5 Sabun Basuh Pakaian Bayi Selamat & Lembut, Pilihan Ibu Bapa Di Malaysia

5 Sabun Basuh Pakaian Bayi Selamat & Lembut, Pilihan Ibu Bapa Di Malaysia
Ibu dan anak


Umum sedia maklum, bayi mempunyai kulit yang sangat halus dan sensitif berbanding orang dewasa. Sistem badan bayi masih belum matang dan sangat sensitif, maka mudah mengalami masalah kulit seperti ruam, iritasi dan ekzema. Sekali terkena, mengambil masa yang agak lama untuk dirawat dan pulih sepenuhnya. Salah satu punca menjadi penyebab perkara ini berlaku adalah penggunaan produk bukan penjagaan diri bayi yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Penting untuk anda tahu bahawa baju bayi perlu dibasuh secara berasingan dengan baju orang dewasa menggunakan sabun khas. Hal ini kerana, bahan yang digunakan dalam sabun basuh pakaian bayi adalah lebih lembut dan tidak mencederakan kulit bayi yang masih halus. Detergen atau sabun basuh baju komersial yang digunakan untuk pakaian orang dewasa biasanya mengandungi bahan kimia dan pewangi akan menyebabkan kerengsaan kepada kulit bayi sensitif di awal usia. Jadi, sebagai ibu bapa yang prihatin, jangan lupa untuk membeli pencuci pakaian yang sesuai untuk bayi anda. Ini 5 pilihan sabun basuh pakaian untuk bayi yang menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia. Paling penting selamat dan lembut.

Applecrumby™ Baby Laundry Detergent 1L

Applecrumby™ Baby Laundry Detergent 1L
Applecrumby™ merupakan jenama produk penjagaan bayi yang ekslusif. Prinsip Applecrumby™ adalah menghasilkan bahan pembersih yang lembut, menghidratkan kulit, melembapkan kulit dan mampu melindungi kulit daripada bahan perengsa. Applecrumby™ Baby Laundry Detergent 1L merupakan produk pencuci pakaian menjadi pilihan ibu bapa di bandar besar di rumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi dan organik seperti Organic Aloe Barbadensis Leaf Juice, ekstrak Organic Lavandula Stoechas dan pembersih berasaskan kelapa . Produk ini dirumus khas untuk kulit bayi yang sensitif kerana tidak mengandungi sebarang pewangi sintetik dan bahan kimia yang berbahaya seperti Phosphates, NPE, SLS, SLES, Formaldehyde, Phthalates, Phosphates, Chlorine, Optical Brighteners dan pewangi tiruan. Aroma yang segar pada Applecrumby™ Baby Laundry Detergent 1L pasti digemari oleh sesiapa sahaja yang menghidunya hasil formulasi menggunakan minyak limau gedang dan citrus semulajadi

Kelebihan produk

  • Membantu menghilangkan kesan kuning tumpahan susu bayi di pakaian
  • Menggunakan sumber semula jadi dan organik
  • Sesuai untuk pakaian bayi yang mengalami kulit sensitif
  • Tidak mengandungi sebarang pewangi sintetik dan bahan kimia yang

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran
  • Pelembut pakaian dijual berasingan
  • Produk terdapat di pasaraya terpilih sahaja

Spesifikasi produk

Isipada 1 Liter
Cadangan penggunaan Untuk basuhan biasa, gunakan dua penutup penuh
Harga RM23.90

