Rahsia Masakan Terbaik Malaysia: 5 Sos Ikan Terbaik Yang Perlu Anda Cuba

Rahsia Masakan Terbaik Malaysia: 5 Sos Ikan Terbaik Yang Perlu Anda Cuba
Gaya hidup


Sos ikan adalah salah satu penyedap rasa bagi kebanyakan masakan tempatan, Thai, Vietnam serta lain-lain. Anda pasti pernah merasa keenakan masakan yang terhasil dari campuran sos ikan ini. Fungsinya yang memberikan keseimbangan rasa masin dan lemak ini menjadikan ianya sebagai satu pelengkap masakan yang wajib untuk anda sediakan di dapur ruangan anda memasak.

Di Thailand, orang-orang Thai selalunya menggunakan sos ikan ini bagi menggantikan garam kerana ia sudah cukup masin. Dan mereka mengenali dan memanggil sos ikan sebagai kicap sotong. Makanan seperti Tom Yam atau Nasi Goreng Nenas adalah diantara masakan Thai yang menggunakan sos ikan, manakala sos untuk Vietnamese Role juga sangat sedap jika diadun dengan sedikit sos ikan. Tidak perlu letak terlalu banyak, cukup sekadar satu atau dua sudu untuk mendapatkan rasa masin dan lemak yang seimbang. Untuk mendapatkan sos ikan di pasaran tidaklah terlalu sukar kerana terdapat beberapa jenama sos ikan di Malaysia yang diiktirafkan halal oleh Jakim, malah ada yang diiktirafkan halal oleh pihak berkuasa bagi makanan halal Thailand. Jadi, khas buat anda yang mencari sos ikan terbaik dan tahan lama, berikut adalah senarai 5 sos ikan terbaik yang perlu anda cuba.

Sos Ikan Thai No.1 Kicap Masin Halal dan Viral Thailand

Sos Ikan Thai No.1 Kicap Masin Halal dan Viral Thailand
Dengan memandang sekali imbas kepada bungkusannya, pasti anda akan mengetahui produk sos ikan ini datangnya daripada negara Thailand. Dikenali sebagai sos ikan Thai nombor satu dan viral dari Thailand, produk ini adalah sejenis sos ikan berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada hasil pemeraman ikan dengan garam laut. Dengan isipadu 700 ml, ia sesuai digunakan sebagai perasa tambahan dalam pelbagai jenis masakan. Selain berfungsi sebagai perasa tambahan, sos ikan ini juga digunakan sebagai salah satu bahan asas untuk perasa kuah celup. Disebabkan ia mempunyai kandungan glutamat, sos ikan ini akan menghasilkan rasa ‘umami’ yang pasti akan merangsang deria rasa anda dan membuatkan anda kecur air liur. Harganya sangat mampu milik iaitu hanya RM 4.20 untuk sebotol sos ikan berkapasiti 700 ml. Pastinya ia adalah pembelian yang sangat berbaloi.

Kelebihan Sos Ikan Thai No.1 Kicap Masin Halal dan Viral Thailand:

  • Halal
  • Murah
  • Isipadu kandungan yang banyak; 700 ml
  • Rasa sedikit masam kerana kandungan glutamat tinggi

Kekurangan Sos Ikan Thai No.1 Kicap Masin Halal dan Viral Thailand:

  • Bukan buatan Malaysia

Info Sos Ikan Thai No.1 Kicap Masin Halal dan Viral Thailand:

Negara asal pengeluar: Thailand
Saiz Bungkusan: 700 ml
Harga: RM 4.20

Sos Ikan Cap Ketereh

Sos Ikan Cap Ketereh
Selain daripada budu cap Ketereh yang sangat terkenal di Kelantan dan seantero Malaysia, syarikat ini turut menawarkan produk sos ikan dibawah jenama yang sama. Sos Ikan Cap Ketereh adalah sebuah produk sos ikan kebanggaan tempatan dan penduduk setempat yang dibuat dan dikilangkan di Tumpat, Kelantan. Ia menggunakan ikan bilis sebagai bahan asasnya. Produk ini bermula dengan perniagaan kecil-kecilan di ruang dapur bermula pada tahun 1978, namun kini tiada siapa yang menjangka yang jenama ini mampu menjadi salah satu pengeluar sos ikan yang terbesar di Malaysia. Pastinya anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan statusnya kerana sos ikan ini telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan dan sijil halal dari JAKIM. Selain berfungsi sebagai penambah perasa, sos ikan Cap Ketereh yang mempunyai kandungan isipadu 315 ml ini juga sangat sedap apabila dicampurkan di dalam kerabu dan ulam-ulaman. Harganya sangat murah dan berpatutan, hanya RM 3.00 untuk sebotol kecil. Yang penting, ia mudah untuk disimpan dan dibawa kemana sahaja.

Kelebihan Sos Ikan Cap Ketereh:

  • Buatan Malaysia
  • Bau yang tidak kuat
  • Murah
  • Halal

Kekurangan Sos Ikan Cap Ketereh:

  • Rasa sedikit manis
  • Bungkusan botol yang kecil

Info Sos Ikan Cap Ketereh:

Negara asal pengeluar: Malaysia
Saiz Bungkusan: 315 ml
Harga: RM 3.00

Lien Thanh Vegetarian Fish Sauce

Lien Thanh Vegetarian Fish Sauce
Lien Thanh Vegetarian Fish Sauce adalah sebuah produk sos ikan yang diimport dari negara Vietnam. Tidak perlu anda risau tentang statusnya kerana ia telah mendapat pelbagai pengesahan dan sijil seperti Halal Jakim Malaysia, FDA, ISO dan Food Safety Certificate. Produk ini menggunakan hanya 45% ekstrak dari ikan bilis, menjadikan ianya sangat sesuai dalam penyediaan masakan berasaskan salmon kerana rasa ikan bilis yang tidak terlampau kuat dan cukup rasa. Ia sesuai digunakan untuk menaikkan rasa pada masakan menu Ikan Salmon bagi merangsang deria rasa dan selera serta mengelakkan rasa muak. Penyediaan dan pembuatan sos ikan Lien Thanh ini masih menggunakan cara tradisional dari turun-temurun demi mengekalkan keunikan dan rasa autentik pada sos ikan ini. Dijual dalam bungkusan botol dengan isipadu kandungan 300 ml, sos ikan ini dijual di pasaran dengan harga RM 2.50 sebotol.

