Paling Latest Tahun 2021! Ini Telefon Pintar ‘Trending’ Wajib Beli

Paling Latest Tahun 2021! Ini Telefon Pintar ‘Trending’ Wajib Beli
Peralatan mudah alih dan aksesori


Salah satu ‘gajet’ yang cepat sangat berevolusi adalah telefon pintar. Sesuailah dengan perkembangan teknologi dan kehendak pengguna. Jika dulu telefon hanya digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi, kini kegunaannya diperluaskan dengan kemudahan akses internet dan pelbagai spesifikasi lain. Jangan terkejut kerana untuk sesetengah orang, hasil kerja mereka mampu diselesaikan dengan hanya menggunakan telefon pintar. Hebat kan?

Telefon pintar kini seakan alat utama bagi melakukan pelbagai aktiviti seharian. Lagi canggih telefon pintar tersebut, bertambah banyak kelebihan yang akan anda peroleh. Sebab itulah, nak beli telefon pintar ni bukan boleh sebarangan. Setiap telefon pintar mempunyai spesifikasi berbeza. Khas untuk anda yang tengah mencari-cari apakah jenis telefon pintar terbaik tahun 2021 ni, jom lihat senarai di bawah:

iPhone 13

iPhone 13
Saja je letak iPhone 13 ni awal-awal sebab mesti ramai yang tengah mencari-cari apakah kelebihan iPhone 13 sehingga harganya seakan tidak masuk akal kan? Teknologi skrin terbarunya lebih terang dan jelas menerusi penggunaan paparan OLED dengan teknologi Super Retina XDR. Kesemua siri iPhone 13 dilengkapi dengan processor Apple A15 Bionic yang menjanjikan kuasa pemprosesan CPU 50% dan 30% GPU lebih pantas berbanding jenama lain. Lebih menarik, ianya hadir dengan sokongan Sensor-shift dan menawarkan gambar yang lebih jelas meskipun diambil pada waktu malam atau keadaan yang gelap. Okay, part ni pasti ramai yang teruja! Pengguna berpeluang merakam video seakan filem dengan Cinematic Mode dan setiap rakaman boleh diubah suai dari segi fokus.

Kelebihan

  • 4 pilihan model baru – iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max
  • Paparan skrin OLED dengan teknologi Super Retina XDR
  • Kuasa pemprosesan CPU dan GPU lebih pantas dari jenama lain
  • Rakam video seakan filem
  • Beberapa pilihan warna menarik
  • Ketahanan bateri lebih panjang dari model iPhone 12
  • Ruang storan sehingga 1TB
  • Refresh rate sehingga 120Hz menerusi teknologi pro motion

Kekurangan

  • Harga yang mahal

Spesifikasi

Chipset A15 Bionic cip
Storage 128GB sehingga 1TB
OS iOS15
Kamera utama 12 MP, f/1.5, 26mm (wide), 1.9µm, dual pixel PDAF, sensor-shift OIS
12 MP, f/2.8, 77mm (telephoto), PDAF, OIS, 3x optical zoom
12 MP, f/1.8, 13mm, 120˚ (ultrawide), PDAF
TOF 3D LiDAR scanner (depth)
Bateri Jenis Li-Ion 4373 mAh, non removable (16.75Wh)
Berat 203g- 238g
Warna Graphite, Gold, Silver, Sierra Blue
Harga RM 3,399 – RM 7,599

Samsung Galaxy S21 Ultra

Samsung Galaxy S21 Ultra

Samsung Galaxy S21 Ultra dilengkapi dengan skrin terbaik berbanding model jenama lain. Model ini hadir dengan saiz skrin 6.8 inci Dynamic AMOLED 2X. Rekaan pada model ini dikenali sebagai Contour Cut Design membolehkan keempat-empat kamera disorokkan dengan lebih kemas. Kapasiti bateri untuk model ini adalah 5,000mAh membolehkan pengguna mendapatkan sehingga enam jam screen on time. Samsung juga megah dalam mempromosikan sensor 108-megapixel yang ditawarkan pada kamera utama serta lensa telephoto yang membolehkan pengguna mendapatkan digital zoom sehingga 100x. Hebat kan?

