5 Mesin Basuh ‘Top Loader’ Terbaik 2023 Disyorkan Untuk Keluarga Besar
Setiap kali ingin mencuci pakaian yang banyak, toto atau comforter besar, pasti ramai memilih untuk menghantar ke dobi memandangkan kuantitinya banyak. Namun begitu lebih menyenangkan dan menjimatkan jika anda memilik mesin basuh sendiri, terutama jika berkeluarga besar atau mempunyai penghuni rumah yang ramai. Mesin basuh menjadi satu keperluan utama di setiap rumah pada masa sekarang. Mesin basuh bukan sahaja memudahkan proses mencuci pakaian malah menjimatkan masa dan tenaga. Idea penciptaan mesin basuh giat berkembang bermula dari era 1850-an, dengan mesin basuh elektrik mula diperkenalkan di pasaran pada awal abad ke-18.
Sejak itu, terdapat pelbagai model dan jenis mesin basuh yang diperkenalkan di pasaran seperti ‘front loader’ atau ‘top loader’. Bagi mereka yang berkeluarga besar mahukan prestasi pembersihan terbaik, mesin basuh top loader berisipadu besar dicadangkan kerana ia mampu membersihkan pakaian dengan lebih baik, menggunakan tenaga yang kurang, dan mempunyai muatan yang lebih besar. Disyorkan untuk keluarga yang besar, ini 5 jenama mesin basih jenis ‘top loader’ terbaik 2023 untuk dimiliki di Malaysia.
Hitachi SF-250ZFVAD 25kg Top Loading – Dual Jet, Built in Heater Dual Jet Series
Jika anda mempunyai keluarga yang besar, mesin basuh top loader jenama Hitachi sangat ideal kerana memiliki kapasiti cucian bersaiz 25kg. Reka bentuk Hitachi SF-250ZFVAD 25kg Top Loading – Dual Jet, Built in Heater Dual Jet Series sememangnya kelihatan lebih tegap, ergonomik dan elegan. Denagan ciri satu sentuhan pada panel skrin membuatkan basuhan lebih mudah dan anda juga boleh memilih beberapa program membasuh mengikut kesesuaian pakaian. Antara yang menarik adalah suhu air yang diinginkan untuk mencuci setiap cucian dengan suhu air panas sehingga 60 darjah celsius atau 40 darjah celsius wap suhu tinggi.
Umpama berada di pusat dobi, Hitachi SF-250ZFVAD 25kg Top Loading – Dual Jet, Built in Heater memiliki Sistem Dosis Auto Hitachi iaitu sistem dos auto detergen dengan tangki yang luas iaitu 1000ml untuk sabun pencuci dan 800ml ruang pelembut pakaian. Jadi pengguna tidak perlu untuk menuang sabun pencuci setiap kali basuhan selagi tangki dapat menampung keperluan detergen untuk beberapa kali cucian. Tidak perlu risau jika detergen terlalu banyak atau terlalu sedikit. Sistem Hitachi Auto Dosing mengeluarkan pencuci secara automatik dengan jumlah yang betul mengikut program mencuci dan jumlah pakaian anda.
Kelebihan Hitachi SF-250ZFVAD 25kg Top Loading – Dual Jet, Built in Heater Dual Jet Series:
- Pintu atas memiliki anti lock selamat daripada kanak-kanak
- Fungsi wap panas hilangkan bau pakaian seperti rokok
- Kuasa Ultra – Mencuci bersih dengan 4 langkah hapus kotoran degil
- Pembersih Kendiri Auto ‘The Tub Stain Fighter’ menghapuskan 99% bakteria
- Jimat tenaga dengan Powered Inverter
Kekurangan Hitachi SF-250ZFVAD 25kg Top Loading – Dual Jet, Built in Heater Dual Jet Series:
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi Hitachi SF-250ZFVAD 25kg Top Loading – Dual Jet, Built in Heater Dual Jet Series:
Saiz Isipadu: | 25kg |
---|---|
Jaminan: | 24 Bulan |
Harga: | RM3,999.00 |
LG 22kg Top Load Washing Machine with Inverter Direct Drive and Steam
Jenama LG merupakan rangakaian mesin basuh top loader popular kerana menawarkan pelbagai siri yang sesuai mengikut kehendak pelanggan. LG 22kg Top Load Washing Machine with Inverter Direct Drive and Steam adalah mesin basuh sesuai untuk bilangan ahli keluarga yang sangat ramai dengan kapasiti 22kg. Mesin basuh ini berkeupayaan mencuci secara efektif walaupun untuk cucian yang banyak. LG 22kg Top Load Washing Machine with Inverter Direct Drive and Steam mampu mencuci pakaian secara pantas, bersih dan efisyen hanya dalam masa 39 ke 55 minit dengan ciri TurboWash™ 360.
