5 Jenama Smartwatches Paling Top Untuk Dimiliki Mengikut Bajet Anda
Peranti pintar seperti jam tangan (smartwatches) bukan saja berperanan untuk menjadi pembantu maya kepada pengguna sebaliknya mampu membawa kehidupan seseorang individu kepada tahap yang lebih baik jika menggunakan padanan aplikasi yang betul. Trend pengguna Smartwatches hari ini bukan hanya untuk kelihatan mengikut peredaran zaman sebaliknya peranti berkenaan mampu untuk membantu pengguna khususnya mengekalkan kecergasan dan juga menjaga tahap kesihatan dengan lebih baik dan tepat. Kebanyakkan smartwatches boleh mengesan bacaan degupan jantung tidak normal pada pemakainya dan memberi notifikasi peringatan berhubung bacaan jantung di luar kebiasaan.
Bagi aktiviti yang anda lakukan tidak kira senaman atau riadah, Smartwatches akan merekod semua kegiatan tersebut. Jadi pengguna tidak perlu menyalin nota seperti pembakaran kalori sehari, atau berapa langkah yang sudah dibuat kerana semuanya disimpan di dalam rekod pengguna. Pengguna hanya perlu mengakses rekod berkenaan dan semua rekod tertera termasuk aktiviti yang pernah dilakukan sepanjang minggu. Pengguna Smartwatches juga tidak perlu lagi menyemak telefon pintar tatkala menerima notifikasi sama ada pesanan daripada aplikasi atau emel sebaliknya boleh membaca terus daripada peranti boleh pakai berkenaan. Ingin memiliki Smartwatches sendiri? Ini antara 5 peranti jam tangan pintar paling top untuk dimiliki mengikut bajet poket kalian.
Apple Watch Series 7
Apple Watch Series 7 peranti keluaran Apple mengubah konsep jam pintar kepada peranti boleh pakai pintar. Pengguna boleh terus kekal berhubung melalui Apple Watch Series 7 menerusi panggilan, teks, emel dan strim muzik walaupun tanpa telefon bimbit di sisi. Siri 7 adalah paling tahan lama pernah dibina, dengan kristal hadapan tahan retak, rintangan habuk IP6X dan reka bentuk kalis renang. Beberapa aplikasi khusus menerusi peranti Apple Watch Series 7 membantu pengguna kekal cergas sepanjang hari. Antaranya menjaga waktu tidur kerana rehat yang berkualiti akan memberi tenaga sepanjang hari.
‘Sleep Tracker’ dengan sasaran waktu tidur adalah sekitar enam hingga lapan jam untuk jaminan tidur berkualiti sepanjang hari. Aplikasi ‘Mindfullness app’ membantu individu yang sibuk dengan urusan harian rehat seketika menenangkan fikiran dan aplikasi ini sangat membantu jika pengguna sedang berdepan dengan tekanan. Merupakan aplikasi paling penting ketika endemik ini, Apple Watch Series 7 masih mengekalkan kefungsian untuk memeriksa kadar oksigen pada darah (SpO2) dan ia menggunakan algoritma unik bersama-sama dengan pencahayaan infrared.
Kelebihan produk
- Tahan retak
- Boleh memuat turun aplikasi pihak ketiga yang tersedia
- Pengecasan yang lebih pantas
- Bateri tahan lama
- 3 bulan Fitness+ percuma, menampilkan senaman bertaraf dunia oleh jurulatih terkemuka.
Kekurangan produk
- Harga tinggi di pasaran
- Harga berbeza bergantung kepada pemuka bersaiz (41mm atau 45mm)
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://shopee.com.my/Apple-Watch-Series-7-(GPS)-i.304509804.13031008892?sp_atk=7c8975c9-8f5d-43fd-94a9-ba57f9fb9029 https://www.lazada.com.my/products/apple-watch-series-7-gps-i2608847951-s11733749162.html?spm=a2o4k.searchlist.list.7.43406cbfPiiFJl&search=1 |
---|---|
Warna: | Starlight, Midnight, Red, Blue, Green |
Tempoh Jaminan: | 1 Tahun |
Harga: | RM1749.00 |
Samsung Galaxy Watch4
Samsung Galaxy Watch4 merupakan jam tangan pintar pertama menampilkan teknologi Wear OS™, dikuasakan Samsung dengan kerjasama Google™ dan dilengkapi One UI Watch. Samsung Galaxy Watch4 tidak lagi menggunakan Tizen sebagai sistem operasi seperti siri terdahulu. Siri Samsung Galaxy Watch4 dimuatkan dengan pemproses 5nm pertama dalam Galaxy Watch dengan CPU 20 peratus lebih pantas dan RAM 50 peratus lebih besar, dan GPU 10 kali lebih efisien. Samsung Galaxy Watch4 hadir dengan memori 16GB mencukupi untuk memuat turun dan menyimpan aplikasi, muzik, dan foto kegemaran.
