Snek Yang Lazat & Memuaskan! Ini 5 Biskut Coklat Kegemaran Ramai

Snek Yang Lazat & Memuaskan! Ini 5 Biskut Coklat Kegemaran Ramai
Makanan dan minuman


Makan petang dan bersantai tentu menjadi detik yang indah apabila dapat menikmati snek lazat seperti biskut coklat. Biskut coklat merupakan snek universal. Ramai penggemar biskut coklat di seluruh dunia gemarkan rasanya yang berlemak, manis dan sedap. Disebabkan itu ada yang beranggapan makan biskut coklat akan menggemukkan. Ya, jika dimakan secara berlebihan dan tidak terkawal. Namun begitu, biskut coklat tetap mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Biskut coklat adalah kalori yang tinggi dan mengandungi karbohidrat, gula, dan lemak, serta sejumlah protein. Ia kaya dengan sumber vitamin B12, niacin, riboflavin, vitamin E dan mineral seperti fosforus, mangan, dan zink. Kandungan dalam setiap biskut coklat juga mengandungi kalsium, magnesium, kalium, dan zat besi.

Selain itu biskut yang diperbuat daripada coklat ini selalunya mengandungi kafein, tryptophan, asid amino yang mempunyai kesan yang menenangkan. Disebabkan itu, jika anda memakan biskut coklat dengan jumlah terkawal, ia membantu mengurangkan tekanan dan stress. Ia seakan mempunyai kesan menenangkan dan menyegarkan dalam jika seseorang berada dalam keadaan tegangan dan tekanan. Ramai percaya makanan yang berunsur coklat berfungsi pengawalan mood yang sangat berkesan dan terapi antidepresan. Ingin mendapatkan ‘mood’ yang baik hari ini? Cubalah 5 snek biskut coklat kegemaan ramai ini. Semestinya sangat lazat dan sungguh memuaskan!

Famous Amos Chocolate Chips & Pecans Cookies (100g)

Famous Amos Chocolate Chips & Pecans Cookies (100g)
Famous Amos jenama biskut yang popular dan dikenali di Malaysia ada sekitar 20 cawangan Famous di Malaysia. Jangan risau jika kawasan sekitar anda tiada cawangan Famous Amos, anda boleh buat pembelian atas talian. Jenama Famous Amos ada peminatnya tersendiri antaranya Famous Amos Chocolate Chips & Pecans Cookies. Famous Amos Chocolate Chips & Pecans Cookies diperbuat daripada coklat susu asli, soya mentega, tepung gandum, gula, dan perasa semulajadi. Ia bebas gluten, tanpa pengawet, tanpa pewarna dan perisa tiruan.

Bagi menghasilkan rasa premium, Famous Amos Chocolate Chips & Pecans Cookies menggunakan chocolate chip berkualiti dan dibakar dengan suhu yang sempurna. Rasanya sangat sedap dan cair di dalam mulut. Antara perisa lain yang tidak kurang lazat adalah Original Chocolate Chip, Oatmeal Raisin Cinnamon, Chocolate Chip Macadamia, Double Chocolate Chip Pecan dan Butterscotch Chip Pecan. Jika anda ingin menghadiahkan Famous Amos Chocolate Chips & Pecans Cookies ini kepada yang tersayang, minta khidmat pembungkusan atau pilih pakej yang datang dengan eksesori tambahan seperti bunga, cawan, patung beruang atau kotak.

Kelebihan produk

  • Jenama dipercayai rakyat Malaysia
  • Diperbuat dengan perasa semulajadi dan berkualiti
  • Ia bebas gluten, tanpa pengawet, tanpa pewarna dan perisa tiruan.
  • Boleh beli secara dalam talian

Kekurangan produk

  • Ada kandungan soya dan tidak sesuai untuk yang mempunyai alahan
  • Harga agak tinggi

Spesifikasi produk

Kandungan Coklat susu asli, soya mentega, tepung gandum, gula, dan perasa semulajadi.
Berat 100g
Harga RM10.90

Arnott’s Tim Tam Chocolate Mint (160g)

Arnott’s Tim Tam Chocolate Mint (160g)
Arnott’s Tim Tam Chocolate Mint produk keluaran negara Australia yang mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia. Rasa biskut coklat rangup ini sangat sedap dan sekali cuba pasti jatuh cinta. Arnott’s TimTam Chocolate Mint dibuat daripada gabungan sempurna minyak pudina tulen, krim pudina, susu pepejal, soya, gula, tepung gandum coklat sebenar, bahan koko terbaik, produk susu asli, bijirin mengandungi gluten dan perasa tambahan.