Mesin basuh ini dilengkapi dengan empat arah 3D multi nozzels merangkumi 360 darjah pencucian penuh yang tidak akan membiarkan sehelai pakaian anda tidak dicuci. LG 22kg Top Load Washing Machine with Inverter Direct Drive and Steam dilengkapi dengan teknologi Steams ™ yang dapat menghilangkan alergen sehingga 99.9% seperti habuk atau bakteria yang boleh menyebabkan masalah alergi atau pernafasan. Anda boleh mengawal operasi mesin LG 22kg Top Load Washing Machine with Inverter Direct Drive and Steam ini dari telefon bimbit menerusi Teknologi LG ThinQ™ yang menghubungkan mesin basuh dan telefon anda.
Kelebihan LG 22kg Top Load Washing Machine with Inverter Direct Drive and Steam:
- Menjimatkan penggunaan tenaga
- Tetapan kebersihan, 40 darjah celsius, dan tetapan pensterilan, 60 darjah celsius
- Reka bentuk elegan dan mewah
- Tab keluli dalaman tahan karat
- Cucian Pintar dengan Wi-Fi Teknologi LG ThinQ™
Kekurangan LG 22kg Top Load Washing Machine with Inverter Direct Drive and Steam:
- Jaminan waktu yang singkat
Spesifikasi LG 22kg Top Load Washing Machine with Inverter Direct Drive and Steam:
Saiz Isipadu: | 22kg |
---|---|
Jaminan: | 1 Tahun |
Harga: | RM3,549.00 |
SHARP 20kg Washing Machine EXS2021
Jika anda ‘orang lama’, jenama SHARP sangat sinonim dan menjadi pilihan kerana ketahanannya yang tiada tandingan. SHARP juga dikenali sebagai salah satu jenama pilihan untuk mesin basuh berskala besar jenis top loader seperti SHARP 20kg Washing Machine EXS2021. Mesin basuh ini dicipta dengan kawalan pintar Econavi secara automatik bagi mengesan keadaan pakaian anda bagi menyediakan operasi penjimatan tenaga, air dan tenaga yang optimum.
SHARP 20kg Washing Machine EXS2021 memiliki tub cucian yang lebih besar untuk penyerapan air lebih baik ke setiap helaian fabrik. Material tub berkualiti tinggi tidak meninggalkan sebarang kesan sabun atau detergen yang sukar dibersihkan maka mengurangkan risiko detergen tidak larut semasa cucian juga meninggalkan sisa sabun pada pakaian. SHARP 20kg Washing Machine EXS2021 memiliki keupayaan mencuci dengan senyap, tetapan pemilihan suhu air yang berbeza dan arahan butang tetapan yang mudah untuk dikendalikan. Terdapat fungsi reboot jika berlaku kesilapan dalam tetapan anda. Dengan SHARP 20kg Washing Machine EXS2021 tiada masalah jika ingin menambah helaian pakaian semasa mesin sedang berrfungsi.
Kelebihan SHARP 20kg Washing Machine EXS2021:
- Menjimatkan penggunaan elektrik
- Senyap
- Mudah dikendalikan
- Tempoh jaminan yang panjang
Kekurangan SHARP 20kg Washing Machine EXS2021:
- Stok terhad
Spesifikasi SHARP 20kg Washing Machine EXS2021:
Saiz Isipadu: | 20kg |
---|---|
Jaminan: | 24 Bulan |
Harga: | RM2,229.00 |
Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S)
Bagi mereka yang memiliki keluarga besar atau merancang untuk menambah anggota keluarga di masa depan, saiz mesin basuh yang dipilih seperti Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S) adalah ciri terpenting yang anda harus pastikan sebelum membuat keputusan membeli. Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S) mempunyai bentuk ergonomik, mesin basuh top loader lebih mudah digunakan terutamanya untuk warga emas dan individu kurang upaya. Berkapasiti sebesar 20kg, Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S) antara jenama mesin basuh untuk keluarga besar dengan harga mampu milik.
