Ini 5 Pilihan Peti Sejuk Pintu ‘Side-by-side’ Dengan Pelbagai Fungsi Menarik 2022
Peti sejuk adalah salah satu peralatan yang penting untuk setiap rumah tidak kira sama ada anda sudah berkeluarga mahupun hidup bujang. Masak atau tidak di rumah, peti sejuk perlu ada. Yelah, bayangkan jika terdapat makanan yang dibeli dan tidak habis dimakan, peti sejuklah tempatnya agar ianya tidak mudah basi.
Kegunaan peti sejuk untuk mereka yang gemar memasak, tidak perlulah diterangkan lagi kan? Pelbagai jenis peti sejuk terjual di pasaran masa kini dan antara yang menarik perhatian ramai adalah, peti sejuk berpintu side by side atau pintu bersebelahan. Sekali pandang memang mewah bentuknya.
Peti sejuk sebegini sememangnya sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar kerana ianya memang berkapasiti besar. Lebih banyak bahan makanan boleh disimpan. Kebanyakkan jenama sudahpun mengeluarkan peti sejuk sebegini dengan pelbagai fungsi tambahan menarik. Jom lihat senarai terbaik peti sejuk pintu bersebelahan yang ada di Malaysia ini.
Haier Side by Side Series (HSR3918FNPG)
Jenama ini kian mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia kerana kualiti barangan elektriknya yang baik. Peti sejuk Haier Side by Side Series ini mempunyai aliran udara 360 darjah dengan fungsi penyejukan tanpa fros yang lebih cepat dengan kesegaran yang lebih lama. Menarik lagi, ia dilengkapi dengan skrin sentuh imersif yang tampak lebih elegan serta berfungsi untuk menyelaraskan suhu yang anda mahukan. Teknologi inverter berkembarnya memberikan anda penjimatan tenaga terbaik. Rak yang terdapat di dalamnya boleh dilaraskan mengikut ketinggian dan kesesuaian anda. Apa yang penting, peti sejuk ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising.
Kelebihan- Haier Side by Side Series (HSR3918FNPG)
- Aliran Udara 360 Darjah
- Penyejukan tanpa fros
- Skrin sentuh Imersif
- Inverter berkembar dan penjimatan tenaga
- Rak boleh laras
- Tidak bising 38 DB
Kekurangan Haier Side by Side Series (HSR3918FNPG)
- Memerlukan ruangan yang agak besar di dapur
Spesifikasi Haier Side by Side Series (HSR3918FNPG)
Warna | Metal Grey |
---|---|
Kapasiti | 569L |
Berat | 89kg |
Dimensi | 980mm x 716mm x 1888mm |
Kompresor | Inverter berkembar |
Harga | RM 2,999 |
LG Net 635L Side-by-Side with InstaView & Door-in-Door™ Fridge in Noble Steel Finish (GC-X257CSES)
Pemampat Linear Inverter LG telah merevolusikan peti sejuk yang mampu memberikan sehingga 32% dalam penjimatan tenaga, ketahanan berkadar tinggi dan kawalan suhu optimum untuk memastikan makanan lebih segar lebih lama. Dengan dua ketukan pantas pada panel kaca yang anggun, anda boleh melihat bahagian dalam dan semak barangan harian anda, snek kegemaran dan minuman tanpa membuka pintu, sekaligus menghalang udara sejuk daripada keluar dan memastikan makanan lebih segar lebih lama.
Petak akses mudah membolehkan anda dengan cepat mendapatkan barangan yang kerap digunakan, seperti susu, keju dan makanan ringan, tanpa membuka pintu penuh, mengurangkan jumlah udara sejuk yang keluar. Ia juga dilengkapi dengan ciri UV Nano membersihkan bahagian dalam muncung air secara automatik selama 10 minit setiap jam, atau boleh diaktifkan secara manual. Menarik lagi peti sejuk ini mempunyai penapis udara pintar yang bukan sahaja dapat membuang bakteria sehingga 99.999%, tetapi juga meminimumkan bau tidak enak di dalam peti sejuk.
Kelebihan LG Net 635L Side-by-Side with InstaView & Door-in-Door™ Fridge in Noble Steel Finish (GC-X257CSES)
- 32% dalam penjimatan tenaga
- Kawalan suhu optimum
- Ketuk dua kali untuk melihat bahagian dalam
- Ciri UV Nano membersihkan bahagian dalam muncung air secara automatic
- Penapis udara pintar membuang bakteria sehingga 99.999%
- Meminimumkan bau busuk
Kekurangan LG Net 635L Side-by-Side with InstaView & Door-in-Door™ Fridge in Noble Steel Finish (GC-X257CSES)
- Harga sangat mahal
Spesifikasi LG Net 635L Side-by-Side with InstaView & Door-in-Door™ Fridge in Noble Steel Finish (GC-X257CSES)
Warna | Metal Grey |
---|---|
Kapasiti | 635L |
Berat | 130kg |
Dimensi | 913mm x 1,790mm x 735mm |
Kompresor | Inverter berkembar |
Harga | RM 7,899 |
Samsung Side-by-Side Refrigerator, 501L Net Capacity (RS50N3513WW/EU)
Rekaan minimal penuh bergaya peti sejuk ini memberikan penampilan yang bersih dan kontemporari. Ia mempunyai kemasan keluli tahan karat yang elegan dan pintu rata yang cantik. Pengguna boleh menikmati kecekapan tenaga yang lebih besar, kurang bunyi bising dan prestasi yang tahan lama. Kesegaran makanan dapat dikekalkan lebih lama tanpa membeku. Ini kerana teknologi No Frost mengekalkan suhu optimum yang berterusan di setiap sudut dengan meningkatkan peredaran udara. Ia menghentikan pembentukan ais pada makanan, seperti sayur-sayuran, supaya ia kekal segar. Sistem Penyejukan All-around yang ada juga mampu menyejukkan setiap inci peti sejuk secara sekata dari sudut ke sudut.
