar pemikiran dan plot cerita yang tidak disangka-sangka. Disebabkan itu ada peminat K-Drama yang terpaksa menahan diri daripada terus menonton cerita baharu kerana bimbang terjebak sehingga terpaksa tidur hingga lewat malam.

Untuk bulan Januari 2023 ini, terdapat 5 drama Korea terbaharu yang bakal ‘menyukarkan’ lagi tidur kalian. Daripada drama percintaan kepada komedi, jenayah dan misteri, kelima-lima drama ini akan menemui penonton dan ditayangkan di saluran televisyen Korea, saluran televisyen berbayar dan aplikasi berbayar lain. Antara drama yang bakal menjadi pilihan dan mencuri hati penonton Januari ini adalah Brain Cooperation, Payback, Agency, Poong, The Joseon Psychiatrist 2, dan Can We Be Strangers. Seperti biasa, senarai drama Korea yang bakal dipertontonkan ini pastinya jarang gagal untuk menarik perhatian penonton.

Brain Cooperation (KBS2)

Brain Cooperation (KBS2)
Brain Cooperation merupakan drama Korea terbaharu yang bakal membuka tirai paling awal untuk tahun 2023. Bakal ditayangkan di saluran televisyen KBS2 bermula 2 Januari, Brain Cooperation bergenre misteri dan komedi diarah oleh Lee Jin Seo. Brain Cooperation dibintangi oleh Jung Yong Hwa, Cha Tae Hyun, dan Kwak Sun Young sebagai pelakon utama mengangkat kisah penyiasatan berkaitan sains perubatan. Brain Cooperation mengisahkan seorang doktor pakar saraf kaya raya Shin Ha Ru lakonan Jung Yong Hwa dan seorang detektifpolis, Geum Myung Se lakonan Cha Tae Hyun yang tidak serasi bersama. Shin Ha Ru memiliki sifat percaya diri, namun tidak memiliki sifat bertimbang rasa manakala Geum Myung Se sebagai seorang detektif yang ‘bermulut jahat’ namun mempunyai hati yang baik.
Kedua-dua mereka ‘terpaksa’ bersahabat dalam keadaan terpaksa demi untuk menyelesaikan kes jenayah berat yang melibatkan penyakit otak. Setiap episod Brain Cooperation bakal mengundang gelak tawa dan juga debaran ketika mengikut Shin Ha Ru dan Geum Myung Se menyelesaikan kes jenayah bersama-sama. Bersama-sama dengan bantuan Penyiasat Hipnotik Seol So Jung lakonan Kwak Sun Young, berjayakah mereka menyelesaikan kes misteri ini? Jangan lupa saksikan keseluruhan 16 episod Brain Cooperation setiap minggu.

Spesifikasi Brain Cooperation (KBS2)

Genre Misteri, Komedi
Jumlah episod 16 episod
Tayangan 2 Januari 2023
Pelakon Jung Yong Hwa, Cha Tae Hyun, Kwak Sun Young, Ye Ji Won

Brain Cooperation (KBS2) Trailer

Payback (SBS)

Payback (SBS)
Payback, serial drama Korea yang akan mula bertemu penonton pada minggu pertama tahun baharu 2023 iaitu mulai 6 Januari 2023 di saluran SBS. Payback merupakan drama garapan dari sutradara Lee Won Tae dan naskahnya ditulis oleh Kim Won Seok. Drama Payback mengisahkan kisah balas dendam untuk melawan kartel wang haram yang telah bersekongkol dengan pegawai undang-undang negara berpengaruh.
Payback membawa penonton sama-sama melalui pelbagai scene dan aksi yang mendebarkan demi menumpaskan si penjahat juga melawan pihak berkuasa yang tidak cekap dan tidak adil. Payback dibintangi pelakon handalan seperti Lee Sun Gyun berperanan sebagai Eun Yong, pegawai negara berpengaruh dan pelakon terkenal Moon Chae Won sebagai Park Joon Kyung, seorang pegawai tentera dan bekas pendakwa raya yang bijak.
Ibu Park Jun Kyung menjadi korban kejahatan dan meninggal secara misteri, membuatkan Park Jun Kyung ingin balas dendam. Bintang lain yang menyerikan lagi drama Payback ini seperti Kang Yoo Seok, Park Hoon, Kim Hong Pa, dan Kim Mi Sook. Mampukah pembelot negara dihapuskan? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama aksi terbaik ini.