Kelebihan

  • Rekaan lebih kemas, kompak dan premium
  • Rangkaian 5G
  • Lensa telephoto dengan digital zoom sehingga 100x
  • Rekaan dan skrin Dynamic AMOLED 2X yang terbaik
  • Cip Exynos 2100 mampu bersaing dengan Apple A14 Bionic
  • Sokongan S pen pada S21 Ultra
  • Kamera utama dengan sensor 108-Megapixel

Kekurangan

  • Harga di pasaran mahal berbanding telefon pintar lain

Spesifikasi

Chipset Exynos 2100 (5nm) International
RAM/ Stroran 256 GB – 512 GB
OS Android 11, One UI 3.1
Kamera utama 108 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.33″, 0.8µm, PDAF, Laser AF, OIS
10 MP, f/4.9, 240mm (periscope telephoto), 1/3.24″, 1.22µm, dual pixel PDAF, OIS, 10x optical zoom
10 MP, f/2.4, 72mm (telephoto), 1/3.24″, 1.22µm, dual pixel PDAF, OIS, 3x optical zoom
12 MP, f/2.2, 13mm (ultrawide), 1/2.55″, 1.4µm, dual pixel PDAF, Super Steady video
Bateri Li-Ion 5000 mAh, non removable
Berat 227g-229g
Warna Phantom black, phantom silver, phantom titanium, phantom navy, phantom brown, navy
Harga RM 5,899

OnePlus 9

OnePlus 9
Jangan tak tahu, ada banyak lagi jenama lain selain Apple dan Samsung ya. Hiks! Telefon pintar OnePlus nyata berkembang dengan pantas sehingga mengeluarkan model terbaru OnePlus 9 ini. Pelbagai ciri premium dimasukkan ke dalam telefon ini untuk memastikan kualitinya setanding dengan jenama terkenal lain. Bagaimanapun, harga yang ditawarkan tidaklah semahal dua model di atas. Antara tarikan utama OnePlus 9 sudah pasti pada jenama Hasselblad di kamera. Terdapat tiga kamera belakangnya iaitu kamera utama 48MP F1.8 menggunakan sensor Sony IMX689, bersama kamera ultra lebar 50MP F2.2 Sony IMX766 serta kamera monokrom 2MP. Kamera hadapannya 16MP F2.4, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Kelebihan

  • Pengecasan yang cepat
  • Kerjasama pertama OnePlus dengan pakar kamera terkemuka, Hasselblad
  • Dilengkapi cip Snapragon 888 5nm, RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB
  • Bateri berkapasiti 4,500mAh di dalam susunan dua sel
  • Speaker stereo Dolby Atmos

Kekurangan

  • Mod malam yang tidak konsisten

Spesifikasi

Chipset Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G (5 nm)
RAM / Storan 128GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM
OS Android 11, OxygenOS 11.2.7.7
Kamera Utama 48 MP, f/1.8, 23mm (wide), 1/1.43″, 1.12µm, omnidirectional PDAF
50 MP, f/2.2, 14mm (ultrawide), 1/1.56″, 1.0µm, AF
2 MP, f/2.4, (monochrome)
Bateri Li-Po 4500 mAh, non-removable
Berat 192g
Warna Winter Mist, Arctic Sky, Astral Black

Huawei P50

Huawei P50

Reka bentuk telefon pintar Huawei P50 ni jika dilihat agak unik. Ini kerana terdapat dua bulatan di bahagian kameranya yang berbeza daripada rekaan telefon pintar kebanyakkan di pasaran. Huawei P50 hadir dengan skrin 6.5 inci AMOLED QHD+ beserta refresh rate 90Hz sahaja. Peranti ini pula dikuasakan dengan cip Snapdragon 888 serta dipadankan dengan memori storan 8GB RAM serta ruang storan sehingga 256GB.

Kelebihan

  • Kalis air IP68
  • Kamera DualMatrix
  • Menggunakan cip Kirin 9000 yang terbaru

Kekurangan

  • Tanpa sokongan rangkaian 5G
  • Refresh rate 90Hz sahaja.

