5 Jenis Gajet Kereta Anda Wajib Ada Untuk Pemanduan Lebih Selamat
Raya tahun ini, ramai orang telah merancang untuk melancong di Malaysia dengan mengambil jalan-jalan roadtrip yang menyeronokkan. Selain itu, balik kampung juga menjadi antara aktiviti popular semasa musim perayaan ini. Walaupun pemanduan jauh mungkin agak penat, namun dengan bersikap berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya, selamat sampai ke destinasi pasti menjadi keutamaan.
Faktor utama perlu dititik beratkan sewaktu memandu kenderaan adalah keselamatan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Tidak hairanlah sesetengah kenderaan dengan model canggih keluaran terkini dilengkapi dengan pelbagai fungsi extra untuk keselamatan juga memudahkan proses pemanduan. Antara fungsi extra tersebut adalah dash cam, sistem GPS dan pelbagai lagi. Bagaimanapun, fungsi-fungsi extra ini kebanyakkannya hanya terdapat pada kenderaan mewah atau harga sedikit mahal dengan full spec. Anda pasti gembira, jika kami katakan gajet extra ini boleh dibeli dan dipasang pada kenderaan bagi membantu menjadikan proses pemanduan lebih selesa dan selamat malah lambakkan gajet untuk kenderaan yang ada di pasaran kini tidak terdapat pada kenderaan mewah di pasaran. Jom lihat 5 jenis gajet untuk kenderaan wajib ada ini.
Baseus Car Jump Starter Starting Device Battery Power Bank 800A
Jika anda mempunyai masalah seperti kereta yang tidak digunakan untuk tempoh masa yang panjang, bateri lemah disebabkan lupa menutup lampu kereta, atau keadaan suhu yang terlalu rendah sehingga menyukarkan kenderaan dihidupkan, Baseus Car Jump ini adalah pilihan terbaik.
Ianya sesuai digunakan untuk pelbagai jenis kenderaan dan boleh dikatakan antara gajet wajib ada untuk tujuan kecemasan. Menarik lagi gajet ini mempunyai 9 jenis perlindungan agar pengguna dapat menggunakannya dalam keadaan selamat seperti, perlindungan aliran voltaj, perlindungan terlebih pengecasan, litar pintas dan pelbagai lagi.
Kelebihan Baseus Car Jump Starter Starting Device Battery Power Bank 800A
- Boleh digunakan untuk pelbagai jenis kenderaan
- Sangat berguna untuk waktu kecemasan
- Langkah penggunaan mudah dipahami
- Boleh digunakan sehingga 40 kali
- Boleh digunakan untuk pelbagai suhu
- Perlindungan litar pintas, aliran voltaj tinggi dan terlebih pengecasan
Kekurangan Baseus Car Jump Starter Starting Device Battery Power Bank 800A
- Kurang berfungsi jika bateri di bawah tahap 2
Spesifikasi Baseus Car Jump Starter Starting Device Battery Power Bank 800A
Nama brand | BASEUS |
---|---|
Kegunaan | Car jump |
Kapasiti bateri | 8000-10000 |
Berat | 800g |
Harga | RM 179- RM 259 |
Bosch Clear Advantage Wiper Blades
Bosch Clear Advantage wiper blades membantu anda ketika pemanduan dalam hujan dengan memberikan kejelasan pada cermin kereta hadapan. Pengelap bilah rata pertama Bosch telah dibangunkan pada tahun 1999 dan teknologi ini kekal relevan dengan industri automotif sehingga hari ini.
Teknologi bilah rata Bosch menggabungkan spring keluli mono dan formulasi getah eksklusif, membolehkan produk ini menggunakan tekanan sekata di sepanjang keseluruhan bilah pengelap dan cermin depan. Ini meningkatkan prestasi mengelap dengan ketara dan memastikan sapuan yang lebih lancar, bersih dan lebih senyap.
Kelebihan Bosch Clear Advantage Wiper Blades
- Teknologi terkini tekanan sekata dan lebih senyap
- Prestasi optimum sehingga lebih 200,000 kitaran
- Lebih senyap
- Tekanan sekata lebih jelas
- Sapuan lebih bersih
Kekurangan Bosch Clear Advantage Wiper Blades
- Harga agak mahal berbanding model lain
Spesifikasi Bosch Clear Advantage Wiper Blades
Nama brand | Bosch |
---|---|
Kegunaan | Wiper |
Berat | 100g ++ |
Harga | RM 72 |
DDPAI Z40 Dual Dash Cam
Brand ini agak popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kualiti dan harganya yang boleh dikatakan mampu milik. Z40 dual dash cam adalah antara model dashcam berbaloi yang ditawarkan kerana dilengkapi dengan resolusi 1499P UHD serta mikrofon dalaman terbina dan juga kelebaran lensa seluas 140° bagi kamera hadapan dan 125° di bahagian belakang.
