Ini 5 Krim Pencukur Terbaik Disyorkan Untuk Lelaki 2022. Cukuran Lebih Lancar, Wajah Lebih Kemas

Ini 5 Krim Pencukur Terbaik Disyorkan Untuk Lelaki 2022. Cukuran Lebih Lancar, Wajah Lebih Kemas
Kesihatan dan kecantikan


Lelaki juga tidak terlepas daripada dandanan sempurna atau memperkemaskan diri terutama pada bahagian wajah. Perkara pertama perlu diteliti ketika proses memperkemaskan diri adalah bahagian misai, janggut, jambang atau kumis. Walaupun bahagian ‘berbulu’ ini seringkali dikaitkan dengan ciri lelaki matang, seksi atau gagah, tetapi itu bukan alasan untuk membiarkan ia tumbuh tanpa diurus.

Jika dibiar terlalu panjang, bulu pada bahagian atas bibir, tepi pipi dan bawah dagu ini membuatkan anda tampak berusia, kusut dan tidak kemas. Justeru, cadangan terbaik adalah mencukur rapi atau menipiskan bagi memastikan selesa sekali gus kebersihan diri juga terjaga.

Untuk ritual bercukur bagi setiap lelaki lebih lancar dengan penggunaan krim pencukur berbanding sabun biasa yang mungkin boleh merengsakan kulit di wajah. Krim pencukur akan meninggalkan rasa lembut dan membuatkan kulit lebih licin selepas cukuran. Selalunya krim pencukur di pasaran sesuai untuk semua jenis kulit lelaki. Ini antara lima krim pencukur terbaik disyorkan untuk kaum lelaki 2022.

Hanz De Fuko Invisible Shave Cream

Hanz De Fuko Invisible Shave Cream
Hanz De Fuko Invisible Shave Cream jenama krim pencukur mewah yang direka untuk melembutkan bulu-bulu diwajah sehingga ke luncuran maksima. Malah, dengan menggunakan Hanz De Fuko Invisible Shave Cream anda akan mengalami pengalaman mencukur effortless dan kurangnya ingrown hair.
Bahan semula jadi adalah formula utama pembuatan Hanz De Fuko Invisible Shave Cream iaitu Lidah Buaya, minyak Avokado, minyak biji Jojoba, Ekstrak Horsetail, Burdock Root, minyak Zaitun dan Shea Butter. Kandungan bahan ini dalam krim pencukur Hanz De Fuko Invisible Shave Cream juga melindungi kulit daripada kerengsaan apabila mencukur. Aroma semulajadi Hanz De Fuko Invisible Shave Cream memberi pengalaman lebih sensual.

Kelebihan Hanz De Fuko Invisible Shave Cream

  • Sesuai untuk lelaki bercita rasa mewah
  • Melembutkan bulu di wajah
  • Diformulasi daripada bahan semulajadi
  • Berbau harum
  • Melindungi kulit sensitif

Kekurangan Hanz De Fuko Invisible Shave Cream

  • Harga agak tinggi di pasaran

Spesifikasi Hanz De Fuko Invisible Shave Cream

Isipadu / Berat 237ml
Cadangan penggunaan Buat sapuan perlahan-lahan pada kulit basah di seluruh kawasan wajah ‘berbulu’. Cukur seperti biasa dan bilas dengan air suam.
Harga RM105.00

Clinique Cream Shave

Clinique Cream Shave
Clinique jenama terunggul buat mereka yang mementingkan produk berkualiti dalam penjagaan diri. Antara produk terlaris dari Clinique untuk kaum Adam adalah Clinique Cream Shave. Clinique Cream Shave sangat sesuai buat pengguna yang mempunyai masalah kulit kering. Hanya perlu sapukan Clinique Cream Shave secara menipis ke wajah yang lempap urut di sekitar janggut, jambang atau misai.
Hasilnya cukuran akan lebih lancar dan kulit wajah lebih segar tanpa meninggalkan kesan sleek. Tekstur krim pencukur Clinique Cream Shave ini mewah dan mudah mengendalinya kala mencukur. Diperkaya dengan ekstrak organik aloe vera sangat melegakan kulit selepas cukuran, mengurangkan kegatalan, kerengsaan dan melindungi kulit dari sebarang infikasi. Tekstur Clinique Cream Shave cepat resap, tidak berminyak dan harum menjadikan kulit wajah tenang, lembut, licin dan selesa.

