5 Perisian Alternatif Untuk Design & Editing. Paling Best Ianya Percuma!
Zaman teknologi semakin berkembang hari ini, sesiapa sahaja boleh menghasilkan sendiri design atau editing sesuatu imej atau video yang menarik. Ada pelbagai perisian alternatif hari ini disediakan tanpa memerlukan modal yang besar atau perlu mengambil kelas untuk belajar menggunakannya mampu untuk memenuhi keperluan anda. Semestinya perisian ini boleh membantu anda terutama dalam setengah-setengah bidang seperti perniagaan menghasilkan imej, video atau grafik yang cantik. Bermula daripada logo, kad perniagaan sehinggalah ilustrasi iklan untuk media sosial.
Bukan itu sahaja, kebanjiran laman sosial media membuatkan ramai anak muda ‘gila’ bergambar sebelum memuat naik foto atau video untuk berkongsi dengan rakan. Untuk mencantikkan foto serta video, ada segelintir ‘wajib’ menggunakan perisian alternatif design dan penyuntingan samada di telefon bimbit atau komputer. Terdapat ratusan perisian alternatif berkaitan design dan suntingan yang boleh dipilih, namun perlu diingat tidak semuanya mempunyai ciri baik dan memuaskan hati. Ini lima cadangkan beberapa perisian yang bersesuaian dengan keperluan design dan suntingan. Paling penting ianya percuma serta menepati cita rasa pengguna di Malaysia. Usah risau jika anda hanya menggunakan perisian suntingan percuma yang menyediakan fungsi design atau suntingan asas sahaja. Walaupun fungsinya tidak sama seperti perisian profesional, ia cukup membantu mendapatkan hasil yang terbaik.
Canva
Rasanya sudah ramai mengenali dan menggunakan perisian Canva. Canva seringkali digunakan untuk mendesign dan menyunting imej biasa bagi tujuan posting di media-media sosial. Selain daripada browser, Canva boleh diakses melalui tiga platform secara serentak iaitu aplikasi telefon, browser komputer dan perisian komputer. Penggunaan Canva adalah percuma, namun anda boleh melanggan Canva Pro untuk menghasilkan kerja lebih profesional.
Tiada pengalaman mendesign atau menyunting? Ia tidak menjadi masalah kerana Canva sangat mesra pengguna. Anda pilih jenis design yang diingikan kemudia mula menyunting. Banyak jenis design disediakan untuk presentation, poster, instagram post, facebook post, youtube thumbnail, facebook header, blog banner, dan logo. Kesemuanya sudah disediakan mengikut template yang ada, namun anda masih boleh menukar mengikut citarasa yang dinginkan. Bukan imej sahaja, video juga boleh disunting dan dihasilkan dengan Canva.
Kelebihan produk
- Untuk design dan edit imej serta video
- Boleh diakses melalui 3 platform secara serentak
- Mesra pengguna
- Template disediakan
Kekurangan produk
- Yuran bulanan dikenakan untuk Canva Pro
Spesifikasi produk
Pautan | https://www.canva.com/ |
---|---|
Disokong | Browser, Windows, macOS, iOS, Android |
Pengguna Aktif | 65 juta ++ |
GIMP
Salah satu perisian alternatif untuk design dan editing popular seperti Photoshop adalah GNU Image Manipulation Program atau GIMP. GIMP merupakan perisian penyunting gambar percuma dan open-source yang dilengkapi pelbagai fungsi suntingan penting, serta boleh digunakan untuk pengguna Windows, Mac dan Linux. Ia boleh digunakan dengan kebanyakan format gambar, membuatkannya amat mudah untuk digunakan dengan gambar daripada sebarang kamera.
Malang sekali, GIMP tidak mempunyai versi untuk telefon pintar oleh itu anda terpaksa memindahkan gambar daripada telefon ke dalam komputer. GIMP sama seperti Photoshop perlu mempunyai skil dan pengetahuan untuk mengendalikannya. Cuba tuntut ilmu menggunakan GIMP daripada yang pakar ok! Oleh kerana GIMP adalah perisian percuma, tidak ada hotline khusus yang boleh anda hubungi sekiranya terdapat sebarang masalah.
Kelebihan produk
- Fungsi setaraf dengan perisian design & editing yang berbayar
- Dilengkapi pelbagai fungsi suntingan penting
- Boleh menyunting pelbagai format imej
- Hasil kerja lebih profesional
Kekurangan produk
- Tiada versi untuk telefon pintar
- Tidak ada hotline khusus
Spesifikasi produk
Pautan | https://www.gimp.org/ |
---|---|
Disokong | GNU/Linux, macOS, Microsoft Windows |
Pengguna Aktif | Tidak dinyatakan |
PhotoScape X
PhotoScape X merupakan perisian suntingan gambar yang sangat popular dalam kalangan pengguna Windows dan Mac. PhotoScape X mempunyai fungsi yang banyak seperti GIMP, namun antara mukanya (user interface) adalah lebih mudah untuk difahami dan anda boleh menambah efek, teks atau potong gambar dengan cepat. PhotoScape X merupakan perisian khas untuk membuat suntingan dengan mudah serta pantas pada gambar-gambar yang telah dirakam. PhotoScape X memberi peluang untuk merasai pengalaman mengedit gambar dengan slider editing yang hebat dan profesional seperti curve, begitu juga dengan aplikasi kamera telepon dengan fitur seperti long exposure dan HDR. Jika anda berpuas hati dengan perisian percuma ini dan ingin mempelajari suntingan fotografi yang lebih serius, anda boleh terus melanggan PhotoScape X Pro Edition secara bulanan.
