Istimewa Ramadan – Restoran Sekitar Lembah Klang Yang Menawarkan Dine In/Take Away Untuk Anda Berbuka Puasa

Istimewa Ramadan - Restoran Sekitar Lembah Klang Yang Menawarkan Dine In/Take Away Untuk Anda Berbuka Puasa
Gaya hidup


Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Selain daripada pening nak memikirkan menu-menu berbuka puasa dan sahur di rumah. Anda juga pasti ada perancangan untuk berbuka puasa dengan menu yang dibeli dari restoran atau kedai-kedai yang menjual makanan. Lebih-lebih lagi jika hari minggu, semestinya anda nak berbuka dengan makanan yang istimewa bersama keluarga. Ataupun buat mereka yang bekerja dan tidak sempat untuk memasak, pastinya Dine in atau Take Away menjadi pilihan utama anda.

Menjadi kebiasaan setiap tahun, pelbagai restoran akan menyajikan menu-menu makanan istimewa sempena bulan Ramadan. Malah, ada juga restoran yang menawarkan buffet ramadhan dengan kadar harga tertentu mengikut jenis-jenis makanan. Pendek kata, bulan puasa di Malaysia ni anda tak perlu risau tentang nak mencari tempat berbuka puasa atau membungkus makanan. Jadi, untuk edisi istimewa Ramadan 2023, jom kita lihat senarai 5 restoran sekitar Lembah Klang yang menawarkan dine in/take away untuk anda berbuka puasa.

Istimewa Ramadan 2023 – 5 Restoran Sekitar Lembah Klang Yang Menawarkan Dine In/Take Away Untuk Anda Berbuka Puasa

Amazon Vegan

Amazon Vegan
Berbuka puasa dengan makanan vegan atau vegetarian? Kedengaran agak janggal tetapi menarik lebih-lebih lagi jika anda berniat nak kuruskan badan sebelum tibanya Hari Raya. Amazon Vegan menawarkan set-set makanan seperti burger, fries, milkshake, dan tacos. Jangan risau tentang kalori dan lemak kerana yang pasti kesemua menu-menu ini diperbuat daripada sumber yang sihat, tiada sebarang penambahan gula dan juga lemak haiwan.

Jika sekali imbas, konsep di outlet Amazon Vegan ini kelihatan seperti fast food tipikal yang menyajikan makanan tinggi gula dan lemak termasuklah set menu-menu makanannya. Anda pasti akan teruja apabila mengetahui cara pembuatan menu mereka yang sangat berlainan.

Contohnya, patty pada Amazon Zerobeef Cheeseburger bukanlah diperbuat daripada daging yang sebenar, ia diolah dengan bahan alternatif 100% semulajadi tanpa gula dan lemak haiwan yang menghasilkan tekstur, bentuk malah rasa yang sama dengan daging sebenar. Milkshake pula diperbuat daripada bahan-bahan yang sihat seperti coklat, jagung, avokado dan kekacang.

Kelebihan Amazon Vegan

  • Menu 100% daripada sumber bahan semulajadi
  • Tiada gula tambahan dan lemak haiwan
  • Konsep fast food (Dine In/Take Away)

Kekurangan Amazon Vegan

  • Kurang dikenali
  • Sasaran pelanggan spesifik kepada vegan.

Info Amazon Vegan

Konsep Fast Food
Menu Western
Waktu Operasi 11.00 Pagi – 10.00 Malam (Setiap Hari)
Alamat GF-02, 163 Retail Park 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Link https://www.facebook.com/amazon.vegan/

Jeremy Chicks

Jeremy Chicks
Anda peminat ayam Hainan? Anda perlu merasai keenakan ayam Hainan dari Jeremy Chicks ini. Terdapat pelbagai menu-menu berasaskan ayam hainan yang pastinya akan merambangkan mata anda lebih-lebih dalam keadaan berpuasa. Anda akan dihidangkan dengan rasa asli pelbagai versi ayam Hainan yang direbus, dipanggang, bbq, digoreng, percik dan juga kicap.

