5 Rekomendasi Brand Terbaik Smart TV Dengan Fungsi Pelbagai 2022
Memiliki TV pintar bukanlah sesuatu yang asing atau pelik pada masa kini. Membeli sebuah TV pintar boleh dikira sebagai pelaburan besar dan ianya boleh digunakan untuk tempoh waktu yang lama dengan fungsinya yang pelbagai. Banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membeli TV pintar, antaranya adalah kejelasan skrin, kualiti bunyi dan fungsi-fungsi tambahan yang ada. Khas untuk anda yang sedang mencari-cari TV pintar tu, jom lihat senarai pilihan TV pintar terbaik dijual di pasaran ini.
Realme Android TV
Sistem operasi Android membolehkan anda muat turun aplikasi dari Google Play Store. Kalau dah ada Google Play Store, faham-faham jelah kan..pastinya banyak aplikasi menarik boleh dimuat turun! smart TV Realme ini menggunakan teknologi Chroma Boost untuk kualiti gambar terbaik. Walaupun gambar tak secantik 4K UHD, ia masih boleh diterima dengan harga yang mampu milik. Sistem bunyinya juga tidak mengecewakan kerana ianya dilengkapi dengan Dolby Audio.
Kelebihan
- Menggunakan teknologi gambar Chroma Boost
- Skrin paparan 720p HD
- Didatangkan dengan aplikasi siap pasang seperti Netflix, dan Prime Video
- Juga mempunyai ciri Google Assistant
- Sistem audio Dolby
Kekurangan
- Gambar tidak secantik 4K UHD
Spesifikasi
Saiz skrin | 32” |
---|---|
Jenis Skrin | LED |
Operating System | Android TV |
HDMI | HDMI 1 (ARC CEC)/HDMI 2/HDMI 3(CEC) |
USB | – |
Audio | Dolby |
Berat | 3.7KG |
Harga | RM 899 |
Smart TV Hisense 43E6F
Walau tidak sepopuler jenama Panasonic, Samsung dan sebagainya, jenama TV yang berasal dari China ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Hisense menawarkan smart TV murah dengan kualiti yang hampir setanding jenama popular lain. Skrin anda pasti lebih jelas, cantik dan terang dengan 4K UHD. Nama pun smart TV kan, Hisense 43E6F dilengkapi dengan game mode untuk mengurangkan lag semasa anda bermain game. Menarik lagi, ia boleh dikawal dari telefon pintar anda. Anda boleh on dan off TV serta memilih siaran TV hanya dari telefon sahaja.
Kelebihan
- Skrin dengan teknologi 4K UHD
- Boleh dikawal menggunakan telefon pintar
- Mempunyai game mode
- Dilengkapi Sports mode
- Sistem bunyi secara virtual surround sound
- Dilengkapi 3 port HDMI dan 2 port USB
Kekurangan
- Agak berat
Spesifikasi
Saiz skrin | 43” |
---|---|
Jenis Skrin | 4K UHD |
Operating System | VIDAA U |
HDMI | 2.0×3 |
USB | 2.0×2 |
Audio | Dolby Audio |
Berat | 9.8KG |
Harga | RM 1799 |
LG C1 48” 4K Smart SELF-LIT OLED TV with AI ThinQ®
Apa yang membezakannya dengan jenama TV pintar lain adalah ‘self-lit pixels’ yang membolehkan kualiti gambar berada pada keadaan terbaik. Tidak seperti TV LED yang dihadkan oleh teknologi lampu latar, TV OLED LG mampu menghasilkan realisme yang melampau dan reka bentuk yang unik. Agensi ujian global EUROLAB telah mengesahkan bahawa paparan LG OLED mempunyai 100% kesetiaan warna. Ini bermakna warna yang anda lihat pada skrin sepadan dengan warna imej asal. Jadi semua yang anda tonton kelihatan adalah warna aslinya. IA juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik, antaranya kawalan suara dengan AI ThinQ®.
