Suplemen Untuk Ibu: 5 Cadangan Vitamin Terbaik Fasa Kehamilan, Menyusu & Berpuasa
Ramadan antara bulan yang paling mencabar untuk ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan anak. Keletihan, loya, sakit perut, kurang zat dan nutrisi antara isu yang dihadapi golongan tersebut sekiranya diet yang diamalkan sepanjang berpuasa tidak betul. Bagi ibu-ibu ini, amalan diet yang tepat perlu untuk memastikan nutrisi kepada diri sendiri serta bekalan susu untuk bayi tidak terjejas. Pemakanan sihat, berkhasiat dan makanan tambahan perlulah diutamakan dan seimbang bagi menjamin kesihatan diri, kandungan, serta bayi yang sedang disusui.
Ibu-ibu perlu mempunyai keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Cara yang lebih mudah untuk mendapatkan nutrien diperlukan untuk menyokong fasa kehamilan, menyusu dan berpuasa adalah dengan memilih makanan dan minuman daripada diet yang seimbang. Selain itu, makanan tambahan seperti suplemen vitamin juga turut dicadangkan di ambil ketika fasa ini dengan saranan pakar perubatan masing-masing. Antara lima suplemen vitamin terbaik yang menyokong para ibu ketika fasa hamil, menyusu dan berpuasa dalam bentuk tablet dan minuman adalah seperti Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold, LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula, Habibaa Care Pregnancy Vitamins and Minerals, Similac Mom dan Elevit Breastfeeding.
Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold
Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold jenama suplemen tambahan terkenal buatan negara Australia. Blackmores Pregnancy & Breastfeeding Gold mampu memberi nutrisi seimbang buat ibu hamil dan menyusu bayi. Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold mengandungi 17 nutrien dalam satu kapsul, bersama 16 mineral, 10 vitamin beserta minyak ikan (asid folik, vitamin D3, vitamin E, vitamin B6, vitamin C, kalsium, magnesium, zat besi, iodin, fosforus). Malah, suplemen vitamin terbaik diambil ketika puasa ini mengandungi DHA Beta-karotena boleh mengurangkan risiko mendapat anak dengan kecacatan spina bifida, untuk perkembangan otak janin juga memainkan peranan utama dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi. Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold tiada yis tambahan, gluten, gandum, derivatif susu, pengawet, perisa atau pemanis tiruan. Dibotolkan dalam kemasan kaca yang berkualiti, Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold diperakui Halal dengan pensijilan antarabangsa.
Kelebihan Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold:
- Diperakui Halal
- Tanpa yis, perasa dan pengawet
- Tiada gluten tambahan
- Miliki dua pilihan kuantiti dengan 60 biji atau 120 biji
Kekurangan Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold:
- Tidak sesuai untuk ibu yang mempunyai alahan. Produk ini mengandungi ikan, sulfit, dan derivatif kacang soya
Spesifikasi Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold:
Bilangan kapsul: | 60 biji |
---|---|
Cadangan penggunaan: | Ambil 1 kapsul dua kali sehari |
Harga: | RM45.00 |
Elevit Breastfeeding
Penyusuan susu ibu berfungsi sebagai vaksin pertama bayi, melindungi mereka daripada pelbagai penyakit yang mudah dihadapi si kecil. Jika berniat memberikan si manja susu badan secara eksklusif walaupun ketika berpuasa, ibu harus menjaga pemakanan supaya bekalan susu badan tidak terputus sepanjang proses penyusuan itu. Elevit Breastfeeding merupakan suplemen penyusuan dirumus secara saintifik dengan vitamin dan mineral penting untuk memenuhi keperluan nutrisi bagi ibu menyusu. Elevit Breastfeeding dihasilkan daripada jenama pengeluar Elevit, multivitamin kehamilan No. 1 di Australia. Elevit Breastfeeding mengandungi nutrien penting seperti lutein, iodin, vitsmin D, vitamin C, zink, zat besi, betakarotena dan omega-3 DHA befungsi membantu perkembangan berterusan bayi serta menyokong tahap tenaga ibu dan pengeluaran susu ibu secara keseluruhan. Elevit Breastfeeding pilihan terbaik ibu menyusu dengan hanya satu tablet mudah setiap hari mampu merangsang kelenjar susu dan otak menghasilkan susu mencukupi buat si manja.
