Memasak Lebih Mudah Dan Menyeronokkan Dengan 5 Pilihan Dapur Elektrik Mudah Alih Ini!
Memasak tanpa menggunakan gas dan api? Ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil. Dengan kewujudan pelbagai jenis produk dapur elektrik atau dikenali sebagai induction cooker, ramai teruja untuk mencubanya. Malah ianya juga semakin popular dan mendapat tempat di hati pengguna.
Anda tidak perlu risau akan gas habis, tapi perlu memastikan lokasi yang ingin dimasak mempunyai tenaga elektrik. Jaranglah rumah tiada bekalan elektrik sekarang ni kan? Bestnya, dengan dapur elektrik ini, anda boleh tetapkan suhu kepanasan yang anda mahukan. Ianya tidak berjelaga dan lebih mudah untuk dibersihkan. Bayangkan jika mahu memasak di luar rumah sekali sekala, atau bercuti di mana-mana, gunakan sahaja induction cooker ini! Berikut adalah beberapa jenama terbaik induction cooker yang boleh anda pertimbangkan.
Tefal Ih2108 Everyday Slim Induction Hob
Tefal ni memang terkenal dengan pelbagai produk barangan dapur seperti periuk nasi elektrik, pisau, periuk belanga dan macam-macam lagi. Tefal Ih2108 Everyday Slim Induction Hob direka dengan bentuk yang elegan untuk proses memasak yang mudah. Ini adalah penyelesaian penjimatan ruang untuk menjadikan kehidupan lebih mudah setiap hari. Dapur memasak elektrik mudah alih Tefal Everyday Slim didatangkan dengan kawalan yang mudah dengan hanya sentuhan di hujung jari anda. 6 pilihan preset juga tetapan manual disediakan.
Kelebihan
- 6 butang preset memasak
- Reka bentuk nipis dan elegan
- Memudahkan proses masakan
- Interface yang mesra pengguna
- Mudah dibersihkan
- 7 kuasa tenaga dari 300W hingga 2100W
Spesifikasi
Jenama | Tefal |
---|---|
Tenaga | 300W- 2100W |
Berat | 2.65kg |
Dimensi | 44.2cm x 34.8cm x 8.4cm |
Harga | RM 309 |
Philips Induction Cooker HD4902
Ciri keselamatannya menarik menjadi antara faktor mengapa produk ini perlu ada dalam senarai wajib beli anda! Ia akan tertutup secara automatik dengan mengeluarkan bunyi ‘bip’ sekiranya periuk atau kuali dialihkan ketika dapur elektrik ini masih berfungsi. Paparan skrin sentuhnya juga memudahkan penggunaannya. Menarik lagi, air boleh didihkan dengan masa kurang 5 minit walaupun berada dalam mod ‘warm up’. Panel kaca Philips Induction Cooker HD4902 ini juga dihasilkan dengan material kaca gred A dan tahan panas.
Kelebihan
- Pemanasan sekata
- 5 paras suhu
- Tidak bising
- Selamat untuk kanak-kanak
- Memudahkan proses masakan
- Interface yang mesra pengguna
- Mudah dibersihkan
Kekurangan
- Periuk aluminium tidak sesuai digunakan
- Agak berat
Spesifikasi
Jenama | Philips |
---|---|
Tenaga | 2000W |
Berat | 4kg |
Dimensi | 35cm x 28cm x 6.5cm |
Harga | RM 168 |
Electrolux Induction Cooker ETD42SKA
Ia direka dengan saiz kurang besar daripada keluaran sebelumnya. Electrolux Induction Cooker ETD42SKA ini sungguh bergaya dan dilengkapi kipas untuk mengelakkannya menjadi terlalu panas. Sungguh mudah untuk dikendalikan, air dapat dididihkan dengan kadar yang cepat malah ia juga mudah untuk dibersihkan. Menarik lagi, dapur elektrik mudah alih ini dilengkapi dengan ciri keselamatan kanak-kanak terbaik!
Kelebihan
- Timer sehingga 180 minit
- Mudah untuk digunakan
- Cepat panas
- Kukuh walaupun dibina nipis
- Tidak bising
- Memudahkan proses masakan
- Mudah dibersihkan
- Ciri keselamatan kanak-kanak
Kekurangan
- Kipas berbunyi kuat
Spesifikasi
Jenama | Electrolux |
---|---|
Tenaga | 2100W |
Berat | 2.2 kg |
Dimensi | 29cm x 36cm x 4.2cm |
Harga | RM 279 |
PerySmith Induction Cooker PS2310
Dengan kuasa 2,500W, ia boleh mendidih dengan kadar yang pantas. PerySmith Induction Cooker PS2310 juga dilengkapi kipas bagi mengelakkan ianya menjadi terlalu panas. Ia mudah untuk digunakan malah suhunya boleh disesuaikan mengikut kemahuan anda. Reka bentuk yang moden juga menjadikan ia kelihatan cantik di ruangan dapur anda. Ianya nipis dan ringan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Yang paling penting, harganya sangat murah seakan tidak padan dengan kualitinya yang bagus.
Kelebihan
- Nipis sehingga boleh dibawa dengan sebelah tangan
- Mudah untuk digunakan
- Cepat panas
- Kukuh walaupun dibina nipis
- Memudahkan proses masakan
- Mudah dibersihkan
- Ciri keselamatan kanak-kanak
Kekurangan
- Kipas berbunyi kuat
Spesifikasi
Jenama | Philips |
---|---|
Tenaga | 2500W |
Berat | 2.5kg |
Dimensi | 33.5cm x 42cm x 11cm |
Harga | RM 117 |
Midea Induction Cooker C16-SKY1613
Anda boleh set timer sehingga 180 minit dengan dapur elektrik ini. Midea Induction Cooker C16-SKY1613 juga dilengkapi dengan ciri keselamatan tertutup secara automatik dan ia juga akan mengeluarkan bunyi amaran ‘bip’ sekiranya anda menggunakan jenis periuk yang salah. Produk ini dikatakan mampu menjadi panas dengan kadar yang pantas, sekaligus mempercepatkan proses memasak anda.
Kelebihan
- Timer sehingga 180 minit
- Sesuai untuk masakan steamboats
- Mudah untuk digunakan
- Cepat panas
- Tidak terlalu berat atau terlalu nipis
- Memudahkan proses masakan
- Mudah dibersihkan
- Ciri keselamatan kanak-kanak
Kekurangan
- Tidak boleh digunakan untuk periuk seramik, gelas atau Pyrex
Spesifikasi
Jenama | Midea |
---|---|
Tenaga | 1600W |
Berat | 2.1kg |
Dimensi | 27cm x 35.5cm x 6.5cm |
Harga | RM 145 |
Walaupun anda sudah mempunyai dapur gas di rumah, membeli dapur elektrik adalah tindakkan bijak kerana ianya boleh digunakan di saat kecemasan seperti kehabisan gas ketika memasak dan sebagainya. Penting untuk anda teliti saiz dan berat serta fungsi yang betul sebelum membeli agar ianya lebih berbaloi.
Bolehlah berangan masak-masak di beranda rumah lepas ni. Tapi ingat, tidak semua jenis periuk sesuai digunakan untuk ‘induction cookers’ ni tau! Lebih elok digunakan jika mempunyai ciri tambahan keselamatan tambahan. Selamat membeli.