Kelebihan
- Diuji global EUROLAB
- Dilengkapi fungsi ‘self-lit pixels’
- Paparan 120Hz untuk pengalaman bermain video game dengan lebih lancer
- Kawalan ‘blue light’ untuk kesihatan mata
- Mempunyai kawalan suara AI ThinQ®.
- Boleh dikawal menggunakan telefon pintar
- α9 Gen4 AI Processor 4K
Kekurangan
- Harga sedikit mahal
Spesifikasi
Saiz skrin | 48” |
---|---|
Jenis Skrin | 4K OLED |
Operating System | webOS Smart TV |
HDMI | 2.1x 4 |
USB | 2.1 x 3 |
Audio | Dolby ATMOS |
Berat | – |
Harga | RM4,499 |
Xiaomi Mi TV P1 43″
Bukan hanya telefon pintar, malah kini Xiaomi mengeluarkan produk TV pintarnya sendiri. Bagi yang inginkan TV dengan platform Android TV terkini, Xiaomi Mi TV P1 model yang sesuai untuk anda. Istimewanya, ia hadir dengan paparan IPS 43-Inci 4K UHD yang menggunakan platform Android TV 10 dengan fungsi Chromecast. Anda juga boleh mengawalnya dengan menggunakan kawalan suara. Menarik lagi, ia dilengkapi dengan Dolby Vision dan HDR10+.
Kelebihan
- Darjah penglihatan pada 178o
- Sistem kawalan suara
- Sistem Dolby vision dan HDR10+
- Dilengkapi Android 10
- Fungsi Chromecast untuk sambungan internet
Kekurangan
- Agak berat
Spesifikasi
Saiz skrin | 43” |
---|---|
Jenis Skrin | 4K UHD |
Operating System | Android TV 10 |
HDMI | HDMI x 3 |
USB | 2.0 x 1 |
Audio | Dolby |
Berat | 9KG |
Harga | RM 1799 |
Philips 58″ 4K UHD Smart TV 58PUT6604
TV pintar ini dilengkapi dengan HDR10+. Tahap kontras, warna dan kecerahan dilaraskan dari bingkai ke bingkai. Sama ada siri yang mesti ditonton atau filem blockbuster baharu, bayang-bayang akan menjadi lebih dalam. SAPHI ialah sistem pengendalian yang pantas dan intuitif yang menjadikan TV Pintar Philips anda menyeronokkan untuk digunakan. Nikmati kualiti gambar yang hebat dan akses satu butang ke menu. Kendalikan TV anda dengan mudah dan navigasi dengan cepat ke aplikasi menarik seperti YouTube, Netflix dan banyak lagi.
Kelebihan
- Dengan empat kali resolusi HD Penuh konvensional, Ultra HD
- Disokong Dolby Vision dan Dolby ATMOS
- Sistem pengendalian pantas SAPHI
- Warna lebih cantik dengan HDR10+
- Banyak fungsi menarik lain
Kekurangan
- Sangat berat
Spesifikasi
Saiz skrin | 58” |
---|---|
Jenis Skrin | 4K Ultra HD LED, DOLBY VISION |
Operating System | Android TV |
HDMI | 3 |
USB | 2 |
Audio | Dolby ATMOS |
Berat | 18KG |
Harga | RM 2,287 |
Anda pasti tidak bosan di rumah kerana masa terluang lebih bermakna dihiburkan dengan kehadiran TV pintar ini. Ramai tidak tahu sebenarnya TV pintar mempunyai pelbagai fungsi menarik lain, yang tiada pada TV biasa. Apa yang penting, dah beli kenalah manfaatkan sepenuhnya tau! Barulah berbaloi.
Teknologi makin canggih, mana tahu lepas ni fungsi TV dikembangkan sama seperti fungsi canggih yang ada pada telefon pintar kita kan?