Selain daripada nasi ayam Hainan yang sentiasa menjadi tarikan utama di sini, restoran yang 100% halal dan muslim friendly ini turut menghidangkan beberapa menu set mee wantan bersama ayam hainan yang akan membuat anda sentiasa melihat jam menunggu masuk waktu berbuka puasa. Ayam Hainan rebus yang menjadi signature disini dimasak menggunakan resepi Hainan asli tanpa diolah menjadikan rasanya sentiasa autentik.

Sekiranya anda ingin berbuka puasa bersama keluarga menikmati keenakan rasa ayam hainan disini, anda boleh sahaja berkunjung ke outletnya yang terletak di SS15 Subang Jaya. Selain dine-In, anda juga mempunyai pilihan untuk take away malah penghantaran secara terus ke rumah juga boleh dilakukan menerusi tempahan di laman web Jeremy Chicks.

Kelebihan Jeremy Chicks

  • Pelbagai menu ayam hainan
  • Resepi hainan asli
  • 100% halal dan muslim friendly
  • Penghantaran terus ke rumah

Kekurangan Jeremy Chicks

  • Tempat letak kereta yang sangat terhad di SS15

Info Jeremy Chicks

Konsep Restoran 100% Muslim Friendly
Menu Ayam Hainan
Waktu Operasi 10.30 Pagi – 10.00 Malam (Setiap Hari)
Alamat 30, Jalan SS 15/4d, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Link https://www.facebook.com/jeremyschicksmalaysia/

Restoran Kapitan Tandoori House

Restoran Kapitan Tandoori House
Sesekali untuk berbuka puasa, apa kata anda ubah sikit selera anda untuk menjamah makanan-makanan berempah dari India. Aroma rempah asli daripada menu-menu di Restoran Kapitan Tandoori House ini pasti membuat anda tak sabar nak berbuka puasa. Terletak di TTDI, restoran ini menawarkan makanan-makanan seperti nasi beriani, ayam tandoori, milani, roti naan, murtabak, kebab, kambing dan juga nasi kandar.

Salah satu tarikan restoran ini adalah keenakan ayam tandoorinya yang berempah, lembut, berjus, bahkan saiznya agak besar bersesuaian dengan harganya. Selain daripada menu nasi beriani biasa, restoran ini juga turut menjual nasi beriani claypot yang panas dan segar untuk anda nikmati. Persekitaran dalaman restoran ini sangat selesa, vibe yang ditonjolkan membuatkan anda akan terasa seperti sedang makan di sebuah restoran mahal.

Sesuai lah untuk anda dan keluarga dine in dan berbuka puasa di sini. Tetapi, jika anda ingin merasai keenakan menu-menu ini dirumah, anda juga boleh take away dan menikmatinya bersama keluarga.

Kelebihan Restoran Kapitan Tandoori House

  • Menu yang banyak
  • Ayam tandoori yang berempah, lembut dan berjus
  • Suasana dalam restoran yang sangat selesa

Kekurangan Restoran Kapitan Tandoori House

  • Rasa rempah yang kuat, tidak semua pelanggan suka

Info Restoran Kapitan Tandoori House

Konsep Restoran Mamak
Menu Masakan India
Waktu Operasi 10.30 Pagi – 11.45 Malam (Setiap Hari)
Alamat 50, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Link https://www.instagram.com/kapitan_sdn_bhd/?hl=en

Lokal Resto

Lokal Resto
Peminat makanan-makanan tempatan pasti akan menyukai menu-menu dari Lokal Resto ini. Terletak di Batu Caves, Lokal Resto adalah sebuah restoran yang beroperasi dari rumah. Ia menawarkan banyak menu-menu tempatan dengan set-set nasi beserta lauk yang akan membuat anda kecur air liur sebelum berbuka puasa. Diantara menu menarik yang anda boleh dapati dari Lokal Resto ini adalah Nasi Daging Salai Masak Lemak, Nasi Itik Salai Masak Lemak, Nasi Sup Kambing Kawdu bahkan ada juga Nasi Lamb Shank Salai Masak Lemak dan pelbagai lagi.