Spesifikasi

Chipset Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 4G
RAM / Storan 128GB 8GB RAM, 256GB 8GB RAM
OS HarmonyOS 2.0
Kamera 50 MP, f/1.8, 23mm (wide), PDAF, Laser AF, OIS
12 MP, f/3.4, 125mm (periscope telephoto), PDAF, OIS, 5x optical zoom
13 MP, f/2.2, 16mm (ultrawide)
Bateri Li-Po 4100 mAh, non-removable
Berat 181g
Warna Hitam, Gold, Putih
Harga RM 2,988 – RM 3,871

OPPO Find X3 Pro

OPPO Find X3 Pro

Berbeza daripada reka bentuk model sebelumnya, OPPO Find X3 Pro kali ini menawarkan design lebih unik . Ianya diinspirasikan daripada bangunan bersejarah Casa Mila di Barcelona Sepanyol. Ciri yang ditonjolkan pada model baru ini juga tampak lebih rumit dan lain daripada yang lain. Bukan itu sahaja, satu lagi ciri menarik terdapat pada sisi OPPO Find X3 ini adalah kemampuan peranti ini mengambil gambar berkualiti dengan satu bilion warna.Untuk teknologi sehebat ini, OPPO menjalin kerjasama bersama Sony dengan menggabungkan sensor IMX766 pada lensa sudut lebar 50 megapiksel (MP) dan ultra sudut lebar, menghasilkan kamera ultra sudut lebar 50MP pertama di dunia.

Kelebihan

  • Ciri melengkung unik yang menutupi bonggol kamera agar sisi kamera tidak tajam
  • Kemampun kalis air IP68
  • Kamera satu bilion warna pertama di dunia
  • Lensa mikro 3MP mempunyai kemampuan luar biasa
  • Kemampuan pembesaran lensa mikro sehingga 60 kali ganda
  • Dilengkapi teknologi AI Highlight Video, bertukar secara automatik antara mod Video Ultra-Malam dan Live HDR.
  • Cip pemproses Qualcomm Snapdragon 888 menyokong sambungan 5G.
  • Teknologi pengecasan pantas

Kekurangan

  • Ia tidak datang dengan slot mikro-SD untuk perluaskan storan.

Spesifikasi

Chipset Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G
RAM / Storan 256GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM, 512GB 16GB RAM
OS Android 11, ColorOS 11.2
Kamera 50 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.56″, 1.0µm, omnidirectional PDAF, OIS
13 MP, f/2.4, 52mm (telephoto), 2x optical zoom, PDAF
50 MP, f/2.2, 16mm, 110˚ (ultrawide), 1/1.56″, 1.0µm, omnidirectional PDAF
3 MP, f/3.0, (microscope), AF, ring flash, 60x magnification
Bateri Li-Po 4500 mAh, non-removable
Berat 193g
Warna Gloss Black, Blue, White, Cosmic Mocha, Mars Edition, Photographer Edition
Harga RM4,299 ++

Samsung Galaxy Z Fold3

Samsung Galaxy Z Fold3
Siapa sangka telefon lipat masih mendapat tempat di hati pengguna dengan inovasi teknologi terkini. Dari reka bentuk ikonik hingga ke hiburan, Z Fold3 menawarkan pengguna cara baru untuk bekerja, menonton dan berhibur. Z Fold3 ini dilengkapi dengan prestasi lebih baik, paparan infinity Flex 7.6 inci tanpa gangguan dan mempunyai sokongan S Pen pertama bagi peranti boleh lipat. Yang mana takut-takut nak lipat phone tu, jangan risau kerana Z Fold3 juga menjalani ujian lipatan yang disahkan oleh Bureau Veritas, mampu menahan lipatan sebanyak 200,000 kali. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 5nm AP yang terbaharu dan keserasian jalur 5G untuk pengalaman terbaik dari dalam dan luar.

Kelebihan

  • Reka bentuk ikonik
  • Paparan Infinity Flex 7.6 inci tanpa gangguan
  • Sokongan S Pen pertama bagi peranti boleh lipat
  • Teknologi IPX8 menjadikannya kalis air
  • Dibina dengan Armor Aluminium baharu iaitu aluminium terkuat
  • Mampu menahan lipatan sebanyak 200,000 kali

Kekurangan

  • Sedikit berat jika dibandingkan dengan telefon pintar lain

Spesifikasi

Chipset Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G
RAM / Storan 256GB 12GB RAM, 512GB 12GB RAM
OS Android 11, One UI 3.1.1
Kamera utama 12 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.76″, 1.8µm, Dual Pixel PDAF, OIS
12 MP, f/2.4, 52mm (telephoto), 1/3.6″, 1.0µm, PDAF, OIS, 2x optical zoom
12 MP, f/2.2, 123˚, 12mm (ultrawide), 1.12µm
Bateri Li-Po 4400 mAh, non-removable
Berat 271g
Warna Phantom Black, Phantom Silver, Phantom Green
Harga RM 6,699 ++

