Dapatkan 5 Produk Penghalau Nyamuk Mesra Bayi Terbaik Untuk Melindungi Si Manja

Dapatkan 5 Produk Penghalau Nyamuk Mesra Bayi Terbaik Untuk Melindungi Si Manja
Ibu dan anak


Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendorong anak-anak keluar rumah melakukan aktiviti menyihatkan. Melakukan aktiviti luar boleh membuka pemikiran dan merangsang minda anak-anak terutama bayi untuk membangunkan skil motornya selain menambah pengetahuannya. Jika ada ibu bapa yang bimbang membawa anak keluar dengan alasan tidak mahu digigit nyamuk terutama aedes, kini ada pelbagai produk penghalau nyamuk yang boleh digunakan untuk mengelakkan risiko denggi.

Nyamuk sememangnya menjadi musuh manusia. Gigitannya bukan saja membuatkan gatal-gatal kulit, malah membawa virus pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi, malaria dan chikungunya. Bagi menghalau nyamuk, ramai menggunakan penghalau nyamuk mengandungi bahan kimia yang turut berpotensi mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan terutamanya kanak-kanak. Sedangkan anda boleh mencuba kaedah alternatif yang lebih selamat untuk menghalau nyamuk di rumah menggunakan produk mesra bayi di pasaran. Nah, ini lima produk penghalau nyamuk mesra bayi terbaik untuk lindungi si manja. Dapatkan segera di pasaran!

Carrie Mozzibuster UV 100ML

Carrie Mozzibuster UV 100ML

Jenama bayi popular ‘Carrie’, mengambil masa dua tahun bagi membangunkan produk penghalau nyamuk selamat Carrie Mozzibuster UV secara teliti. Ia didaftarkan di bawah badan berkanun iaitu Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Carrie Mozzibuster UV datang dalam pilihan dua pek warna hijau dan jingga (bersaiz 50ml dan 100ml) berupa losyen untuk menghalau nyamuk. Carrie Mozzibuster UV sudah diuji untuk menghalau nyamuk sehingga lapan jam lamanya, sesuai untuk kegunaan setiap hari bagi perlindungan di dalam dan luar rumah. Carrie Mozzibuster UV dilengkapi perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak selain diiktiraf dengan sijil halal.

Kelebihan produk

  • Ada dua pilihan pek berwarna hijau dan jingga
  • Mampu menghalang gigitan nyamuk sehingga 8 jam
  • Dilengkapi dengan pelindung sinaran matahari
  • Diiktiraf selamat dan Halal

Kekurangan produk

  • Khas untuk sapuan di kulit sahaja

Spesifikasi produk

Saiz 100ML
Cadangan penggunaan Sapukan pada bahagian kulit yang terdedah
Harga RM13.99

Bio-D Denguard Plus Mosquito Repellent Spray 100ML

Bio-D Denguard Plus Mosquito Repellent Spray 100ML
Bio-D Denguard Plus Mosquito Repellent Spray merupakan produk penghalau nyamuk bebas toksin dan 100 peratus selamat untuk bayi dan juga yang berkulit sensitif. Bio-D Denguard Plus Mosquito Repellent Spray tidak mengandungi sebarang bahan kimia bahaya seperti DEET dan Citronella. Bio-D Denguard Plus Mosquito Repellent Spray diformulasikan bersama EGX 101 (tumbuhan tomato liar), ramuan digunakan untuk menghalau aedes dan nyamuk pembawa Zika. Bio-D Denguard Plus Mosquito Repellent Spray juga berkesan untuk menghalau serangga lain seperti pepijat di tilam. Berbau harum seperti lavender, Bio-D Denguard Plus Mosquito Repellent Spray berkesan untuk menghalau nyamuk untuk tempoh 5 jam penggunaan. Saiznya yang kecil, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh disembur pada permukaan kulit terdedah atau pakaian si manja.

Kelebihan produk

  • 100 peratus selamat untuk bayi berkulit sensitif
  • Bebas toksik
  • Melindungi daripada pelbagai jenis serangga
  • Untuk kegunaan pada kulit atau objek sahaja

Kekurangan produk

  • Tidak berkesan untuk semburan terbuka dan kawasan luas seperti racun perosak biasa

Spesifikasi produk

Saiz 100ML
Cadangan penggunaan Semburan pakaian, Semburan kulit langsung
Harga RM17.90

Pureen Rekito Mosquito Repellent 75ML

Pureen Rekito Mosquito Repellent 75ML
Pureen Rekito Mosquito Repellent menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk melindungi bayi berumur 12 bulan ke atas daripada gigitan nyamuk. Pureen Rekito Mosquito Repellent hadir dengan tekstur tidak melekit dan tidak berminyak diformulasikan bersama 20 peratus Ethyl butylacetylaminopropinate dan mengandungi witch hazel yang menenangkan kulit dengan melegakan keradangan. Ia juga adalah produk bebas toksin dan mesra bayi. Selain nyamuk, Pureen Rekito Mosquito Repellent berhasil untuk menghalau serangga lain seperti lalat, tebuan, lebah dan kutu daripada mendekati kulit si manja. Pureen Rekito Mosquito Repellent boleh disembur pada pakaian dan kulit bayi yang terdedah untuk menghalau nyamuk enam sehingga lapan jam lamanya . Saiz botol Pureen Rekito Mosquito Repellent yang kecil menjadikannya mudah dimasukkan ke dalam beg atau poket anda untuk di bawa keluar bila-bila masa sahaja.

