10 Kuali Anti Lekat Terbaik Pilihan Ibu-Ibu Di Malaysia. Mudahkan Kerja Harian Di Dapur!
Masa memasak yang singkat, pilihan menu lazat, dan hidangan menarik, semua ini kerap bermain di fikiran ibu-ibu di Malaysia setiap hari. Sebenarnya memasak akan menjadi lebih mudah jika setiap rumah mempunyai peralatan atau gajet yang memudah dan mempercepatkan proses masakan. Salah satunya yang paling popular adalah penggunaan kuali anti lekat (non-stick).
Perkakasan dapur anti lekat menjadi pilihan kebanyakan wanita kerana memiliki kelebihan iaitu makanan yang dimasak tidak akan hangus dan melekat di permukaannya. Contohnya penggunaan kuali biasa yang tidak mempunyai lapisan anti lekat akan mengalami masalah terutama ketika menggoreng ikan dan ini menyebabkan sajian tidak nampak menarik ketika dihidang di atas meja. Bukan itu sahaja, proses membasuh juga menjadi rumit dan menjadi penyebab perasaan ‘malas’ masak sering bermain difikiran.
Justeru, penggunaan kuali anti lekat cukup popular kerana memudahkan kerja-kerja memasak selain mengurangkan penggunaan minyak berbanding pada kuali biasa. Mencari idea untuk membeli kuali baru? Ini antara 10 kuali anti lekat terbaik sepanjang tahun ini menjadi pilihan ramai ibu-ibu di Malaysia.
Tefal Cookware Cook & Clean Wokpan with Lid
Jenama Tefal antara jenama yang dipercayai ramai ibu-ibu di Malaysia. Boleh dikatakan, hamper semua orang mengenali jenama ini. Kuali Tefal anti lekat dicipta dengan 4 lapisan salutan agar ia menjadi kuali yang selamat digunakan dan tidak mudah melekat. Kuali Tefal dIlengkapi dengan lapisan non-stick Mineralia yang menjadikannya kuali tahan lebih lama akibat kesan calar. Mempunyai lapisan titanium eksklusif untuk periuk dan kuali yang tahan lebih lama dan serasi dengan semua jenis hob. Direka bentuk dengan teknologi Thermo-Spot yang membolehkan masakan disediakan dengan penggunaan minyak yang kurang, tetapi juga memberikan tekstur dan rasa terbaik dalam makanan. Tapak kuali diperbuat daripada teknologi Diffusion Base,berfungsi meresap haba dengan lebih seragam. Maka sangat sesuai untuk memasak makanan dalam kuantiti banyak jika anda mempunyai keluarga besar.
Kelebihan produk:
- Mudah dibasuh
- Kuali tahan lama
- Popular di pasaran online
- Jenama dipercayai di pasaran
Kekurangan produk:
- Sesuai untuk semua jenis dapur kecuali dapur induction
- Produk tiruan sering menyasarkan jenama ini
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | Perancis |
---|---|
Saiz & warna : | Pelbagai. Warna hitam/kelabu |
Harga : | RM202 |
Dessini-Sided Foldable Frying Non-Stick Grill Pressure Pan
Kuali tidak melekat khas diterbangkan dari Itali ini turut dikenali sebagai ‘kuali ajaib’ dek kerana kelebihannya yang pelbagai dalam menyediakan juadah lazat. Kuali jenis tertutup ini sesuai untuk masakan jenis memanggang kerana ia dapat mengurangkan risiko percikan minyak dan mengurangkan bau. Bukan itu sahaja, malah boleh digunakan untuk membakar kek kerana fungsinya mempercepatkan masa memasak. Penggunaan material anti lekat adalah sejenis polimer atau gumpalan molekul yang dikenali PTFE sememangnya diguna pakai pada produk premium. Kelebihan PTFE ialah menonjolkan kelebihan perkakasan itu yang tidak melekat ketika memasak makanan dan mudah dibasuh. Kelebihan kuali jenama Dessini ini menjadikan ia satu kehendak dalam memudahkan urusan harian di dapur.
