5 Khidmat Penghantaran Bunga Untuk Kejutan Pada Hari Ibu
Ibu adalah wanita besi. Kasihnya tidak berpenghujung, sayangnya tidak berpenghalang. Pengorbanan ibu mengatasi segala-galanya. Ranjau, onak dan ombak gelora diredah dalam kepayahan mengandung, melahirkan, menyusukan serta bersengkang mata membesarkan zuriat mereka. Selepas anak dewasa, ibu tetap menjadi rujukan utama dalam segala hal. Ibulah tempat berkongsi suka duka ketika anak merentasi ranjau perjalanan destinasi dunia mereka. Ibulah insan yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan. Ibu sentiasa meletakkan kepentingan anak dan keluarga melebihi dirinya.
Sebab itulah martabat ibu begitu tinggi. Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu. Belailah dan layan mereka apabila ada kesempatan. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kita sejak kita kecil. Sempena Hari Ibu yang bakal disambut tahun ini, apa kata buat kejutan istimewa kepada ibu anda dengan menghantar jambangan bunga indah tanda kasih anda kepada ibu tersayang. Pemberian hadiah jambangan bunga sukar untuk dinafikan dan ditolak kerana akan menepati cita rasa dek gubahan bunga-bungaan segar yang cantik. Buat perancangan seteliti mungkin untuk menzahirkan rasa sayang kepada si ibu kerana aura jambangan bunga sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ini antara lima khidmat penghantar bunga untuk kejutan Hari Ibu yang boleh anda gunakan.
Weng Hoa Flower Boutique
Weng Hoa Flower Boutique antara kedai menawarkan khidmat penghantaran bunga yang popular dan terkenal di Lembah Klang. Weng Hoa Flower Boutique menawarkan pelbagai gubahan jambangan bunga cantik untuk pelbagai tujuan seperti Hari Ibu. Antara koleksi produk jambangan bunga terlaris hasil tangan kakitangan di Weng Hoa Flower Boutique terdiri daripada kotak bunga yang diikat dengan penuh seni dan juga bakul bunga yang menarik. Dengan kotak yang dibentuk seperti piano terbuka, ia dihiasi dengan bunga ros, hydrangea serta kayu putih, hampir memberikan kesan aneh namun hasilnya sangat kreatif dan cantik.
Inginkan sesuatu yang mewah buat ibu anda? Di Weng Hoa Flower Boutique ada menyediakan pilihan jambangan bunga gergasi dengan kiraan ros merah sehingga 500 kuntum. Ada juga pilihan bunga bersama coklat, kek atau patung beruang mengikut bajet kalian buat ibu tersayang. Weng Hoa Flower Boutique menyediakan penghantaran percuma untuk semua pesanan melebihi RM300. Penghantaran pada hari yang sama boleh dibuat di seluruh negara.
Kelebihan produk
- Khidmat dipercayai
- Koleksi terlaris berkonsep ‘kotak bunga’
- Menyediakan jambangan bersaiz besar hampir 500 kuntum
- Penghantaran pada hari yang sama
Kekurangan produk
- Kos penghantaran dikenakan kecuali bagi pembelian RM300 ke atas
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.wenghoa.com/ |
---|---|
Alamat | No 1, Off, Jalan Hang Lekir, City Centre, 50000 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 9.00 am hingga 9.00 pm |
Harga Pakej | Bermula serendah RM89.00 |
Lynda Florist Putrajaya
Lynda Florist Putrajaya menyediakan khidmat gubahan dan penghantaran bunga untuk merealisasikan kejutan daripada anda terutama buat ibu tersayang sempena sambutan Hari Ibu ini. ‘Anda order dan kami akan hantar kepada orang tersayang anda di mana sahaja mereka berada. Ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan orang tersayang’. Ini menjadi antara tagline Lynda Florist Putrajaya bagi penyedia perkhidmatan penghantaran hadiah secara mengejut yang bertindak sebagai pengantara atau perancang antara penghantar dan penerima.
