Solekan Lebih Berseri Dengan 10 Rekomendasi Bedak Muka Terbaik 2022

Solekan Lebih Berseri Dengan 10 Rekomendasi Bedak Muka Terbaik 2022
Kesihatan dan kecantikan


Setiap kita mempunyai jenis dan warna kulit berbeza justeru pemilihan produk kosmetik untuk wajah juga haruslah bersesuaian dengan kulit masing-masing. Misalnya, jika anda memiliki kulit yang berminyak, pemilihan produk muka yang terlalu creamy atau berminyak tidak sesuai kerana ia hanya akan membuatkan solekan tidak tahan lama dan berkilat. Anda yang memiliki kulit sensitif dan berjerawat juga harus lebih berhati-hati agar keadaan kulit tidak bertambah teruk.

Penggunaan bedak untuk wajah dikatakan mampu mengatasi masalah kulit berminyak dan juga sebagai pelengkap kepada solekan anda. Boleh kata dalam banyak-banyak jenis produk solekan, bedak untuk muka adalah yang paling asas dan digunapakai hampir kebanyakkan kita. Kini bedak wajah didatangkan dengan pelbagai fungsi solekan, pilihan warna yang pelbagai dan tekstur berbeza. Sebelum anda beli sembarangan bedak untuk wajah, jom lihat antara pilihan bedak wajah terbaik ini.

MAC Studio Perfecting Powder

MAC Studio Perfecting Powder
Ia merupakan loose powder dengan kemasan matte yang dapat memberikan hasil coverage penuh pada wajah anda. MAC Studio Perfecting Powder ini dihasilkan dengan tekstur yang lembut, mampu mengawal minyak, serta penjagaan dan daya tahan untuk kulit sepanjang hari. Penggunaan loose powder sesuai untuk anda yang mahu solekan cepat namun hasil yang menyeluruh. Anda boleh gunakan berus lembut atau span muka untuk pemakaian bergantung kepada keselesaan.

Kelebihan

  • Perlindungan menyeluruh
  • Hasil matte agar kulit tidak berkilat
  • Sesuai untuk kulit berminyak, kering dan normal
  • Pilihan warna sesuai kulit wanita asia

Kekurangan

  • Harga agak mahal
  • Banyak produk tiruan di pasaran

Spesifikasi

Saiz: 8g
Warna: 4 tona
Formulasi: Loose powder
Harga: RM124

Sephora Collection Mineral Foundation Compact

Sephora Collection Mineral Foundation Compact
Mereka yang gemar dengan produk kecantikan dan barangan solekan pasti pernah masuk ke Sephora kan? Memang rambang mata kerana terdapat pelbagai jenis jenama terkenal antarabangsa dijual di sana. Rangkaian produk Sephora juga boleh dikatakan setanding dengan produk-produk lain. Mineral Foundation Compact ini sesuai untuk anda yang inginkan hasil medium dan solekan yang tidak terlalu berat. Disebabkan namanya adalah ‘foundation compact’, anda tidak perlu memakai foundation. Ianya mudah diratakan pada seluruh wajah.

Kelebihan

  • Berasaskan mineral
  • Bebas paraben
  • Sesuai untuk kulit berminyak, kering dan normal
  • Mudah dipakai dan dibawa ke mana sahaja
  • Perlindungan daripada matahari

Kekurangan

  • Hasil coverage medium

Spesifikasi

Saiz: 10g
Warna: 6 tona
Formulasi: Pressed powder
Harga: RM 82

L’OREAL Infallible Powder

L’OREAL Infallible Powder
Formula bedak ini sangat ringan dengan kemasan matte. Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. Apa yang menarik adalah ianya mampu bertahan sehingga 16 jam lamanya! Untuk anda yang mempunyai hari yang panjang di luar, ini adalah pilihan terbaik. Ia juga terdapat pilihan warna atau shade sesuai untuk kulit anda.

Kelebihan

  • Ringan dan mudah dipakai
  • Bertahan sehingga 16 jam
  • Kemasan matte
  • Tidak mengandungi minyak

Kekurangan

  • Mudah pecah jika jatuh

Spesifikasi

Saiz: 9g
Warna: 7 tona
Formulasi: Pressed powder
Harga: RM 75.90

Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Setting Powder

Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Setting Powder
Dengan 8 warna atau shade berbeza, bedak dari Fenty Beauty ini pastinya menjadi pilihan untuk anda yang mahukan solekan terbaik. Untuk anda yang belum tahu, Fenty Beauty adalah produk daripada penyanyi terkenal antarabangsa, Rihanna. Formula bedak ini sangat ringan dengan kemasan matte. Tiada lagi kilauan di wajah dek kerana minyak yang berlebihan. Anda boleh gunakan bedak ini untuk penggunaan seharian tanpa risau ianya akan bercapuk di wajah. Bedak ini sesuai untuk mereka yang berkulit kering, berminyak mahupun kulit normal.

Kelebihan

  • Pilihan warna yang banyak
  • Sesuai untuk semua jenis kulit wajah
  • Kemasan matte
  • Kuantiti yang banyak
  • Bebas paraben
  • Anti-oxidant

Kekurangan

  • Harga agak mahal
  • Hanya dijual di Sephora atau secara online

Spesifikasi

Saiz: 28g
Warna: 8 tona
Formulasi: Setting powder
Harga: RM 138

Maybelline Fit Me Matte

Maybelline Fit Me Matte
Bedak jenis compact ini menggunakan teknologo Perlite Mineral bertujuan untuk menyerap minyak berlebihan dan menghaluskan kulit. Maybelline Fit Me Matte dikatakan mampu memberikan kemasan matter dan bertahan sehingga 12 jam. Bedak ini mampu menutupi liang pori pada wajah agar solekan tampak lebih cantik dan flawless.