Kelebihan produk

  • Bebas toksik
  • Mesra bayi
  • Menghalau nyamuk, lalat, kutu, lebah dan tebuan
  • Tidak berminyak dan melekit

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai untuk kegunaan bayi bawah 12 bulan
  • Elakkan terkena mata dan mulut

Spesifikasi produk

Saiz 75ML
Cadangan penggunaan Sembur pada bahagian kulit atau pakaian yang terdedah. Kemudian sapu dengan rata
Harga RM18.90

Buds Mozzie Clear Lotion 75ML

Buds Mozzie Clear Lotion 75ML

Jenama Buds sinonim dengan produk penjagaan bayi yang dipercayai, organik dan selamat. Buds turut menampilkan produk penghalau nyamuk terbaik mereka iaitu Buds Mozzie Clear Lotion. Selain kandungannya menjadi senjata utama menghalau nyamuk, Buds Mozzie Clear Lotion direka dengan mengambil kira kehalusan kulit bayi dan menggunakan bahan seperti minyak citronella, mentega shea, aloe vera, jojoba serta minyak bunga matahari. Buds Mozzie Clear Lotion juga menggunakan ekstrak daun minyak zaitun yang kaya dengan antioksidan mampu menyembuhkan kesan bintat gigitan nyamuk lebih cepat selain menghalang keradangan dan kerengsaan. Saiz Buds Mozzie Clear Lotion yang comel mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh disapu pada permukaan kulit terdedah sama ada siang atau malam keberkesanan sehingga lebih 6 jam. Buds Mozzie Clear Lotion sangat sesuai untuk kegunaan bayi berkulit sensitif.

Kelebihan produk

  • Kandungan 100 peratus semulajadi dan organik
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Membantu menyembuhkan gigitan nyamuk
  • Melembapkan kulit
  • Kerbekesanan sehingga lebih 6 jam

Kekurangan produk

  • Hanya boleh digunakan pada kulit
  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Saiz 75ML
Cadangan penggunaan Sapuan secara terus pada kulit
Harga RM43.90

Gramps Repellent Bye Bye Nyamuk 150ML

Gramps Repellent Bye Bye Nyamuk 150ML

Gramps Repellent Bye Bye Nyamuk, produk penghalau nyamuk yang disarankan ramai pakar dermatologi kerana selamat untuk bayi. Gramps Repellent Bye Bye Nyamuk diperbuat daripada ramuan berasaskan air, 100 peratus herba dan rempah ratus semula jadi yang berbeza termasuk thyme, cengkih, serai, catnip dan banyak lagi. Formulasi rahsia 30 ramuannya mengelirukan deria nyamuk dan telah terbukti berkesan secara saintifik. Gramps Repellent Bye Bye Nyamuk akan memastikan si manja dilindungi sehingga 12 jam. Gramps Repellent Bye Bye Nyamuk boleh disembur dimana sahaja kawasan sekitar rumah dan juga sesuai dikenakan pada kulit. Baunya sungguh menyegarkan dan juga boleh dijadikan sebagai aromaterapi untuk suasana lebih tenang.

Kelebihan produk

  • 100 produk semulajadi
  • Disarankan pakar dermatologi
  • Mesra bayi dan bebas toksin
  • Melindungi daripada nyamuk sehingga 12 jam
  • Bau menyegarkan

Kekurangan produk

  • Sukar ditemui dipasaran biasa

Spesifikasi produk

Saiz 150ML
Cadangan penggunaan Semburan perabot, sapuan kulit secara langsung
Harga RM20.50

Kebangkitan penyakit denggi menjadi satu lagi kebimbangan kepada masyarakat selain wabak Covid-19 ketika endemik ini. Perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca daripadanya. Oleh itu, langkah pencegahan perlu dititikberatkan terutama pada waktu siang dan malam pembabitan pencegahan nyamuk yang aktif terhadap si manja dengan menggunakan produk penghalau nyamuk yang mendapat kelulusan.

Selain menggunakan produk penghalau nyamuk, Ibu bapa juga perlu peka terhadap kesihatan si manja dari semasa ke semasa dan memastikan persekitaran rumah sentiasa bersih dari takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk. Bayi menunjukkan simptom demam denggi lebih lambat untuk diketahui atau dikesan jika dibandingkan dengan orang dewasa. Antara simpton demam denggi yang boleh dikenalpasti selain demam, adalah gusi berdarah, kesan bitnik atau ruam di kulit, sakit kepala dan muntah. Jika si kecil menghidap demam panas lebih tiga hari seharusnya perlu dirujuk ke hospital serta merta.



Related posts