Kelebihan Lien Thanh Vegetarian Fish Sauce:

  • Halal
  • Mudah digunakan
  • Tidak hanyir
  • Murah

Kekurangan Lien Thanh Vegetarian Fish Sauce:

  • Bungkusan botol yang kecil
  • Kandungan garam tinggi

Info Lien Thanh Vegetarian Fish Sauce:

Negara asal pengeluar: Vietnam
Saiz Bungkusan: 300 ml
Harga: RM 2.50

Phu Quoc Fish Sauce

Phu Quoc Fish Sauce
Phu Quos fish sauce adalah sebuah jenama Sos ikan manis keluaran negara Vietnam yang tidak mempunyai sebarang kandungan MSG atau pengawet. Ia adalah 100% proses pengekstrakan menggunakan ikan bilis, garam dan air sahaja tanpa sebarang campuran bahan-bahan lain. Nama Phu Quoc ini adalah diinspirasikan daripada tempat sos ikan ini dihasilkan iaitu di Phu Quoc, sebuah wilayah paling terkenal di Vietnam untuk pengeluaran sos ikan dan turut didaftarkan sebagai petunjuk Geografi. Mempunyai rasa Umami yang kuat, pastinya produk ini mempunyai aftertaste yang sangat tahan lama. Disebabkan itu, sos ikan ini sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam bahan perapan serta dijadikan perasa tambahan untuk gorengan. Selain itu, ia juga sesuai untuk diadunkan bersama salad dressings. Dengan isipadu kandungan sebanyak 525 ml, anda boleh mendapatkan sos ikan ini dengan harga RM 29.90 sahaja.

Kelebihan Phu Quoc Fish Sauce:

  • Tiada kandungan MSG atau pengawet
  • Rasa Umami yang kuat
  • Mudah digunakan

Kekurangan Phu Quoc Fish Sauce:

  • Bukan buatan Malaysia

Info Phu Quoc Fish Sauce:

Negara asal pengeluar: Vietnam
Saiz Bungkusan: 525 ml
Harga: RM 29.90

Chin-Su Nam Ngu Nuoc Mam

Chin-Su Nam Ngu Nuoc Mam
Chin-Su Nam Ngu adalah sebuah produk Sos Ikan yang popular di negara Vietnam. Ia turut menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana rasa dan fungsinya yang pelbagai. Ia boleh digunakan dalam beberapa kaedah masakan seperti celup, perapan ataupun sebagai rempah ratus. Dan sos ikan ini adalah diantara sos ikan yang sedap digunakan untuk membuat sup. Proses pembuatan sos ikan ini hanya menggunakan ikan bilis yang segar dan bersaiz sederhana sahaja, dan ikan-ikan bilis ini didapati di wilayah sekitar negara Vietnam seperti Nha Trang, Phan Tiet dan Phu Quoc. Ikan-ikan yang kecil dan rosak tidak akan digunakan sama sekali dalam pembuatannya untuk menjamin kualiti sos ikan ini. Dari segi prosedur penyediaan pula, stok-stok sos ikan ini perlu melalui pemeriksaan sehingga 15 peringkat dengan pemeriksaan kualiti secara menyeluruh bagi memastikan hanya produk yang terbaik sahaja dijual ke pasaran. Selain itu, sos ikan ini juga telah menerima beberapa pensijilan seperti FDA, HACCP, ISO dan JAKIM. Selain sup, sos ini juga boleh digunakan sebagai perasa tambahan untuk masakan sayuran seperti sayur campur goreng.

Kelebihan Chin-Su Nam Ngu Nuoc Mam:

  • Halal
  • Mudah digunakan
  • Sesuai untuk sup

Kekurangan Chin-Su Nam Ngu Nuoc Mam:

  • Bukan buatan Malaysia

Info Chin-Su Nam Ngu Nuoc Mam:

Negara asal pengeluar: Vietnam
Saiz Bungkusan: 500 ml
Harga: RM 7.90

Sos ikan ialah salah satu perasa popular di Malaysia. Selain digunakan sebagai perasa dan sos pencicah, ia turut boleh digunakan dalam pelbagai hidangan lain seperti salad dressings, sup, rebusan, tumis dan perapan. Untuk mendapatkan kualiti sos ikan yang terbaik, adalah berbaloi untuk anda berbelanja lebih bagi mendapatkan sos ikan kategori premium yang menggunakan bahan semulajadi. Selain daripada rasanya yang enak, ia juga turut menyihatkan.

Dalam memilih sos ikan, adalah penting untuk anda mengutamakan bahan-bahan dan kualiti produk. Cari sos ikan yang diproses menggunakan 100% bahan semulajadi tanpa pengawet tambahan. Selain itu, rasa bagi setiap sos ikan adalah berlainan, anda perlu tahu rasa dan jenis sos ikan yang anda mahu sebelum membuat pembelian.



Related posts