Kelebihan Elevit Breastfeeding:
- Jenama multivitamin kehamilan nombor 1 di Australia
- Mengandungi nutrien lutein, betakarotena dan omega-3 DHA
- Menggalakan kualiti nutrien susu ibu
- Disahkan halal
Kekurangan Elevit Breastfeeding:
- Sukar ditemui di pasaran biasa
Spesifikasi Elevit Breastfeeding:
Bilangan kapsul: | 60 biji |
---|---|
Cadangan penggunaan: | Satu kapsul setiap hari |
Harga: | RM129.70 |
HabibaaCare Pregnancy Vitamins and Minerals
HabibaaCare jenama makanan tambahan dari UK yang dipercayai ramai pengguna. Khas untuk ibu hamil, HabibaaCare telah memperkenalkan HabibaaCare Pregnancy Vitamins and Minerals malah boleh diamalkan oleh ibu yang menyusu bayi. HabibaaCare Pregnancy Vitamins and Minerals miliki 23 nutrien penting dengan gabungan seperti vitamin D3, asid folik, vitamin C, zat besi, dan kalsium dalam sebiji kapsul. Ia baik untuk menyokong kesihatan tulang, fungsi imun, dan kesejahteraan keseluruhan semasa peringkat pra-konsep, kehamilan dan selepas bersalin. Dikilangkan di bawah Sistem Pengurusan Kualiti yang diperakui oleh British Retail Consortium (BRC) dan Piawaian ISO 9001, HabibaaCare Pregnancy Vitamins and Minerals menggunakan teknologi Gred Farmaseutikal termaju oleh penyelidikan saintifik Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA). Malah formulanya disokong dengan teliti untuk diselaraskan dengan garis panduan yang disyorkan oleh NHS England dan Jabatan Kesihatan UK. Dengan wujudnya perakuan tersebut, pengambilan suplemen tambahan untuk jenama ini lebih diyakini selamat dan dipercayai digunakan ibu hamil dan menyusu.
Kelebihan HabibaaCare Pregnancy Vitamins and Minerals:
- Diperakui Halal dengan pensijilan antarabangsa
- Miliki 23 nutrien penting
- Diformulasikan dengan kepakaran Ahli Farmasi
- Dikilangkan dengan Teknologi Gred Farmaseutikal
Kekurangan HabibaaCare Pregnancy Vitamins and Minerals:
- Sukar ditemui di pasaran biasa
Spesifikasi HabibaaCare Pregnancy Vitamins and Minerals:
Bilangan kapsul: | 30 biji |
---|---|
Cadangan penggunaan: | Ambil 1 tablet setiap hari selepas makan |
Harga: | RM61.00 |
Similac Mom – Low-Fat Maternal Supplement for Pregnancy
Pengambilan susu sebagai suplemen vitamin minuman tambahan untuk ibu hamil dan menyusu adalah penting selain daripada menjaga pemakanan yang seimbang ketika berpuasa. Similac Mom – Low-Fat Maternal Supplement for Pregnancy merupakan susu rendah GI dan rendah lemak yang baik untuk ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil membantu mengimbangi dan mengawal paras gula. Dirumus dengan Sistem Nutrisi EyeQ, Similac Mom dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli untuk mencegah pengoksidaan DHA, yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan otak anak kita sebelum dilahirkan. Selain itu, Similac Mom – Low-Fat Maternal Supplement for Pregnancy sesuai diamalkan oleh ibu menyusu sebagai keperluan untuk tenaga dan mengaktifkan hormon susu supaya cukup untuk bayi. Similac Mom – Low-Fat Maternal Supplement for Pregnancy mengandungi DHA, Lutien, vitamin E semulajadi untuk menyokong perkembangan otak si manja. Kandungan 23 vitamin dan mineralnya pula membantu memenuhi keperluan nutrisi yang seimbang. Similac Mom – Low-Fat Maternal Supplement for Pregnancy turut mendapat pensijilan Halal di bawah seliaan Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA), Islamic Religious Council of Singapore (MUIS) dan Halal Food Council of Europe (HFCE).