Buds Organics Baby Safe Laundry Detergent 1000ML

Buds Organics Baby Safe Laundry Detergent 1000ML
Jenama Buds Organics sama seperti Applecrumby™ hadir dalam produk yang premium dan ekslusif menjadi pilihan ibu bapa di bandar besar. Memahami keperluan bayi, Buds Organics rangkaian penjagaan kulit yang selamat, memperkenalkan koleksi organik untuk mencuci pakaian iaitu Buds Organics Baby Safe Laundry Detergent 1000ML. Formulasi detergen dari Buds Organics ini adalah bahan-bahan berasaskan tumbuhan organik dan mudah terbiodegradasi seperti ekstrak daun lidah buaya dan pewangi organic minyak pati buah limau digunakan bagi melindungi bayi anda sepenuhnya. Rumusan khas ini juga berkesan menghilangkan segala kekotoran yang terkena pakaian si manja anda. Buds Organics Baby Safe Laundry Detergent 1000ML dianugerahkan sijil ECOCERT, sebuah badan pensijilan antarabangsa kerana produk ini tidak mengandungi sebarang pewangi, pewarna, dan enzim sintetik.

Kelebihan produk

  • Menggunakan sumber semula jadi dan organik
  • Aroma semula jadi yang harum serasi dengan bau bayi
  • Dianugerahkan sijil ECOCERT
  • Sesuai untuk pakaian bayi yang mengalami kulit sensitif
  • Tidak mengandungi sebarang pewangi sintetik dan bahan kimia yang

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran
  • Pelembut pakaian dijual berasingan

Spesifikasi produk

Isipadu 1000ML
Cadangan penggunaan Satu penutup penuh untuk cucian biasa.
Harga RM47.72

Nappikleen Antibacterial Liquid Wash 2kg

Nappikleen Antibacterial Liquid Wash 2kg
Nappikleen Antibacterial Liquid Wash 2kg sabun pencuci pakaian khas untuk bayi mengandungi enzim duo yang menghilangkan kotoran yang sangat degil dan membunuh 99.9 peratus bakteria melalui agen antibakteri nya. Ia berkesan menanggalkan kesan peluh, kesan bocoran urin bayi, membasmi kuman pakaian, memberikan perlindungan yang tahan lama dan mengekalkan kelembutan fabriknya. Nappikleen Antibacterial Liquid Wash 2kg sesuai untuk semua jenis fabrik halus dan pakaian tebal diformulasi dengan kandungan PH seimbang. Ia secara efektif membuang tompok kotoran dan mencegah pakaian daripada bau hapak dengan formulasi antifungi dan anti bakteria. Nappikleen Antibacterial Liquid Wash 2kg sangat disyorkan penggunaannya dengan cuaca di Malaysia ketika musim hujan dan tengkujuh juga cucian hari biasa.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Menghilangkan kotoran tegar dan membunuh 99.9% bakteria
  • Harum dan lembut pada pakaian, mencegah bau hapak
  • Mempunyai kandungan PH seimbang

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai untuk bayi mempunyai masalah kulit
  • Perlu simpan di tempat yang kering

Spesifikasi produk

Isipadu 2KG
Cadangan penggunaan Untuk basuhan biasa, gunakan satu penutup penuh
Harga RM18.90

Anakku Baby Laundry Detergent With Softener 2L

Anakku Baby Laundry Detergent With Softener 2L
Sabun cuci pakaian dari Annakku ini adalah antara detergen yang menjadi pilihan ramai ibu bapa di Malaysia. Ia hadir bersama pencuci dan pelembut dalam satu botol yang sama. Sabun pencuci ini bukan sahaja wangi, tetapi juga berkesan untuk melembutkan dan membersihkan kotoran degil pada baju bayi anda. Anakku Baby Laundry Detergent With Softener 2L memiliki PH seimbang dan tanpa paraben, alkohol, SLS, pewarna dan bahan perengsa yang lain. Malah, pewangi yang digunakan tanpa alergen, berbau harum tanpa menyebabkan iritasi kulit serta disahkan halal. Anakku Baby Laundry Detergent With Softener 2L diformulasi menggunakan surfaktan berasaskan tumbuhan organik iaitu jus lidah buaya dan teknologi enzim yang bermutu tinggi. Bebas daripada formalin, fosfat, serta peluntur yang berbahaya pada kulit si manja anda, pencuci ini sesuai untuk basuhan kali pertama pakaian bayi baru lahir.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Kandungan 2 dalam 1 iaitu pencuci dan pelembut
  • Memiliki PH seimbang dan tanpa paraben, alkohol, SLS, pewarna dan bahan perengsa
  • Diformulasi menggunakan surfaktan berasaskan tumbuhan organik iaitu jus lidah buaya
  • Mudah dapat di pasaran