Kelebihan Samsung Side-by-Side Refrigerator, 501L Net Capacity (RS50N3513WW/EU)
- Rekaan minimum bergaya
- Kurang bunyi & jimat tenaga
- Bebas fros
- Penyejukan menyeluruh
- Pembekuan yang kuat
Kekurangan Samsung Side-by-Side Refrigerator, 501L Net Capacity (RS50N3513WW/EU)
- Kapasiti agak kecil
Spesifikasi Samsung Side-by-Side Refrigerator, 501L Net Capacity (RS50N3513WW/EU)
Warna | Putih |
---|---|
Kapasiti | 534L |
Berat | 103kg |
Dimensi | 912mm x 1,789mm x 734mm |
Kompresor | Inverter berkembar |
Harga | RM 4,699 |
Toshiba 591L Side-by-side (GR-RS637WE-PMY(06))
Peti sejuk ini direka dengan penampilan mewah, saiz sedikit kecil namun dengan kapasiti besar! Ia diperbuat daripada keluli Titanium hitam, pintu berkembar folio, pemegang keluli tahan karat dengan penuh bergaya. Dengan pelbagai teknologi terkini, menjadikan udara di dalamnya cepat sejuk sekaligus mempercepatkan penyejukan bahan makanan tanpa fros. Ia juga mempunyai dispenser air sejuk yang mudah untuk diminum pada bila-bila masa. Kawalan pintar dengan panel digitalnya menjadikan reka bentuk peti sejuk ini lebih menarik disamping fungsi utamanya untuk mengawal suhu. Peti sejuk ini juga tidak menghasilkan bunyi bising dan hanya beroperasi pada 43 dB untuk tidak mengganggu kehidupan seharian.
Kelebihan Toshiba 591L Side-by-side (GR-RS637WE-PMY(06))
- Penyejukan pantas
- Rekaan mewah keluli Titanium hitam
- Saiz badan kecil namun kapasiti besar
- Kawalan pintar dengan panel digital
- Dispenser air sejuk
- Menjimatkan tenaga
- Lampu LED
- Bebas fros
Kekurangan Toshiba 591L Side-by-side (GR-RS637WE-PMY(06))
- Memerlukan ruangan besar di dapur
Spesifikasi Toshiba 591L Side-by-side (GR-RS637WE-PMY(06))
Warna | Morandi Gray |
---|---|
Kapasiti | 591L |
Berat | 90kg |
Dimensi | 895mm x 745mm x 1788mm |
Kompresor | Dual Inverter |
Harga | RM 4,399 |
Sharp 620L Side By Side Refrigerator (SJX639GK)
Peti sejuk Side By Side Sharp SJX-639GK 620L mempunyai ciri hebat untuk memastikan makanan anda lebih segar, lebih lama. Teknologi pengaliran udara multi- air flow yang ada padanya mampu mempercepatkan proses penyejukan dan pembekuan. Tiada lagi bauan busuk makanan dengan AG+ Nano Deodorizer. Peti sejuk anda akan kekal bersih dengan bauan segar. Ia menggunakan pencahayaan LED dengan penggunaan tenaga yang tidak banyak sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik anda.
Kelebihan Sharp 620L Side By Side Refrigerator (SJX639GK)
- Aliran udara terbaik
- AG+ Nano Deodorizer
- Panel kawalan LED luaran
- Rak kaca tebal
- Penyejukan pantas
- Pembekuan pantas
- Menjimatkan tenaga
Kekurangan Sharp 620L Side By Side Refrigerator (SJX639GK)
- Tiada dispenser air
Spesifikasi Sharp 620L Side By Side Refrigerator (SJX639GK)
Warna | Hitam |
---|---|
Kapasiti | 620L |
Berat | 98kg |
Dimensi | 900mm x 1770mm x 660mm |
Kompresor | Teknologi Inverter |
Harga | RM 4,021 |
Aspek penting dalam pemilihan peti sejuk terbaik adalah menentukan saiz dan kapasiti yang betul. Jika anda mempunyai keluarga yang agak ramai, peti sejuk dengan kapasiti lebih besar adalah lebih praktikal. Anda juga perlu meneliti setiap teknologi yang ditawarkan antaranya adalah Frost-free yang menghalang atau meminimumkan penghasilan fros atau ais pada makanan agar makanan tahan lebih lama.
Lebih besar saiznya, pasti lebih banyak tenaga elektrik yang akan digunakan. Namun dengan pelbagai teknologi inverter yang ada, penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan sekaligus menjimatkan pengguna. Sebelum beli, pastikan anda teliti setiap spesifikasi penting ini terlebih dahulu ya!