Menu-menu disini didatangkan dalam sebuah set yang lengkap, ia lebih memudahkan untuk anda membeli. Tarikan utama bagi Lokal Resto ini ialah masakan salai masak lemak. Rasa salai dan smoky yang cukup kuat diseimbangkan dengan rasa manis, pedas dan masin dari kuah masak lemaknya menjadikan ianya menu yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Oleh kerana Lokal Resto ini beroperasi dari rumah, ia tidak mempunyai kapasiti untuk dine in, tetapi anda masih boleh membeli dengan cara take away ataupun penghantaran terus ke rumah melalui aplikasi penghantaran.

Kelebihan Lokal Resto

  • Menu tempatan yang pelbagai
  • Menu didatangkan dalam bentuk set
  • Masakan salai yang sentiasa mendapat permintaan tinggi

Kekurangan Lokal Resto

  • Tidak boleh dine-in kerana beroperasi sepenuhnya dari rumah

Info Lokal Resto

Konsep Restoran dari rumah
Menu Masakan tempatan
Waktu Operasi 10.00 Pagi – 4.00 Petang (Kecuali Ahad)
Alamat 312, Jalan Nakhoda Dalam, Kampung Nakhoda, 68100, Batu Caves Selangor
Link https://www.instagram.com/lokalresto6/?hl=en

SugarBun

SugarBun
SugarBun adalah sebuah rangkaian restoran fastfood yang mempunyai banyak outlet di Sarawak, Labuan, Semenanjung Malaysia, Brunei dan termasuk juga Bangladesh. Secara keseluruhan, SugarBun mempunyai hampir 89 outlet ketika ini. Sebuah restoran yang menawarkan kepelbagaian menu seperti makanan western dan makanan asian. Yang lebih menarik, disini juga terdapat makanan-makanan borneo seperti broasted chicken, iaitu ayam yang direbus dan dipanggang serta Laksa Sarawak yang sangat ikonik dengan negeri ini. Kepelbagaian menu ini menjadikan SugarBun sangat unik. Terdapat juga menu yang didatangkan dalam bentuk set terutamanya untuk kanak-kanak. Tiada masalah untuk anda dine in dan take away di restoran ini kerana ianya berkonsepkan fast food. Jadi buat anda yang berada di mana-mana negeri yang mempunyai outlet SugarBun ini, boleh lah cuba berbuka puasa dengan keluarga anda Ramadhan tahun ini.

Kelebihan SugarBun

  • Kepelbagaian menu campuran
  • Outlet yang banyak
  • Menu tempatan sebagai menu utama

Kekurangan SugarBun

  • Kurang dikenali berbanding fast food lain

Info SugarBun

Konsep Fast food
Menu Western, asian dan Borneo
Waktu Operasi 10.00 Pagi – 10.00 Malam (Setiap Hari)
Alamat 01 & 02, Ground Floor, Unit, 48, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Link http://www.sugarbun.com/outlets

Terdapat banyak lagi restoran-restoran yang menawarkan dine in dan take away sepanjang bulan ramadan. Walaupun terpaksa bersaing dengan lambakan bazar Ramadan tetapi makanan-makanan dari restoran juga tidak kurang hebatnya bahkan harganya juga berpatutan. Mungkin pada hari minggu anda boleh luangkan waktu berbuka puasa di restoran bersama keluarga ataupun membeli juadah berbuka dari sana. Lebih santai dan anda tidak perlu bersesak serta beratur panjang seperti di bazar.

Tetapi harus diingat, dalam membeli juadah berbuka, anda harus mengelakkan pembaziran. Pastikan anda mampu menghabiskan makanan yang anda pesan dan beli. Memang bulan ramadan adalah syurga makanan, tetapi lebih elok jika anda bersederhana dalam segala hal.



Related posts