5 Lokasi Viral Membeli Pinggan Mangkuk Berkonsep Mewah Dan Berkualiti
Selain daripada handbag berjenama, set kelengkapan pinggan mangkuk yang unik, eksklusif dan berkualiti tinggi pun antara ‘wishlist’ kebanyakkan wanita tau! Barulah semangat nak masak di rumah setiap hari bila lihat set pinggan mangkuk idaman terhidang rapi atas meja makan. Ianya ibarat satu kepuasan untuk diri sendiri. Nak jemput tetamu menjamu hidangan pun bertambah-tambah semangatnya kan? Hiks!
Mengunjungi 5 kedai perkakas dapur viral, dapatkan set pinggan mangkuk tampak mewah dengan harga berpatutan, dan nikmati makanan dengan selesa dan kemeriahan bersama-sama dengan keluarga.
Bangkita Ceramic Studio
Dijual dengan harga RM20 hingga RM80 sekeping, kepingan seramik daripada Bangkita dibuat dan dibakar di Telok Panglima Garang, Selangor dan merupakan produk seramik buatan tempatan. Bangkita Ceramik Studio ditubuhkan sejak tahun 2013 dan ternyata masih mempunyai peminat setianya sehingga kini. Pelbagai pilihan dengan reka bentuk hiasanya yang tersendiri menjadikan setiap kepingan hasil seni ini unik dan lain daripada yang lain. Produk ini juga ada digunapakai di beberapa restoran dan kafe tempatan seperti Bijan, Concubine, Daun dan banyak lagi.
Kelebihan
- Produk diiperbuat daripada seramik
- Hasil sentuhan dan rekaan unik
- Digunakan dalam pelbagai restoran dan kafe terkenal
- Boleh custom order
- Buatan tempatan
Kekurangan
- Waktu beroperasi terhad hanya hingga 5 petang
Spesifikasi
Lokasi | Kedai KL, Mahsa Avenue, Block B, Level 2 |
---|---|
Waktu beroperasi | Selasa- Ahad: 10 pagi-5 petang |
No tel | 017-394 4327 |
Instagram/Facebook | https://www.instagram.com/bangkitaceramicstudio/?hl=en |
Hyrem
Ia merupakan jenama tempatan dan memiliki kualiti standing produk antarabangsa lain. Ia mula berada di pasaran sejak Januari 2019. Keistimewaan Hyrem ini terletak pada corak yang unik dan tampak mewah dalam setiap produk yang dihasilkan. Terdapat lebih 50 koleksi pinggan mangkuk hasil usaha sama dengan syarikat dari Jerman iaitu Fine Diamond China yang lebih ringan, berkualiti dan selamat digunakan.
Kelebihan
- Menggunakan teknologi Fine Diamond China
- Produk yang tahan lasak dan kalis calar
- Menjual lebih 50 koleksi pinggan mangkuk
- Terdapat barangan lain seperti karpet
- Boleh dibeli secara online
Kekurangan
- Harga mahal
Spesifikasi
Lokasi | Melawati Mall, Lot L2-21, Level 2 |
---|---|
Waktu beroperasi | – |
No tel | 019-262 9365 |
Link Website | https://hyrem.com.my/ |
Instagram/Facebook | https://www.instagram.com/hyremretails/?hl=en |
Sentai
Siapa sahaja yang berkunjung ke kedai ini pasti rambang mata! Ini kerana Sentai mempunyai pelbagai pilihan dan variasi mengikut kegunaan dari rumah, kafe, restoran, bakeri mahupun kulinari. Ia ibarat one stop centre untuk anda yang sememangnya mahu mencari barangan keperluan dapur. Bukan sahaja pinggan mangkuk, barangan lain seperti periuk, set perkakas menggunakan kayu juga ada dijual di sini.
Kelebihan
- Pelbagai variasi barangan dapur
- Sesuai untuk keperluan rumah sehinggalah ke peralatan kulinari
- Barangan disusun secara teratur
- Menjual barangan fullset dan juga boleh dibeli berasingan
- Boleh dibeli secara online
Kekurangan
- Tutup pada hari Ahad
Spesifikasi
Lokasi | PJ SS2, Ampang dan Johor |
---|---|
Waktu beroperasi | 9 pagi – 6 petang |
No tel | 016-751 8808 |
Instagram/Facebook | https://www.instagram.com/sentai.malaysia/?hl=en |
Bendang Studio
Lokasi ini agak terkenal dalam kalangan peminat seramik. Bendang studio menghasilkan barangan seperti pinggan, cawan dan mangkuk. Menariknya, produk Bendang Studio kini mendapat tempat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu; Jepun, Tokyo, Paris dan Jerman. Setiap peralatan pinggan dijual adalah hasil kerja tangan pengusahanya sendiri dengan reka bentuk unik serta etos yang sangat moden. Hasil seni pinggan mangkuk ini juga mendapat perhatian restoran yang juga menggunakannya untuk dihidangkan kepada pelanggan sebagai salah satu daya tarikan. Antara restoran terkenal yang menggunakan pinggan rekaan Bendang Studio adalah De.Wan by Chef Wan, Beta KL, Atas di The RuMa Hotel and Residences, Jibby & Co dan pelbagai lagi.
Kelebihan
- Reka bentuk boleh ditempah khas
- Setiap rekaan unik dan pelbagai
- Digunakan di beberapa restoran terkenal
- Mendapat tempat di luar negara
Kekurangan
- Waktu operasi sangat singkat
Spesifikasi
Lokasi | The Link KL |
---|---|
Waktu beroperasi | 12 tengahari- 6 petang |
No tel | 011-2608 5133 |
Instagram/Facebook | https://www.instagram.com/bendangstudio_official/ |
CookerLand
Jika anda menggemari barangan marmar atau marble, Cookerland ialah tempat yang patut anda kunjungi untuk mendapatkan pinggan mangkuk yang kelihatan cantik yang akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Pelbagai warna boleh dipilih dan pelbagai barangan dari pinggan ke piring, bekas garam dan lada ke kuali. Namakan sahaja!
Kelebihan
- Reka bentuk unik
- Setiap rekaan unik dan pelbagai
- Menjual barangan dan peralatan dapur lain
- Harga berpatutan
Kekurangan
- Pilihan warna terhad
Spesifikasi
Lokasi | Lot 7577 Wisma TCk, Batu 4 ¾, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu beroperasi | 10 pagi – 7 petang, tutup pada hari Selasa |
No tel | – |
Instagram/Facebook | https://www.facebook.com/cookerland2u/ |
Tidak salah sesekali berbelanja mahal untuk barangan dapur seperti set pinggan mangkuk kerana ianya ibarat pelaburan jangka masa panjang dan boleh digunakan berulang kali. Selamat membeli!
Pastikan anda menyimpan pinggan mangkuk cantik ini dengan cara yang betul tau. Ini kerana sesetengahnya mungkin mudah calar dan dan perlu penyimpanan teliti untuk kekal cantik.