Walaupun bersaiz besar untuk memuatkan banyak cucian, Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S) memiliki kelajuan membersih dan membasuh yang pantas. Purata masa yang diambil oleh Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S) untuk membasuh baju adalah sekitar 35 ke 50 minit bergantung kepada ciri dan pilhan mod. Mesin basuh ini dilengkapi dengan sistem suntikan air berkembar untuk pengaliran air yang lebih pantas dalam pengisian tub. Ini membolehkan air meresap dengan baik dalam setiap helaian fabrik yang dibasuh. Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S) juga mempunyai keupayaan menghasilkan fungsi pusingan udara secara berulang dalam tub pencuci sepanjang proses membersih bagi meningkatkan kecekapan pengeringan secara maksimum ketika ‘spin’ berlangsung.
Kelebihan Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S):
- Harga berpatutan
- Tub tahan karat
- Aliran air dan pengisian tub yang cepat
- Cucian pantas
- Tempoh jaminan yang lama
Kekurangan Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S):
- Tidak dapat dipastikan
Spesifikasi Hisense 20kg Top Load Washer (WTHX2001S):
Saiz Isipadu: | 20kg |
---|---|
Jaminan: | 2 Tahun |
Harga: | RM2,099.00 |
Samsung 18kg Top Load Washer with Active Dual Wash Washing Machine
Samsung Malaysia Electronics pengeluar mesin basuh inovatif Samsung Activ Dualwash yang berteknologi terkini dengan saiz kapasiti yang besar. Samsung 18kg Top Load Washer with Active Dual Wash Washing Machine menjadi sebahagian daripada penyelesaian pengguna ke arah kehidupan bijak, disokong dengan kemasan premium yang moden. Fungsi Activ Dualwash diperkenalkan sebagai satu ciri mudah lagi berkesan yang turut berpotensi untuk merevolusikan tugas mengendalikan basuhan di kebanyakan rumah di Malaysia terutama jika memiliki keluarga besar.
Kawalan suhu optimum ‘Magic Clean’ membantu menanggalkan kotoran pada suhu 40°C, dan kotoran degil dan berminyak boleh dikeluarkan pada 60°C. Samsung 18kg Top Load Washer with Active Dual Wash Washing Machine dilengkapi singki terbina di dalam yang tidak mengakibatkan ketegangan, membawa kerosakan kepada pakaian yang dicuci. Teknologi inovatif seperti ‘wobble technology’ dan ‘Magic Dispenser’ memudahkan pengguna menguruskan cucian dibantu dengan istem Teknologi AI SmartCheck. Ia bertujuan memantau ralat automatik, mengesan dan mendiagnosis masalah serta menyediakan penyelesaian masalah yang cepat dan mudah dengan hanya menggunakan Aplikasi telefon pintar.
Kelebihan Samsung 18kg Top Load Washer with Active Dual Wash Washing Machine:
- Activ dualwash™ fungsi menghilangkan kotoran degil
- Menjimatkan elektrik
- Teknologi VRT, cucian senyap dan kurang bunyi
- Cucian pantas
- Motor disokong jaminan hingga 10 tahun
Kekurangan Samsung 18kg Top Load Washer with Active Dual Wash Washing Machine:
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi Samsung 18kg Top Load Washer with Active Dual Wash Washing Machine:
Saiz Isipadu: | 18kg |
---|---|
Jaminan: | 2 Tahun |
Harga: | RM3,099.00 |
Hasil kajian mendapati bahawa mesin basuh jenis top loader menyumbang tujuh kali lebih banyak plastik mikro semasa mencuci daripada mesin basuh jenis front loading. Plastik mikro adalah hasil sisa basuhan terhasil daripada jenis pakaian sintetik seperti nilon, akrilik dan polyester yang boleh menjejaskan kesihatan dan juga alam semulajadi. Walaupun terdapat penapis dipasang di dalam hampir semua mesin basuh top loader, ia perlu dibersihkan setiap tiga atau empat bulan sekali bagi memastikan bebas bahan berbahaya semasa proses pembasuhan. Oleh itu, ambil masa seketika untuk sentiasa menjaga kebersihan mesin basuh, agar hasil basuhan bukan sahaja bebas kotoran tetapi sentiasa bersih, selamat dan bebas kuman dan bakteria untuk keluarga besar anda.
Cara cucian yang betul juga penting jika menggunakan mesin basuh jenis top loader. Jika tersalah teknik atau pilihan jenis cucian, silap hari bulan cucian kalian tidak bersih dan kemungkinan merosakkan pakaian. Mencuci pakaian mengikut kualiti teknikalnya seperti jenis kain pakaian akan meningkatkan jangka hayatnya. Kadangkala, ianya melecehkan terutamanya jika mempunyai gaya hidup yang sibuk. Tetapi hari ini, kebanyakkan mesin basuh jenis top loader dilengkapi dengan teknologi pintar yang dapat memberikan penjagaan kain yang teliti.