Kelebihan produk:
- Kuali jenis kunci magnet
- Mempunyai dua tapak
- Harga mampu milik
- Mudah di cuci
Kekurangan produk:
- Berat
- Getah sekeliling perlu diganti jika haus supaya masakan tidak mudah tumpah
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | Itali |
---|---|
Saiz & warna : | Pelbagai. Warna hitam, maroon dan ungu |
Harga : | RM64.90 |
IKEA Kavalkad Aluminium Non-Stick Frying Pan
Jika berpeluang masuk ke ruang dapur ibu-ibu yang tinggal di bandar besar pastinya tidak terlepas melihat pelbagai barang dari jenama IKEA mendiami kawasan tersebut. Antara perkakasan dapur menjadi pilihan adalah Kavalkad Aluminium Non-Stick Frying Pan. Kuali jenis anti lekat ini datang dalam pelbagai saiz mengikut kegunaan anda. Kuali ini sangat ringan dan boleh digunakan oleh kanak-kanak dengan pengawasan orang dewasa untuk menggoreng telur. Kavalkad diperbuat daripada aluminium dan mudah untuk dikendalikan malah mudah dibersih dan tidak melekat.
Kelebihan produk:
- Boleh untuk kegunaan dapur gas ataupun dapur kaca.
- Ringan
- Murah
- Sesuai dikendali oleh kanak-kanak
Kekurangan produk:
- Mudah kemik jika jatuh
- Untuk kegunaan api kecil & sederhana sahaja
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | Sweden |
---|---|
Saiz & warna : | Saiz pelbagai. Warna hitam |
Harga : | RM24.90 |
Shefu Non-Stick Aluminium Wok Ceramic Marble Coating Frying Pan
Produk Shefu menjadi pilihan wanita yang suka akan warna-warna ceria. Ini kerana produk keluaran negara China ini mempunyai pelbagai warna luar menarik seperti maroon, biru, biru laut, coklat, dan kelabu. Sesuai untuk memasak hidangan dalam kuantiti banyak atau berkuah, kuali anti lekat ini diperbuat daripada material aluminium yang tahan panas dan lasak. Kuali jenama Shefu ini berfungsi menahan haba pada makanan yang dimasak untuk tempoh lama dan jika ingin memanaskan semula hidangan tersebut hanya memakan masa yang singkat. Kuali ini juga mudah untuk dibersihkan dan tahan calar, selain dilengkapi dengan Bakelite Handle agar tangan sentiasa selesa semasa memegang dan mengendalikan kuali ini.
Kelebihan produk:
- Ada banyak pilihan warna
- Menahan haba dalam masa yang lama
- Lasak
- Saiz dan isipadu kuali sesuai untuk masakan berkuah dan kuantiti banyak
Kekurangan produk:
- Berat
- Produk tiruan sering menyasarkan jenama ini
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | China |
---|---|
Saiz & warna : | Saiz pelbagai. Warna maroon, biru, biru laut, coklat dan kelabu |
Harga : | RM89.90 |
Russell Taylors Non-Stick Marble Coated Fry Pan with Lid
Jenama Russell Taylors semakin dikenali dan jika ada yang tidak tahu jenama ini adalah keluaran anak tempatan warga Malaysia. Bentuk kuali anti lekat ini seakan kuali yang digunakan oleh chef-chef hebat bertaraf dunia di ruang dapur. Diperbuat daripada material berkualiti tinggi, kuali ini mampu memanaskan hidangan secara menyeluruh dengan pantas dan cepat. Kuali ini juga ringan dan mudah dikendalikan. Russell Taylors Non-Stick Marble Coated Fry Pan memerlukan penggunaan minyak masak yang minima dan sedikit sahaja dalam setiap masakan. Oleh itu membantu menjadikan sajian anda lebih sihat. Antara ciri utama kuali ini adalah lapisan non stick yang tahan lama dari jenis Greblon C3 manakal tapak kuali diperbuat daripada besi setebal 4.5mm untuk haba meresap lebih cepat, kuat dan seragam. Pemegang kayu pada kuali pula nampak sangat kemas dan ekslusif.