Perkhidmatan di Lynda Florist Putrajaya hadir dengan pelbagai pilihan rekaan jambangan bunga yang menarik disamping pakej bersama pilihan kek, coklat, belon atau kad ucapan. Khidmat Lynda Florist Putrajaya merangkumi beberapa lokasi sekitar seperti kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi. Jika ibu anda berkhidmat di pejabat-pejabat kerajaan sekitar Putrajaya, gunakan khidmat penghantaran bunga oleh Lynda Florist Putrajaya, tempahan sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal. Buat tempah sekarang untuk menikmati diskaun 10 peratus.
Kelebihan produk
- Pakej bersama pilihan kek, coklat, belon atau kad ucapan
- Penghantaran di pejabat kerajaan dengan pantas sekitar Putrajaya
- Dipercayai dan popular di Putrajaya
- Ada diskaun 10 peratus
Kekurangan produk
- Tempahan sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.facebook.com/lyndafloristputrajaya https://www.instagram.com/lynda_florist/ |
---|---|
Alamat | Ayer@8, Lot. 1004 A161, Jalan P8G, Presint 8, 62100, Putrajaya |
Waktu Operasi | Buka Isnin hingga Sabtu jam 9.00 am – 7.00pm. Ahad tutup |
Harga Pakej | Tertakluk kepada gubahan |
Flower Chimp Malaysia
Flower Chimp Malaysia adalah sebuah platform menawarkan khidmat penghantaran bunga atas talian bukan sahaja di seluruh Malaysia, tetapi juga di beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Filipina. Perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam negeri di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.
Sempena Hari Ibu, apa kata buat tempahan jambangan bunga indah di Flower Chimp Malaysia. Penghantaran hari yang sama turut dibuat dan akan dilakukan jika pelanggan membuat tempahan awal sebelum pukul 2 petang. Di Flower Chimp Malaysia, pelanggan boleh memesan pakej yang bukan sahaja terdiri daripada jambangan bunga yang cantik untuk ibu tersayang, tetapi juga kek yang lazat, coklat, belon bertema comel, dan mainan lembut. Dari harga serendah RM79, bayaran boleh dibuat secara dalam talian dan servis penghantaran adalah percuma tanpa had perbelanjaan minima.
Kelebihan produk
- Capaian atas talian sahaja
- Penghantaran adalah percuma tanpa had perbelanjaan minima.
- Penghantaran pada hari yang sama
- Penghantaran meliputi lebih daripada 80 daerah di Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak
Kekurangan produk
- Tiada premis perniagaan untuk dikunjungi
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.flowerchimp.com/ https://www.instagram.com/flowerchimp/ |
---|---|
Alamat | Tidak dinyatakan |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari dari jam 9.00 am hingga 6.00 pm |
Harga Pakej | Bermula serendah RM79.00 |
BLOOMTHIS
BLOOMTHIS merupakan jenama butik bunga ekslusif terkemuka di Malaysia, namun menawarkan pakej harga bermula serendah RM59 sahaja. BLOOMTHIS menjalankan khidmat penghantaran bunga dalam talian pernah bekerjasama dengan jenama mewah Coach untuk koleksi jambangan bunga unik menampilkan wangian Coach Dreams Sunset. Memandangkan Malaysia bukanlah negara empat musim yang mudah untuk mendapatkan sumber bunga-bungaan segar yang cantik seperti di London mahupun negara-negara barat yang lain, maka BLOOMTHIS membantu mendapatkan bunga impian pelanggan.
Untuk sentuhan jambangan bunga moden yang minimalis serta ekslusif untuk ibu tercinta, anda pasti mahu menempah dari BLOOMTHIS! Menjalankan perniagaan setiap hari, dengan setiap pembelian di BLOOMTHIS, penghantaran adalah percuma sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Buat tempahan sebelum jam 3.30 petang untuk khidmat penghantaran hari yang sama. Pelanggan BLOOMTHIS juga boleh memilih penghantaran ekspres dengan jaminan penghantaran dalam tempoh 4 jam sahaja kepada penerima istimewa.