Terdapat juga sokongan sistem bantuan pemanduan (ADAS) untuk memberi amaran apabila terdapat situasi berpotensi kemalangan dan juga teknologi G-Sensor dari Sony. Malah, anda boleh memeriksa kenderaan kereta dengan mudah kerana terdapat sambungan WiFi serta hadir dengan sokongan kad SD 128GB untuk penyimpanan rakaman video yang lebih banyak.
Kelebihan DDPAI Z40 Dual Dash Cam
- Mempunyai GPS
- Mempunyai mikrofon
- Rakaman jelas walau waktu malam
- Amaran jika situasi berpotensi kemalangan
- Mempunyai Wifi
- Tahan dengan suhu pelbagai
Kekurangan DDPAI Z40 Dual Dash Cam
- Pemasangan sedikit rumit
- Harga sedikit mahal
Spesifikasi DDPAI Z40 Dual Dash Cam
Resolusi | hadapan – 2592 x 1944 & 1920 x 1080, Belakang- 1920 x 1080 |
---|---|
Kegunaan | Merakam video pemanduan |
WiFi | Ada |
Harga | RM 499 – RM 598 |
Garmin GTP400KIT (TPMS Accessory Kit)
Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TMPS) ialah sistem elektronik yang memantau tekanan udara tayar kenderaan anda dan secara automatik memberi amaran kepada pemandu apabila ia menjadi sangat rendah. Sistem amaran telah digubal untuk memasang di semua kenderaan Amerika Syarikat selepas 2007 dan langkah yang sama berlaku secara beransur-ansur di seluruh dunia. Garmin GTP 400KIT ialah sistem pemantauan tekanan tayar yang direka untuk kereta 4×4 dan SUV.
Sensor TPMS TX wayarles sistem ini, apabila dipasang pada tayar, boleh mengumpul maklumat tekanan tayar dalam masa nyata dan menghantar maklumat kepada penerima, membolehkan pengguna melihat data terkini tentang status tekanan tayar mereka pada paparan Garmin PND. Dalam situasi kecemasan, pengguna akan mendengar peringatan suara TTS, sekali gus memastikan pemanduan selamat!
Kelebihan Garmin GTP400KIT (TPMS Accessory Kit)
- Memantau tekanan udara tayar dengan mudah
- Amaran akan diberikan jika tekanan sangat rendah
- Mudah dipasang pada tayar
- Pengguna dapat melihat data terkini tekanan tayar
- Pemanduan lebih selamat
Kekurangan Garmin GTP400KIT (TPMS Accessory Kit)
- Sukar didapati di pasaran
Spesifikasi Garmin GTP400KIT (TPMS Accessory Kit)
Nama brand | Garmin |
---|---|
Kegunaan | pantau tekanan udara tayar |
Berat | 22.7g |
Bateri | 4.8 tahun |
IGL Ecocoat Window
IGL Ecocoat Window ialah salutan seramik dengan nanoteknologi untuk semua permukaan kaca, seramik berlapis, polikarbonat licin atau plastik. Ia mencipta permukaan kalis air dan menghalang tompok air dan tahan terhadap cuaca dan tekanan dengan mengubah suai permukaan. Hasilnya adalah keadaan pemanduan yang selamat semasa hujan lebat, kerana air hujan akan bergolek pada kelajuan 50km/j. Permukaan bersalut menangkis hujan, kotoran dan meningkatkan kelajuan yang akan bertahan sehingga 1 tahun.
Kelebihan IGL Ecocoat Window
- Anti-kotoran
- Formulasi elak tompok air
- Tahan terhadap cuaca dan tekanan
- Selamat ketika memandu waktu hujan lebat
- Tahan sehingga 1 tahun
- Sesuai untuk tingkap, kaca dan cermin
Kekurangan IGL Ecocoat Window
- Harga agak mahal
Spesifikasi IGL Ecocoat Window
Nama brand | IGL Coatings |
---|---|
Kegunaan | Mencipta permukaan kalis air pada cermin |
Berat | 30ml |
Harga | RM130- RM 200 |
Sesetangah kenderaan mungkin tidak memerlukan gajet ini kerana ianya telah tersedia. Namun tidak semua orang mampu memiliki kenderaan mewah dengan pelbagai fungsi keselamatan lengkap.
Pilihan alat ini boleh meningkatkan keadaan pemanduan dengan ketara dan sesuai untuk pemandu yang menghabiskan banyak masa di jalan raya. Pastinya gajet ini mampu meningkatkan keselesaan serta menyediakan langkah keselamatan terbaik ketika pemanduan.