Spesifikasi Payback (SBS)

Genre Aksi, Thriller, Misteri
Jumlah episod 12 episod
Tayangan 6 Januari 2023
Pelakon Lee Sun Kyun, Moon Chae Won, Kang Yoo Seok, Park Hoon, Kim Hong Pa, dan Kim Mi Sook.

Payback (SBS) Trailer

Agency (JTBC)

Agency (JTBC)
Drama Agency juga bakal menemui penonton pada minggu pertama tahun 2023 iaitu bermula 7 Januari 2023 di saluran JTBC. Agency dibintangi oleh Lee Bo Young, Jo Sung Ha, dan So Na mengisahkan tentang Go Ah In (Lee Bo Young), berasal daripada keluarga miskin namun punya tekad untuk berjaya dalam bidang periklanan untuk mengubah nasib hidupnya.
Pada awalnya dia hanya merupakan seorang penulis di perusahaan iklan gergasi VC Group. Kerja keras, semangat tinggi, dan berdedikasi telah membawanya meraih posisi eksekutif tertinggi di perusahaan agensi iklan tempatnya bekerja sejak beberapa tahun lalu. Berada di puncak karier membuatkan Go Ah In berhadapan dengan pelbagai masalah dan tentangan daripada individu yang ingin menjatuhkannya.
Tidak kurang juga kemelut cinta tiga segi yang melibatkannya di perusahaan itu sedikit sebanyak mengganggu tujuan asal pendirian hidupnya. Agency diarah oleh pengarah Lee Chang Min yang banyak menghasilkan drama Korea popular lain di kaca televisyen telah menggarap sebanyak 16 episod untuk siri ini dengan sempurna untuk tontonan peminat K-Drama.

Spesifikasi Agency (JTBC)

Genre Drama, Kehidupan Perniagaan, Pengiklanan
Jumlah episod 16 episod
Tayangan 7 Januari 2023
Pelakon Lee Bo Young, Jo Sung Ha, Son Na Eun, Han Jun Woo, dan Jeon Hye Jin

Agency (JTBC) Trailer

Poong, The Joseon Psychiatrist 2 (tvN)

Poong, The Joseon Psychiatrist 2 (tvN)
Ada yang merindui drama Poong, The Joseon Psychiatrist? Kini Poong, The Joseon Psychiatrist 2 akan mula ditayangkan pada 11 Januari 2023 di saluran tvN juga VIU. Poong, The Joseon Psychiatrist 2 digarap oleh pengarah Park Won Gook dan penulis skrip Lee Bom, dibintangi pelakon asal seperti Kim Min Jae, Kim Hyang Gi, Kim Sang Kyung, Ahn Chang Hwan, Kim Soo An, dan Han Chang Min.
Pada musim pertama Poong, The Joseon Psychiatrist mengangkat kisah Lagenda perubatan Yoo Se-Poong, seorang doktor diraja yang berbakat serta hebat berkhidmat di istana. Bagaimanapun, dia terlibat dalam konspirasi yang mengancam keluarga diraja, lalu dihalau keluar daripada istana. Dia kemudian membawa diri dan singgah disebuah perkampungan terpencil yang unik iaitu Kampung Gyesu.
Di sana dia bertemu dengan pasukan pakar psikiatri Seo Eun-Woo dan Gye Ji-Han yang ‘gila-gila’. Mereka berdua meminta Yoo Se-Poong menjadi salah seorang doktor dalam pasukan mereka untuk merawat pesakit mental di kampung tersebut. Pada musim terbaru ini pasti ramai ternanti-nanti apakah perkembangan kisah cinta antara Yoo Se-poong dan Seo Eun-woo bukan? Khabarnya kisah cinta mereka akan mula mekar.