Semua data pengguna Samsung Galaxy Watch4 tersimpan dengan selamat menerusi penawaran platform keselamatan Samsung Knox. Dengan Samsung Galaxy Watch4, pengguna boleh memantau prestasi kesihatan dan keadaan tubuh badan seperti panduan senaman, kiraan kalori, kadar degupan jantung, dan pemantauan corak tidur. Aplikasi Real-time Health Monitoring yang dilengkapi dengan Advanced Sleep Management berupaya meningkatkan kualiti tidur menerusi Skor Tidur yang ditingkatkan, berfungsi mengesan dengkuran dan memantau tahap oksigen dalam darah.
Kelebihan produk
- Resolusi pada paparan lebih tajam sehingga 450 x 450 piksel.
- Mengecas semula dengan pantas, 30 minit untuk bateri bertahan 10 jam.
- Hadir dengan 4 warna menarik (Black, Silver, Green, Pink Gold) untuk lelaki dan wanita
- Penstoran lebih besar, efisien dan pantas
Kekurangan produk
- Harga berbeza bergantung kepada pemuka bersaiz (40mm atau 44mm)
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://shopee.com.my/Samsung-Galaxy-Watch4-Watch-4-Bluetooth-Smartwatch-Fitness-Tracker-(44mm-40mm)-(Free-Samsung-Band-for-44MM)-i.5954247.11832901415?sp_atk=84e566c3-8331-4b65-827f-2eca7f6eabe6 https://www.lazada.com.my/products/samsung-galaxy-watch4-watch-4-bluetooth-smartwatch-fitness-tracker-44mm-40mm-free-samsung-band-for-44mm-only-i2413562054-s13361827981.html?spm=a2o4k.searchlist.list.57.7d616c6aIU0ED1&search=1 |
---|---|
Warna: | Black, Silver, Green, Pink Gold |
Tempoh Jaminan: | 12 Bulan |
Harga: | RM999.00 |
Garmin Vivomove Sport
Garmin Vivomove Sport, jam tangan pintar khas buat pengguna yang berdepan rutin mencabar dan aktif melakukan aktiviti lasak. Bukan sekadar pelengkap gaya dan menentukan masa, Garmin Vivomove Sport adalah siri penjejak kesihatan lebih mampu milik. Garmin Vivomove Sport dilengkapi sistem kedudukan global (GPS) dan pemantau kecergasan yang tidak akan menjejaskan fesyen pemakainya. Hadir dengan warna menarik dan ceria iaitu Cocoa, Cool Mint, Ivory dan Black, Garmin Vivomove Sport mempunyai ciri-ciri sukan dan fesyen yang terbaik.
Sebelum ini, kekuatan jenama Garmin terletak pada bahagian sukan tetapi mula melangkah dalam bidang fesyen dan gaya hidup dalam beberapa tahun ini. Garmin Vivomove Sport menampilkan rekaan jam tangan analog biasa dengan ciri-ciri pintar. Garmin Vivomove Sport tiada sensor GNSS untuk mejejak lokasi tetapi bergantung kepada telefon untuk salurkan titik koordinat kepada jam tangan. Yang ada cumalah pengimbas nadi. Khas untuk wanita, Garmin Vivomove Sport menawarkan penjejakan kitaran haid menerusi aplikasi Garmin Connect.
Kelebihan produk
- Hayat bateri tahan lebih lama sehingga 6 hari
- Berciri sukan dan datang dalam warna fesyen menarik
- Menawarkan penjejakan kitaran haid
- Tempoh jaminan lebih lama
Kekurangan produk
- Tiada storan dalaman
- Tiada sensor GNSS
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://www.garmin.com.my/minisite/vivo/vivomove-sport/?gclid=CjwKCAjwo8-SBhAlEiwAopc9Wylyb36n8GgnaXKLVq-woR3y7-gxvquNBNAJM9wWoO02np_k55aLPhoC8xgQAvD_BwE https://www.lazada.com.my/products/garmin-vivomove-sport-smartwatch-with-special-gifts-worth-rm292-i2821052483-s13540280098.html?spm=a2o4k.searchlist.list.1.7ae13b9bp9SDpv&search=1&freeshipping=1 |
---|---|
Warna: | Cocoa, Cool Mint, Ivory, Black |
Tempoh Jaminan: | 2 Tahun |
Harga: | RM840.00 |
Amazfit T-Rex Pro
Amazfit T-Rex Pro jenama jam pintar dimiliki oleh Zepp Health direka untuk pengguna yang menjalani gaya hidup luar yang aktif serta lasak. Amazfit T-Rex Pro mempunyai ciri istimewa tidak kurang hebatnya seperti jenama besar lain iaitu enjin AI memantau degupan jantung, mod senaman, status tidur, pernafasan ketika tidur serta mod rehat. Amazfit T-Rex Pro menyokong empat Global Navigation Satellite Systems, 10 ATM kalis air, sistem pengukuran kepekatan oksigen dalam darah, penjejak cuaca, pemantau matahari naik dan turun, paparan fasa bulan semasa, kompas dan altimeter barometric. Bateri untuk peranti Amazfit T-Rex Pro ini tahan lama sehingga 18 hari dengan penggunaan biasa, dan lebih 100 mod sukan berbeza boleh dipilih untuk kesesuaian lelaki juga wanita. Amazfit T-Rex Pro dikuasakan oleh sistem pengoperasian Zepp, menghubungkan peralatan pintar, data besar dan juga perkhidmatan pengurusan sukan dan kesihatan.