Arnott’s TimTam Chocolate Mint dianggap biskut klasik dengan rasa luaran biskut rangup dilapisi pudina berkrim dan disaluti coklat gelap yang sempurna. Arnott’s TimTam Chocolate Mint sesuai dihidangkan dengan segelas susu sejuk dan dimakan dengan perisa lain seperti Tim Tam Original, Tim Tam Dark Choc, Tim Tam White Choc, Tim Tam Double Coat, Tim Tam Chewy Caramel, Tim Tam Orange & Dark Choc, Tim Tam Manuka Honey, Tim Tam Strawberries, dan Tim Tam Salted Caramel.

Kelebihan produk

  • Dianggap biskut klasik buatan Australia
  • Ada 9 perisa pilihan lain
  • Biskut coklat yang rangup
  • Diperbuat daripada bahan koko terbaik dan minyak pudina sebenar

Kekurangan produk

  • Bijirin mengandungi gluten dan perasa tambahan
  • Ada kandungan soya dan tidak sesuai untuk yang mempunyai alahan

Spesifikasi produk

Kandungan Minyak pudina tulen, krim pudina, susu pepejal, soya, gula, tepung gandum coklat sebenar, bahan koko terbaik, produk susu asli, bijirin mengandungi gluten dan perasa tambahan.
Berat 160g
Harga RM10.99

The Skinny Bakers- Molten Cookie

The Skinny Bakers- Molten Cookie
The Skinny Bakers sebuah kafe kek dan pastri terletak di Subang Jaya terkenal dengan variasi biskut coklat yang sedap dan pasti puas hati. Antara biskut pilihan ramai pelanggan di The Skinny Bakers adalah Molten Cookie. Molten Cookies diperbuat daripada coklat gelap berkualiti tinggi disamping resepi rahsia tambahan. Molten Cookie terdiri daripada pilihan biskut coklat seperti Molten Cookie – Biscoff, Molten Cookie – Nutella, Molten Cookie – Nutella, Molten Cookie – Valrhona 55% Dark, Molten Cookie – Valrhona 55% Dark, Molten Cookie – Oreo Matcha, dan Molten Cookie – Oreo Matcha. Molten Cookie, khas untuk anda yang ingin menikmati biskut yang lembut dengan sentuhan coklat cair di tengah.

Jika ingin makan Molten Cookie dengan rasa yang memuaskan, anda disarankan untuk memanaskan biskut coklat ini ke dalam ketuhar gelombang mikro dengan durasi selama 30 saat ke satu minit. Untuk mendapatkan siri Molten Cookie ini, anda boleh terus ke premis The Skinny Bakers atau membuat pembelian di atas talian.

Kelebihan produk

  • Diperbuat daripada coklat gelap berkualiti
  • Ada 7 pilihan Molten Cookie
  • Biskut boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro
  • Untuk penduduk sekitar boleh membuat pembelian atas talian

Kekurangan produk

  • Hanya ada satu cawangan
  • Produk laris dan sukar diperolehi
  • Harga agak mahal

Spesifikasi produk

Kandungan Bahan utama coklat gelap berkualiti tinggi & resepi rahsia tambahan
Berat Tidak dinyatakan
Harga RM12.00 – RM15.00 sekeping

Chipsmore Double Choc Chocolate Cookies (153g)

Chipsmore Double Choc Chocolate Cookies (153g)
Jangan menyangkal bahawa kita membesar dengan biskut coklat berjenama Chips More! Chips More Double Choc Chocolate Cookies, biskut coklat produk Malaysia dengan tagline lebih banyak cip diperakui Halal. Chips More Double Choc Chocolate Cookies mempunyai lebih banyak cip coklat asli dalam setiap gigitan yang memuaskan keinginan sesiapa sahaja sejak dari generasi ke generasi. Produk ini mudah didapati di mana sahaja pasaran samada di kedai kecil hingga ke pasaraya gergasi.