Kelebihan produk:
- Jenama tempatan
- Kuali ringan
- Nampak ekslusif walaupun harga murah dipasaran
- Penggunaan minyak yang minima
Kekurangan produk:
- Mempunyai satu warna sahaja
- Sesuai untuk semua jenis dapur kecuali dapur induction
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | Malaysia |
---|---|
Saiz & warna : | Saiz dan jenis pelbagai. Warna kelabu |
Harga : | RM89.99 |
Maifan Stone Coating Smokeless Non-Stick Frying Pan
Maifan Stone Coating Smokeless Non-Stick Frying Pan antara kuali anti lekat yang viral dan termurah dipasaran. Walaupun murah, namun kualiti kuali anti lekat ini sangat baik dan berbaloi untuk dimiliki ibu-ibu di Malaysia. Kuali dengan tiga lapisan keluli dan disaluti batu maifan ini tahan lasak dan ideal untuk kegunaan harian. Ditambah pula dengan reka bentuk pemegang yang ergonomik dan tidak licin memberi keselesaan untuk anda ketika memasak.
Kelebihan produk:
- Harga berbaloi
- Pemegang yang ergonomik dan tidak licin
- Lasak
- Mempunyai 5 jenis saiz 20cm,22cm,24cm,26cm,28cm dan 30cm
Kekurangan produk:
- Produk tiruan sering menyasarkan jenama ini
- Tidak mempunyai waranti
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | China |
---|---|
Saiz & warna : | Mempunyai 5 jenis saiz berbeza dan berwarna kelabu |
Harga : | RM50.34 – RM79.90 |
NaVa Kitchen Non-Stick Star Frying Cooking Wok Pan
Dari jauh rupanya seakan jenama popular, Jenama NaVa ada peminatnya tersendiri. Kuali anti lekat ini bukan sahaja murah namun sangat berbaloi untuk dimiliki kerana fungsinya seakan sama dengan jenama mahal. Kuali NaVa ini ringan dan mudah untuk dikendalikan terutama untuk kanak-kanak atau warga emas. Mempunyai lapisan coating diamond yang rata di permukaan atas dan tangkai pemegangnya berciri ergonomik agar mudah dipegang. Diperbuat daripada besi yang ringan, kuali ni datang dengan penutup kaca dan spatula kayu. Berbaloi untuk dimiliki dan menjimatkan poket anda!
Kelebihan produk:
- Harga berpatutan
- Tapak kuali meresap haba dengan seragam
- Material jenis mudah dibersihkan
- Ringan dan mudah dikendalikan
Kekurangan produk:
- Reka bentuk seakan bentuk pesaing jenama popular
- Tiada pilihan warna
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | Greece |
---|---|
Saiz & warna : | Saiz dan fungsi pelbagai. Berwarna hitam/merah |
Harga : | RM79.53 |
Zebra Stainless Steel Non-Stick Fry Pan
Kerja memasak di dapur pasti lebih cepat dan pantas disiapkan jika peralatan memasak digunakan menjadi pembantu setia. Dapatkan kuali anti lekat jenama Zebra Stainless Steel Non-Stick Fry Pan yang menjadi jenama kebanggaan negara jiran kita, Thailand. Kuali ini mudah dikendali dan selamat digunakan untuk semua jenis gas stove atau induction cooker. Untuk kuali anti lekat, kebanyakkan pengguna mengelak untuk menggunakan senduk atau sudu besi, namun untuk jenama ‘kuda belang’ ini tidak perlu risau kerana ia tahan lasak, malahan tahan calar.