Kelebihan produk
- Pilihan lebih 100 mod sukan berbeza
- Lasak, kalis air dan tahan haba sejuk & panas
- Bateri tahan lama sehingga 18 hari
- Menyokong 4 Global Navigation Satellite Systems
Kekurangan produk
- Tidak sesuai untuk individu mempunyai pergelangan tangan kecil
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://shopee.com.my/Amazfit-T-Rex-Pro-Smartwatch-Fitness-Watch-with-1.3-Amoled-screen-GPS-SpO2-Heart-Rate-Sleep-monitor-Sports-Watch-w-i.68425014.8626568738?sp_atk=3b1d2e6e-81a6-4159-aa88-0616e8b025ff https://www.lazada.com.my/products/ready-stock-amazfit-t-rex-pro-13-inch-hd-amoled-screen-10-atm-blood-oxygen-sensor-sp02-1-year-malaysia-warranty-ship-from-kl-i2104015327-s8460055799.html?spm=a2o4k.searchlistcategory.list.5.67aa105efBjPbG&search=1 |
---|---|
Warna: | Steel Blue, Desert Grey, Meteorite Black |
Tempoh Jaminan: | 12 Bulan |
Harga: | RM599.00 |
Honor Magic Watch 2
Honor Magic Watch 2 antara peranti jam pintar pilihan ramai kerana menawarkan harga mampu milik walaupun sudah berada lama dipasaran Malaysia. Honor Magic Watch 2 menggunakan sistem operasi sendiri iaitu liteOS serta mempunyai ketahanan bateri menjangkau 14 hari kepenggunaannya. Honor Watch Magic 2 menggunakan pemproses Kirin A1 serta didatangkan dengan perlindungan kalis air kelas 5 ATM dan peranti berkenaan sangat sesuai untuk semua keadaan termasuk aktiviti air. Sistem Kedudukan Global (GPS) terbina pada Honor Magic Watch 2 membolehkan pengguna melakukan pemantauan kepada aktiviti kesihatan mereka. Antara ciri unik Honor Magic Watch 2 adalah ia miliki mikrofon dan speaker di atas badannya. Ia boleh digunakan untuk menjawab panggilan terus daripada pergelangan tangan. Skrin paparan peranti ini menggunakan panel AMOLED dengan resolusi 454 x 454.
Kelebihan produk
- Ketahanan bateri menjangkau 14 hari
- Perlindungan kalis air kelas 5 ATM
- Terbina Sistem Kedudukan Global (GPS)
- Panel AMOLED dengan resolusi 454 x 454
Kekurangan produk
- Harga berbeza bergantung kepada pemuka bersaiz (46mm atau 42mm)
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://www.lazada.com.my/products/malaysia-set-honor-magic-watch-2-14-day-battery-lifepersonalized-watch-faces15-goal-based-fitness-modes-smartwatch-with-1-year-honor-malaysia-warranty-i714632633-s1563818865.html?spm=a2o4k.searchlist.list.4.721da6991KN0Li&search=1 https://shopee.com.my/Honor-Magic-Watch-2-1.39-inch-AMOLED-46mm-5ATM-Water-Resistant-Answer-Call-Play-Music-GPS-Heart-Rate-i.36472234.9978367905?sp_atk=3435292f-035e-4413-9130-457de7f68c2f |
---|---|
Warna: | Flax Brown, Charcoal Black, Agate Black, Sakura Gold |
Tempoh Jaminan: | 12 Bulan |
Harga: | RM499.00 |
Riadah tidak semestinya perlu berada di luar rumah malah aktiviti kecergasan boleh dilakukan di dalam rumah menggunakan peralatan asas di samping peranti pintar smartwatches. Smartwatches
berperanan sebagai pembantu peribadi untuk memberi peringatan kepada pengguna berhubung aktiviti harian serta tahap kesihatan. Tidak cukup itu, penggunaan smartwatches juga mendorong pengguna untuk memenuhi objektif yang sudah ditetapkan dengan lebih bermotivasi. Kesimpulannya jam tangan pintar adalah peranti yang wajib dimiliki setiap individu demi kehidupan yang lebih bermakna.
Kesihatan jantung menjadi keutamaan buat rakyat Malaysia hasil daripada pelbagai kempen kesedaran. Keupayaan fungsi pada Smartwatches hari ini dapat membantu pengguna daripada segi maklumat tambahan kepada pakar kesihatan jika didapati peranti tersebut memberikan notifikasi kadar degupan jantung tidak seragam. Aplikasi ECG pada kebanyakkan Smartwatches mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sebagai Perisian Kelas B untuk peranti perubatan. Mempunyai sistem amaran awal seperti smartwatches sangat bermanfaat berpotensi mengurangkan risiko komplikasi seperti strok.