Chips More Double Choc Chocolate Cookies diperbuat daripada coklat susu asli, soya mentega, tepung gandum, gula, dan perasa dibenarkan. Coklat cipnya dihasilkan daripada coklat berkualiti, melalui proses pembuatan yang dijamin berkualiti dan dibakar dengan suhu yang sempurna. Proses pembungkusannya juga diselia oleh pakar pemakanan yang berpengalaman dan telah diuji selamat.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Mempunyai sijil Halal
  • Pembungkusan yang baik dan kualiti terjamin
  • Coklat cipnya dihasilkan daripada coklat berkualiti

Kekurangan produk

  • Perlu simpan ditempat sejuk dan kering sahaja
  • Elak daripada terkena cahaya matahari

Spesifikasi produk

Kandungan Diperbuat daripada coklat susu asli, soya mentega, tepung gandum, gula, dan perasa dibenarkan.
Berat 153g
Harga RM3.90

Subway Double Chocolate Chip Cookies

Subway Double Chocolate Chip Cookies
Subway restoran rangkaian makanan segera berkonsepkan roti sandwich turut menghasilkan biskut coklat keluarannya sendiri sebagai menu sampingan. Subway Double Chocolate Chip Cookies antara pilihan paling popular dan laris di restoran ini. Diperbuat dengan bahan segar dan berkualiti, antara kandungan Subway Double Chocolate Chip Cookies adalah seperti mentega masin, gula perang, gula pasir, ekstrak vanila, telur, tepung biasa, serbuk koko, soda penaik, coklat cip, coklat putih dan coklat susu.

Paling menarik, Subway tidak lokek berkongsi resepi untuk menghasilkan biskut Subway Double Chocolate Chip Cookies ini. Anda boleh dapatkan resepi istimewa biskut coklat Subway ini di lawan sesawang rasminya. Namun jika membuat pembelian di premisnya dan ingin menikmati Subway Double Chocolate Chip Cookies dengan rasa yang memuaskan, anda disarankan untuk memanaskan biskut coklat ini ke dalam ketuhar gelombang mikro dengan durasi selama satu minit ke dua minit.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Diperbuat dengan bahan segar dan berkualiti
  • Subway ada kongsi resepi biskutnya di laman web rasmi
  • Biskut boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro

Kekurangan produk

  • Sedikit manis

Spesifikasi produk

Kandungan Mentega masin, gula perang, gula pasir, ekstrak vanila, telur, tepung biasa, serbuk koko, soda penaik, coklat cip, coklat putih dan coklat susu.
Berat Tidak dinyatakan
Harga RM1.80 sekeping

Biskut coklat rangup, manis dan penuh rasa coklat, lazimnya digemari pelbagai peringkat usia. Hakikatnya apa saja manisan berperisa coklat seperti biskut coklat sekiranya dimakan berlebihan menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Bagaimanapun, pakar kimia antarabangsa, mengesahkan makanan berasas coklat seperti biskut coklat adalah makanan sempurna, di sebalik rasanya yang enak, kaya nutrisi tambahan yang memulihkan tenaga. Amalan memakan biskut coklat juga baik kerana dapat merembeskan hormon endorfin ke dalam otak yang merangsang emosi gembira, sekali gus mengatasi masalah kemurungan secara semula jadi. Ayuh, jom makan biskut coklat!

Apa sahaja jenama biskut coklat yang ada dijual dipasaran pasti menjadi pilihan ramai samada untuk juadah minum petang, sebagai kudapan majlis hari lahir atau dihadiahkan kepada insan tersayang. Biskut coklat itu sendiri mempunyai simbolik tertentu iaitu sebagai tanda menceriakan hari seseorang. Mana tidaknya, pakar sendiri telah membuktikan pengambilan makanan berasaskan coklat seperti biskut coklat mampu mengurangkan tekanan dan stress. Kalau ingin tahu, biskut coklat dan susu sejuk merupakan gabungan paling ideal untuk dinikmati. Cubalah!



Related posts