Kelebihan produk:
- Mempunyai 5 jenis saiz 20cm,22cm,24cm,26cm,28cm dan 30cm
- Standard keselamatan dan jaminan kualiti yang tertinggi.
- Selamat digunakan untuk semua jenis gas stove atau induction cooker
- Diiktiraf oleh FDA USA
Kekurangan produk:
- Tidak mempunyai waranti
- Reka bentuk seakan bentuk pesaing jenama popular
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | Thailand |
---|---|
Saiz & warna : | 5 saiz pelbagai. Warna hitam dan maroon |
Harga : | RM130 |
Shogun Senjo Marble Deep Frypan with IH
Kuali jenama Shogun ini memiliki kedalaman yang luas dan tidak melekat bagi memastikan makanan dimasak sekata. Shogun Senjo Marble Deep Frypan merupakan kuali dan periuk anti lekat yang sangat berkualiti tinggi dan memberi kepuasan memasak dan kualiti sajian yang luar biasa Menariknya, kuali ini mempunyai lapisan magnetis iaitu lapisan yang memastikan pemindahan haba berlaku lebih cepat agar dapat singkatkan waktu memasak.
Kelebihan produk:
- Ergonomic Safety Handle – Pemegang tidak panas ketika masak
- Penutup berkualiti tinggi. Jenis tempered glass tidak mudah pecah
- Jimatkan masa dan tenaga ketika memasak
- Pengaliran haba yang baik pada kuali
Kekurangan produk:
- Tiada pilihan warna
- Dijual di pasaraya terpilih sahaja
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | Jepun |
---|---|
Saiz & warna : | Pelbagai dan berwarna hitam sahaja |
Harga : | RM129 |
Carote Essential Woody Non-Stick Grill Pan
Kuali anti lekat jenis Carote Essential Woody Non-Stick Grill Pan mempunyai 6 lapisan marble coating, masakan pasti dimasak secara menyeluruh terutama untuk hidangan stik yang lazat. Kuali jenis ini juga seringkali digunakan untuk memasak pizza, atau lempeng dengan sempurna. Selain itu, kuali jenis ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis dapur termasuk induction cooker atau gas stove kerana ianya diperbuat daripada material tahan api.
Kelebihan produk:
- Sesuai untuk semua jenis dapur termasuk dapur induction
- Reka bentuk eksklusif
- Kuali pelbagai fungsi
- Kuali mesra alam
Kekurangan produk:
- Tiada pilihan warna
- Berat
Spesifikasi produk
Negara Keluaran : | Switzerland |
---|---|
Saiz & warna : | Datang dalam 3 jenis fungsi dan saiz pelbagai. Berwarna kelabu |
Harga : | RM178 |
Setiap rumah harus mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kuali anti lekat. Dijamin perkakasan dapur ini membantu kerja-kerja memasak di dapur dengan lebih pantas dan menyenangkan terutama buat kaum Hawa. Namun, penggunaan perkakas kuali anti lekat itu dilihat mempunyai beberapa keburukan biar pun ia memudahkan urusan di dapur. Perkakas itu memerlukan penjagaan baik bagi mengelakkan lapisan anti lekat daripada tercalar. Jika lapisan itu tercalar, elakkan penggunaannya bagi mengelak kemungkinan bahan kimia meresap masuk ke dalam makanan ketika penyediaan. Pilihlah jenama kuali anti lekat yang diakui dan mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.
Jika prihatin dengan tahap kesihatan keluarga anda, ambil perhatian kondisi kelengkapan dapur anda terutama peralatan memasak seperti kuali. Beli yang baru jika kuali anti lekat anda sudah digunakan dalam tempoh masa yang agak lama. Kuali anti lekat yang mempunyai kerosakan pada permukaannya boleh menyebabkan masalah kesihatan. Untuk tip berguna selepas menggunakan kuali anti lekat, cuci permukaan kalis lekat dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci dilakukan.