Google Pixel 6 & Pro

Google Pixel 6 & Pro
Jika anda peminat telefon Pixel, ini berita baik untuk anda! Ini adalah keluaran paling terbaru daripada Google iaitu Google Pixel 6 & Pro. Ia dilancarkan sebagai telefon pertama mereka yang menggunakan cip rekaan sendiri iaitu Google Tensor. Cip ini dikatakan dibangunkan dengan kerjasama Samsung. Dengan adanya pembangunan cip sendiri, ia dapat memberikan kelebihan kepada Google sama seperti pesaing jenama lain (Apple) dan membolehkan peranti disokong sehingga lima tahun berbanding tiga tahun sahaja sebelum ini. Google Pixel 6 Pro dilengkapi dengan storan 128GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM, UFS. Peranti ini juga mempunyai skrin 6.67-inci AMOLED.

Kelebihan

  • Telefon pertama mereka yang menggunakan cip rekaan sendiri iaitu Google Tensor
  • Menyokong rangkaian 5G
  • Skrin 6.67-inci AMOLED
  • Model terbaru Google Pixel
  • Telefoto dengan Pixel 6 Pro

Kekurangan

  • Pixel 6 tanpa sokongan telefoto

Spesifikasi

Chipset Google Tensor
RAM / Storan 128GB 12GB RAM, 256GB 12GB RAM, 512GB 12GB RAM
OS Android 12
Kamera 50 MP, (wide), PDAF, OIS
12 MP, (ultrawide)
Bateri Non-removable
Berat N/A
Warna Hitam, Hijau, Merah

Xiaomi M11 Ultra

Xiaomi M11 Ultra

Ini merupakan peranti kelas perdana Xiaomi yang terbaru iaitu Xiaomi 11 Ultra yang didatangkan dengan padanan kamera lebih baik. Model terkini ini menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 888 yang dipadankan bersama kapasiti memori (RAM) 12GB. Mi 11 Ultra berkenaan menggunakan tetapan tiga lensa di bahagian belakang dengan kamera utama berkeupayaan 50 megapiksel (MP) ISOCELL GN2 sekali gus menghasilkan kualiti gambar terbaik dalam kelasnya. Bukan itu sahaja, Mi 11 Ultra juga didatangkan dengan lensa 48MP IMX586 berkeupayaan untuk lima kali pembesaran optikan, 10 kali pembesaran hibrid dan 120 kali pembesaran digital. Untuki lensa ketiga pula, ia berkeupayaan 48MP sudut ultra lebar dengan sensor Sony IMX586 yang mampu menghasilkan pandangan 128 darjah tanpa sebarang masalah.

Kelebihan

  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 888 yang dipadankan bersama kapasiti memori (RAM) 12GB
  • Sokongan kadar segar semula 120Hz
  • Tetapan tiga lensa di bahagian belakang dengan kamera utama berkeupayaan 50 megapiksel (MP) ISOCELL GN2
  • Kadar kecerahan 1,700 nits
  • Boleh merakam gambar dalam apa jua keadaan
  • Video pada resolusi maksimum 8K 30p
  • Dilengkapi IP68 untuk Anti air dan debu

Kekurangan

  • Tidak memiliki slot memori external

Spesifikasi

Cipset Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G (5 nm)
RAM / Storan 256GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM, 512GB 12GB RAM
OS Android 11, MIUI 12.5

Kamera utama 50 MP, f/2.0, 24mm (wide), 1/1.12″, 1.4µm, Dual Pixel PDAF, Laser AF, OIS
48 MP, f/4.1, 120mm (periscope telephoto), 1/2.0″, 0.8µm, PDAF, OIS, 5x optical zoom
48 MP, f/2.2, 12mm, 128˚ (ultrawide), 1/2.0″, 0.8µm, PDAF

Bateri Li-Po 5000 mAh, non-removable
Berat 234g
Warna Ceramic White (Cosmic White), Ceramic Black (Cosmic Black)
Harga RM 4,299 ++

Asus ROG Phone 5

Asus ROG Phone 5

Sesuai untuk ‘kaki gamers’, telefon pintar ini bagai direka untuk mereka. Tiga model ditampilkan menerusi siri ini iaitu ROG Phone 5, ROG Phone 5 Pro, serta ROG 5 Ultimate. Ketiga-tiga model ini dibezakan dengan keunikan di bahagian belakang telefon. Apa yang menarik adalah kuasa pemproses Snapdragon 888 5nm untuk menggerakkan kuasa ROG Phone 5. Telefon ini turut disertakan teknologi Snapdragon Elite Gaming untuk bermain game di tahap tertinggi, serta Qualcomm Game Quick Touch yang memberikan 20% tindak balas sentuhan untuk permainan yang lancar.

