Istimewa Ramadan – 5 Pilihan Terbaik Bufet Ramadan di KL dan Selangor (Part 2)
Nikmat berbuka puasa lebih berganda jika kita bersama orang yang tersayang. Si suami balik kerja sudah terhidu bauan masakan si isteri di dapur. Alangkah indahnya bulan Ramadan jika kita penuhi dengan pelbagai amalan kebaikan. Sekali-sekala bawa isteri dan ahli keluarga keluar berbuka di luar macam menarik juga kan? Orang kata ambil hati isteri gitu.
Antara tempat menarik untuk berbuka di luar adalah di bufet Ramadan kerana ianya lebih berbaloi. Pelbagai juadah dihidangkan dengan harga yang berpatutan. Menarik lagi, sesetengah hotel atau restoran menawarkan harga early bird yang sangat berbaloi untuk pakej bufet Ramadan mereka. Jom lihat senarai bufet Ramadan yang ada di sekitar KL dan Selangor ini.
Istimewa Ramadan 2023 – 5 Pilihan Terbaik Bufet Ramadan Di KL dan Selangor (Part 2)
Hotel Maya
Ramadan tahun ini, Hotel Maya menawarkan pelbagai pilihan makanan dengan lebih daripada 200 menu istimewa. Terdapat dua restoran menyediakan pakej bufet iaitu Secret Garden @ Maya Brasserie dan Citarasa Simfoni Malaysia . Bufet Ramadan Secret Garden @ Maya Brasserie bermula 25 Mac hingga 20 April 2023. Tempahan awal sebelum 28 Feb 2023 akan mendapat harga RM 69 manakala tempahan bermula 1 Mac hingga 20 Mac ditawarkan sekadar RM 79 sahaja.
Sementara itu di Citarasa Simfoni Malaysia, anda akan dihiburkan dengan persembahan band secara langsung yang mendendangkan lagu melayu klasik. Tetamu boleh menjangkakan segala-galanya daripada hidangan kulinari Melayu klasik seperti Daging Gulai Kawah Batang Pisang, Ayam Percik Kelantan, Kari Kepala Ikan dan Udang Rendang. Buat tempahan sebelum 31 Mac untuk mendapatkan harga serendah RM 69! Pakej buffet di sini bermula 24 Mac sehingga 19 April 2023.
Kelebihan Hotel Maya
- 13 gerai makanan
- Ratusan menu menarik seperti Rojak Tonggek
- Harga early bird sangat berbaloi
- 2 tawaran bufet berbeza
Kekurangan Hotel Maya
- Tiada harga istimewa untuk warga emas bagi bufet Citarasa Simfoni Malaysia
Spesifikasi Hotel Maya
Lokasi | 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Tema Buffet | Citarasa Simfoni Malaysia & Secret Garden @ Maya Brasserie |
Tarikh | 25 Mac- 19 April 2023 |
Harga | Citarasa Simfoni Malaysia ; RM 120 (Dewasa), RM 58+ (Kanak-kanak) Secret Garden @ Maya Brasserie ; RM 95 ( Dewasa), RM 65+ (Kanak-kanak & Warga emas) |
Corus Hotel Kuala Lumpur
Hotel ini adalah sebuah hotel eksklusif terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Makanan bufetnya sungguh menyelerakan terutama untuk anda yang ingin berbuka di sini. Dengan tema Selera Ramadan, hidangan bufet ini ditawarkan di Dondang Sayang Coffee House bermula 25 Mac hingga 20 April 2023. Antara menu utama yang disediakan terdiri daripada makanan tempatan dan makanan dari setiap pelusuk negara. Pakej buffet bermula 6.30 petang hingga 10.00 malam dengan harga jamuan bersama keluarga pada hanya RM138 (Dewasa) dan RM100 (Kanak-kanak).
Kelebihan Corus Hotel Kuala Lumpu
- Lokasi strategik
- Menu dari setiap pelusuk negara
- Hidangan disediakan oleh chef berpengalaman
Kekurangan Corus Hotel Kuala Lumpur
- Tiada harga early bird
Spesifikasi Corus Hotel Kuala Lumpur
Lokasi | Jalan Ampang, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur |
---|---|
Tema Buffet | Selera Ramadan |
Tarikh | 25 Mac- 20 April 2023 |
Harga | RM 138 (Dewasa), RM 100 (Kanak-kanak) |
One World Hotel
One World Hotel juga tidak ketinggalan menawarkan bufet Ramadan dengan tema Selera Serantau di Cinnamon Coffee House. Restoran ini menawarkan lebih daripada 100 hidangan dalam empat menu bergilir dengan pelbagai perisa antarabangsa dan tempatan. Antara menu utama yang menarik perhatian di sini adalah Kambing Panggang Utuh, Ayam Panggang Percik gaya dan Tenderloin Daging Lembu Perap Panggang dengan campuran perasa, Murtabak, pelbagai hidangan panggangan dan Opor Beef Masak Pekan Style. Terdapat juga hidangan dari China, India dan Jepun disediakan. Sambil anda menjamu selera, berhiburlah dengan persembahan muzik Ghazal secara langsung dari 23 Mac hingga 20 April ini. Harga early bird dari 22 Februari hingga 22 Mac bermula dengan RM 168 untuk dewasa, RM 84 untuk kanak-kanak.