Kelebihan Similac Mom – Low-Fat Maternal Supplement for Pregnancy:
- Mendapat pensijilan Halal antarabangsa
- Sesuai untuk pesakit kencing manis
- Rendah lemak. Mampu mengawal berat badan
- Mengandungi lebih 23 vitamin penting
Kekurangan Similac Mom – Low-Fat Maternal Supplement for Pregnancy:
- Hanya ada satu perisa sahaja iaitu vanila
Spesifikasi Similac Mom – Low-Fat Maternal Supplement for Pregnancy:
Isipadu: | 900 gram |
---|---|
Cadangan penggunaan: | 2 hidangan gelas setiap hari |
Harga: | RM42.90 |
LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula
LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula, multivitamin premium dengan 23 nutrien penting untuk ibu hamil dan menyusu bayi. Dengan pengambilan yang optimum, LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula miliki kandungan antioksidan yang menyokong kesihatan imun pada fasa kehamilan, vitamin untuk perkembangan janin, mengekalkan nutrisi untuk tulang dan otak juga penghubung darah. Malah dengan pengambilan LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula lebih-lebih lagi ketika berpuasa, membantu memberi tenaga dan menyokong sistem imun si ibu yang menyusukan bayi. Setiap biji kapsul LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula terkandung Vitamin A (sebagai Beta-karotena), Vitamin C, Vitamin D3, Vitamin E, Vitamin B1, Vitamin B2, Niacinamide, Vitamin B6, Asid Folik, Vitamin B12, Biotin, Asid pantotenat, Choline Bitartrate, Kalsium, Besi, Iodin, Magnesium, Zink, Selenium, Kuprum, Manganase, Molibdenum, dan Boron yang cukup lengkap. LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula juga dihasilkan dengan penyelidikan yang berterusan tanpa sebarang bahan pengawet tambahan, tiada warna tiruan ditambah, tiada perisa, dan tiruan tambahan.
Kelebihan LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula:
- Multivitamin premium
- Pembungkusan yang kemas dan tahan lasak
- Miliki 23 nutrisi lengkap
- Tanpa bahan pengawet
Kekurangan LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula:
- Perlu simpan di tempat kering bawah 30 darjah celcius sahaja
Spesifikasi LAC Women’s Pregnancy & Breastfeeding Formula:
Bilangan kapsul: | 120 biji |
---|---|
Cadangan penggunaan: | Ambil 1 tablet sekali sehari dengan makanan |
Harga: | RM122.53 |
Seorang ibu yang sedang hamil atau sudah melahirkan anak memerlukan zat yang mencukupi untuk menyokong perjalanan kehidupan harian mereka lebih-lebih lagi ketika berpuasa. Nutrien seperti vitamin, mineral, asid folik dan kalsium penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin ketika hamil dan pada masa sama membantu dalam memberi tenaga untuk ibu menyusukan anak. Pengambilan nutrien yang mencukupi semasa ibu hamil, menyusu dan berpuasa membantu mengurangkan risiko morbiditi ibu termasuk janin dan bayi tidak sihat, anemia, kenaikan berat badan berlebihan, diabetes, loya, sakit kepala, sakit perut, keletihan dan kelesuan.
Jika anda ingin mengambil suplemen vitamin tambahan, rujuklah kepada doktor terlebih dahulu. Bagi ibu yang mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, gastritis, anemia atau perlu mengambil ubat secara berkala pada waktu siang, dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi.