5 Hartanah Bawah RM600K Untuk Dijual Di Klang Valley 2022
Membeli hartanah atau properti seperti rumah bukanlah pilihan mudah seperti membeli barangan dapur setiap bulan kerana pelbagai faktor perlu dipertimbangkan seperti waktu terbaik untuk membeli, berapakah bajet yang ada, dan adalah ianya menguntungkan atau sebaliknya.
Ia adalah pelaburan jangka masa panjang dan disebabkan harganya bukanlah seperti harga seekor ayam di pasar, maka buatlah pilihan yang bijak. Khas untuk anda yang bercadang untuk memiliki property sendiri dengan bajet di bawah RM 600k, di sekitar Selangor, jom lihat pilihan yang ada ini.
Lake Point Residence @ Cyberjaya by Eastern Corridor Sdn Bhd (RM460K)
Lake Point Residence terletak secara strategik dalam Zon Utama Cyberjaya dan dikelilingi oleh kemudahan menarik seperti pusat membeli-belah, kedai barangan runcit, taman, institusi pendidikan, kemudahan rekreasi dan mudah diakses ke lebuh raya. Ia dilengkapi dengan rumah kelab atau club house berinspirasikan resort dengan 27 jenis kemudahan, direka khas untuk memupuk aktiviti bersama keluarga dan sesuai untuk kehidupan bermasyarakat. Terdapat juga rumah kelab mewah yang sesuai untuk bersantai dan berehat.
Kelebihan
- Kawasan terbuka dan mempunyai taman
- Perumahan perketumpatan rendah
- Club house berinspirasikan resort
- Tasik yang menenangkan
- Berdekatan dengan shopping mall
- Kemudahan dalam radius 2 km termasuk Sekolah, Universiti & Hospital
- Hanya 5 km ke Laluan MRT SSP (S35 Cyberjaya City Centre)
Kekurangan
- Fasa satu dan fasa dua berdekatan tasik habis terjual
Spesifikasi
Alamat | Sale Gallery Lake Point Residence, Persiaran Sepang Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor |
---|---|
Contact | 03-2181 0509 |
Website | https://lakepointresidence-cyberjaya.com/ |
Beronia @Setia Ecohill 2 by SP Setia Bhd Group (bermula RM558K)
Khas untuk anda yang mahukan rumah teres dua tingkat dengan ruang elegan disuntik cahaya semulajadi, Beronia adalah antara pilihan terbaik. Ia direka dengan ruang tamu luas, mempunyai 3 hingga 4 bilik tidur, 3 bilik mandi dan 2 taman peribadi untuk lot perantaraan yang membolehkan penduduk menikmati ketenangan pemandangan yang indah. Lokasinya juga sungguh startegik kerana terletak dalam persekitaran Kuala Lumpur, Cheras, Kajang Putrajaya & Seremban, Setia EcoHill 2. Ia dihubungkan melalui beberapa lebuh raya utama termasuk LEKAS, Lebuhraya SUTERA Kajang, SKVE, Lebuhraya Cheras-Kajang & Lebuhraya EKVE masa hadapan. Sistem keselamatannya juga dikatakan bagus, sesuai didiami anda seisi keluarga.
Kelebihan
- Berdekatan dengan shopping mall : Jaya Grocer, Lotus’s, Setia EcoHill Walk Shop & Mall, Econsave,IOI City Mall
- Berdekatan sekolah
- Berdekatan hospital: Hospital Kajang, KPJ. Columbia Asia
- Kawasan beriadah : Setia EcoHill Park, Adventure Park, Club 360
- Akses ke lebuhraya utama : LEKAS, Kajang SILK, SKVE, Cheras-Kajang, SUKE
- Kawasan terbuka dan mempunyai taman
- Perumahan perketumpatan rendah
Kekurangan
- Hartanah freehold
Spesifikasi
Alamat | Beronia, Setia Ecohill 2, Semenyih, Selangor |
---|---|
Contact | 03- 8723 5525 |
Website | https://spsetia.com/en-us/ |
Union Suites @ Bandar Sunway by Symphony Life Berhad (bermula RM506K)
Terletak di sekitar bandar Sunway, Union Suites ialah kawasan kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup dan sosial generasi muda. Selain terletak di salah satu lokasi hartanah paling utama di seluruh Lembah Klang, pembangunan ini mempunyai reka bentuk artistik yang dipadankan dengan kemudahan yang hebat di dalam premisnya.Terdapat sejumlah hanya 626 unit, semuanya ditempatkan dalam satu menara. Lokasi ini akan menjadi pilihan yang sesuai untuk pelajar dan profesional muda malah juga akan menjadi pilihan pelaburan yang hebat kerana ia merupakan pembangunan yang sangat dinanti-nantikan di lokasi yang strategik dengan permintaan sewa yang tinggi.
Kelebihan
- Lokasi strategik di tengah bandar Sunway
- Sesuai untuk generasi muda
- Pelbagai kemudahan seperti, kolam mandi, kedai runcit, court badminton, kawasan BBQ, boxing ring dan pelbagai lagi
- Hanya 1.7km ke Sunway Pyramid
Kekurangan
- Kawasan trafik yang sesak
Spesifikasi
Alamat | PT 363, Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. |
---|---|
Contact | 03-7688 1818 |
Website | https://unionsuites.my/ |
Mira @ Shorea Park by OSK Property (from RM250K)
MIRA @ Shorea Park terdiri daripada dua menara dengan 31 tingkat setiap satu. Terdapat 908 unit, dengan binaan dari 550 kaki persegi hingga 1,011 kaki persegi yang menawarkan 1 + 1 hingga empat bilik tidur dan sehingga tiga tempat letak kereta. Ia terletak bersebelahan dengan Bandar Bukit Puchong, dan ia boleh diakses melalui lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan Central Link (ELITE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Maju (MEX) dan Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya. Menarik lagi, stesen LRT Puchong Prima hanya kira-kira 5km dari lokasi ini. Harga ditawarkan juga rendah, bermula dari RM250,000.
Kelebihan
- Projek FREEHOLD terletak di Puchong South
- Dikelilingi oleh perbandaran yang berkembang maju
- Mudah akses ke lebuh raya utama (LDP, SKVE, ELITE)
- Kawasan tanah seluas 5 ekar dengan 2 menara 908 pangsapuri servis menghadap pemandangan tasik
- Tahap keselamatan pelbagai peringkat
- Susun atur unit praktikal (2-4 bilik tidur)
Kekurangan
- Hanya 2 bilik mandi
Spesifikasi
Alamat | Shorea Park, Puchong, Selangor |
---|---|
Contact | 018 311 8880 |
Website | https://www.oskproperty.com.my/ |
Sg Long Residence @Bandar Sungai Long by SHL-M Ventures Sdn Bhd (bermula RM491k)
Kondominium Sungai Long Residence berkepadatan rendah, dengan tidak lebih daripada sepuluh tingkat. Setiap unit mempunyai kawasan binaan sehingga 1,453 kaki persegi. Terdapat juga kemudahan rekreasi yang banyak disediakan dan mudah diakses dari lif kediaman anda. Sesuai untuk keluarga yang semakin membesar, SG LONG RESIDENCE dikelilingi oleh Tadika, Sekolah Rendah dan Menengah Cina. Semuanya berada dalam jarak berjalan kaki.
Kelebihan
- Kediaman berketumpatan rendah yang luas
- Konsep unit Separa Berkembar – pandangan tanpa halangan untuk setiap unit
- 8 unit setiap tingkat, 4 unit pada setiap sisi, dengan dua lif yang boleh diakses
- Unit bersaiz besar dengan 3 atau 4 bilik tidur
- Kabinet dapur percuma dengan hud dan dapur memasak, kabinet kasut dan 4 penghawa dingin
- Dua tempat letak kereta berbumbung seunit
Kekurangan
- Ruangan bilik agak sempit
Spesifikasi
Alamat | Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long, 43000 Kajang, Selangor |
---|---|
Contact | 03 – 907 62233 |
Website | https://www.shlcb.com.my/slr_contact.html |
Penting untuk anda tentukan terlebih dahulu kemampuan kewangan anda sebelum membeli sebarang property seperti rumah. Fikirkan juga perbelanjaan lain daripada gaji yang anda terima setiap bulan seperti perbelanjaan anak-anak, barangan dapur dan komitmen lain. Setelah kaji jumlah pinjaman yang sesuai, bolehlah mula survey rumah yang diimpikan.
Buatlah pilihan bijak dengan memikirkan lokasi antara faktor utama sebelum membeli. Adakah ia berdekatan dengan tempat kerja, situasi trafik, kemudahan yang ada, juga faktor keselamatan.