Kelebihan One World Hotel
- Lebih daripada 100 hidangan dalam empat menu bergilir
- Menu dari setiap pelusuk negara
- Antara hidangan menarik Kambing Panggang Utuh dan Ayam Panggang Percik
- Hidangan disediakan oleh chef berpengalaman
- Berhibur dengan persembahan muzik
Kekurangan One World Hotel
- Harga agak mahal
Spesifikasi One World Hotel
:
Lokasi | First Avenue, Bandar Utama City Centre, Petaling Jaya, Selangor |
---|---|
Tema Buffet | Selera Serantau |
Tarikh | 23 Mac- 21 April 2023 |
Harga | RM 208 (Dewasa), RM 104 (Kanak-kanak), 50% diskaun untuk 60 tahun ke atas |
Concorde Hotel Shah Alam
Meriahkan Ramadan bersama keluarga, rakan- rakan, dan rakan sekerja di Hotel Concorde Shah Alam dengan menikmati juadah ala kampung dan hidangan eksklusif bermula 23 Mac hingga 21 April 2023. Anda boleh menikmati pelbagai jenis juadah berbuka puasa sambil menikmati persembahan menarik. Jangan ketinggalan untuk merasakan pelbagai jenis sup yang dihidangkan di Melting Pot Café seperti bubur lambuk yang dianggap sebagai pembuka selera setiap kali Ramadan menjelma. Nak lagi berbaloi, dapatkan tawaran serendah RM 112 sebelum 21 Mac 2023 untuk harga early bird.
Kelebihan Concorde Hotel Shah Alam
- Pelbagai hidangan menarik tradisional
- Hidangan disediakan oleh chef berpengalaman
- Berhibur sambil menjamu selera
- Harga early bird berbaloi
Kekurangan Concorde Hotel Shah Alam
- Tempoh promosi early bird sangat singkat
Spesifikasi Concorde Hotel Shah Alam
:
Lokasi | 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor |
---|---|
Tema Buffet | Iftar At Concorde |
Tarikh | 23 Mac- 21 April 2023 |
Harga | RM 140 (Dewasa), RM 108 (Warga emas ), 50% diskaun untuk kanak-kanak 5-12 tahun |
Four Seasons Kuala Lumpur
Four Seasons Kuala Lumpur memperagakan hidangan bufet menggoda yang diilhamkan oleh sejarah Malaysia dengan tema Sajian Kayangan Kita. Antara menu utama yang menarik di sini adalah Mee Makanan Laut Tuaran, Kambing Panggang Utara, Itik Golek Pekan (itik salai berukir) dan Asam Pedas Salmon. Bufet ini bermula dari 22 Mac hingga 21 April 2023. Bukan hanya makanan berkonsep tradisional, malah anda juga dapat menikmati pelbagai konsep makanan yang menarik.
Kelebihan Four Seasons Kuala Lumpur
- Menu menarik dengan konsep mewah kayangan
- Antara tarikan menu utama adalah Itik Golek Pekan, Kambing panggang utara
- Menu disediakan chef pengalaman
- Lokasi strategik bersebelahan KLCC
Kekurangan Four Seasons Kuala Lumpur
- Harga agak mahal
Spesifikasi Four Seasons Kuala Lumpur
Lokasi | Four Seasons Place, 145 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur |
---|---|
Tema Buffet | Sajian Kayangan Kita |
Tarikh | 22 Mac- 21 April 2023 |
Harga | RM 289 (Dewasa), RM 145 (Kanak-Kanak) |
Ha, menarik sungguh pilihan bufet ramadan ni kan? Pilih mengikut selera dan juga saiz poket masing-masing tau. Harga yang disertakan ini berbeza mengikut lokasi dan banyak pilihan dengan harga kurang RM 200.
Yang dah plan nak berbuka di mana tu, buatlah tempahan awal untuk harga early bird yang sangat berbaloi. Dah kenyang berbuka nanti, jangan lupa solat Tarawih pula tau!