Kelebihan Clinique Cream Shave

  • Tekstur krim mewah dan mudah dikendali
  • Serasi untuk kulit kering
  • Cukuran lancar
  • Diperkaya dengan ekstrak organik aloe vera
  • Mengurangkan kegatalan

Kekurangan Clinique Cream Shave

  • Saiz dan isipadu agak kecil dan sedikit

Spesifikasi Clinique Cream Shave

Isipadu/ Berat 125ml
Cadangan penggunaan Lembapkan kawasan yang ingin dicukur, picit krim sebesar duit syiling, ratakan dan kemudian cukur mengikut arah pertumbuhan rambut.
Harga RM89.00

Kiehl’s Ultimate Brushless Shave Cream White Eagle

Kiehl’s Ultimate Brushless Shave Cream White Eagle
Kiehl’s Ultimate Brushless Shave Cream White Eagle memberi pengalaman luar biasa kepada pengguna lelaki kala menggunakan krim ini. Sapuan nipis Kiehl’s Ultimate Brushless Shave Cream White Eagle pada wajah adalah terbaik dan mengelakkan daripada pori tersumbat akibat pisau cukur. Kiehl’s Ultimate Brushless Shave Cream White Eagle mengandungi Menthol dan Camphor memberi efek ‘sejuk’ yang menyegarkan juga melembapkan kulit muka. Kiehl’s Ultimate Brushless Shave Cream White Eagle sesuai untuk semua jenis kulit wajah dan melindungi kulit daripada kerengsaan apabila mencukur.

Kelebihan Kiehl’s Ultimate Brushless Shave Cream White Eagle

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengelakkan daripada pori tersumbat
  • Efek ‘sejuk’ yang menyegarkan
  • Produk mudah diperolehi di semua cawangan Kiehl’s

Kekurangan Kiehl’s Ultimate Brushless Shave Cream White Eagle

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Kiehl’s Ultimate Brushless Shave Cream White Eagle

Isipadu/ Berat 150ml
Cadangan penggunaan Ratakan krim pencukur pada wajah. Tidak perlu air. Buat cukuran seperti biasa kemudian bilas dengan air bersih.
Harga RM86.00

The Body Shop Maca Root & Aloe Softening Shaving Cream for Men

The Body Shop Maca Root & Aloe Softening Shaving Cream for Men
The Body Shop Maca Root & Aloe Softening Shaving Cream for Men membantu menyediakan wajah lebih rapi dengan pencukuran yang lebih bersih dan selesa. The Body Shop Maca Root & Aloe Softening Shaving Cream for Men diformulasi dengan bahan semulajadi utama iaitu aloe vera berasal daripada Mexico memberi kepuasan tahap maksima disamping bertindak sebagai pelembap kulit wajah sewaktu proses mencukur.
The Body Shop Maca Root & Aloe Softening Shaving Cream for Men sangat serasi untuk kulit sensitif, kasar atau kering dan telah diuji secara klinikal. The Body Shop Maca Root & Aloe Softening Shaving Cream for Men menggunakan teknologi semulajadi memberi pelindungan secara menyeluruh terhadap kesan luka daripada pisau cukur dan ingrown hair.

Kelebihan The Body Shop Maca Root & Aloe Softening Shaving Cream for Men

  • Formulasi dengan aloe vera berasal daripada Mexico
  • Serasi untuk kulit sensitif, kasar atau kering
  • Perlindungan secara menyeluruh terhadap kesan luka
  • Cukuran lebuh licin dan rapi

Kekurangan The Body Shop Maca Root & Aloe Softening Shaving Cream for Men

  • Stok cepat habis dipasaran

Spesifikasi The Body Shop Maca Root & Aloe Softening Shaving Cream for Men

Isipadu/ Berat 200ml
Cadangan penggunaan Ratakan krim pencukur secara nipis, buat cukuran yang diidamkan, kemudian bilas dengan air bersih dan lap hingga kering.
Harga RM62.50

Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam

Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam
Jenama Nivea menjadi penggemar tertinggi kebanyakkan lelaki di Malaysia. Nivea tampil dengan produk khas untuk lelaki seperti Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam. Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Vitamin dan pelembap, produk ini aktif membantu mencegah kulit dari terus kering diluluskan secara dermatologi.
Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam melancarkan proses cukuran, memberi perlindungan luka mikro serta aktif melembutkan bulu pada wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit, Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam kaya dengan Vitamin E dan protein Amino Acid mengimbangi kulit wajah lebih lembap dan kurang kerengsaan sewaktu mencukur. Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam turut mempunyai formula cooling untuk menyegarkan kulit wajah selepas proses cukuran.

Kelebihan Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diluluskan secara dermatologi
  • Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Vitamin dan pelembap
  • Kurang kerengsaan sewaktu mencukur
  • Laris di pasaran
  • Harga berpatutan

Kekurangan Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam

  • Menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Nivea Men Shaving Protect & Care Moisturising Shaving Foam

Isipadu/ Berat 200ml
Cadangan penggunaan Sapu pada kulit basah, lakukan cukuran dan bilas dengan air suam.
Harga RM13.91

Kebanyakkan lelaki di dunia gemar mencukur, janggut, jambang ataupun misai dengan menggunakan pencuci muka atau sabun biasa. Cuba tukar rutin biasa itu dengan menggunakan sapuan krim pencukur yang terdapat banyak di pasaran.
Bahan-bahan yang terkandung dalam krim pencukur membantu melancarkan proses mencukur, sekali gus mengelakkan luka. Selepas mencukur, cuci wajah dengan bersih dan sapu losyen bersesuaian mengelakkan kulit menjadi kering juga kegatalan.
Kepada golongan lelaki, jangan sesekali mengabaikan penjagaan kulit wajah kerana ia mencerminkan tahap kebersihan penampilan diri.



Related posts