Spesifikasi Poong, The Joseon Psychiatrist 2 (tvN)

Genre Perubatan, Komedi, Romantik
Jumlah episod 10 episod
Tayangan 11 Januari 2023
Pelakon Kim Min Jae, Kim Hyang Gi, Kim Sang Kyung

Poong, The Joseon Psychiatrist 2 (tvN) Trailer

Can We Be Strangers? (ENA)

Can We Be Strangers? (ENA)
Can We Be Strangers? Drama yang ditunggu-tunggu penonton K-Drama pada Januari 2023 terutama bagi peminat pelakon cantik Kang So-ra. Can We Be Strangers? Adalah naskhah pertama melibatkan Kang So-ra selepas dia melahirkan anak sulung pada bulan April 2021. Can We Be Strangers? Akan mula ditayangkan pasa 18 Januari 2023 di saluran ENA sebanyak 12 episod. Selain Kang So-ra, Can We Be Strangers? dibintangi peneraju utama seperti Jang Seung Jo, dan Jo Eun Ji. Can We Be Strangers? mengambil latar belakang firma guaman yang pakar dalam undang-undang penceraian, memaparkan banyak isu berkaitan percintaan, kekeluargaan dan kerjaya individu berumur 30-an dan 40-an.
Can We Be Strangers? berkisah tentang bekas pasangan suami isteri berkerjaya sebagai peguam kahwin dan cerai Oh Ha Ra (Kang Sora) dan bekas suaminya Goo Eun Beom (Jang Seung Jo) kembali bertemu sebagai rakan sekerja dalam oraganisasi guaman yang sama. Konflik mula timbul apabila mereka perlu berganding bahu dan berkerjasama untuk menyelesaikan kes penceraian beberapa klien perusahaan tempat mereka bernaung. Berjayakah mereka berdua mengawal emosi dan kemarahan masing-masing demi mencari jalan penyelesaian terbaik setiap kali berdepan kes penceraian pelanggan mereka?

Spesifikasi Can We Be Strangers? (ENA)

Genre Komedi, Romantik, Kekeluargaan, Guaman
Jumlah episod 12 episod
Tayangan 18 Januari 2023
Pelakon Kang So Ra, Jung Seung Jo

Poong, The Joseon Psychiatrist 2 (tvN) Trailer

Menarik bukan kelima-lima drama baru bakal ditayangkan pada bulan Januari 2023 ini? Korea Selatan nampaknya bukan sahaja berjaya dan berbangga dengan teknologi pembuatan terkini, malah kini industri hiburannya turut berjaya menaikkan nama negara tersebut. Korea Selatan telah berjaya mewujudkan satu budaya lain menerusi drama, filem dan penyanyi K-pop sehingga mencetuskan fenomena menjadi kegilaan penduduk dunia. Drama Korea antaranya, telah menular diseluruh dunia termasuk Malaysia semakin hari semakin berkembang. Malah, ramai masyarakat tempatan mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya dan bergaya seperti selebriti Korea. Malah, produk kecantikan dan kosmetik yang digunakan artis ini juga turut menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia dek terpengaruh selepas menonton drama Korea.

Malaysia boleh belajar daripada fenomena Hallyu atau Gelombang Korea, yang dibawa Korea Selatan bagi mempromosikan negara. Korea Selatan sudah mula mempromosikan Hallyu menerusi drama dan filem. Pendekatan itu terbukti berjaya apabila Korea Selatan, kini sangat dikenali di seluruh dunia. Lokasi penggambaran, makanan, sejarah, budaya dan fesyen yang sering mereka paparkan dalam setiap diri drama atau filem sekali gus menimbulkan minat pelancong untuk ke negara itu.



Related posts