Kelebihan

  • Kemasan matte
  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit wajah
  • Pilihan warna yang banyak
  • Mudah didapati
  • Mudah dibawa keluar dan dipakai

Kekurangan

  • Bedak mudah pecah jika terjatuh

Spesifikasi

Saiz: 28g
Warna: 10 tona
Formulasi: Compact powder
Harga: RM 42 – RM 49

Jill Stuart Airy Tulle Lasting Loose Powder

Jill Stuart Airy Tulle Lasting Loose Powder
Bedak ini sungguh ringan pada wajah. Terasa seakan anda tidak memakai apa-apa solekan pada kulit. Walaupun begitu, penggunaannya mampu menjadikan liang pori kurang kelihatan serta menutupi kecacatan lain pada kulit wajah. Lapisannya sangat nipis dan mampu mengurangkan minyak. Sesuai untuk kegunaan sepanjang hari agar wajah tidak berkilau dek kerana lebihan minyak. Bekasnya yang sungguh comel dan unik juga menarik perhatian ramai wanita.

Kelebihan

  • Mengandungi Hyaluronic acid
  • Kemasan matte
  • Sesuai untuk semua jenis kulit wajah
  • Produk mampu bertahan sehingga 2-3 bulan

Kekurangan

  • Pilihan warna sangat sedikit
  • Harga mahal

Spesifikasi

Saiz: 20g
Warna: 3 tona
Formulasi: Loose powder
Harga: RM 189

Nyx Professional Makeup No Filter Finishing Powder

Nyx Professional Makeup No Filter Finishing Powder
Bedak muka Nyx Professional Makeup No Filter Finishing powder ini dikatakan mampu merikan kemasan satin dan matte pada wajah sepanjang hari. Produk ini juga mampu menyerap lebihan minyak dan akan memastikan kulit kekal lembab tanpa menyumbat liang-liang pori pada wajah anda. Dengan sapuan yang betul, ia mampu memberikan coverage berkesan untuk menutup cela serta parut pada wajah.

Kelebihan

  • Kemasan matte dan satin
  • Sesuai untuk semua jenis kulit wajah
  • Menyerap kelebihan minyak
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Harga murah

Kekurangan

  • Mudah pecah jika terjatuh

Spesifikasi

Saiz: 9.6g
Warna: 6 tona
Formulasi: Compact powder
Harga: RM 55

Too Faced Born This Way Multi-Use Complexion Powder

Too Faced Born This Way Multi-Use Complexion Powder
Formulasi bedak daripada Too Faced ini mampu bertahan sehingga 12 jam lamanya. Ia didatangkan dengan 20 warna tona kulit yang berbeza. Ramai juga yang memberikan komen positif menggunakan produk ini kerana ia mampu memberikan coverage yang baik untuk wajah. Teksturnya yang ringan juga membuatkan anda rasa bagai tidak memakai apa-apa pada wajah.

Kelebihan

  • Tekstur ringan
  • Kemasan matte
  • Sesuai untuk semua jenis kulit wajah termasuk kulit sensitif
  • Menyerap kelebihan minyak
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Pilihan tona warna yang banyak

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Saiz: 10g
Warna: 12 shade
Formulasi: Compact powder
Harga: RM 170

NARS Light Reflecting Loose Setting Powder

NARS Light Reflecting Loose Setting Powder
Produk Nars ni paling banyak digunakan oleh make up artist atau MUA dek kerana kualitinya yang baik. Setting powder sangat penting, digunakan selepas memakai foundation atau concealer bertujuan untuk menjadikan solekan anda bertahan lebih lama di wajah. Formulasinya juga membantu mengawal tahap minyak agar wajah tidak berkilau. Ia juga mampu menjadikan garis halus serta pori pada wajah kurang kelihatan.

Kelebihan

  • Tekstur ringan
  • Kemasan matte
  • Sesuai untuk semua jenis kulit wajah
  • Menyerap kelebihan minyak
  • Membuatkan solekan tahan lebih lama

Kekurangan

  • Harga mahal
  • 1 tona warna

Spesifikasi

Saiz:
Warna: 1 tona warna
Formulasi: Loose powder
Harga: RM 141

Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder

Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder
Produk jenama terkenal antarabangsa ini sentiasa mendapat tempat di hati peminatnya. Formulasinya yang ringan dan mudah di blend pada wajah adalah antara tarikannya. Sesuai untuk anda yang gemarkan kemasan matte dengan sentuhan sheer, ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Coverage yang diberikan juga mampu mengurangkan penampakan garis-garis halus pada wajah.

Kelebihan

  • Tekstur ringan
  • Kemasan matte dan sheer
  • Sesuai untuk semua jenis kulit wajah
  • Menyerap kelebihan minyak
  • Mengurangkan kesan kedutan atau garis halus pada wajah

Kekurangan

  • Harga mahal
  • 2 tona warna sahaja

Spesifikasi

Saiz: 30g
Warna: 2 tona warna
Formulasi: Loose powder
Harga: RM 187

Pengeluaran minyak atau sebum pada kulit adalah normal, namun jika berlebihan ia mampu mencacatkan solekan serta memberikan kesan buruk pada kulit wajah. Justeru, pemilihan dan penggunaan produk kosmetik yang betul harus dipraktikkan dari awal. Pilih bedak yang bersesuaian mengikut keadaan kulit masing-masing okay!

Sesetengah produk dijual dengan harga mahal kerana proses penghasilan serta bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi. Jangan keliru dengan produk seakan sama dijual di pasar malam atau secara online dengan harga murah yang tidak masuk akal. Anda mungkin membeli barangan tiruan.



Related posts