Kelebihan

  • Skrin besar berkualiti tinggi
  • Dilapisi kaca terbaik Corning, iaitu Gorilla Glass Victus yang lebih tahan lasak
  • Teknologi pengecasan MMT
  • Pilihan mengecas di bawah USB port atau di sisi telefon untuk mudah bermain game
  • Kipas penyejuk AeroActive Cooler 5
  • Speaker stereo yang menembak terus ke muka

Kekurangan

  • Tidak banyak pilihan warna
  • Besar dan agak berat

Spesifikasi

Cipset Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G (5 nm)
RAM / Storan 128GB 8GB RAM, 128GB 12GB RAM, 256GB 12GB RAM, 256GB 16GB RAM
OS Android 11, ROG UI

Kamera 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.73″, 0.8µm, PDAF
13 MP, f/2.4, 11mm, 125˚ (ultrawide)
5 MP, f/2.0, (macro)

Bateri Li-Po 6000 mAh, non-removable
Berat 238g
Warna Phantom Black, Storm White
Harga RM 2,999 – RM 4,999

Realme 8 Pro

Realme 8 Pro
Antara perkara penting yang akan pengguna cari jika mencari telefon pintar baru adalah kecanggihan teknologi kameranya. Disebabkan itulah, jika diteliti banyak jenama hebat di luar sana akan mempertaruhkan kreativiti ciri kamera mereka untuk memancing minat pengguna. Realme tidak terkecuali apabila tahun ini melancarkan telefon pintar realme 8 Pro yang dilengkapi piksel terbaik dalam industri.Ia dilengkapi dengan sensor HM2 generasi ketiga yang dinaik taraf bersama sensor besar tambahan 1/1.52 inci yang memberikan resolusi tertinggi sehingga 12000X9000. Bukan itu sahaja, lensa makro yang ada pada realme 8 Pro memberikan kelebihan kepada pengguna untuk mengambil gambar dari jarak empat sentimeter supaya dapat meneroka kecantikan dunia makro.

Kelebihan

  • Dilengkapi 119 darjah lensa sudut lebar dengan bukaan f/2.25 dan resolusi 8MP
  • Nightscape yang dikuasakan oleh ISOCELL Plus, Smart-ISO dan 9-in-1 Pixel Binning
  • Tilt-shift Mode yang dapat mengubah dunia nyata menjadi miniatur menggunakan ilusi optik seakan mata manusia
  • Mod potret seperti Neon Portrait, Dynamic Bokeh, AI Color Portrait, New AI Portrait dan 16MP Selfie portrait.

Kekurangan

  • Refresh rate masih 60Hz
  • Masih menggunakan speaker jenis Mono

Spesifikasi

Cipset Qualcomm SM7125 Snapdragon 720G (8 nm)
RAM / Storan 128GB 6GB RAM, 128GB 8GB RAM
OS Android 11, Realme UI 2.0

Kamera 108 MP, f/1.9, 26mm (wide), 1/1.52″, 0.7µm, PDAF
8 MP, f/2.3, 119˚, 16mm (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm
2 MP, f/2.4, (macro)
2 MP, f/2.4, (depth)

Bateri Li-Po 4500 mAh, non-removable
Berat 176g
Warna Infinite Blue, Infinite Black, Punk Black, Illuminating Yellow
Harga RM1,299

Pemilihan telefon pintar perlulah dikaji dari segi harga, jenama dan juga cip pemprosesan yang digunakan. Harga telefon pintar juga semakin mahal namun ia mungkin dilihat berbaloi bagi sesetengah penggemar telefon pintar ini. Jika anda mahukan jenama dan model terkini, harga mungkin bukan masalahnya. Namun jika anda menggunakannya untuk keperluan harian, kaji terlebih dahulu spesifikasi yang ada pada setiap model agar ia berbaloi dengan apa yang dibayar.

Evolusi telefon pintar yang kita lihat pada hari ini adalah selari dengan kehendak pengguna zaman kini. Kesemua senarai ini adalah antara model dan jenama yang terbaik dikeluarkan pada tahun 2021 untuk penilaian anda.



Related posts