Kelebihan produk
- Butik bunga ekslusif terkemuka di Malaysia
- Penghantaran adalah percuma sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor
- Sentuhan jambangan bunga moden yang minimalis
- Khidmat penghantaran hari yang sama
- Penghantaran ekspres, jaminan penghantaran dalam tempoh 4 jam
Kekurangan produk
- Tiada premis perniagaan untuk dikunjungi
Spesifikasi produk
Hubungi | https://bloomthis.co/ https://www.instagram.com/bloomthis/ |
---|---|
Alamat | 9, Lorong 51a/227c, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari 9.00 am hingga 6.00 pm |
Harga Pakej | Bermula serendah RM59.00 |
Happy Bunch
Happy Bunch menawarkan pelbagai pilihan jambangan bunga terang dan comel yang akan menambah warna pada sambutan Hari Ibu tahun ini. Antara pilihan bunga yang cantik untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang ialah Dream Bunch, salah satu daripada bunga menyambut hari istimewa di Happy Bunch yang paling laris. Ia bukan sahaja merangkumi pelbagai jenis bunga ros, statik dan kayu putih yang elegan, Dream Bunch juga popular kerana memasukkan kekwa pingpong yang comel dan gebu.
Terfikir untuk mendapatkan sesuatu yang lain selain bunga untuk Hari Ibu? Jangan risau, di Happy Bunch juga menawarkan pelbagai pilihan sampingan seperti kek, manisan, kad ucapan dan kotak hadiah yang menarik. Happy Bunch menerima tempahan daripada pelanggan melalui laman website mereka setiap hari. Penghantaran ke seluruh negeri di Malaysia mengambil masa satu ke tiga hari waktu bekerja. Khas untuk pesanan di Lembah Klang Happy Bunch menawarkan penghantaran pada hari yang sama untuk semua pesanan yang dibuat sebelum jam 12.30 tengah hari.
Kelebihan produk
- Konsep jambangan bunga terang dan comel
- Penghantaran pada hari yang sama di Lembah Klang
- Tempahan melalui website setiap hari
- Terdapat pelbagai pilihan sampingan seperti kek, manisan, kad ucapan dan kotak hadiah
Kekurangan produk
- Luar Lembah Klang, penghantaran mengambil masa 1 ke 3 hari waktu bekerja
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.happybunch.com.my/ https://www.instagram.com/happybunchmy/?hl=ms |
---|---|
Alamat | L-G-07 & L-01-07, NZX Commercial Centre, Jalan PJU 1A/41B, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor. |
Waktu Operasi | Buka Isnin hingga Sabtu dari jam 9.00am – 6.00pm. Ahad tutup |
Harga Pakej | Bermula serendah RM49.00 |
Hari Ibu disambut sebagai acara simbolik menghormati serta menghargai pengorbanan wanita yang bergelar ibu. Sudahkah anda membuat persediaan yang sewajarnya untuk menggembirakan ibu tercinta? Pemberian hadiah berupa jambangan bunga merupakan ‘hadiah biasa’ pada Hari Ibu namun meninggalkan momen bahagia kepada kesayangan kalian itu. Bunga sesuatu yang indah, menggambarkan kasih sayang yang mekar mewangi dan memberikan sentuhan penuh kecintaan. Selain bawa mereka pergi makan serta membelikan hadiah jambangan bunga yang indah, apa lagi yang boleh dilakukan demi mengukir senyuman di bibirnya? Jangan sesekali kedekut dengan ibu kita. Makin anda berbelanja untuk ibu tersayang, makin murah rezeki.
Kasih ibu membawa ke syurga. Itu perumpamaan tepat menggambarkan wanita bergelar ibu yang sanggup berkorban jiwa dan raga serta bergadai nyawa demi memastikan anak dilahirkan membesar menjadi insan berjaya. Jangan lokek untuk hadiahkan jambangan bunga untuk ibu kalian. Selamat Hari Ibu!