Kelebihan produk
- Popular kalangan pengguna Windows dan Mac
- User interface lebih mudah untuk difahami
- Boleh tambah efek, teks atau potong gambar
- Suntingan lebih mudah & pantas
Kekurangan produk
- Yuran bulanan dikenakan untuk PhotoScape X Pro Edition
Spesifikasi produk
Pautan | http://x.photoscape.org/ |
---|---|
Disokong oleh | Windows, macOS, iOS, Android, dan tvOS |
Pengguna Aktif | 30 Juta ++ |
PicsArt
PicsArt menyediakan pelbagai jenis kerja design serta menyunting seperti fungsi lapisan (layers) di mana pengguna boleh menyunting beberapa gambar serentak untuk menghasilkan produk akhir yang menarik. PicsArt bukan saja berfungsi menyunting, tetapi membolehkan anda berhubung dengan pengguna lain yang berkongsi hasil seni kalian samada melalui gambar atau video. Semestinya perisian ini menjadi kegilaan anak muda. Menariknya, gambar dirakam boleh disunting menjadi karya seni selain membenarkan individu lain juga menyunting gambar sama menjadikannya lebih menarik. Satu fungsi yang mencuri tumpuan termasuk ciri ‘Draw’ menyaksikan pengguna boleh menconteng gambar yang ada selain ditambah dengan pelekat (sitcker) ditawarkan. PicsArt digunakan secara percuma namun anda perlu bertahan dengan iklan dalamannya. Jika anda suka menggunakan aplikasi ini dan tidak tahan dengan kewujudan iklan, anda boleh melanggannya secara penuh dengan caj yuran bulanan di kenakan.
Kelebihan produk
- Membenarkan suntingan gambar dan video
- Bolehkan berhubung dengan pengguna lain
- Ada ciri draw & sticker
- Menjadi pilihan anak muda
Kekurangan produk
- Banyak iklan
Spesifikasi produk
Pautan | https://picsart.com/ |
---|---|
Disokong oleh | Windows, macOS, iOS, Android, |
Pengguna Aktif | 14 Juta ++ |
Inkscape
Inkscape adalah perisian reka bentuk grafik percuma yang dapat membantu anda membuat reka bentuk grafik jenis ukuran. Inkscape adalah salah satu software vector image. Dengan kata lain ianya lebih banyak digunakan untuk design. Bukan khusus untuk image editor. Kalau nak dibandingkan, Inkscape lebih diperkatakan sebagai alternatif kepada Adobe Illustrator. Tetapi masih boleh guna untuk image editor bagi fungsi yang lebih mudah. Inkscape dilengkapi dengan pemegang Bezier untuk memastikan pergerakan nod yang lebih mudah.
Selain itu ia menyokong pelbagai kecerunan dan dilengkapi dengan alat yang terpisah untuk membuat kombinasi yang kompleks. Untuk edit gambar atau ‘design artwork’ juga tidak menjadi masalah jika ingin menggunakan perisian Inkscape ini. Jika anda pertama kali menggunakan perisian ini, dapatkan tutorial penggunaannya daripada laman sesawang terlebih dahulu. Seterusnya pasti anda memiliki bakat luar biasa untuk kerja menyunting dan design. Selamat mencuba!
Kelebihan produk
- Software vector image
- Dilengkapi dengan pemegang Bezier
- Menyokong pelbagai kecerunan
- Banyak tutorial di laman sesawang
Kekurangan produk
- Pemprosesan sedikit perlahan daripada perisian lain
- Tiada versi untuk telefon pintar
Spesifikasi produk
Pautan | https://inkscape.org/ |
---|---|
Disokong oleh | macOS, Microsoft Windows |
Pengguna Aktif | Tidak dinyatakan |
Beberapa tahun ini menyaksikan pelbagai perubahan dan kemajuan daripada aspek teknologi termasuk kemunculan ribuan perisian baru dengan fungsi berbeza. Perisian alternatif untuk kerja-kerja design dan editing termasuk antara yang tertinggi penggunaannya untuk pelbagai hasil kerja. Untuk pengguna biasa, perisian percuma sudah cukup untuk menyelesaikan tugas anda. Cubalah!
Berhati-hati! Tidak semua perkara ‘percuma’ itu benar-benar percuma. Kebanyakkan perisian percuma seringkali disokong oleh iklan yang bakal mengganggu tugas anda mendesign atau menyunting.