Kekurangan produk

  • Perlu simpan di tempat yang kering

Spesifikasi produk

Isipadu 2L
Cadangan penggunaan Satu penutup penuh untuk cucian biasa.
Harga RM19.90

K-Mom Laundry Detergent 1700ML

K-Mom Laundry Detergent 1700ML
Dedikasi jenama K-Mom adalah ke arah melindungi kanak-kanak daripada bahan kimia berbahaya juga dilaksanakan dengan menggunakan bahan organik sebenar yang dibuktikan dengan pengiktirafan sijil ECOCERT, salah satu badan pensijilan organik terkenal di dunia. K-Mom Laundry Detergent 1700ML adalah produk pencuci pakaian bayi berasal daripada Korea khas untuk si manja yang mempunyai masalah kulit sensitif. K-Mom Laundry Detergent 1700ML adalah sepenuhnya hipoalergenik dan selamat digunakan untuk bayi mempunyai masalah eczema. K-Mom Laundry Detergent 1700ML mengandungi kandungan sepenuhnya berasaskan tumbuhan semula jadi termasuk ekstrak daun aloe vera organik, ekstra lavendar, ekstrak bunga chamomile, ekstrak pegaga dan teh hijau. Diformulasikan bersama agen antibakteria untuk melindungi kulit bayi daripada kuman dan bakteria bahaya. Sabun basuh pakaian bayi ini juga tidak mengandungi 10 jenis bahan kimia berbahaya yang berpotensi menyebabkan kerengsaan kulit seperti Paraben, Phenoxyethanol, bahan pengawet, Pewarna, Minyak, Triethanolamine, Etanol, Benzyl Alcohol, Sulfate Surfactants, Talc dan Propylene Glycol.

Kelebihan produk

  • Bebas 10 jenis bahan kimia berbahaya
  • Menggunakan sumber semula jadi dan organik
  • Sesuai untuk pakaian bayi yang mengalami kulit sensitive seperti ekzema
  • Berasaskan tumbuhan semula jadi termasuk ekstrak daun aloe vera organik, ekstra lavendar, ekstrak bunga chamomile, ekstrak pegaga dan teh hijau

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran
  • Produk terdapat di pasaraya terpilih sahaja

Spesifikasi produk

Isipadu 1700ml
Cadangan penggunaan
Harga RM 48.90

Buat anda ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata, pasti ada rasa gusar dan keliru tentang pemilihan sabun basuh pakaian untuk bayi bukan? Memang banyak sebenarnya produk tersebut dipasaran. Usaha menjaga kesihatan bayi anda, pilihlah jenama barangan bayi yang selamat. Sentiasa semak kandungan barangan tersebut dengan teliti bagi memastikan sumber penghasilan barangan tersebut adalah khas untuk bayi. Sebelum membuat pembelian pastikan sabun basuh pakaian bayi mempunyai hipoalergenik dan bebas bahan kimia, pewangi yang berbahaya.

Bagi ibu bapa yang baru memiliki bayi, membasuh pakaian si kecil adalah sesuatu yang janggal. Ini mungkin tip berguna untuk kalian agar proses membasuh pakaian si manja berjalan lancar. Paling utama, cuci pakaian bayi dengan merendamnya sekurang-kurangnya satu jam dengan sabun pencuci khusus dan mesra bayi. Jika ingin guna pelembut fabrik, pastikan ianya juga bersifat hipoalergenik. Pada yang tidak tahu, hampir kesemua pakaian bayi tidak perlu diseterika. Tetapi jika terpaksa, elakkan suhu terlalu tinggi kerana ia berisiko merosakkan kelembutan pakaian bayi yang telah dicuci.



Related posts